bermulalah hari-hari di dalam Januari. satu persatu serupa tahi.
semua berkait rapat dengan keadaan aku di Universiti malah ia tidak pernah lari dari Hati.
Hati seakan mati bila perasaan menjadi kelam kabut.
Taufan melanda guruh berdentum tidak mampu lagi dikawal.
tahun 2012 sedikit pun tidak memberi secebis kebahagian pada permulaannya.
belum lalui sudah aku tafsir sendiri. ternyata sangat mencabar hidup ini.
Ya Allah. kuatnya dugaanmu. hati ini lemah tidak berdaya memikul sarat sarat dugaan ini.
hari yang dilalui begitu suram ia tidak bercahaya ia kusam ia busuk serta hapak.
Ohh dunia seakan tidak adil. ia kejam. ia dengki. ia membenciku.
*Ayat tersangat over*
kemon lah anakpapajoe. be positive and smile :)
motivate orang lain padahal diri sendiri terasa down gila gila gila ibarat ditiup angin ombak rindu pastu ditambah pula dengan bala menghimpit jiwa perghh sangat awesome.
Tentang hati?
tak usah kau sebut lagi tak usah kau menganjing daku tak usah berpatah hati.
hati ini sentiasa merindui benar tidak bohong benar aku memaksudkannya.
yayaya rindu engkau setengah mati.
nak dibilang satu persatu bertapa seksanya perpisahan ini hm kian jauh kian hilang kasih antara kita eh eh itu lagu mawi world. #k lari topik.
Januari kali ini tidak begitu menarik tertarik kau memang menyakitkan hati. me benci Januari secara bulat suara *sambil hantuk hantuk kepala yeayy.
kerana Januari, hati aku sakit.
kerana Januari, hati aku bernanah.
kerana Januari, kita bertelingkah sehingga titisan airmata.
kerana Januari, result Muet keluar.
kerana Januari, assignment berlambak-lambak.
kerana Januari, test sana sini.
kerana Januari, rindu membuak-buak.
kerana Januari, dapat voucher RM200 :)
kerana Januari, birthday Achik.
kerana Januari, raya cina mali boleh balik Jaybee yuhuuu.
#saya update kali ini sangat kelam kelibut, ayat macam orang mabuk minum todi. ini gara gara kelajuan internet boleh dikategorikan dalam speed spesies kura-kura baru lepas bersalin. haha okbai.
No comments:
Post a Comment