“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

December 24, 2011

aku ada benda nak cakap.sila click.




"blog aku bukan blog bapak kau:". - kata kata pujangga si blogger- okbai.




Kali ini aku nak mengkritik *sambil buat gaya Adlin Aman Ramlie*
Ya statement aku kali ini berani mati nak kritik manusia disekeliling perghh habis lah kau yuyu lepasni orang remove pastu block kau. makin berkurang friendlist kau aiyokk taktahu . Go ahead ! tanpa Facebook , me boleh hidup me boleh kahwin me boleh sayang Achik haha *tetiba* booo mark ;p

Selama ini aku berdiam membisu tanpa sebarang kata memekakkan telinga bila orang cot cet cot cet sana sini . Kini biarlah aku berdiri berhujah mempertahankan bahasa ibunda yang aku cintai selama ini . Ini kerana belajar undang-undang membuatkan aku menjadi berdisplin sekarang ini (takda kena mengena)

Gigirl : Q TaYUnK kO tAnGAt TaNgaT.
Boboy : Q PoWn tayAnG kO , bAbY .

1st comment : 
Bedah Gigi Karat : Perhhh rajin gila awak tekan Caps Lock . Tahniah anda baru memenangi anugerah facebooker paling rajin tekan capslock . Tahniah sekali lagi *mata ke atas tangan ke bahu muka buat kiut*

Gigirl : awakkkk niewwww comeyyyy cangatttttttttt. nakkk tenallll bolehhhh ?
Boboy : hah gila ke ni ? -,-'

2nd comment : 
Janda Braces : Bertapa sakitnya mata dan hati ini apabila melihat comment seumpama itu . Ternyata keyboard mereka rosak kerana tertekan banyak kali . Kasihannnnnnnnnnn ~ ;p

Gigirl : hai cyg..cyg awk tat tite x penah pudar..tite rse tite nk tawin dgn awk..awk tomeii tangat2..cyg awk..
Boboy : hai lover..tite pown cyg awk jugk..windu tat awk..bile tite nk jmpe?..

3rd comment :
Limah Tertipu : ternyata kanak-kanak bawah umur 5tahun juga bermain facebook . dunia semakin maju . waalawey ! =.= *tepuk dahi sambil mata buat juling*

Gigirl : saya sayang awak A.
Boboy : saya turut begitu ,Y. Kasih dan sayang saya hanya padamu *LotsOfLove*

4rd comment :
Norhidayu Yuyu : Bahasa jiwa bangsa :) 14333 LIKE THIS :)

NOTAKAKIKUKUAKU
biar orang kata ayat kita macam skema. biar orang kata kita ibarat lurus bendul . tulis seketul ketul ayat dan ayat sepatah sepatah terasa macam nak patah jari tulis ayat penuh . tapi tapi tak salah nak buat shortform tapi biarlah semua orang faham ok anak anak sekalian. bukan buat semua orang rasa pening nak termuntah dan geli gelimat selama 20hari 20malam dan terpaksa cari kamus bahasa apa yang kau pakai ehh ehh apahal kau ni sawan ke tulis kecik besau kecik besau ;p

aku minta maaf andai ada sesiapa terasa dengan post aku kali ini dan rasa macam ek eleh minah ni macam bagus nak kritik orang wadehel talk to my tapak tangan lol . halooo ini luahan hati aku jadi aku berhak mengupas apa sahaja tajuk sesuka hati aku . please faham TQ.
muka tanpa make up . itulah aku di class.

#hai. saya sudah mendarat di Johor Bahru semalam :) Jusco Tebrau dan City Square tunggu lah ketibaan saya di sana . tak sabau nak tengok wayang haha okbai

No comments: