“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

July 24, 2012

Tentang Bulan.

Salam 1 Malaysia.
Salam tangan mak ayah.
Salam bulan ramadhan Al-Mubarak.
Salam Hari Kemerdekaan.
Salam terakhir ah tetiba.

Tajuk di atas bukan lah cerita tentang bulan yang kanak-kanak berlakon jadi mawi dan ina itu. rebut-rebut awek yang sorang itu lepastu gaduh nangis melalak. oh cengeng sungguh cerita kanak ribena. oh bukan bukan. Tetapi mengenai apa yang berlaku pada bulan August tahun ini.

Result UPU > Bulan Puasa > Hari Raya > Hari Merdeka.

Hari ini hari keempat kita berpuasa. Puasa penuh jarang sekali menjadi list dalam azam aku. Jadi para jejaka, jangan nak mengedik tanya soalan yang kurang cerdik itu. Contohnya : "puasa tak hari ni ? puasa penuh ke tahun ni ?". Harap mengerti dong.

Maka keperluan beraya dah bercatat dahulu dalam list nota kecilku. Bajet duit untuk raya telah disimpan sebagai bekalan ketika sarat memerlukan wang. Fikir raya dulu walaupun puasa belum mencecah 30hari. Harap anda jua seperti saya. HOHO. *gelak sakan*

Bekerja di bulan ramadhan begitu mencabar jiwa. Menghadap customer yang seumpama tidak berpuasa dan rata-ratanya ramai yang berperangai seperti rusa baru masuk bandar. Tidak mengerti bahawasanya kami sebagai pekerja sedang berpuasa. Sungguh menguji kesabaran minda dan fizikal.


Bak kata anakpapajoe  :
"nak dimarah, anak orang. nak dipukul, takut masuk lokap. maka sabar jolah". 

dear customers, tolong respect kami yang berpuasa ini. *sambil pegang sepanduk*
Oleh itu, bulan ramadhan adalah bulan syaitan diikat dan digantung maka berharap manusia berperangai syaitan tidak wujud di bulan ramadhan ini. Bukan apa. Cuma aku ingin kelihatan tenang dan gembira tanpa manusia berhati syaitan di sekeliling aku.

Tahun ini aku berpuasa sambil bekerja. Hebat bukan aku. *flip shawl* Cuma kadangkala rasa seperti mayat bergerak bila bekerja. Rasa lemah tak berdaya. Rasa oksigen dalam badan makin berkurang. Bibir kering rasa memerlukan CPR. ah tetiba. Tapi apakan daya, aku hanya mencari rezeki yang halal.

Seperti ramai yang tahu dan busybody ingin tahu, result UPU untuk degree telah keluar tanpa diduga. Oleh itu, aku cukup senang hati sambil bergaya-gaya goyang kepala kerana course LAW tidak menjadi kesakitan aku lagi. *lambai-lambai tangan*
inilah muka aku bila dapat tahu masa berbuka puasa hampir tiba. hohohohoho.

Maaf atas kelembapan aku mengupdate entry. Kesibukan mencari nafkah acap kali menghantui diri. Semata-mata demi nafkah untuk raya nanti. Nak beli baju 1 Lori katakan. haha.

Nota terakhir buat entry ini :
Bersederhanalah ketika berbuka puasa. Berhenti makan sebelum kenyang. Tingkatkan prestasi. Kurangkan kontroversi. Berhenti mengumpat orang lain. Assalamualaikum. Salam Ramadhan.

July 9, 2012

Akhirnya ketemu.

Sahabat, 
Kau ada dikala ku suka, Dikala ku duka.
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu,
Setia menemaniku,
Pegang erat tanganku bila aku jatuh. lalala~


*sambil petik gitar*

Tanggal 1July dan 2July, 
Aku berehat dari berkerja atas tanda-tanda kesakitan di kaki membuak-buak. Ini juga petanda baik punya bahawasanya sahabat tercinta gua datang mai Johor Bahru. Puas satu hari keluar berjimba-jimba sambil ketawa terbahak-bahak. Hilang semua masalah yang menyemak dalam minda. Sudah lama tidak ketemu akhirnya dapat bermesra seperti dulu kala. Tidur sebantal, sekatil, lalu kentut berjemaah. Sungguh romantik kami bersama. Aumm.


