“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

August 29, 2011

♥ MERDEKA RAYA ♥




hye hye i'm mrs elmo haha . Salam 1 Malaysia :)
tanggal tigapuluhsatubulanlapanlimapuluhtujuh MERDEKA MERDEKA MERDEKA tetaplah merdeka :D Selamat Hari Kemerdekaan ke -54 MALAYSIA . tanah tumpahnya darahku . perjuangan atuk nenek moyang kita amat bersemadi di hati kita . sanggup berjuang ke titisan darah terakhir demi negara tercinta . sebagai rakyat malaysia , kita perlu wajib mesti menyimpan semangat patriotik di setiap hati masing masing . saya sayang malaysia !
wahhhhhhh wahhhhhhhhh .
sudah lama tuan hamba tak update blog cikai ini . ada orang rindu tak nak baca blog saya ? . HAH TAKDE ! okfine fine fine ~.~ nak touching lah macam nih . okgedikgilasaya :DD hampir sepurnama kurun lamanyaa blog tuan hamba tertunggak . yelah yelah , orang lain update blog sehari sampai 2 , 3 kali . mereka semua memang dilahirkan rajin :) tak macam saya . lagi lagi rajin daripada mereka hoho . memang terbaik lah wok . janganlah kalian harapkan anakpapajoe nak update blog setiap hari . memang dasar pemalas lah kan nak menjahanamkan tangan untuk tulis entry blog . dah kena paksa baru terhegeh-hegeh nak update . MAAFKAN saya si penunggu gua . =.=' aiyoyo minachik . dah bersawang , dah berhabuk , dah berdaki blog tuan hamba . fuhhh fuhh . tiup sat sesawang dalam blog nih . dan dan tuan hamba sudah perkemas kini blog tuan hamba suka .suki . duka . duki yang makin lama makin uzur makin lama makin bosan =.=' 
#ok . saya mula nak buat cerita sedih ! sila abaikan . :)
 tudiahhh tudiahh saya dah pasang lagu raya dekat blog suka tak suka tak ? .
raya ohh yeah by YUNA !

Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna ku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya
Ku jatuh cinta di hari raya


