Perempuan;
kalau-kalau hati engkau dipijak oleh lelaki kesayanganmu,
apakah kau masih mahu perbodohkan diri sanjung cinta sampai mati?
Perempuan;
kalau-kalau kecelaan engkau dihina oleh lelaki kesayanganmu,
apakah kau masih mahu mengatakan "aku sayang hubungan ini"?
Perempuan;
kalau-kalau badan engkau disakitkan oleh lelaki kesayanganmu,
apakah kau masih mahu mencintai lelaki itu kerna kau yakin marahnya itu sekejap?
Perempuan-perempuanku;
Aku ini juga perempuan sepertimu.
Tiada siapa tidak mahu bahagia
dimiliki hati oleh sang arjuna.
Cuma--
Buat apa kerna cinta, tapi hati disakiti, badan dilukai, penghinaan yang tidak terhenti?
Bukankah lebih bahagia jika bersendiri.
Percayalah, yang baik akan muncul.
Ia masih wujud-- cuma perlu sabar menanti.
Tuhan tidak pernah kejam.
No comments:
Post a Comment