“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

November 26, 2011

Jangan Ganggu Hidup Gua Please hm .



*1kali telan air liur*

*2kali telan air liur*

*Usap-usap dada*

Jantung saya berbuak-buak . Terasa macam dihiris sembilu .
Ouch Sabar yaw Sabar yaww (buat rap)

Cerita aku bukan untuk kalian mengetawakan terbahak bahak terguling atas katil sukahati hang pa lah . gua malas nak fikir , otak gua stress penuh dengan masalah luar dan dalam negara ok perasan puihh . Gua sekarang makin serius meluahkan perasaan . Come on lah babe ! aku yang rasa dan kalian yang tak rasa boleh berkata-kata tanpa menoleh kanan kiri .

Ini kisah benar kisah dari hati *Alyah*
Hati aku diganggu sungguh oleh kau bergelar manusia . Manusia itu berjantina perempuan ya dia bukan kunsa mahupun pondan aww aww ala ala maknyah .

Dulu hidup aku bergelar ketenangan kini ia bergelar ketidakamanan . Ini semua melibatkan hati dan perasaan . Perhhh hati siapa tak tenang bila disuruh jangan ganggu malah masih berdegil . Sekali aku cepuk kepala orang itu gerenti berpusing 360 darjah tanpa henti . Ternyata aku perlu sematkan kesabaran dalam diri . Sebaik rupamu tidak ku kenal , tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku ok lari topik ;p

Maaf Maaf . Aku tak perlukan musuh . Andai ingin berkawan , please be nice with me . Kata kata kau bersulamkan kepalsuan haram jadah . Sekali kau mengeluarkan kata kata , akhirnya kau sendiri yang berdusta . Maka orang lain tertipu dengan kau serta dengan tindak tanduk kau yang bergelar penipu . Syabas kau berjaya menpergunakan manusia disekeliling kau !

Aku ? watlek watpeace padehal hati membuak buak membara mencengkam sanubari terasa nak cungkil biji mata kau lalu toreh muka kau guna pisau perhh pasti kelegaan hati terjamin . Namun aku bukan seperti kau , memfitnah malah membabi buta melemparkan tuduhan karut .

Namun , ia tak sama luka serta sakitnya yang berada di hati aku . Ayat berbisa tapi kau tak merasa . Beritahu semua kerabat kau , ayah nenek mak atuk akak abang adik kawan jiran ! Katakanlah segalanya tentang aku tapi kau tetap di pihak yang salah . Allah lebih tahu daripada kau yang mulut berbisa wadehel .

Aku tak pernah berdendam tapi kau sendiri membuat diri kau terasa ingin mendendam .
Aku Hot ? Aku Comel ? Aku Bajet ? Itu bukan kau punya hal jadi aku mohon tolong jangan ganggu hidup aku . Aku ingin ketenangan bersama tersayang . Aku tak ingin kau wujud di dalam kehidupan aku meskipun kau duduk berdekatan dengan rumah aku atau aku jumpa kau dekat tesco or jusco atau aku jumpa kau dekat tasik . Aku tak kenal kau tolong lah tolong lah ! Jangan sempitkan minda kau dengan kekolotan ilmu walhal kau sendiri akan kelihatan bodoh dengan penipuan kau . *clap clap*

Leave Me Alone , LOSER !

#terasa tenang apabila dapat berjumpa dengan mereka tersayang . terubat luka serta terubat rindu :*

November 20, 2011

Hati Aku Meronta-ronta !


kembang kucup kembang kucup >..<

dup dap dup dap >..<

Jantung ohh Jantung . bergeraklah engkau seperti normal . janganlah buat badan terasa seksa .

Almaklum , UITM dah memanggil jauh dari Shah Alam sambil melambai-lambai hai hai dekat aku yang berada di Johor Bharu supaya balik cepat duduk hostel terperap sambil pegang buku LAW sampai pengsan . itu menjadi rutin harian bagi siswa siswi LAW tapi bukan seperti aku . Aku nak pegang buku ? Haremmmm >,< MukaBuku juga yang aku hadap haha . Sumpah pecah otak beku tahi mata bila baca buku LAW (takda kena mengena)

Rumah pula melambai-lambai BYE BYE sambil menghalau dengan kejam . benci melihat aku berada di rumah selama 7 minggu sambil bising memekak menghentak kaki tanpa simpati . Tidak seperti manusia jika aku berada di rumah . Meratah makanan dengan begitu selera seperti manusia yang berada di hutan tanpa makanan selama 20hari 20 malam.