suara yuna memang sedap sebijik macam suara saya haha :P okperasangilerrr .
Perhatian Perhatian orang-orang kampung .
ATTENTION PLEASE !
saya ingin buat pengumuman penting . saya sebagai seorang pelajar UiTM berasa teruja dan bangga kerana saya telah mendarat ke Johor Bahru pada hari khamis yang lalu :) terima kasih tak terhingga kepada pihak UiTM kerna memberi cuti yang sangatsangatsangat panjang kepada kami meskipun HANYA SEMINGGU haha aku sahaja bold word tuh :P . pejam celik pejam celik , bulan ramdhan kini kian berlabuhkan tirainya . lagi satu hari sahaja kita nak raya ! yeayyyy . nak makan lemang nak makan ketupat nak makan kuih nak makan lontong nak makan makan dan makan sampai pengsan haha . OK jangan hairan kalau ramai yang makin gemuk lepas raya haha :DD termasuk anakpapajoe . takut makin seksi lepas nih gara-gara lemak berketul-ketul tang sana tang situ haiyoyo . seksi seksa seksi seksa GRR . ehem ehem , excited nak tunggu encik syawal kembali . selamat tinggal bulan ramadhan al-mubarak :( . jika ada umur panjang , kita jumpa tahun depan insyaALLah . pengalaman bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan adalah sesuatu yang indah plus plus menyeksa batinku erkkk :/ . kerana kerana kerana MAGGI adalah menu makanan wajib kami . danotakpunmakinlembab :( tapi tapi tapi itulah makanan paling senang ringkas dan disukai ramai . #ahaha dah macam promoter maggi GRR .  
Akhirnya , dugaan onak dan duri di bulan ramadhan dapat saya tempuhi dengan tabah dan sabar . cayalah anakpapajoe ! :) dan saya tak sabar nak balik kampung di Perak dan Melaka . pasti suasana akan lebih meriah kalau ada saya haha :P okperasanlagi . perjalanan jauh tak kurasa , rasa hati ku melonjak sama . lalala~tak sabar nak pakai baju raya yang malatoppp tara ku cap cap .  tak sabar nak main mercun main letup letup sampai kena rumah tok imam haha itu kisah lama lupakan lupakan . :) moral value , takmahu main mercun meriam ke mariam ke dan yang berbahayakan nyawa . nanti tiada siapa nak sayang saya kalau awak tkde . okgediksss ! :P abaikan abaikan . jadi awak main jelah bunga api atau pop pop itu k haha :P pada yang memandu , sila bawa dengan cermat . biar lambat asalkan selamat OKAYY ! :) kalau duit raya terlebih-lebih tuh , pandai-pandailah post dekat rumah saya taww haha oktaktahumalupunyabudak GRR . Oleh itu , saya ayuanakpapajoe selaku pemilik blog cikai ini ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Maafkan maafkan maafkan saya :D seandainya saya ada salah dan silap terhadap kalian terutama rakan-rakan di SMKSungai Besi , sahabat di SMKSri Rahmat , kawan-kawan di Uitm Shah Alam dan dan pada yang mengenali saya samada di Facebook , Myspace , di kawasan rumah lama dan rumah baru dan dan dan sesiapa sahaja yang mengenali budak agak kepoh nih . maafkan saya jika saya ada terlanjur kata , terkasar bahasa , tertanya tak tentu hala , tersasul yang tak sengaja , terpukul dekat mana-mana , terpekik dekat telinga , terhantuk di kepala , terpinjam harta benda , termoody tak semena-mena , tergurau melebihi batas , TERmacam-macam lagi yang kena mengena  .  MAAF MAAF MAAF ~ HAHA . semoga dimaafkan kesalahan saya :) sedangkan Nabi Muhamad ampunkan umat apetah lagi kita hanya manusia biasa (: semua ayat saya bermula dengan TER . nampak sangat aku ini banyak dosa secara sengaja haha . AMPUNKAN DOSAKU , YA ALLAH :'( semua manusia pernah melakukan kesilapan , termasuk juga saya insan kerdil hina yang banyak kekurangan :( ok ayat simpati leteeww haha . lepas nihlepas nih , kita berbaik balik okayy :) takmahu gaduh-gaduh bermasam muka bersmackdown sana sini mengumpat mengutuk dari belakang tarik tarik rambut berebut rebut makanan . kita sayang awak semua :p marilah kita hilangkan sengketa di antara kita :D kita bina ukhuwah yang utuh agar keharmonian silaturahim terjalin di antara kita .


terimalah kad raya saya yang comel lagi cikai :) cantik tak cantik tak ? . ofcourselah cantik . haha . #puji diri sendiri nampak .grr .  ikhlas dari lubuk hati saya untuk awak semua (;


salam lebaran daripada Norhidayu Juhari :)








July 23, 2011

♥ I MISS YOU :( ♥

hye peeps :)
eyhh waley waley eyh waley .
 saya ada post baru nih ! suka tak suka tak ? . ape ?! TAK ! takpelah awak . kalau tak suka tuh , takpayah nak usha-usha dah blog saya . ape kata awak tekan jelah [X] warna merah dekat tepi tuh yang sebelah restore down and minimize tuh . close tab blog Suka Suki Duka Duki saya cecepat ataupun terus jelah SHUT DOWN laptop hang pa semua . kbye ! TOUCHING sesaat . :PP
*gedik pulak aku nak merajuk majuk nih . CHOII . =.='
 GRR . eyhh eyhh . kali ini kan post saya terhangat di pasaran sebab saya punya post paling pendek serta padat ! . sebab kalian bukan suka pon baca post yang lebih 350words kan .
dah agak dah ! hee . dah tahu sangat dah korang macam mana . :PP
ouhh ye . lagi satu cek nak ceritain dekat hang pa semua . dah makin ramai iye yang jadi PENCOPYPASTE saya . pewitttt . wahai PENCOPYPASTE tersayangg . sesuka awak sahaja ciplak apa yang ada dekat blog saya yang cikai ini . dah tiada idea ke pinky , end end woii woii . Ape Pon Tak Boleh~ disebabkan sekarang bulan Syaaban , saya halalkan apa yang awak ambil dari saya . baik kan saya ? .
ok terima kasih ckp saya baik :))
*saya memang suka perasan ! jangan lah marah . tak comel kalau marah-marah kan ? . =.=
ByTheWay , saya malas nak aibkan orang sana sini . tak baik lahkan , berdosa besar kak timah oii . lain kali awak nak pape , saya boleh tolong ajar ataupun mintak kebenaran saya dulu ok . tapi kalau awak awak buat lagi , memang SIAP GUA KEJE KAN LU ! . WA KERAT LU JADI 18 ! .  takut tak takut tak ? . okbagus . =) takmahu buat lagi iye . nanti mak marah :)) huhu .
back to title saya ,
entry ini khas untuk awak awak awak awak .
kalau awak baca post ini , mesti awak senyum tak perlu kata apa-apa . =)
mesti awak akan sayang saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat dan mesti awak terus kahwin dengan saya lepas nih . hantar kereta ferrari sebagai hantaran kahwin . perhh perhh . euuuu~ .
*ok. ayat saya sungguh geli-geli ~.~
sejak dua menjak ini , saya selalu disawan penyakit . nak tahu penyakit hape . penyakit yang memang susah sungguh nak diubati iaitu penyakit rindu . saya tak suka lah nak merindu rinduan segala nih . RIMAS ! .



