“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

March 31, 2012

betul ke tidak semua ini.



ada orang kata "kawan biar beribu, berkasih biar satu"
ada orang kata "kawan sejati susah nak ditemui"
ada orang kata "kawan lain. sahabat lain"
aku kata "kawan yang aku selalu jumpa adalah kawan yang makan kawan"

kawan masa senang,
fuyoooooo fuyoooo bukan main ramai datang dekat kita. terhegeh-hegeh ingat kita. sampai terbawa-bawa ke mimpi. masa itu kita lah penawar serta penyelamat dunia dia. (itu over)

Senah: yu, nak pinjam duit. boleh tak ?
Bedah: yu, nak pinjam baju and shawl. boleh tak ?
Kiahh:  yu, nak pinjam boyfriend. boleh tak ?
A K U: semua kau boleh pinjam tapi BOYFRIEND, kaki ini melayang dekat bibir manismu nanti. gangster memang aku gangster. ahhh takut tak takut tak.

kawan masa susah,
hm tiada siapa yang sudi datang bertandang dalam hati kita.
kita dipinggirkan. kita disisihkan. pandang kita pun dia tak sudi. hak alah.

A K U: kau ada mana ? aku ada masalah ni. antara hidup dan mati.
Debab: aku busy. nanti text okay. bye !
Gemok: aku tengah dating. satgi kau cerita ok babe.
Fatty: alaaa masalah aku tak selesai. masalah kau pula aku nak tahu. cerita dekat orang lain.

Tuntasnya, aku juga bukan kawan yang terbaik.
adakala kekasaran perangai aku menguris hati. adakala kecelotehan mulut aku menyakiti hati. ya ya ya manusia tidak sempurna.
tapi secara jujurnya, I'M TRY MY BEST TO BE A GOOD FRIEND. :)

Hakikatnya,
kawan yang aku temui kebanyakkan semua yang tahu nak menjatuhkan aku. nak mendengki aku. nak tengok aku tenggelam dalam kegagalan. nak melihat aku mati dalam ketewasan dunia. ini tidak adil tidak adil bagiku *yuna version akustik*

Namun tidak semua yang bersikap sebegitu rupa, ada juga yang memahami. ada juga yang sedia menghulurkan bantuan. ada juga yang setia dengan persahabatan. ada juga yang menyayangi. ada juga yang sanggup menderita layan karenah gila aku.

In the end, saya menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup saya. (ayat skema gila)
I MISS MY FRIENDS SO MUCH  -sofea, nadhira, haz, the wannababes, classmates 5Bestari1, classmates LWA02E, my roomates and others :(

with roomate tercinta - happy birthday eza. si baju purple. sayang korang :)

#saya tidak sabar menunggu ketibaan buah hati pangeran jantung datang ke johor bahru. :) waiting for you ahakss (gedik teruk) hihi.

saya rindu Achik saya :*

March 28, 2012

Aku masih hidup.


setelah sekian lama tidak meng-update blog usang ini. 
hampir 3minggu kian lamanya. *sigh*

I'M BACK !
semestinya hati kecil aku amat memberontak maka kerinduan terhadap blog 
sendiri selalu terjadi, namun kerana FINAL EXAM, 
aku berkorban apa sahaja.

NOW.
I'M FREEeeeeeeeeee !
no more asasi. no more law. no more kolej mawar. no more uitm. no more bangun pagi-pagi. no more assignment. no more level 3.

YEZZAAA!
saya berada di johor bahru. gembira di samping keluarga. makan tidur makan tidur adalah rutin harian aku buat masa kini.

HMMMMM !
saya sedih sebab berpisah dengan 
roomates. 
classmates. 
lecturer. 
members.

itulah jadual exam saya. haha pangkah kasi besauuuu.

perjuangan masih belum tamat bagiku. walaupun akan ada kegagalan. walaupun ada yang menjatuhkan. jangan patah semangat walaupun sebesar zarah perasaan itu.
sekali kau menyerah, sampai bila-bila ia tak akan berpatah balik.

pasti merindui kalian.

baru beberapa hari aku balik rumah, aku sudah merindui kalian. my roomates- awa.iza.aza.
dan baru beberapa hari, aku sudah rasa sikit demi sedikit kehilangan kalian- my classmates, ELIMINATORS. :(

semoga berjaya sahabat , ELIMINATOR. :)

#aku malas nak taip panjang-panjang. sebab aku-seorang-yang-pemalas. tapi aku nak update jugak. peduli ! peduli ! haha kbye.

