“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

June 6, 2015

Carut.


Kerana mulut, badan binasa.
Badan binasa, ah padanlah muka.

Dalam mengorak bicara antara tidak sengaja mahupun disengajakan,
pasti ada celah hati mana-mana manusia yang terasa.

Biasalah, hati manusia ni ada jenis cepat sentap.
ada yang jenis lembut bak sutera, belum dijentik dah melalak.

Carut?
Aku lebih gemar berkawan dengan kaki carut
kawan si kaki terus terang kadang deep sampai tenggelam lemas sentap tu.
Sekurangnya spesies itu jenis tak hipokrit.

Kadang yang mulut cakap lepas--kaki carut--ayat bisa,
inilah yang tolong kita waktu susah.
Yang jenis kaki kipas, kaki puji,
Ah sudah hilang dari radar, kelibat terus tak nampak.

Nak mencarut kena tengok pada jenis orangnya,
pada situasi, pada tempat.
bukan main sembur pada semua orang.
Label "perempuan mulut celaka" ditampal di muka engkau.

Hati-hati.
Bukan semua orang hati kebal.

February 25, 2015

Nak kahwin juga


Berderet manusia mendirikan masjid di umur yang masih muda
dan rata-ratanya umur yang sebaya denganku telah pun bertitle tunang orang.

Sekali lagi, cemburu tahap dewa telah melekat di lubuk hati.

Ah mak, nak kahwin juga.

Masalah yang aku kerap dapat,
apabila kakak sulung sudah berkahwin maka soalan ini dituju pula pada aku
"BILA NAK KAHWIN?"
"DAH ADA CALON?"

soalan tersebut akan terus dicampak ke muka aku
selagi jari manis ini tidak disarungkan cincin belah rotan.

Kalau lah boleh jawab "Esok" kan lebih indah. Gitewww.





*dah nak sambung berangan*



December 21, 2014

Sepatu



Sesekali aku berasa cemburu nak arwah
dengan spesies perempuan yang cantik gila nak mampus
bila menyarungkan sepatu versi high heels atau wedges
bersama kain ala ala pwincess omputih.

Dan paling menambahkan tahap kecemburuan,
apabila perempuan masih berjalan dengan baik ketika memakai kasut high heels
sekaligus membuatkan mereka kelihatan ayu gitu. (bukan ayu raudhah ok)

Jangan dibilang aku untuk menyarungkannya,
pastinya automatik berjalan gaya robot atau raksasa. (mak mentua tengok terus reject kawkaw)
Itu belum dikira lagi berapa juta kali terlentang terkangkang.
Dan pastinya perjalanan yang sepatutnya diambil 10minit,
akan aku ambil masa 1jam untuk sampai dek kerana kasut high heel yang membunuh tu.

Harap-harap bakal suami akan memahami aku yang-tak-gemar-kasut-tinggi,
semoga kita bersanding di atas pelamin memakai kasut sneakers atau boot ya? (Muah ciked)




December 10, 2014

Malu?


Malu;
bila kau ada ilmu seciput, tapi lagak serupa miliki PhD

Tak tahu malu;
Ilmunya sedikit, tapi berkata sebesar alam.

Memalukan;
Bila dibidas, terus mengelabah cari jawapan.

Sangat memalukan;
Bila pura-pura pandai menjawab, rupanya jawapan jauh menyimpang.

Manusia--
malu bila dianggap tidak tahu apa-apa
malu jika dicop bodoh tuli
lalu mereka memilih untuk melemparkan aksara yang lagaknya konon hebat
berguguran aksara di laman sosial membidas pihak itu pihak ini
semuanya mempertahankan diri menggunakan perisai kata berbisa.

Ah !

Tidak tahu apa-apa, lihat dan dengar sahaja.
Tidak tahu apa-apa, lebih baik diam.

November 29, 2014

Lemah


Perempuan itu lemah,
dan laki-laki tahu tentang itu
tapi mereka tak mempedulikannya
mereka seperti buta tuli.

Sebanyak mana engkau belajar seni pertahankan diri
taekwando, silat, karate, dan segala mak nenek ninja
yang menguatkan engkau,
cuma fizikal cuma luaran sahaja
tapi bahagian dalam
bahagian hati...... ah rapuh gila.

Ah,,
lagaklah serupa jantan sekalipun
tukarlah pakaian seperti lelaki
pasaklah ego tinggi manapun
kasar dan mencarutlah konon ramai akan gerun
itu tak pernah menghapuskan pernyataan ini

"Perempuan itu kaum yang lemah"

Dan, para laki-laki
seharusnya mempertahankan
dan melindungi
bukan menjadikan perempuan
mangsa kerakusan kalian
terutama hal hati.