 tapi apakan daya . perasaan itu datang secara tetiba .
tidak ku pinta lahir ku dunia . tidak ku pinta perasaan begini . haha .
dalah saya tengah sakit tekak tahap suara sumbang mambang , pastu diserang pulak dengan sawan rindu . hhaihhh .
Aku Rindu Setengah Mati kepadamu ~.~ 
banyak-banyak perasaan , saya tak suka perasaan RINDU .
ibarat tidur tak lena , makan tak kenyang , mandi tak basah .
 memang bertambah pengotorlah sang perindu . hoho . tapi saya TAK ! .
korangg nih , kalau saya cakap saya rindu sahaja , mesti fikir pasal Boyfriend . aiyoyo tambi . takkan dekat boyfriend sahaja kita perlu rindu rindu sayang menyayang cinta dikenang puncak kasih berpanjangan . tudiahhhhh kan dah ternyanyi lagu sayang-menyayang by Ogy Ahmad Daud and Jamal Abdillah .
dekat kawan-kawan , keluarga tercinta , sanak-saudara .
mereka itulahh yang patut dan perlu kita rindu maaaa .
*ayat nak lari daripada topik . oktipu . :P 





wa rindu dekat lu lahhhhhh ! itu pun tak faham kaa ? . bila nak jumpa nih weii .
wa rindu nak wrestling dengan lu . wa rindu nak main gitar dengan lu . wa rindu nak lawan siapa makan paling banyak . wa rindu nak debate dengan lu  . wa rindu nak gediks dengan lu . wa rindu nak buli lu . yeayyy ! yeayy ! saya memang jahat dekat awak semua  .
sebab awak baik . siapa suruh awak baik sangat . erkk :/ huarhhhh .
Rindu Serindu Rindunya namun egkau tak mengerti .
Pilu sepilu pilunya , namun engkau tak peduli .
Mahu semahu mahunya namun apa daya , orang dah benci . 
*ok lagu tuh sangat sedih . menusuk kalbu dan jiwa raga saya :( ehh . awak jangan lah benci saya tahu ? . nanti tiada siapa nak kawan saya . tiada siapa nak bagi saya semangat .  tiada siapa nak bagi rindu rindu nih . mak aiii . pasai apa cek letak ayat sedih-sedih nih . eeee . #change mood .
sebenarnya sahaja feeling lebih-lebih padahal takde pape pun sekadar nak memenatkan tangan biaq kasik lenguh taip bende alah nih  ,
*ok . saya tipu lagi :P 
 honestly , saya rindu awak awak awak awak awak dan awak semua .
saya rindu kawan-kawan dan kenangan terindah di Smk Sungai Besi dan Smk Sri Rahmat .
saya rindu awok semua ! . kalian semua terbaik dekat hati saya ! .
saya harap awak awak tak lupakan saya walaupun sesaat seminit sejam sehari setahun dan selama-lamanya  . kenang daku dalam doamu . sebab awak awak sentiasa dalam kotak fikiran saya .
saya tak boleh keluarkan awak awak dalam fikiran saya sebab awak terlalu istimewa kasih dan sayangmu terpacar seikhlas tiada batasan terus membara .
ok . stop menyanyi NORHIDAYU JUHARI ! .
suara dalah macam katak bawah tempurung . ada hati nak nyanyi segala . entah-entah katak lagi sedap daripada suara egkau . (monolog dalaman) kihkih :D
 *saya sedar siapa saya . suara dalah tak sedap . kalau masuk pertandingan mesti JUARA !
ehhh ehh . type error lah pulak :PP
for awak awak awak awak dan awak . :
Nobody Can Replace You in My Heart .
You're one in million .
eyceceh . jiwang pulak mak , nokss . WA SAYANG LU ! .
LU itu korang lahhh .
 jangan buat taktahu iye . kang saya majuk , saya mogok saya takmahu update blog selama setahun .
 *ok. saya gedik lagi ! macam korang peminat setia blog saya pulak kan ? . memang tak lah kan . ok ayat mintak simpati . cepat lempang manja manja dekat saya ! PEREMPUAN sahaja boleh lempang manja . lelaki not allow ! :PP . nanti papajoe marah . sambil pegang senapang baru tahu . haha .
waduh waduhhh .  
masa untuk mendarat semula ke Uitm Shah Alam pada hari Ahad  . erkk ;/
 sekejapnyaaaaaaa cuti semester . DATO' SAHOL , bagilahhh kami cuti lagi seminggu . pleaseeeee . :DD huarhhhhh . RINDU mak ayah :(( RINDU akak adik :(( RINDU kereta :(( RINDU Johor Bahru :((
klahh awak awak awak tersayang . saya nak sambung melalak nih . hehe . chawwww !
kbye .









