“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

April 25, 2011

♥ RANKING TOP DI HATI PEREMPUAN ! ♥


Ini entry khas aku buat untuk mereka yang baru mengenali apa itu CINTA.
cehceh . *macam aku ini pakar bab cinta pulak kan . bedal sahaja lah :)) 
untuk makluman wahai kaum ADAM ,
perempuan memang jenis agak cerewet bab memilih lelaki sebagai kekasih . 
tak percaya ? . suka hati kau lah !
contoh ayat yang selalu aku dengar dan kadang-kadang aku sendiri menyebutnya . 
"ee . tak handsome lah ! 
ee . gemuk lahh ! 
ee . gigi berkarat lahh !
 ee . kedekut taik hidung masin lahh" ! . 
macam-macam ragam perempuan ini TERMASUK AKU ! . 

Oleh itu, 
mari kita selidik dan mengkaji personaliti yang macam mana menjadi pilihan hati perempuan.


-KEHANDSOMEAN-

Siapa yang tak nak lelaki yang kacak lagi bergaya kan ??. 
kalau bagi FREE pun , siapa tak nak kan. 
*siapa setuju sila angkat tangan macam awok . :D .
mari kita cuci-cuci mata tengok gambar jejaka pilihan perempuan sekarang . 

memang berdupdapdupdap jantung tengok muka jejaka ini . 
woahh ! woah ! hangat-hangat sensasi .

(kiri : JUN MATSUMOTO , actor paling saya minat . pelakon dalam cerita METEOR GARDEN . 
kanan ; takan tak kenal kot . faizal tahir ! SUPERMAN . lagunyeee memang superduperBEST lah WOK ! ) 

kiri : SHAHEIZY SAM yang rock , alaaa~ yang menang BINTANG PALING POPULAR . maallaaatop ! .
kanan : ZIZAN , artis yg paling saya minat . walaupun hidungmu besar , tetapi lubang hidung tetap menjadi pujaan hatiku .

 
(kiri : REMY ISHAK , pelakon lelaki terbaik . jejaka malaya . muka lelaki TULEN . 
kanan : FAHRIN AHMAD . jejaka yang berbadan ketul-ketul . 6pack uhh ! . )

 (kanan : wow wow ! badan sasa berSIX PACK ! HRITHIK ROSHAN . pelakon hindustan . dia memang kacak ! . 
kiri : KIM HYUN JOONG . waalawey ! suke suke . comel :))

ENOUGH ! ENOUGH !
itu sahaja gambar artis yang boleh ditunjukkan . kalau nak letak banyak-banyak , 
takut tak cukup page entry ini . HAHA .
tetapi kan WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG !
bukan lah lelaki itu mesti kena HANDSOME giler ! .
cukuplah sekadar sedap mata memandang . 
kalau kacak sangat nanti , ada pulak yang kebas. merana perempuan nanti . 
takut nanti ada juga berlaku perang dunia ke-20 ! 
kebaamm BOOM .   
tetapi kebanyakkan lelaki yang kacak sekarang , kerap dikatakan GAY .  
OuhhmyPRADA ! .. 
dan sekarang dekat bukit bintang , KL dan jalan susur , JOHOR berkeliaran MAK NYAH di tepi jalan sedang mencari mangsa-mangsa . ape kejadah semua ini ! ! .

 (gambar hiasan : ashraf muslim jadi MAK NYAH dalam sebuah filem . nampak tip top gitu . 
tapi geli saya tengok . eeuuww ~)



-AGAMA-
Pilih lelaki kerana agamanya. kerana dia yang akan membimbing keluarganya ke jalan kebenaran bila sudah kahwin nanti . sebab dengan ada agama sahaja dapat membezakan yang jahat dan yang baik .

tetapi perbezaan agama tak jadi masalah kalau nak jadi pasangan . 
mana lah tahu , dapat hidayah dia nak masuk agama ISLAM , bertambah umat kita . 
alhamdulilah ! :)
*insan yang cemerlang datangnya dari akal , hati yang tenang ,
jiwa yang mantap . renung-renungkan dan selamat beramal . :)