Maka perpisahan sementara akan berlaku jadi kerinduan pasti bersarang dalam hati sang perindu ini . Ye hati aku kapas . Koyaklah hati aku maka akan berdarah tiada penawar fuhh ayat makan dalam . Chill AyuYuyu Chill :) Perjuangan membasuh kain sendiri , makan sendiri , bangun sendri , senang cerita semuanya sendiri akan diteruskan dan Peperangan memerah otak berpulas-pulas akan dimulakan 21 November . Aja Aja Fightin :D Malaysia Boleh maka Aku Anak Malaysia pun Boleh .

Oleh itu , aku akan rindu seluruh penghuni rumahku syurgaku terutama papajoe , mak , kak long , wan . Jadi demikian , fikiran aku pasti melayang layang memikirkan kerinduan ini , jadi sebak di hati ingin sahaja aku terbang ke Johor Bahru . Sayang seribu kali sayang , aku sudah pun menjejakkan kaki di UiTM . Hendak sahaja aku reverse ke cuti haritu tapi hm ok watlek watpeace . perjuangan tidak boleh disekerat jalan . Pantang tok nenek moyang aku berputus asa tanpa sebab .

Akhir kata , UiTM DI HATIKU :)

*New Semester bermula . yeayy saya sudah berada di UiTM . saya rindu Mak , Ayah , Kak Long , Wan dan semuanya termasuk Achik :*

November 17, 2011

Cepatnya Kau Berubah .



Harini mood aku dipaku dengan perangai perangai manusia sekeliling aku .

Tiada apa lagi yang ingin aku huraikan .


Tiada apa lagi ingin aku jelaskan .

Berbuih mulut aku bersabun DAIA kerana bercakap tak henti henti dengan insan seperti mereka .

Perhhh menyirap jiwa sakit hati terasa . sakit perhh sakit dihiris sembilu .


Semua terjadi sepantas kilat . Hanya membuat aku terkedu melihat .


Tidak aku sangka begini kesudahannya .


Tangisan pun tiada guna kerna sudah tertulis bahawa engkau seorang pendusta .

Perubahan engkau membuatku tercalar .

Janji dulu penuh kejujuran  . Membuatkan aku rasa gembira berhua hua.


Namun kini ternyata kau bersandiwara  . Menjadi manusia tidak pernah ikhlas itulah kau .


Semua pengalaman sudah berbekas di hati ini . Lebih baik dilupakan dari terus mengingati.


Tahniah aku lafazkan . Kerna membuat janji tapi engkau tidak menunaikan .


Kini ,


Telah aku alami sedikit demi sedikit pengalaman aku sendiri .


Namun masih ada yang tak fahami bertapa sakit aku lalui jalan itu sendiri .


Engkau tak menoleh malah engkau tak pernah memanggil .


Cepatnya engkau berubah . Terlalu pantas engkau berubah .


Harus aku pelajari semua ini dari ceriteria hidup aku ,


Harus aku pelajari dari pengalaman semua manusia ,

Kini bisul telah menjadi nanah . Retak telah menjadi belah . Ketawa bertukar Airmata .


Bahawa manusia cepat berubah :(

November 11, 2011

Tak kira apa terjadi gua nak post juga ;p

Maaf , saya jarang update . Saya pemalas . Saya berat tulang berat bontot berat otak berat semuanya lah . Maafkan saya Ampunkan dosa saya . saya janji tak buat lagi :( ok stop ngada ngada Norhidayu Juhari .

Saya lebih selesa guna Aku/Gua . Nampak brutal . Kfine Tak Suka Takpe Watlek Sudah (:

Hari ini 11.11.11 saya terasa comel bila saya post blog hari ini wee~ eleh muka macam batu bata . ok cukup aku sedar siapa aku k ayat kennot go ;p Hari ini gerenti ramai yang minta couple beramai-ramai kahwin beramai-ramai clash beramai-ramai konon sweet lettew tarikh lawa . pastu bangga bangga kembang hidung dapat lucky date ek eleh gua tak jealous lah gua tabah lah *mata buat juling* tak penting pun tarikh lawa kalau hati tak ikhlas k tetiba .

eh eh bukan pasal itu yang ingin aku bebelkan .
cukuplah tangan aku cramp gara gara post terlalu panjang k perh jadah entah :p

Hari ini tiada apa yang menarik walaupun tarikh hari ini sangat menarik. tiada apa yang ingin aku bebelkan . aktiviti harian berjalan dengan lancar . Makan Tidur Makan Tidur Makan Tidur tidak pernah aku lupakan kerana perkara tersebut sangat Wajibun :)

Sedang mengelamun memikirkan siapa yang paling cantik dalam dunia ni tup tup aku tetiba berfikir sejenak bahawa Facebook langsung tidak memberi faedah malah ia seakan membawa bala bagi kita . kerana FB , kita bergaduh . kerana FB , kita bermusuh . kerana FB , kita bermasam muka . kerana FB , kita tidak lagi bersua . semuanya gara-gara FB :") benci benci FB me benci FB tapi me selalu online FB haha wadehal ;p

Tapi janganlah dikau pandang hina dan sinis dekat FB . Alolo bucuk bucuk haha wadehal kasihan FB. kerana FB juga , kita dapat jumpa kawan lama yang terpisah sejak dari perut ibu mengandung yang terpisah dari zaman kehingusan melanda yang terpisah dari zaman berebut pakwe haha aku tak pernah buat ;p . kerana FB , kita juga dapat jumpa cinta lama Wee~ kerana FB , kita dapat mengenali rakan dari pelbagai negeri :)

Namun , yang penting sebenarnya adalah orang yang berada di realiti hidup kita . Orang yang berada di samping aku ,saat aku terjatuh ,saat aku lemah ,saat aku perlukan ruang luahan perasaan ,saat aku menangis, saat aku dijatuhkan, saat aku dibenci. Ternyata , sangat susah nak membuat semua orang sayang dekat kita .
Cukuplah dalam hidup aku ada "mereka" yang melengkapkan hidup aku .
Terima kasih semua :*


*maaf.aku takda idea nak cakap, tapi aku nak post juga pada tarikh 11.11.11 haha*

October 30, 2011

Aku tak mengerti :/


*erkk alhamdulilah*

Makan nasi dua pinggan , nasi bukan sebarang nasi . Nasi dagang untuk orang berdagang . Bila perut kenyang mata jadi layu . Bila mata layu , katil tempat beradu . Maka lemak berketul akan menjadi berbola di tepi badan aku akhirnya ia akan membuat aku bertambah seksi dan seksa :)

Fuhh nikmatnya dunia bila cuti semester . Bersenang lenang seperti dunia beta yang empunya . sedar aku sedar dunia cepat berlalu . kecut jantung bila tengok dunia berlalu sepantas mungkin . dulu ibarat kura-kura kini ibarat arnab berlari mengalahkan kura-kura . pagi aku bergerak ke tandas , sampai tandas dah petang ok gua tipu je jangan percaya.

Entry gua bukan tentang kemenangan Negeri Sembilan mengalahkan Terengganu Tapi entry gua kali ini Serious Sangat Sangat Serious ! Maka anda perlu membuat muka serius seperti saya (:

bertapa seriusnya muka gua :O

 Ternyata dunia penuh dengan pelbagai ragam manusia . Rambut Sama Hitam , Hati Lain-lain . Kekeliruan menusuk dalam benak fikiran aku . Akhirnya , aku dapat huraikan jenis apakah manusia seperti itu . Adakah dikau turut seperti mereka ? .

Apakah yang engkau mahu ketika engkau mempunyai BLOG ?

Aku : Aku bukan nak cari followers terlalu banyak sampai bermillion tapi aku nak memantapkan penulisan aku di dunia berblogging . Mana tahu aku dapat menjadi novelist satu hari nanti (:

Kawan : Alaaa followers aku sikit lah . Tak boleh jadi ni . Ayu ! Followers kau berapa ? Haha aku lagi banyak dari kau :p

Apakah yang engkau cari ketika BerFacebook ?

Aku : Jomlah kita berkawan . Kawan biar beribu , berkasih biar satu . Jangan risau , gua tak sombong punya . Lu respect gua , gua respect Lu ok peace (:

Kawan : Alamak . kenapa sikit je orang Like Picture dan Status aku ? haihh Ayu apahal ramai sangat like kau punya picture . tak acik lah kau ni :/ Menyampah !

Apakah perasaan engkau jika Friends dalam Fb/Twitter melebihi  ?


Aku : Aku rasa happy sebab dapat kawan yang terlalu ramai . Mana tahu persahabatan yang dibina di Muka Buku atau Twitter mampu berkekalan hingga akhirnya .

Kawan : Aku nak kalahkan si blogger tu . Aku nak kalahkan si cantik tu si hitam tu si gedik tu si kacak tu haha . Aku ada dua account ternyata aku hotsentap (: Kau ada ?

Sungguh aku tak fahami manusia apakah seperti itu . Kesimpulannya , mereka hanya mahukan populariti berbanding apa yang aku inginkan. Ternyata apa yang kita inginkan jauh berbeza dengan semua orang . Ayat dalam dialog tu benar-benar berlaku . Maaf ~ aku bukan seperti itu yang mengejarkan serta meraih publisiti . Itu bukan Aku !



Yang Serius ,