July 10, 2011

♥ UGLY BETTY ♥

Wewittt Wewittt .
awak awak yang handsome tuh , jom couple . awak awak yang comel tuh , jom kawan . 
ehh , merepekk pulak saya nih kan . 
hey budak kepoh kepoh kembali mengupdate ! . apa macam ? . ini macam ! .
sejak dua menjak tiga menjak nih saya memang rajin update blog kan ? . sambil saya buat assignment . sambil tuh saya akan post entry . lama-lama assignment ke mana , homework ke mana . huhu .
*ok . perlu ke saya bagitahu kalian ?? . annoying -..- 
apehal ? . lu tak puas hati kerr dengan wa ? . sini gaduh lah weii . kita lawan siapa paling cakap banyak . gerenti saya menang lah weiii ! . tengok orang lah . haha . 
yeayyy yeayyy . 
awak awak . titew kan nak kan balik tawww 15july nih . titew excited nak balik rumah titeww ! . 
nak peluk mak ayah titew kuat-kuat . takmahu lepaskan . huhu . titew nak makan masakan mak setiap masa  :) bertambah gemuk lah titew nih . tuh yang besh tuh~ 
almaklumlah , Rumahku Syurgaku :) titew sayang mak ayah titew . wee~ 
*comel tak suara titew . ok . awak jeles sebab suara awak tak comel . :PP boo .
nak tahu tak , saya nak mengadu dekat kalian  :(. 
please lahhh .... saya merayu sampai tertonggeng-tonggeng , tolonglah dengar rintihan serta luahan hati dan sanubariku ini yang sering meronta-ronta . 
tiada tempat nak saya meluahkan isi hati yang terperap dalam jiwa ini . 
saya hanyalah perantau yang hina yang ingin mencari ketenangan serta keharmonian hidup . hehe . 
ayat aku ter ter ter sangat tk boleh blahh seyh ~.~ 
*ada macam peganti A.SAMAD SAID tak ? . hah takde ? ! . okFINE ! . blah lahhh lu :PP 
kau memang suka jealous dengan aku . err . tetibe emo pulak budak nih . 
koooorangggg :(
nak tahu tak , 
air dekat UiTM Shah Alam kan buat muka saya makin terukkkkkkkkk gilerrr dan 
makin hodoh walaupun sememangnya hodoh : (


(inilah muka saya lepas dipaksa diarah disuruh dikerah bangun pepagi  untuk pergi ke parlimen . kami dilarang pakai shawl ke parlimen . jadi saya pakai tdg yg sng ditiup angin nih . ee . mnyampah ~ ok . mata saya ter ter sangat kuyu ~.~
sekali pandang nampak comel , dua kali pandang . aiyooo aiyoo . sungguh hodoh . choii .)