Sahabat ini bukan sahabat yang gua rembat tepi jalan sesuka hati. ohh bukan !
Sahabat ini bukan untuk kalian cuba sakitkan hati. Senang cerita, gua sanggup berjuang serta berkorban nyawa demimu wahai sahabat meskipun semut masuk dalam bajumu. Tetiba.

Kami berkawan sejak dari perut ibu mengandung. Acah mak enon gitu. Terima kasih ya Allah sebab pertemukan perempuan yang bernama Sofea Atiqah yang banyak tahi lalat di muka dan suka bebel macam mak nenek. ;p


inilah sofea saya. siapa rembat dia, maka kaki ku hingap di bibirmu. eceh gangster taik kucing.
Kenyataannya, inilah dinamakan sahabat terbaik dari ladang yang wujud dalam kamus hidup aku. Susah senang aku, dia yang mengerti. Ibarat tiada dia, maka nafas aku pasti akan tersekat-sekat bererti perlukan CPR secepat mungkin. Wahh ayat pujangga kemain. Bertapa sweetnya aku dalam friendship. ehem. *sambil kembangkan hidung*

permata hati saya. 

Penat berleter dalam entri maka aku tanpa segan silu ingin menepek gambar comel kami. Yang pastinya ramai perempuan bakal mencemburui atas kecomelan kami dan lelaki akan mengilai paras rupa kami. Sila muntah baca statement aku sekarang. ;p

Aku hanyalah rockers yang simple dalam fashion dan tak perlu menyaratkan diri dengan baju yang mahal lalu melayang duit nak buat kahwin ;p haha. Simple is better right ? *angguk-angguk kepala*

Berbalik kepada kisah sahabatku. Disebabkan kami sehati sejiwa. Maka tudung dan kasut haruslah sama. Meskipun warna berbeda. Cerita Mail Lambung menjadi pilihan kami. Berhajat nak melambung di dalam panggung buat macam bapak gua, papajoe yang punya. Cuma fikir yang kami ini perempuan yang memakai kain sahaja. Takut benda sepatut tak nampak jadi nampak. ouchh.
inilah model tiket wayang. dua singgit haha.

Berjalan tanpa bergambar itu bukanlah ANAKPAPAJOE. Tandas juga menjadi tempat strategi untuk bergambar. Jangan booo dekat saya wahlal saya tahu anda juga seperti saya. *angkat-angkat kening*. Maka gambar terlalu padat dalam camera, jadi dengan dukacita memilih mana yang dikira molek sebagai tatapan di dalam blog usang ni.

sehati sejiwa. tanpa diduga kasut kami tersama. ada jodoh katanya. ;p

aku rasa kecomelan aku makin bertambah bersertakan pasu yang menyelit minta bergambar. *tetiba*
yang tudung kelabu itu comel bangat. yang tudung emas itu tak comel.
haha sofea, jangan marah ;p raya nanti ayu minta maaf ;p
model seperti saya haruslah bajet bermodel. ahh ayat aku dah serupa keling.
asyik-asyik gambar aku je. eh dah kata blog aku haha. *tepuk dahi*
pose gaya angkat ketiak.  kau hado ? *angkat kening ala ala The Rock Is Cooking*
Dear Pya,


sentiasa sayang pya. :*
Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhirnya. Amin~
Jikalau ada manusia yang bikin awak sedih, meh bagitahu kak long JB ni. *buat muka gangster*. Dah kahwin nanti, ayu cop jadi pengapit dulu lepastu kan kan ayu nak pakai gaun tak mahu kebaya tau. ah banyak jekadak aku. *tunjal dahi*

Akhir kata, Sayang pya :*

aku rasa macam alone pula buat gaya candid. ohhh 
Maka gambar aku keseorangan perlu diselitkan agar dapat menjadi tatapan kalian di waktu rinduuuu. hihi syok sendiri pula aku. hihi. *gelak gedik*




#Puasa nak dekat. Raya pula bakal menyusur. Tak sabar nak shopping sakan. Kbye. :*