Penggunaan "aku" dalam entry. Agar tampak lebih selesa.
Maaf bagi yang tak selesa. Tiada masa nak menjaga hati semua.
Tajuk mungkin sebau jiwang tapi tidak. Ia serius. *muka kerek*
Soal hati, aku selalu berjaga-jaga. Takut sangat tersalah langkah dan kata.
Bukan semua orang boleh dipercayai. Jauh sekali nak memberi harapan tinggi.
Lidah dan hati tak sekata apabila ucapkan janji.
Lidah dan hati tak sekata apabila ucapkan janji.
Bila ucap sayang, aku sungguh bermaksudkan ia.
Perkataan "sayang" itu bagiku berharga.
Bukan seperti yang lain. Perkataan sayang dibuat seperti permainan.
Disepak ke mana sahaja. Ibarat mengisi masa lapang.
Bila bosan, lafazkan 'sayang' seperti tiada matlamat.
Bila sunyi, buka chat facebook dan bersayang dengan semua gadis lalu mengayat dengan hebat seperti desperate memiliki pujaan hati. Kononnya foreveralone.
SITUASI 1: (mesej dengan perempuan yang baru satu hari kenal)
BUAYA DARAT: HaI sAyANg buWat PeRw tUe?
SENAH BRACES: Aku tunang dia. Kau siapa?!
Baru beberapa hari kenal, lalu perkataan sayang diungkapkan. Apakah itu benar-benar sayang yang dimaksudkan atau sekadar untuk memenuhi ruang sms? *berfikir sejenak*
SITUASI 2: (*chat facebook* berstatus enggaged terpapar di timeline facebook)
PAPA JAHAT: Hi, nak kenal boleh?
CHOMBI: Hi.
PAPA JAHAT: Nak nombor phone, sayang? Bosan lah~ Boleh jumpa2 ke.
CHOMBI: Aku tunang kau, jantan tak guna! **** **** *** (carutan dilemparkan) Aku guna account lain untuk stalker kau. dasar CURANG!!!!!............(melebihi 360 patah perkataan)
PAPA JAHAT: *off chat*
Yang berpunya terus mengaku single. Dan... ayat sayang dilafazkan dan mempedulikan orang yang menyayanginya. Orang itu dia cakap sayang. Orang ini dia cakap sayang. Hati mereka berbentuk lalang. Mohon dicungkil biji mata orang sebegitu. Mohon dibunuh dengan segera. *emosional*
Acapkali aku mendapat kata sayang. Dari lelaki itu lelaki ini. Tapi sejujur mana perkataan sayang itu. Aku menggangap itu semuanya dusta. Seolah-olah hanya menanam tebu di tepi bibir atau sekadar menunjukkan aktiviti 'playboy' kepada sejelata rakyat.
Aku hairan.
Aku pelik.
Aku khuatir.
Sewenang-wenangnya mereka melontarkan kata sayang hakikatnya perkataan sayang itu bisa membuat orang salah anggap. Jika seseorang perempuan itu dibanjiri dengan perkataan sayang oleh sang arjuna, maka automatiknya hatinya sedang menaruh harapan lalu jatuh cinta.
Dan.. di akhir cerita, ditinggalkan begitu sahaja.
Secara konklusinya, tamatkanlah permainan menyakiti hati perempuan dan melontarkan perkataan sayang sesuka hati. Ini amaran keras. Bukan sekadar tulisan kanak-kanak tadika.
Fikir sebelum berbicara. Takut orang lain merana.
"Aku...tidak buntu kata sayang, tapi tunjukkan daku macam mana kasih sayang" |