saya sememangnya alergic dengan air yang kotor dan habuk dan sama keturunan dengannya . 
ok . saya memang pembersih punya olang maaa .
untunglah suami saya kalau dapat bini pembersih macam Norhidayu Juhari nih . 
pewiit pewittt . ahha . 
itu hakikatnya lah tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi ALLAH .
sila tolong jangan prasangka buruk dekat insan lemah seperti saya . 
takmau takmau takmau macam tuh . 
*ehh , belagak pulak budak nih kan ? . hakhak :PP
actually , saya nak buat aduan dekat aduan rakyat errr dekat aduan kolej  , tapi nanti orang kata ape pulak kan . mesti dorang kata , elehhh , gedik letteww nak buat aduan segala . anak manja betul ! menyampah ! . 
haaa tuih . ok . aku memang suka baca isi hati orang dan aku memang suka saiko orang ! . LIKE ! :) 
lepas nih kan kan , gerenti orang tak pandang saya dah . lepas nih kan kan , gerenti orang tak tegur saya dah . lepas nih kan kan kan  , gerenti orang tak senyum dekat saya dah . 
sebabbbbbb >< huarhhhh T___T 
suka lah kau kan muka aku bertambah hodoh . lempang manja-manja baru tahu . ngee~
awak , saya nak melalak lagi nih . sebab saya tak comel macam duludulu .
awak , cepat lah pujuk saya wahai awakk awakk ! ! . cepatlah pujuk . kalau tak , saya smackdown awak sampai reput tulang biar takyah kahwin dan beranak . gila kejam anakpapajoe nih . HAHA . 
saya sememangnya ganas dan kejam tersangat sangat sangat . 
takut tak takut tak takut tak ? . elehhh . bajet tak takut konon . nanti dah jumpa , baru nak kecut .
podaaah deyhh tambi ! . /;p 
for girls yang rasa rendah diri atas kecantikan yang ada pada anda , dengarlah ayat-ayat yang mungkin beri anda semangat dan bertenaga . dah macam kaunselor pulak saya nih . Manisnya Kurma ini~ hoho . 
contohnya ayat tuh berbunyi cam gini : 
"cantik itu hanya sementara , hodoh itu bukan selamanya , semua diciptakan dengan sempurna namun tak semuanya kesempurnaan ada pada kita . jadi bersyukurlah dengan apa yang ada ." 
dan
"setiap kelebihan itu adalah kekurangan" .  




 
(konon comel latuh buat muka macam tuh kan ?. ape ? ? ! tak comel ?? 
yelah yelah . saya sedar siapa saya . tak cantik . tak lawa . tak cun macam awak . okbye ! :P )


