“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

May 23, 2014

Jarak jauh


Cinta jarak jauh?

*korek hidung*

*calit bawah meja*

"Kau tak rasa ke dia ada spare orang lain?"

"Weh tak akan lah dia tak terpikat dekat mana-mana awek yang lagi cun melecun
daripada kau yang tak berapa nak cun ni"

"Carilah yang dekat-dekat. Boleh lah selalu dating"

"Alaa sekejap je dia setia. Lepas ni confirm dia berubah hati"

Bertubi-tubi soalan berlegar-legar di rumah minda
menjahanamkan sekeping hati.

Kau lihat di luar sana,
berapa sahaja cinta jarak jauh berjaya diakhiri dengan perkahwinan?
Kau boleh bilang dengan jari kaki.
Tak cukup? boleh guna kaki aku.

Manusia sangat licik. Lebih gemar bermain dengan perasaan.
Kau sangka dia setia, rupanya dialah kekasih paling durjana.

Check handphone? Tak diberi. Siap ada password.
Call? Sekejap sahaja. Tak sempat nak bernafas panjang.
Jumpa? Jarang sekali.
Perkataan sayang? Lagi kelaut.
Janji-janji? Hancur lebur.

Hati-hati--
sebab terlalu percaya, kau sengsara
sebab terlalu sayang, kau merana.

Cinta jarak jauh lebih manis
jika masing-masing memandu kesetiaan
ke mana sahaja jalan yang dituju.



May 4, 2014

Kalau kita dah halal



"Kalau kita sudah halal, kan bagus"

Kalau kita dah halal,
kita boleh berpimpin tangan
sambil kau merangkul pinggangku
aku sandar di bahu bidangmu
dan kita berbalasan senyuman nakal
kita boleh buat apa sahaja yang kita suka
saat itu, dosa tidak lagi melekat.

Kalau kita dah halal,
kita boleh keluar sehingga larut malam
kita boleh lepak kedai mamak tengok bola
kita boleh nonton wayang cerita romantik
tak perlu dirisau lagi oleh ibu bapa
kerna kau ada, sebagai penyelamat aku.

Kalau kita dah halal,
kita tidak perlu lagi menghadap rindu
yang menjajah setiap malam-malam kita.
yang meratah setiap malam-malam kita.

kerna, kita sudah pun menjadi halal.

Tapi, satu hari nanti. In shaa Allah.
Aku tunggu arjuna tanpa nama-ku.


April 30, 2014

Kembali pada Tuhan


Saat duka itu--
aku cari peneman
untuk aku luahkan setiap yang tersirat
aku cari peneman
untuk aku bongkarkan segala lara
aku cari peneman
untuk mendengar segala rintihan yang bermaharajalela penuh celaka
agar aku tenang kembali
agar aku bisa senyum tidak lagi plastik.
tapi
aku tak ketemui.
manusia terlalu sibuk dengan hal duniawi
mereka tidak punya masa untuk aku.

"Ah, tidak mengapa. Aku faham"

Akhirnya,
aku tersedar.
Aku masih punya Tuhan
Dia barangkali tidak mengatakan iya
seperti manusia.
Dia barangkali tidak membalas responku
seperti manusia.
tapi
Dia maha mendengar
segala rintihan aku.

Terima kasih, Tuhan.


April 25, 2014

Bukan Perempuan Kegemaran.



Aku bukan perempuan kegemaran
persis gadis-gadis lain,
berwajah putih gebu bedak tebal 15inci
bercontact lens warna warni
berlipstik merah
berkasut tumit tinggi stiletto merah 4inci,
Aku cuma gadis biasa-biasa
berkasut flat
bermata besar hitam ciptaan Tuhan
berseluar jeans lusuh
dan berbaju cap ayam.

Aku bukan perempuan kegemaran
yang wajahnya sentiasa menjadi kegilaan
dilambung segala puji-pujian
dijadikan model di keratan majalah
dikenali di celah mana-mana,
Aku cuma gadis biasa-biasa
yang tidak dikenali sesiapa
apabila terserempak di tepi jalan, tiada yang menyapa
kerna aku lebih terbiasa
dihalimunankan.

Tapi aku yakin pada Tuhan,
akan ada satu masa kelak
sang arjuna yang benar-benar menyayangi aku
hadir dalam hidupku

lalu mengatakan;

"Aku Cinta Padamu, Perempuan Kegemaranku"


-Aku benar-benar tunggu saat itu



April 15, 2014

Sado ke tak?


Mata gua makin nakal
Pemikiran gua makin liar tertumpu pada badan abang sado.
Gua impikan juga lelaki badan ala-ala The Rock
apabila gua dah tak larat berjalan
akan ada yang mendukung sebijik princess omputih
apabila gua memerlukan khidmat bantal ketika ketiadaan bantal
akan ada yang mendakap penuh erat dengan berbekal enam kotak di perut.

Bila gua fikir-fikir,
lelaki berbadan sado tapi hati serupa bangkai buat apa.
lelaki berbadan sado tapi tak boleh buat gua bahagia nak buat apa.

Bila gua fikir-fikir,
bila lelaki gua berbadan sado, pasti perempuan lain menggedik menatap
dan meratah gambarnya hingga seantero dunia.
maka kecemburuan tahap syaitan aku akan membara.

Bila gua fikir-fikir,
bila lelaki gua berbadan sado akan habiskan masa di gym
dan gua akan terabai keseorangan serupa janda mati laki 20 kali.

Jadi, gua cancel abang sado.
Gua pilih laki maskulin.

Yang penting, bukan macam Remy Ishak. (Bangla Malaysia)