March 9, 2012

ada apa dengan aku?

terasa nak update lagi.

cuti study week katakan. peduli lah ! peduli lah ! blog aku bukan blog kau.
eh sila tendang saya sebab emosional melampau.

hal ini tentang kawan. no more cinta or tangkap leleh.

kalau dah berkawan, semua benda nak kongsi bersama.
cerita suka suki duka daki ketiak masam pun nak share together-gether.
cerita nenek datuk kahwin sampai dapat anak pun turut terselit sekali.
cerita boyfriend main kayu tigabelas pun turut diperbahaskan.
kalau boleh baju, seluar, pakaian luar dan dalam turut nak share juga. #eh.

curahkan kasih sayang sampai menjulang naik.
sampai mendidih cukup maximum darjah celcius.
kau kakak. aku adik. kita macam one happy family. *aku happy*
aku sayang kau dan kau sayang aku. cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. *aku lagi happy*

kita saling sayang-menyayangi dan berjanji *angkat jari kelingking* friendship poeba and eva eva eva.

TAPI itu masa sedang berkawan sahaja.
*nampak perkataan yang di bold tu. siapa tak nampak, pendek umur*


*lakonan tambahan*

cuba bila tak berkawan lagi....

dengki turut berleluasa. mengumpat jadi aset utama.
aku dapat rasa dia sedang mengumpat aku. sebab aku acapkali diserang tergigit lidah.
sakit. pedih.

lihatlah pada diriku yang slim ini. serba serbi kekurangan. malah picisan berlagu sedih.
tiada kelebihan nak dibandingkan orang lain. *sigh*

aku miskin,
kau masih nak dengki.

aku buruk,
kau masih nak dengki.

aku bodoh,
kau masih nak dengki.

aku hitam.
kau masih nak dengki.

aku keding,
kau masih nak dengki.

kalau semua benda dekat aku yang tak sempurna lagi selebet ini,
kau masih beria-ria nak dengki segala.
apa kata engkau gali lubang kubur sendiri dan tanam diri kau sedalam 7kaki. itu lebih afdal.

sebelum nak hembus apa yang nak dikatakan,
lebih baik lihat diri sendiri di cermin. gemuk kah. kurus kah. hitam kah.

tengok diri sendiri apatah kau cukup hebat dan ohsem di mata semua orang.

try muhasabah diri sendiri kau dengan lebih mendalam.

itu lebih baik daripada kau bertungkus lumus membazirkan masa untuk mendengki dekat aku.

tidak mengapa wahai pendengki budiman,
pahala free telah ditransfer ke aku. yay !. oh yay !

aku sayang kawan aku dan juga pendengki budiman itu.

#aku rindu nak balik rumah tercinta. tunggu habis final baru bisa terbang ke selatan. hoho. bersabarlah wahai hati kecil. :)

March 6, 2012

yang pergi tak kembali.

tazkirah berlalu meruntun jiwa. ia pasal mati.
manusia menghadap ilahi adalah akhir sebuah cerita hamba Allah.

Aku gelarkan diri "aku" dan "yu" untuk entry ringkas kali ini. 

Kali ini, dunia kita berbeza.

4.3.2012. Tarikh keramat. aku kehilangan yang benar-benar amat menusuk jiwa.
menghentam hebat jiwa aku. Sumpah aku mengalirkan airmata bila mendengarnya.

kematian yang bukan dibuat main. ini serius. ini realiti.
aku kehilangan arwah opah aku buat selama-lamanya. perit untuk diterima memang selalu terjadi. tapi sekali diingati, teringat terus memori tercipta dengan opah.

aku cuma ada opah merangkap sebagai datuk dan nenek. 
celik mata di dunia hanya opah yang aku pernah rasa secebis kasih sayang seorang nenek atau datuk.

memang sukar nak dibuang perasaan sedih ini. apatah lagi nak ketawa pun masih terselit rasa duka. tapi hakikat yang perlu diterima kini, setiap yang bernyawa akan merasai mati.