ok . saya kembali bersemangat ! . :) caiyok-caiyok ! . 
peduli hape orang nak kata tentang kita , be yourself ! . 
most important , kata kan diri sendiri cantik , cun melecun dan comel walaupun tak sama ape yang kita katakan ! . keyakinan diri itu penting tawww . be confidence :) kau apehal nak kutuk-kutuk aku segala ! . 
ehh ehh , kau ada ke mata besar macam aku ? kau ada ke muka comel comot macam aku ? . 
kau ada ke mulut kepoh kepoh macam aku ? . takde kan . so , diamlah . haha . 
*ayat nak carik gaduh jew si minah kepoh nih . 
okayy okayy . 
sekarang , saya nak cerita tentang kegeraman dalam kebengangan .
sangat mencabar kesabaran saya . sabar itu separuh daripada iman . fuhhh .
baju wa hilang uhh . mahal pulak baju tuh . :( bukan satu tapi duaaaaaaaaa . bukan dua tapi tigaaaaa . dahlah baju tuh papajoe belikan . memang sebak hati wa bila dapat tahu baju tuh hilang . memang terbaik lah kan hilang-menghilang nih kan . untuk pengetahuan awak , saya bukanlah kaya raya anak dato anak tan sri boleh beli berguni-guni baju dan beli 15 almari untuk baju sahaja . saya hanya anakpapajoe . saya bangga dengan papajoe . iloveyou ayah sayang :) saya adalah anak polis diraja malaysia . 
so AWAS ! 
siapa yang buat jahat dan cuba bermain kasar dengan aku , memang aku report dekat papajoe . meringkup lah kau dekat lokap . cuak tak tak tak ? . tahu pun cuak . haha . biar padan muke kau ! haha . 
aku memang bajet dan aku memang suka buat jahat dekat orang :) PEACE ! 
jangan marah ehh , nanti kena jual . senyum sikit :D
back to story mory ,
hah , tetiba datang seru kerajinan tuh ketika saya tengah dok relax relax bersantai-santai bermesej dengan pokcik tersayang pada waktu pagi di kala angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuhku , err . permulaan ayat mesti kena sastera sikit .baru ada feel . walaupun ayat sangat berbelit
:P lalu , saya pun pergi sidai baju yang berlambak tuh kan . disebabkan saya memang rajin sejak azali lagi . err ayat puji diri sendiri . tak bole blah btul . :)
lepastu lepastu , konon-konon saya nak ambil lah baju bersih yang dah sidai .
tup tup . baju saya HILANG !!! .
H I L  A N  G !!
watafak . mak aihhhhh .
banyak-banyak baju dekat ampaian tuh , baju aku jugak nak curik ke ! . nih nak gaduh nih . 
bikin hati wa panas !  dah takde baju ke sampai nak curi segala . 
memang nak kena sula siapa yang curik baju wa tanpa minta kebenaran . 
err . mencuri perlu mintak kebenaran ke ? . tanda soal ??? . haha . 
 biarlah . wa malas nak perbesarkan masalah nih . kang tak pasal-pasal wa masuk Melodi pulak takpun masuk Suratkhabar Berita Harian . kang jadi famous pulak . haha . tak pasal-pasal ramai orang beratur berderet-deret nak mintak autograph wa . 
tak pasal-pasal rumah wa dekat JB penuh dengan wartawan .kesian mak ayah wa nak kena layan wartawan tuh . ngee~ grrr . choiii . blahh lah lu nak famous konon . tak layak langsung ! hehe . 
kau fikir kau majistret , ahli muzik , lawyer . haha . 
alaaa awak ,, saya memang suke berangan lah awak awak . 
Maaf Maaf Maaf ~ 
 takpelah . kepada pencuri , insaflah selagi ada waktu untuk engkau bertaubat . ruang taubat masa terbuka untuk kau . insaflah insaflah ! .
sesungguhnya ,
insan yang cemerlang datangnya dari akal , hati yang tenang , jiwa yang mantap .
nak cerita ape lagi ehh , ok dah takde kot . sebab dah takde idea dah . saya post entry nih sekadar nak isi kekosongan di hati sahaja . perhh ayat sungguh dramatis . :P lalala~ ngee .
just nak cakap dekat anda semuanya , bahawasanyerrr saya tersangat excited nak balik rumah . 
 kbye ! muah muah :*


    
♥cik yuyu a.k.a budak kepoh kepoh








June 20, 2011

♥ PAPAJOE ♥

Assalamualaikum ya habibi ya maulana cabut gigi guna spanar . 
*apa yang aku merepek nih ! ishhh ><
uit korang korang ! 
WAHHHH ! assignment saya bertimbun-timbun berlambak-lambak bergunung-ganang . 
yeayyy ! suka sangat sangat tersuka lah kan . 
memang baik punyeeee ! 
*mata ke atas tangan di bahu . 
dan sempat lagi tuh post entry . waalawey ! tapi muka saya dengan bangga serta bajet serta poyo macam dah siap assignment kerna wajah seperti itu perlu disematkan di muka siswi-siswi sekalian . 
*ok . aku memang bajet ! so what ! nak gaduh ke ? . Jom Smackdown ! . kahkah :D 
semalam kan Hari Bapa sedunia , okayy . saya tak sempat nak update entry Selamat Hari Bapa semalam . 
ini kerana semalam hari ahad public holiday hari saya berkuak lentang atas katil dan aktiviti makan makan makan dan terus makan. 
*haha . aku memang tak senonoh dan aku memang kuat melantak ! maaf~ maaf~ maaf~. :P
sorry lambat wish dekat bapa-bapa yang bergelar bapa di dunia ini .
*aiyooo . tatabahasa aku makin teruk sejak tak belajar bahasa melayu .  
MAAF cikgu BM . nanti saya check balik buku tatabahasa FORM5 iye . huhu .
subuh-subuh lagi pada 19haribulan jun saya dah wish dekat papajoe . seriusly babe , airmata 'wanita'ku mengalir dekat pipi aku yang makin lama makin debab nih akibat duapuluhempatjam mengunyah makanan tak henti-henti . 
dear PAPAJOE tersayang ,
walaupun sekarang kita sudah berjauhan . ayah berada dekat selatan , saya berada dekat timur . 
cehh . bajet macam jauh sangat sahaja . padahal JB dengan SHAH ALAM . 
kasih sayang ayah pada saya akan saya semat di hati dan takkan luput dalam ingatan saya bertapa ayah sangat mengasihi saya sepertimana saya sayang ayah meskipun kita berjauhan . ayah adalah insan yang memberi inspirasi pada saya samade saya berada dalam kedukaan dan kesedihan .kata-kata semangat ayah beri saya kekuatan dan beri saya nafas baru untuk terus maju .
Pa Pa Pa Americano Pa Pa Americano~ ,
saya sentiasa sayang sangat-sangat dekat ayah . 
ayah memang terbaik wok !
sebab ayah satu-satunya BAPA , DADDY , AYAHANDA , PAPA , ABAH yang terhebat terbaik terhandal terkenal terhormat ter ter ter dan akan kekal sebagai sayang saya sampai bila-bila . 
NOBODY CAN REPLACE YOU IN MY HEART ! *fullstop . 
*okayy . aku nak melalak ! >,< weyh , NAK TISU ! ! meleleh sudah air hingus saya . 
ok . tak senonoh lagi minah kepoh-kepoh nih . ishh =.='
rindu dah semakin membara dekat jiwa dan sanubari saya nih terutama dekat papajoe dan mak . 
papajoe , terima kasih atas segalanya . T__T 
kerana sanggup menjaga , memberi kasih sayang , memberi makan pakaian dan benda yang diinginkan dan segalanya . insyaALLAH . jasa ayah akan saya kenang sampai mati . tiada siapa dapat halang kasih sayang saya pada ayah . kecuali maut dan ajal sahaja yang dapat memisahkan kita .  
ayah lah penguat semangat saya , pendengar dan pemberi nasihat terhebat , pelawak yang membuatkan saya tak kering gusi , penyabar dengan perangai saya yang agak degil kerna mulut saya yang agak kepoh-kepoh . 
papajoe adalah PAPA ROCK saya !
paling important , 
I LOVE YOU ENCIK JUHARI ! . 
you're the super duper best person that i ever had .
Thank you for all the love and support you've given to me over the years. Knowing that you are there and that you care gives me the strength I need to survive another day in here. I love you!
wahh ! aku berspeaking pulak . hentam jelah labu ~.~
sorry , entry kali ini sangat pendek . sebab kesedihan telah melanda saya ketika buat entry nih . dah berkotak-kotak tisu dah aku habiskan . haha .  okayy . aku tipu sahaja :) 
p/s  : bersyukurlah kita masih ada ayah . kerana kasih sayang ayah kepada anaknya tiada hadnya . kasih sayangnya pada kita tiada ternilai harganya . dengarlah cakapnya sementara dia masih berada di samping kita :) iloveyou . imissyou . ineedyou PAPAJOE !
















June 12, 2011

♥ suka vs duka ♥

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara . 
tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dirahmati Allah sekalian . 
*cehceh . ayat macam good-good je minah kepoh-kepoh ini . 
MAAF ~ MAAF ~ MAAF . 