-AKHLAK-
ini salah satu faktor penting . sebab akhlak mencerminkan siapa diri kita sebenar . 
kalau setakat depan mak ayah tunjuk baik  , belakang macam hantu . lebih baik takpayah jadi kekasih ! .
pada lelaki sekarang yang tak berapa nak BAIK perangainya , 
lebih baik berubah ! gerenti tiada perempuan sudi dekat dengan awak kalau perangai macam SYAITAN . haihh ~.~jadi lelaki tua lah nanti . :P



-ILMU-

kalau ngak penuh ilmu didada , ngak sampei ke terusan suezz . 
*pak salam erwin joko anuar yang cakap .
okayy . sudah terang lagi bersuluh , ilmu memang penting . 
terutama bagi lelaki yang bakal jadi ketua keluarga . 
takkan lah nak berharap dekat bini 24hours dalam semua perkara . 
dahlah bini yang kena masak , beranak , cuci segalanya , takkan semua nak kena bergantung dekat bini .
ini sudah MELAMPAU ! .
kalau seseorang itu tiada ilmu , macam mana dia nak ajar anak-anaknya tentang agama islam . 
Pada lelaki , mulai sekarang , 
rajin-rajinlah pergi ke surau atau masjid dan menuntut ilmu tentang perkara baik . :)


 

-HARTA-

kalau cerita pasal harta ,
terbayang aku dengan DATO' yang berpangkat tinggi , bermisai tebal , berbaju batik ataupun berbaju kot . 
*bukan terbayang datuk K okayy*

kalau kahwin dengan orang tua yang ada status DATO' , gerenti cerah masa depan . 
minta apa sahaja gerenti dapat . 
"ABANG , nak FERRARI MERAH ! . "
"ABANG , nak RUMAH BANGLO 20tingkat ! . "

HALLOO ! . 
aku bukan spesies matrealistik a.k.a pisau cukur. jaga-jaga sikit mulut nyah oi . 

Kaum ADAM , 
anda mestilah mempunyai harta sebelum mengatal atau nak masuk meminang anak dara orang . 
tak kan lah nak kahwin , masih nak BERHUTANG ! .
tak pasal-pasal , malam pertama kahwin , ALONG datang tuntut wang dan baling cat merah . 
Lagi banyak laki itu punyai harta , lagi ramai wanita CUN MELECUN datang tau.  
Almaklumlah , perempuan kan ada 9 nafsu . macam-macam benda perempuan nak beli :))                        


 

-KETURUNAN-

Sudah semestinyalah dari baka yang BAIK-BAIK . 
apabila kita pilih pasangan dari keturunan yang baik , 
maka keluarga yang dibina pun akan menjadi harmoni dan aman damai . 
takkan kita mahu kahwin dengan keturunan yang penuh dengan soSIAL dan ada rekod jenayah . 
orang dulu-dulu kata , 
BAPAK BOREK ANAK RINTIK . 
ataupun 
BAPA KENCING BERDIRI , ANAK KENCING BERLARI . 
CUCU KENCING LARI BERGANTI-GANTI . 
hahaha . *tak senonoh punya ayat . astagar >,<



CIRI-CIRI LAIN YANG MENJADI PILIHAN HATI PEREMPUAN :

-LELAKI YANG TIDAK MEROKOK-



lelaki selalu cakap merokok itu melambangkan KEMACHOAN mereka . 
poodah deyh TAMBI ! . 
bila dah dapat penyakit , hilang kemachoan kalian itu .
kesan merokok lebih banyak impak negatif . 
kebanyakkan lelaki yang hisap rokok punyai bibir yang HITAM . eeuuww ~.~
HATE SMOKER ! . 
nak tahu tak , beli rokok setiap hari itukan membazir . membazir itu saudara syaitan . 
ee . saudara dengan syaitan . minta simpang uhh ! . 
then , bila kahwin nanti , gerenti umur tak panjang . isteri pun jadi JANDA. tinggalkan anak-anak . 
sedih bangat ! =.= 
Menurut kajian , penyedut asap rokok lebih berbahaya dari perokok . ishhh . takkan lah kamu kamu dan kamu nak biarkan orang sekeliling kamu mati awal . INSAFLAH . 
berhenti merokok ! . kalau kamu tak merokok pun , kamu tetap MACHO lah ! :)) 


-LELAKI YANG ROMANTIK-

wow ! i like romantic GUYS .   

tapi bukan yang 24jam pandai bermain kata-kata . kadang-kadang berbahaya lelaki yang romantic sangat ini . kot kot PLAYBOY ke ? . mana lah tahu kan kan . tiba-tiba dapat tahu aweksss berderet-deret . gara-gara termakan dengan kata-kata si pujangga . tapi kan tak suka lelaki yang macam TUNGGUL KAYU .

bila jawab sepatah , dia jawab sepatah . benci sungguh ! =,=


-LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB-

memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki sangat berat , 
tambah-tambah kalau anak sulung .
perlu mengutamakan ibu bapa daripada kekasih. Lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga bererti dia amat penyayang . meskipun dia sanggup bersusah payah demi keluarga . SO SWEET ! =,=

-LELAKI YANG MENJAGA KEBERSIHAN-

Lelaki itu tak perlu memakai barang yang BRANDED kalau tak pandai menjaga kebersihan . 
buat malu sahaja kalau pakai serabai-serabai bila keluar bersama-sama .
setakat duit poket penuh sampai poket seluar terlondeh terlalu banyak sangat duit
tetapi tak jaga kebersihan, memang takkan ada perempuan nak dekat ! 
pandang pun tak nak agaknya lah . 
kalau yang sudi dekat itu pun sebab DUIT . bukan sebab diri anda.  


 

"Annazofatun minal iman"~ kebersihan itu daripada iman .


  
NOTAKAKI : pada lelaki , apa lagi yang ditunggu kan kan ? . cepat-cepat berubah ! . persiapkan diri dengan segalanya . pada perempuan . any suggestion lagi ? perempuan mahu lelaki yang terbaik sebagai partnernya .  -LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK -








April 1, 2011

♥ KAU CURANG ! ♥


ANTI LELAKI CURANG

gambar di atas ibarat sudah terang lagi bersuluh bahawa ranking lelaki CURANG 
semakin tinggi dari semasa ke semasa berbanding perempuan .
hasil sumber daripada FACEBOOK (questions)


psst . entry ini akan buat lelaki lelaki macam terasa nak meringankan kaki dan nak sepak saya laju²
ouhh tidakk ! JANGAN ! JANGAN !  
saya belum kahwin lagi *tiada kena mengena .
sila buka seluas-luasnya mata anda , minda anda dan pemikiran anda .
meskipun saya tahu ramai pembaca saya lebih ramai perempuan berbanding lelaki . 
*ade ke yang nak baca entry blog cikai aku nih ? T__T
disebabkan itu saya nak menangkan PEREMPUAN ! . 
YEAHHH ! hidup perempuan . 
AHAHAHA
ouhh jangan salah sangka terhadap insan selemah dan sebaik seperti saya . 
*cepat menyampah dengan statement aku ! . 
ia hanya gurauan semata-mata . 
tiada kena mengena dengan orang masih bernyawa atau yang telah pass away . 
secara jujurnya ,
post ini macam saya menyalahkan 99% dan menuding jari kepada LELAKI !
. ok . padan muka LELAKI !  
HAHAHA*gelak jahat . 
baru-baru ini , kawan-kawan saya sedang mengalami perang dunia ke-20 dengan en.boyfriend mereka . 
dushh ! dushh ! dah abis dok restling antara satu sama lain , 
akhirnyaa bercerai TALAK 20 a.k.a CLASH .
*kenapa mesti 20 ? . sebab saya lahir 20 oktober . HAHA . 
sahaja promote tarikh lahir . c(; 
OK ! ini bukan bermakna saya ini busybody atau menjaga kain atau seluar kawan-kawan saya .
cuma saya PRIHATIN terhadap kawan-kawan .
*sila bangga dapat kawan seperti saya . 
WINK WINK . 
macam biasa mestilah saya turut sedih dan simpati bila kawan saya telah dicurangkan oleh boyfriend mereka
*ada ke perkataan dicurangkan dalam kamus bahasa melayu ? . 
hentam jelaa LABU .
KITE BAKO ! KITE BAKO !
*tetibe .
tetapi kan tak semua kan lelaki kan curang kan , 
kadang² kan kawan-kawan perempuan saya kan punn kan curang jugak kan tetapi kan curang SIKIT kan . 
*sila tampar² manja dekat muka saya . 
kerana gile KAN KAN ? okbaii . 
then , sila lihat perkataan yang diBOLD itu dengan teliti . 
ternyata perempuan agak good good seperti budak kepoh kepoh . 
saya tak tahu kenapa mesti salah seorang daripada pasangan perlu curang ? .
adakah dia pikir dia terlalu HANDSOME atau CANTIK untuk
mencurangkan kekasih dia ? . 
*tepuk dada tanya selera .
bukankah dulu decide nak bina relationship sesama dan kenapa perlu berakhir dengan tragis CURANG
ouhhmyGUCCI ! -__-
 maybe mereka pikir mereka berasa BANGGA atau GAH bila dengan perempuan/lelaki lain dan 
sebab itu mereka CURANG ! dan terus CURANG ! dan terus CURANG ! . 
ternyata pemikiran agak kebudak-budakan seperti budak hingusan . 
ehh ehh . tetapi tak semua lelaki JAHAT , 
tetapi secara jujurnya , 
saya nampak lelaki lebih kecenderung untuk CURANG kepada cik girlfriend 
*pernyataan berani mati aku .
mintak ampun yaa jika LELAKI terasa benggang dengan statement aku . 
huhu T__T 
maafkan kami maafkan kami si bujang lapuk~ lalala . 
yelaa . dulu masa first couple dalam 1 bulan , 2 bulan , janji berbagai-bagai .
ibarat tinggi segunung kota kinabalu . seluas lautan antratika .
perhhh ! boleh cair dengan kata-kata lelaki .
lelaki memang suka suki membuat janji entah pape pape dekat perempuan . 
contoh ayat mereka :
"i takkan curang dekat you . i JANJI dengan you ! 
you setia dengan i , i akan setia dengan you . "

pooo dahh deyh TAMBI ! 
semuanya hanya sandiwara belaka ! 
BENCI ! BENCI ! 
*apesal aku emo semacam ini? . haihh ~
ouhh tidakk .
saya tak alami situasi curang-mencurangi nih OK . . 
saya hanya ingin membela nasib mereka yang telah dicurang . 
para hadirin dihormati sekalian , 
dalam perhubungan ,
semua bergantung kepada diri masing-masing untuk menilai sejauh mana kesetiaan dalam diri .  -__-
kejujuran dan kesetiaan amat digalakkan dalam membina perhubungan .
terima kelemahan pasangan lebih baik daripada menghina atau tidak menghargai. 
kerana tidak semua manusia tampak sempurna KAN ? . 
*cepat ANGGUK ! haha .

KALAU TAK SUKA , KATA TAK SUKA . 
TAK PERLU NAK CURANG-CURANG ! 
*dah macam gaya pakar cinta pulak aku nih~
HAHA . :)


NOTAKAKI : jangan cuba untuk curang atau menggunakan tipu muslihat untuk berlaku curang yaa kawan-kawan !
kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua .



♥ cik yuyu a.k.a budak kepoh kepoh


March 2, 2011

HAHAHAHAHAHA :D

ALKISAH bermula , 
di saat daku membuka blog sendiri ,
tuptup , cik yuyu ternampak nama encik ADAN .
yeahhhh !
cik yuyu telah diTAG oleh ENCIK ADAN yang handsome lagi bergaya itu . 
dan tanpa segan silu , 
cik yuyu pun menjawab soalan yang telah dibekalkan 
oleh 
pakcik ADAN handsome itu .
cop cop . handsome ke ?? . 
HAHA . 
maaf encik adan ! hari raya nanti baru saya minta maaf iye . wee~
PEACE NO WAR !



 SOALAN MEMERAH OTAK 
oleh pakcik adan :



1. Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu.
Nama saya Norhidayu Bt Juhari bin Omar bin Muhammad Bin Abdullah . 
selepas itu , 
saya tak ingat sebab papajoe saya pun tak ingat jugak ! 
HAHA .

2. Kamu suka warna pink tak?
pink ?? . 
warna macam mana ehh ? . 
almaklumlah dah lama tak pergi sekolah . 
HAHA . 
*sila penampar sikit dekat muka saya . SIKIT sahaja OK . 
jangan lebih² !
hehe .
sukalah juga . tapi takdelah OBSES sangat sangat . 
eeeuuuuuwwwwwww .

3. Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ni, apa kamu nak cakap dengan dia?
wahai abang ADAN , cepat jadi photographer saya . 
saya nak jadi MODEL nih ! 
HAHA .

4. Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu?
of course lah saya weii . 
takkanlah Maher Zain comel . dea HANDSOME sahaja  . 
saya COMEL !
ulang suara please .
SAYA COMEL !
*SILA MUNTAH CEPAT .
haha .

5. Mana lagi sedap? Kek atau aiskrim?
dua dua saya SUKA ! .
ini semua disebabkan dasar saya kuat melantak . 
jadi dua dua saya rasa SEDAP . 
perhhhh ! 
tambah² lagi kalau kek atau aiskrim itu disalut dengan cokelat yang lazat lagi berkrim .
meleleh air liur gua dibuatnya .
yummy ! yummy !

6. Bila tarikh birthday si pemberi taggie ni? (Kalau kamu ingat, kamu memang hebat)
setelah menyelidik sedalam dalamnya ke blog encik adan  , 
pemberi taggie ENCIK ADAN diberanakkan oleh ibundanya pada tarikh 01 mei . 
yeahhh !
SAYA HEBAT !




7. Ain Maisarah, siapakah dia?
siapa pulak Ain Maisarah ini ? .
perempuan kabaret ke
uishhh .
LOW CLASS !
hahahahahahaha .  



8. Ceritakan sejarah kamu membuat blog, ikutlah sampai perenggan pun.
sejarah ? ! . subjek biologi nak tak ? . 
HAHA . 
ok . saya mula membuat blog ini pada akhir disember 2010 .
disebabkan perasaan kebosanan melanda sanubari saya selepas SPM  , 
lalu saya bikin satu blog bernama SUKA SUKI DUKA DUKI . 
akhirnya ,
lama² saya berminat gilaaa dalam blogging .
tambah² dapat blogger yang sporting dan otak sekepala .
the end , 
saya pon dicampakkan ke alam blogger .

9. Apabila harijadi kamu, kamu nak saya (pemberi taggie ini) beri apa pada kamu?
ABANG ADAN HANDSOME ,
*wink wink*
(smbil kenyit mata) , 
belikan saya kamera NIKON ! . 
takpun , abang bagi kamera abang itu .
bolehhhhhh takk ? . (suara ala² manja) . 
eeuuu . geli saya dibuatnya . 
HAHA .

10. Taggie ni ada sepuluh soalan jadi wajib tag sepuluh orang ye!
 10 orang ? ! . 
mak aiiii . banyaknyerrrrrrrr . 
boleh cramp tangan dan otak nak cari 10 orang blogger .
mangsa mangsa keadaan telah saya pilih .
taraaaaaaaaaaaa~

saya dengan berbesar hati ingin mengTAG for my darlingsssss :

opss . terlebih TAG . hehe .
p/s  kepada mereka yang telah diTAG oleh saya , 
saya mengucapkan PADAN MUKA !
kalau nak join soalan ini , dipersilakan ,
jikalau taknak , sila abaikan nama anda dan dok dediam .
 HAHA .

♥ cik yuyu a.k.a budak kepoh kepoh ♥

February 24, 2011

tahniah ! anda terpilih masuk Akademi Fantasia !

