“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

March 9, 2012

ada apa dengan aku?

terasa nak update lagi.

cuti study week katakan. peduli lah ! peduli lah ! blog aku bukan blog kau.
eh sila tendang saya sebab emosional melampau.

hal ini tentang kawan. no more cinta or tangkap leleh.

kalau dah berkawan, semua benda nak kongsi bersama.
cerita suka suki duka daki ketiak masam pun nak share together-gether.
cerita nenek datuk kahwin sampai dapat anak pun turut terselit sekali.
cerita boyfriend main kayu tigabelas pun turut diperbahaskan.
kalau boleh baju, seluar, pakaian luar dan dalam turut nak share juga. #eh.

curahkan kasih sayang sampai menjulang naik.
sampai mendidih cukup maximum darjah celcius.
kau kakak. aku adik. kita macam one happy family. *aku happy*
aku sayang kau dan kau sayang aku. cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. *aku lagi happy*

kita saling sayang-menyayangi dan berjanji *angkat jari kelingking* friendship poeba and eva eva eva.

TAPI itu masa sedang berkawan sahaja.
*nampak perkataan yang di bold tu. siapa tak nampak, pendek umur*


*lakonan tambahan*

cuba bila tak berkawan lagi....

dengki turut berleluasa. mengumpat jadi aset utama.
aku dapat rasa dia sedang mengumpat aku. sebab aku acapkali diserang tergigit lidah.
sakit. pedih.

lihatlah pada diriku yang slim ini. serba serbi kekurangan. malah picisan berlagu sedih.
tiada kelebihan nak dibandingkan orang lain. *sigh*

aku miskin,
kau masih nak dengki.

aku buruk,
kau masih nak dengki.

aku bodoh,
kau masih nak dengki.

aku hitam.
kau masih nak dengki.

aku keding,
kau masih nak dengki.

kalau semua benda dekat aku yang tak sempurna lagi selebet ini,
kau masih beria-ria nak dengki segala.
apa kata engkau gali lubang kubur sendiri dan tanam diri kau sedalam 7kaki. itu lebih afdal.

sebelum nak hembus apa yang nak dikatakan,
lebih baik lihat diri sendiri di cermin. gemuk kah. kurus kah. hitam kah.

tengok diri sendiri apatah kau cukup hebat dan ohsem di mata semua orang.

try muhasabah diri sendiri kau dengan lebih mendalam.

itu lebih baik daripada kau bertungkus lumus membazirkan masa untuk mendengki dekat aku.

tidak mengapa wahai pendengki budiman,
pahala free telah ditransfer ke aku. yay !. oh yay !

aku sayang kawan aku dan juga pendengki budiman itu.

#aku rindu nak balik rumah tercinta. tunggu habis final baru bisa terbang ke selatan. hoho. bersabarlah wahai hati kecil. :)

No comments: