“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

July 9, 2014

Tak cantik

Tak cantik--


Kau tak perlu lagi jadi tatapan

Kau tak perlu show off wajah

untuk raih berjuta like

untuk raih berjuta followers
Bila kau post apa-apa
Semua buat bodoh tuli

Semua dok kata belakang
Bila kau post gambar selfie
Orang kata "Tak lawa takpayah nak selfie doh"

Silap haribulan selfie kau dibuat 9GAG.



Sebab kau tak cantik--



Dan gegadis yang cantik,

mula berkata sinis ;--

"Eh aku lagi cantik"

Mula perlekehkan yang tak cantik

setiap inci dikritik yang tak cantik

oh lupa, orang cantik itu --kan malaikat.



MULUT PUAKA

PERANGAI CELAKA,

MUKA CANTIK MASIH ORANG SUKA.

Yang suka itu pun semuanya otak tak centre.

sebab pandang pada wajah semata-mata.



Perempuan cantik--

wajah cantik bukan tiket untuk perlekehkan orang lain

bersyukurlah sebelum Tuhan
tarik nikmat engkau

dalam sekelip mata.






May 23, 2014

Jarak jauh


Cinta jarak jauh?

*korek hidung*

*calit bawah meja*

"Kau tak rasa ke dia ada spare orang lain?"

"Weh tak akan lah dia tak terpikat dekat mana-mana awek yang lagi cun melecun
daripada kau yang tak berapa nak cun ni"

"Carilah yang dekat-dekat. Boleh lah selalu dating"

"Alaa sekejap je dia setia. Lepas ni confirm dia berubah hati"

Bertubi-tubi soalan berlegar-legar di rumah minda
menjahanamkan sekeping hati.

Kau lihat di luar sana,
berapa sahaja cinta jarak jauh berjaya diakhiri dengan perkahwinan?
Kau boleh bilang dengan jari kaki.
Tak cukup? boleh guna kaki aku.

Manusia sangat licik. Lebih gemar bermain dengan perasaan.
Kau sangka dia setia, rupanya dialah kekasih paling durjana.

Check handphone? Tak diberi. Siap ada password.
Call? Sekejap sahaja. Tak sempat nak bernafas panjang.
Jumpa? Jarang sekali.
Perkataan sayang? Lagi kelaut.
Janji-janji? Hancur lebur.

Hati-hati--
sebab terlalu percaya, kau sengsara
sebab terlalu sayang, kau merana.

Cinta jarak jauh lebih manis
jika masing-masing memandu kesetiaan
ke mana sahaja jalan yang dituju.



May 4, 2014

Kalau kita dah halal



"Kalau kita sudah halal, kan bagus"

Kalau kita dah halal,
kita boleh berpimpin tangan
sambil kau merangkul pinggangku
aku sandar di bahu bidangmu
dan kita berbalasan senyuman nakal
kita boleh buat apa sahaja yang kita suka
saat itu, dosa tidak lagi melekat.

Kalau kita dah halal,
kita boleh keluar sehingga larut malam
kita boleh lepak kedai mamak tengok bola
kita boleh nonton wayang cerita romantik
tak perlu dirisau lagi oleh ibu bapa
kerna kau ada, sebagai penyelamat aku.

Kalau kita dah halal,
kita tidak perlu lagi menghadap rindu
yang menjajah setiap malam-malam kita.
yang meratah setiap malam-malam kita.

kerna, kita sudah pun menjadi halal.

Tapi, satu hari nanti. In shaa Allah.
Aku tunggu arjuna tanpa nama-ku.


April 30, 2014

Kembali pada Tuhan


Saat duka itu--
aku cari peneman
untuk aku luahkan setiap yang tersirat
aku cari peneman
untuk aku bongkarkan segala lara
aku cari peneman
untuk mendengar segala rintihan yang bermaharajalela penuh celaka
agar aku tenang kembali
agar aku bisa senyum tidak lagi plastik.
tapi
aku tak ketemui.
manusia terlalu sibuk dengan hal duniawi
mereka tidak punya masa untuk aku.

"Ah, tidak mengapa. Aku faham"

Akhirnya,
aku tersedar.
Aku masih punya Tuhan
Dia barangkali tidak mengatakan iya
seperti manusia.
Dia barangkali tidak membalas responku
seperti manusia.
tapi
Dia maha mendengar
segala rintihan aku.

Terima kasih, Tuhan.


April 25, 2014

Bukan Perempuan Kegemaran.



Aku bukan perempuan kegemaran
persis gadis-gadis lain,
berwajah putih gebu bedak tebal 15inci
bercontact lens warna warni
berlipstik merah
berkasut tumit tinggi stiletto merah 4inci,
Aku cuma gadis biasa-biasa
berkasut flat
bermata besar hitam ciptaan Tuhan
berseluar jeans lusuh
dan berbaju cap ayam.

Aku bukan perempuan kegemaran
yang wajahnya sentiasa menjadi kegilaan
dilambung segala puji-pujian
dijadikan model di keratan majalah
dikenali di celah mana-mana,
Aku cuma gadis biasa-biasa
yang tidak dikenali sesiapa
apabila terserempak di tepi jalan, tiada yang menyapa
kerna aku lebih terbiasa
dihalimunankan.

Tapi aku yakin pada Tuhan,
akan ada satu masa kelak
sang arjuna yang benar-benar menyayangi aku
hadir dalam hidupku

lalu mengatakan;

"Aku Cinta Padamu, Perempuan Kegemaranku"


-Aku benar-benar tunggu saat itu