Check it out. 
kabare ?? Waras.
tapi aku ini tidak W A R A S . 
cepatlah tanya saya sebab apa ?? . 
OK . 
mari gua bagitahu dekat kalian semua .
sebabbbbbbbbbbbbbbbbb . 
saya telah dipilih MASUK AF  ! 


korang tahu tak ape benda itu ?? .
p/s entry ini akan lebih difahami sekiranya mereka yang membeli astro sahaja .
cehh ! aku promote ASTRO ! .
siapa tiada astro , pegi beli cepat .
MACAM² ADA !
AKADEMI FANTASIA ??
yang selalu siaran dekat ASTRO RIA
GEMBIRA gila² ! orang gila pun tak gembira macam saya tahu tak . 
akhirnya ternyata suara aku amat sedap dan tak dapat dinafikan lagi walaupun macam ROCKERS Terima kasih kepada juri² kerana memilih saya masuk AF
jasa anda sangat² saya kenang !
jangan lupa UNDI yahh kawan² tersayang. 

taip AFUNDI YUYU dan hantar ke 32999
sokongan anda memang saya galakkan .  

HAHAHAHAHAHAHAHAHA . 
perhhh ! ayat yang ditulis dan tertera di atas itu hanya  
DUSTA BELAKA
kerana ini semua disebabkan umur tak mencukupi ,
saya masih kanak-kanak ribena lagi .
umur  saya 17tahun 4 bulan 4 hari . 
hal ini kerana  , 
ibu saya telah beranakkan saya agak lambat waktunya .
 20hb OKTOBER 1993 .
haihh =,= 
ada hati pulak nak masuk AF . 
suara pun macam katak bawah tempurung .
err~
ade ke istilah itu ? .
lantak lah , janji ROCK !
ayoyo tambi !
saya tak dapat nak mencuba nasib masuk AF lah . 
dahlah tahun depan pun takde AF .
tahun ini AKADEMI FANTASIA last .
memang tak best kan ? .
BTW ,
memang sahaja lah kan AF nak boikot aku lah ini ! .
dia tak kasi aku popular tahu tak.
baru nak kalahkan mila yang telah menjadi JUARA perempuan melayu pertama .
alangkah indahnya dunia jikalau NORHIDAYU menjadi juara akademi fantasia .
lihatlah DUNIA ! wink wink . >,<
cehh ! mulalah saya berangan tak tentu pasal .


NOTAKAKI : lebih baik kita tak popular , janji hati kita masih mengingati-NYA . buat apa kalau kita menjadi popular sepopular artis tapi suruhanNYA kita abaikan . renung²kan dan selamat beramal ! ASSALAMUALAIKUM c(;




February 21, 2011

♥panggilan AISHITERU ♥

pewiiit .
cik adek yang cantik lagi menarik , cik abang yang kacak lagi berbadan sasa . .
mai sini mai !
hari ini saya nak kongsi resepi tentang
CINTA .
sila letak ramuan secukup rasa .
dan gaul bersama dengan kasih sayang .
okeyy ! stop merepek meraban .
pada yang tengah dok hangat bercintan cintun ,
mesti kembang kempis baca entry merapu cik yuyu .
kalau tengah dok couple² ,
mesti kalian guna macam panggilan manja yang tak berapa nak manja KAN ? .
betul kan kan kan .
memang SAH betul lah itu .
ramai yang angguk !
BAGUS betul lah kalian ini .
anak sapo lah ini .
okey !
mari kita selongkar panggilan MANJA si couple !

awak ,
saya sayang awak tahu tak .
awak pun mesti kena sayang saya .
kalau tak , lembam biji mata awak nanti ! .
saya awak , itu panggilan untuk orang yang baru berkawan atau
sedang berjinak² nak kenal hati budi masing² .
eala .
takkan baru kenal dah panggil sayang sayang ,
 memang nak makan penampar ke !
dasar ulat bulu gatal kalau dok panggil sayang sayang masa mula kenal !

