“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

May 14, 2018

Untuk perempuan

Perempuan;
kalau-kalau hati engkau dipijak oleh lelaki kesayanganmu,
apakah kau masih mahu perbodohkan diri sanjung cinta sampai mati?

Perempuan;
kalau-kalau kecelaan engkau dihina oleh lelaki kesayanganmu,
apakah kau masih mahu mengatakan "aku sayang hubungan ini"?

Perempuan;
kalau-kalau badan engkau disakitkan oleh lelaki kesayanganmu,
apakah kau masih mahu mencintai lelaki itu kerna kau yakin marahnya itu sekejap?

Perempuan-perempuanku;
Aku ini juga perempuan sepertimu.
Tiada siapa tidak mahu bahagia
dimiliki hati oleh sang arjuna.

Cuma--
Buat apa kerna cinta, tapi hati disakiti, badan dilukai, penghinaan yang tidak terhenti?
Bukankah lebih bahagia jika bersendiri.

Percayalah, yang baik akan muncul.
Ia masih wujud-- cuma perlu sabar menanti.
Tuhan tidak pernah kejam.

January 13, 2018

2018.

Selamat datang 2018. Selamat tinggal 2017.
YA ALLAH DAH 25 TAHUN. *koma-pengsan-koma-pengsan*

Untuk permulaan awal tahun, maka wajibul ghunnah memahatkan azam yang berjuta-juta untuk disematkan dan dilunaskan sepanjang 2018 ini. Tapi, di akhir tahun bolehlah kira dengan jari tangan mahupun kaki yang mana je terlunas. hi hi *tepuk-dahi*

Untuk tahun 2018,
kalau nak disenaraikan wishlist aku memang banyak nauzubillah. mahu cramp jari tangan menaip katako. maka dipendekkan sahaja bagi tatapan blog yang bakal karam dilautan china selatan ini.

1. Bahagia. 
Siapa yang taknak bahagia? Kalau boleh umur yang makin melanjut, dah tak nak dah episod drama sedih berlagu pilu berhingus lagi. Cukuplah sadis-sadis ini masa zaman tok kaduk dulu. Hidup ini hanya sekali, semua berhak untuk bahagia.

2. Dimurahkan rezeki. 
Tak minta jadi kaya raya, tapi harap dimurahkan rezeki selalu supaya dapat memberi serta berkongsi dengan orang sekeliling. 

3. Kulit muka cantik.
Disebabkan kulit muka sekarang ya ampun seperti kawah bulan yang minta disimbah asid, maka harap kulit untuk 2018 akan bersinar sinaran mentari menyeri.

4. Sihat Walafiat.
Haa kesihatan pun kena jaga juga. Walau sesibuk mengalahkan PM, harap diberi kesihatan yang baik-baik. Agar dapat berbakti pada keluarga, negara, bangsa dan agama. Cewah.

5. Kahwin Hi hi hi hi.
Andai diizinkan oleh Allah, kahwinlah kita. Alaa emak, kahwinkan aku. *tutup-muka*

Dan banyak lagi......


Moga-moga segala impian segala hajat yang aku dan korang inginkan akan tercapailah hendaknya.
Doa yang baik-baik. Cakap yang baik-baik. Niat yang baik-baik.
Semoga Allah permudahkan segalanya.






October 22, 2017

Harijadi

20/10; selamat hari diberanakkan untuk diri sendiri. *tiup lilin sampai semput*

Setiap kali tiba hari jadi, kepala otak dah set beribu-ribu azam & nawaitu yang baik-baik untuk dilunaskan.
Tapi acapkali terbabas maka terpaksa dibawa ke tahun hadapan. Hi hi.

Ya, kali ini adalah hari jadi yang paling bermakna. *joget-joget*
Bersyukur sangat sangat; Tuhan telah hadirkan manusia-manusia yang terhebat
terutamanya family, kawan-kawan dan buah hati. *hug & kiss*

Jika nak diimbaskan kembali pada zaman dulu-dulu,
Saat yang ditunggu-tunggukan sewaktu hari jadi adalah FREE CALL.
Namun, sekarang zaman dah berubah dan dunia makin maju chuols, telah ku beralih arah ke unlimited internet & call. Maka tak perlu lagi menunggu sampai setahun sampai berjanggut untuk dapatkan free call.
Haa bergayutlah sampai telinga panas sampai tertidur.

Untuk harijadi yang ke-24,
sebenarnya tidak ku perlukan hadiah beribu-ribu. Cukuplah dengan hanya mengingati sudah memadai.
Wish kawan-kawan dari segala mak nenek media sosial tidak kurang hebatnya.
*acah-acah hot sikit*

Yang membuatkan hati ini terasa terharu, bila family dan kawan rapat memberikan hadiah dan belanja makan sesedap dengan niat nak suruh aku gemuk. Dan tidak dilupakan juga, si buah hati telah berikan kejutan yang agak manis. Unexpected gift. *nangis 7hari 7malam*

Ya, oktober kali ini sangat manis.

*nak hari-hari, hari jadi boleh tak? kbai.

October 13, 2017

Kerjaaa.

Pada umur duapuluhempat tahun ini, (terasa tua pula iolz) 
telah ku punyai segulung ijazah. dan pada masa yang sama aku telah punyai kerja.
Iya, kerja yang bersesuaian dengan bidang aku. *sujud syukur*

Duit + Stress = Kerja

Namun demi masa depan, demi membayar hutang-hutang yang tak pernah habis,
demi niat untuk berkongsi rezeki dengan keluarga,
demi untuk pengumpulan duit kahwin eh eh, maka aku gagahkan jua.

Pada zaman ekonomi negara tengah semput, memilih kerja tidak mahu itu ini bukan lagi pilihan kita.
Engkau pikir kau siapa engkau pikir kau raja.
Memilih untuk bergoyang kaki di rumah bukan lagi pilihan yang jitu,
melainkan engkau itu dari kalangan orang kayo rayo tunggu pinangan anak raja masuk. 

Kumpul pengalaman sebanyak mungkin, biarlah bermula dari zero sekalipun, 
sebab rata-rata interviewers akan tanya "berapa tahun pengalaman bekerja?",
dah sudah, tak diberi peluang bekerja masakan yang fresh graduate picisan nak kembangkan sayap.
Waduh waduh. *tepuk-dahi-berjutakali*

Cuma satu perkara yang aku pegang sehingga kini;
"PERCAYA PADA REZEKI ALLAH".

Kalau Allah dah kata ITU REZEKI ENGKAU,
datanglah berapa juta orang untuk mendapatkannya, ia tetap milik engkau.

September 29, 2017

Hi?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Fuh Fuh *tiup habuk di blog yang bersarang bertahun-tahun

Lama menyepi bukan?
Untuk bertahun-tahun lamanya aku bisukan blog agar tidak lagi memuntahkan aksara.
Bukan kerna ku tidak sudi memandang blog ini, dan bukan jua ku membawa hati yang lara
namun terlalu banyak urusan seri paduka baginda yang perlu diutamakan.
(sibuk mengalahkan PM chuolls)

Kalau nak himpunkan cerita kehidupan bertahun-tahun ini agaknya dah boleh buat novel. Boleh lah nanti cerita novelku diadaptasi lalu ditayang slot drama sangat pukul 7 malam. Gittteww.

Tentang hidup;
Hal cinta? Alhamdulillah.
Hal belajar? Alhamdulillah.
Hal kerja? Alhamdulillah.

Semuanya di atas jalan yang Tuhan tentukan.
Moga yang baik-baik akan memeluk erat hidup kita yang singkat ini.

Amin.