Dedikasi untuk arwah opah.

dulu,
yu selalu teman opah di hospital. tunggu opah makan dan minum.

dulu,
yu selalu jadi imam bila kita sembahyang berdua.

dulu,
kita selalu mengaji sama-sama bila selepas maghrib. kadang kala sampai opah tertidur.

dulu,
opah selalu berleter yang ini salah yang itu salah. kadang kala sentap rasa.

dulu,
opah suka bergurau dan usik yu sebab tengok karenah yu yang sengal.

dulu,
bila opah datang rumah, opah pasti akan ketawa tengok gelagat kami sekeluarga.

sekarang,
semuanya berakhir. tiada lagi kita yang dulu.

yang pasti, aku merindui sebesar kasih sayang seorang opah terhadap cucunya.
mungkin orang lain yang masih ada nenek atau datuk boleh bergembira dan bahagia saat ini.

tapi bila semuanya tiada, kau akan rasa apa yang aku rasa suatu hari nanti .
penghargaan besar buat arwah opahku kerana mampu menjadi ibu dan opah yang terbaik.

pegangan agamamu menjadi ikon aku. alunan suara ketika mengaji mengusik gegendang telinga aku. syahdu bila didengari. namun, berakhir ia tetap berakhir. makin diingati, makin mengalir laju airmata ini.

terasa seperti mimpi ketika ini engkau tiada lagi dalam dunia ini.
maka, tidak bermakna perjuangan kehidupan harus dilupakan.

saat terakhir melihat sekujur badanmu dibaluti kain kapan,
airmata menjadi semakin kering. tiada lagi gelak tawa senda gurau kita sekeluarga besar yang dulu. kaku aku melihat saat dirimu dikebumikan. sayu hati tiada siapa dengari.

hanya doa dan ayat-ayat suci Al-Quran menjadi pengantaraan kami terhadap arwah yang berada di dunia berbeza. semoga opah berada di kalangan orang yang beriman. Amin.
-Al-fatihah.

#final exam tengah membunuhku. mati-matian berjuang demi final. doakan kejayaan tuan hamba. Assalamualaikum.

March 2, 2012

hantu stress.

bismillahirahmanirahim.

mukadimah kali ini tiada lagi berbunga-bunga yang layu di pusara. terus ke lubuk hati.
straight to the point. don't belok-belok.

rasanya macam baru semalam sahaja aku masuk tergedek-gedek bawa bagasi ke uitm.
tup tup dah nak final. rasa macam mimpi je. *gosok-gosok mata*
eh apahal cepat kebenau ni. belum lagi nak bernafas dengan tenang dah nak dekat final.

hari ini adalah hari terakhir belajar di faculty of law. langsung tak sedih. *muka serius*
dan mungkin juga hari ini adalah hari yang paling tahi pernah berlaku.
ayat ganas : sialan. ayat lembut : malang.

satu persatu aku dihimpap ketensionan. sangat stress. oh makin gila aku dibuatnya :o
Final exam dah nak dekat. satu buku belum bersentuh.
"kau ingat kau pandai sangat ke hah yuyu"
nanti nak dekat exam, mula lah mengelabah kambing nak hafal penal code, criminal, tort, global, court dan perkataan-perkataan lain yang bikin hati aku meraung.

2minggu telah diberi untuk study week. terima kasih uitm :* ok chillex lah bro banyak lagi masa. otak-otak kempas lah kau ni yuyu. kau ingat hafal macam abc ke boleh chillex chillex. study hard lah gamaknya eden kali ini. ini kerana kebodohan bertubi tubi dalam otak ini. ohhhh damn stress T.T

doakan saya berjaya dalam peperangan ini dan dapat menewaskan kegagalan serta mencapai kejayaan di semester dua ini. :) aja aja fightin. haiyakkkkk !

aku memang selalu stress. dan itu memang aku :(

#close your eyes. clear your heart. let problemssssssssss go.