adinda ,
kekanda sangat mencintai dinda .
kanda ingin hidup semati sekubur dengan dinda .
wahh ! wahh ! kanda dinda .
kekanda jangan iri hati dinda naik pangkat lagi . lalala~
itu dia lagu kekanda adinda by monoloque feat atilia .
besh kan lagu itu .
KEKANDA ADINDA
 itu orang zaman hang tuah yang panggil macam itu .
 tapi kalau zaman sekarang panggil , nama macam itu jarang dorang pakai .
depend pada si couple lah kan .
tapi romantik kan kalau guna kanda adinda .
waalawey !

abang ,
ayang rindu dekat abang ! .
cepatlah dapat gaji , boleh belanja ayang shopping .
wink wink .
(ABANG , AYANG !)
 haha .
 selalu org yang guna nama macam itu , di kalangan orang dah kahwin atau orang yang TERINGIN nak kahwin . tapi kebanyakkan si couple , bf dia muda dari dia pun panggil abang . macam² betul couple nih . janji tak panggil bang bang gang gang . ! ish3 . HAHA .)


babygirl love you , my babyboy .
haiyaa==' berbaby baby lah pulak !
macam² dak kecik pulak kan . tapi nampak comel .
kalau orang dengar , mesti dorang gelak terbahak² sambil ketawa kuat² .
contohnya seperti budak kepoh² nih .
gerenti orang akan cakap "dah tua² pun nak panggil baby" .
gelimat sungguh !


honey ,
bie tak nak kehilangan honey .
jangan tinggalkan bie iye .
( honey bie )
HAHA .
honey = madu madu . madu memang sedap ! .
jangan silap² TERJADI MADU kepada isteri² yang lain sudahlah .
hoho =,= madu pun boleh buat panggilan kan .
macam² betul panggilan zaman sekarang . )


papa ,
ma sayang sangat dekat pa .
bila pa nak belanja ma nih ? ?.
lama tahu ma tunggu ! ish .
amboi ! amboi !
papa mama .
haiyaa =,=
 macam orang dah ade anak ramai je .
tetapi kalau kalian panggil pa ma depan member kalian .
apa reaksi dorang ? .
mesti yang rasa gelimat satu badan ,
mesti yang kata alahai sweetnyer .
papa mama , padahal belum kahwin lagi .
kenapa tak panggil nenek datuk ,
nampak comel juga .
HAHA .


ayu ,
amin sangat sayang pada ayu .
bila kita nak kahwin wahai ayu yang comot lagi brutal ? .
okey ! dialog di atas bukan ditujukan untuk saya yang bernama ayu .
langsung tidak kena mengena yang hidup ataupun yang sedang pass away ! .
wahh ! panggil nickname memang nampak si couple tak menunjukkan kemanjaan mereka .
tak adalah orang syak yang kalian ini pasangan kekasih .
dan rahsia kalian pun takkan terbongkar terutama depan parents .
fuhhhh . selamat !
BIJAK BIJAK !



i love u ,
u love me ,
we are happy couple .
lalala~
panggilan ini sangat simple .
dahlah senang nak taip mesej , just tulis 'I' dan 'U' .
takpayah lah tulis nama panggilan panjang lebar . buat sakit mata pandang tahu tak ! .
lagipun nampak macam orang putih sikit .
takdelah nampak korang nih KUNO sangat .
saya lebih suka guna ayat ini !
nampak superb !
wee~

aku sayang gila dekat kau .
kenapa kau tak faham perasaan aku !
perhhh !
memang brutal lah kalau kalian guna panggilan ini .
tapi nampak macam kasar sangat kan .
macam tak ada adab dan sopan .
tapi aku peduli ape kan .
janji kasih sayang tak berubah .
HAHA .


kalian guna panggilan ape ?? .
NAK TAHU JUGAK !
walau apa² pun panggilan yang macam mana kalian guna kan ,
 janji kalian bahagia ke anak cucu cicit !
janganlah panggil panggilan yang tak senonoh sudahlah .
masing² dah besau panjang lebar .
Lu Pikirlah Sendiri ! !


NOTAKAKI : when i tell you , i love you , i don't say it out of habit or to make conversation . I say it to remind you that your the best thing that ever happend to me .
 
♥ cik yuyu a.k.a budak kepoh kepoh