“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

December 28, 2011

jangan cari pasal.ini amaran.

senyuman kali ini tidak ikhlas kerana panahan sakit hati berjangkit di mulut.

Aku Update Lagi.

Kali ini isu aku agak mencabar kepala hotak aku ni meskipun tak sehandal seperti otak orang lain namun aku mencuba sedaya upaya. Malaysia Boleh ! *tetiba*
Tidak mengapa demi blog yang aku cintai, aku kena berpenat lelah mengkorek idea sedalam lautan antratika untuk memantapkan lagi isu ni .Tatap blog aku sampai keluar biji mata serta lihat setiap bait bait ayat yang dipertontonkan.

Indah bukan kalau bercinta berkasih sayang terasa dunia kita yang punya kan kan ? *angguk-angguk kepala*
Namun ia akan bertukar menjadi tahi atau nanah (ayat lebih mulia daripada tahi) apabila manusia yang suka merosakkan perhubungan orang datang berlenggang-lenggang bawa cinta lalu mengoda kekasih kita dengan pelbagai muslihat dan beribu alasan agar jatuh di tangannya. Lahanat digelarkan untuk spesies sebegitu . Aku alami mungkin anda turut pernah alami . Haihh kita senasib >.<

Tapi kita sebagai pencinta jangan mudah melatah. tenang semampu seboleh yang mungkin. jangan memaki hamun perempuan yang merampas itu dan juga kekasih kita. Sebagai insan yang pernah belajar Alif Ba Ta , kita disarankan untuk bersabar ya sabar itu separuh daripada iman .

Yang tak pernah alami bisa sahaja memberi nasihat atau ayat lebih gempak iaitu tazkirah berjelar-jelar cukup 350 patah perkataan dan membuat konklusi yang merepek meraban yang bikin otak karat. Tapi bila dah terjadi depan mata , mulalah mengelabah sardin hati ini bagai tergetar-getar nak tercabut usus terasa dunia seakan gelap gelita <--- ayat tersangat over haha okbai ;p

Nak salahkah siapa ini ? pasangan kita ke ? perempuan itu ?  aiyok taktahu aku pun pening tolong lah tolong lah T.T bergelumut masalah terperap dalam otak aku seketika. Tapi aku lain daripada lain, sabar pilihan kedua. kau dah buat hati aku sakit , 20kali aku akan buat kau rasa apa yang aku rasa. ayat tersangat gerun terbajet gangster ibarat kak long JB. Aku bukan jenis yang duduk diam , menangis melalak berhingusan, tunggu dan berdoa supaya keadaan baik-baik sahaja dong. NO NO NO THAT IS NOT ME ! Tapi aku juga bukan orang yang suka memaki hamun semua orang itu sawan namanya bukan normal lah gamaknya.

bak kata orang yang banyak makan garam daripada aku "kalau lelaki tak melayan ,perempuan itu tak akan galak" Ya aku mengetahui bahawa wanita bersepah-sepah di dunia ini dan lelaki makin lama makin pupus mata meliar tengok awek cun lalu-lalang pewitt pewitt nak nombor disebabkan itu lelaki ramai kawan perempuan. Ooo itu yang aku tak dapat terima kenyataan. kennot kennot kennot ! kau buat hal , maka celaka menanti sabar eh sayang bala menunggu kau. Gurlp ! terasa kerdil dalam dunia ini berbanding wanita lawa perghh *mainkan lagu kisah dongeng by Stacy*

Akhirnya aku dapat konklusinya YEAHH. Soal hati jangan dibuat main wahai kalian. salah percaturan maka busuk berbangkai jadinya. Oleh itu, semuanya ini untuk menguji sebenarnya. pilihan yang mana yang akan aku tempuh aku yang kena hadapinya sendiri. aku kena bertanya pada iman dan juga hati. InsyaAllah ada jawapannya :) May Allah Bless Me. Assalamualaikum.

lihat mataku . jangan kata aku pakai contact lens pula . mata aku original besar.

#MEET MY DARLING YESTERDAY. YAHOO.COM ! ;p

No comments: