Bila berbicara tentang pengkritik.
Bukan aku tujukan untuk pengkritik rancangan realiti. Terutamanya Adlin Aman Ramlie dan Azwan Ali. Mulut laser uollss. Amboi Amboi~ *tunjuk jari kelingking lalu digoyangkan* Ahaks.
Tapi aku khususkan buat pengkritik dunia.
Yang berkata hebat lebat seolah-olah tidak pernah buat dosa. *jeling kerek*
Ramai sangat pengkritik dalam dunia kita.
Ini tak kena. Itu tak kena.
Rasa macam nak lari keliling padang lepastu buat tawaf tujuh kali. Rasa nak toreh muka depa dengan pembaris. Rasa macam nak simbah air longkang dekat muka depa. *Emosional*
Seumpama..
Yang buruk dan kurang cantik itulah kita.
Yang buruk dan kurang cantik itulah kita.
Yang sempurna tanpa kekotoran degil itulah dia.
Kutuk? Aib? Hina?
Dah menjadi makanan manusia di setiap masa lapang.
Bila lapar, mengutuk.
Bila kenyang, mengutuk.
"Kau nak tahu tak joyah, si anakpapajoe tu bajet retis. si anakpapajoe tu bla bla bla"
*kata jemah kepada joyah sambil kunyah sirih*
Pengkritik dunia,
pandai berbicara dan pandai menghentam orang lain.
Dan...tidak pandai melaksanakan apa yang diperkatakan.
Dan...tidak pandai melaksanakan apa yang diperkatakan.
Bukankah itu ibarat engkau hanya bercakap dengan cermin lalu terpantul pada diri sendiri?
Pokok pangkalnya, aku tidak mengerti apa yang mereka perolehi setelah mengaib, mengutuk, membuat fitnah dan pelbagai acara-acara keji. Adakah mereka dapat ferrero rocher seguni atau mereka dapat kereta ferrari sepuloh buah? Tidak. Yang dapat hanyalah DOSA.
Aku paling cukup pantang orang mengutuk paras rupa seseorang.
Eeeee hitam macam bontot kuali. Eee muka berjerawat. Eee pendek macam orang kerdil.
Eeeee tak berhabis. Entah bila nak sambung F pun aku tak tahu.
Bukankah setiap manusia itu dijadikan sempurna oleh penciptaNYA ?
*muhasabah diri*
*muhasabah diri*
Apabila orang hanya memandang paras rupa seseorang sebagai aset utama terutama dalam pencarian cinta nescaya ia tak akan kekal hubungan tersebut. Nak kahwin mesti nak yang cantik macam heliza helmi, putih gebu macam donut, tinggi macam zirafah. Hati? Tak ambil peduli. Bila-bila sahaja Allah akan tarik nikmat itu.
"Peduli pada mereka yang menghina dan mengaib kita. Itu tandanya hidup kita lebih awesome dari mereka dan berikan mereka peluang untuk berbakti pada neraka. Kita hanya perlu berdoa agar pintu hati mereka terbuka untuk berubah"
"Orang-orang yang suka mengutuk tidak akan menjadi pemberi syafaat dan tidak pula menjadi saksi di hari kiamat." HR. Muslim.
Moral Value: Jangan sesekali hina orang.
Aku...bukan nak jadi Ustazah.
Assalamualaikum.