sorry tersangat-sangat dari hujung rambut sampai hujung buku lali kaki .
saya nak mintak maaf sebab baru datang seru nak post entry kerna dah terlalu lama tak post entry merepek merapu meraban yang menjadi kesukaan ramai .
*bajet macam ramai baca blog aku kan . blog pun macam cikai . ok . ayat nak touching . takpe . 
kita sedar siapalah kita nak dibandingkan dengan awak awak . okfine ! . 
awak awak , mesti ramai sangat sangat yang rindu dekat saya kan , cepat ngaku yang korang rindu saya ! . kalau tak , saya taknak kawan dengan awak .  
*haha . omg ! aku makin gedik ! errrr . 
sebab saya kan dah lama tak online dan memekak dekat ayuanakpapajoe.blogspot.com . waduhh waduhh . terasa begitu bahagia sebentar sebab ramai yang rindu dekat saya ! . aww awww~ blushing ! >< aku memang kuat perasan .
*sambil kembangkan hidung -..-
sejak dua menjak tiga menjak masuk Uitm Shah Alam . 
hidup saya semakin kucar-kacir plus huru-hara plus kelam-kabut . 
almaklumlah , semua kena diuruskan sendiri tanpa bantuan ibu tercinta. sebaiklah saya ini agak terer lah kan kan dalam hal menguruskan rumah tangga . dah boleh kahwin ! yeayyy ! ! :P
*mesti mama aku tergelak kalau dia baca statement tuh . :P
haloo mak tersayang , 
angah dah jadi anak dara serba boleh taww . takmahu pandang angah sebelah mata iye . haha . 
perkataan rumah tangga sila abaikan ! . hehe . ape nih fikir pasal kahwin ! ishhh =.= focus dekat study ! takmahu kahwin lagi ! takmau takmau . :P
saya fikirkan masuk U tiada stress ke hape ke . padahal , lebih kurang seibu sebapa seanak macam sekolah . Nampak Beno Nipunyer~
saya paling suka hari sabtu dan ahad sebab saya boleh berkuak lentang sepuas yang mungkin dan boleh makan seberapa lama dan seberapa banyak yang boleh . hikhik :DD 
*tak senonoh betul anak dara papajoe nih . lalala~

for your information , kami sering diberi assignment tapi di sekolah pulak panggil "homework" . haha . 
tapi better U daripada sekolah .
jangan jealous pada adik-adik yang still sekolah lagi . akak memang suke jealouskan adik-adik . wekk :P
In addition , Uitm Shah Alam sangat sangat sangat sangat sangat besar punyoooo . kalau jalan kaki , boleh sesat punyerrr . sedangkan naik bas pun boleh sesat , inikan pulak jalan kaki . 
boleh retak tumit kaki dan longgar lutut kalau berjalan dekat uitm .
*ok . aku memang suka tipu korang ! . :P
Whatever happen ,
UiTM di hatiku <3



hehe :D bangga gila aku dapat jadi pelajar uitm . syukur alhamdulilah ke hadratmu ilahi :) walaupun perjalanan nak menapak ke fakulti undang-undang agak jauh . dan akan membuatkan badan saya berpeluh-peluh seperti berlari baton dalam larian 4x400m dan akan menghasilkan SIX PACK di badan saya dan kaki saya akan turut berketul-ketul akibat naik bukit turun bukit . walawey ! giler gempak kalau balik kampung masa raya tgk badan anakpapajoe berketul-ketul . haha . boleh masuk SMACKDOWN .
yahh . Awesome ! . hehe . 
firstly masuk UiTM , agak sedih lah kan kan tinggalkan family , kawan-kawan , dan .... segala yang menjadi kesayangan gua di nun jauh sana. seriusly ! RINDU sangat-sangat dekat papajoe , mama , kak long dan adek . :"( HOMESICK gilerr !
*okay . mula nak melalak macam ini . >,< takut ade bende lain yang meleleh kang . tolong sediakan tisu please . huarhhhhh  . =,= bila depan parents , aku sememangnya bajet cool dan chill padahal puas aku tahan airmata supaya jangan meleleh . ego punya pasal . last-last , akhirnya kecundang jugak . airmataku berguguran ~,~ sebak taw ! T__T .
stop cerita sedih !
back to story , orientasi saya di sini sangat menghiburkan . sebab ape ? . ce cite ce cite . sebabbbbb kiteorang jumpa SENIOR yang sangat baik dan sangat prihatin . SUMPAH tak tipu . sangat ambil berat dekat kitaorang . macam-macam tepuk dan cheers abang-abang dan kakak-kakak senior ajar . boleh biol otak saya nak ingat semua tuh . dan saya jumpa kawan-kawan yang sangat merenk , happening lagi meriah . macam-macam negeri ade . Macam-macam ada ~  papepun , ia sangat sangat menyeronokkan . tapi kan kan , kami selalu kena tidur lambat then bangun pun awal . belum sempat saya nak buat kuak lentang atas katil dah kena bangun . dan sekarang mata saya dah jadi mata PANDA . bertambah lagi kehuduhsan di wajahku . 
ehh ehh , tapi kan sebaik panda comel .
*bangga sekejap . :P
nak cerita apa lagi ekk , pasal ROOMATE !
wow . roomates saya perhhhhh . sangat HAPPENING gilerr ! . mula-mula masuk , of course saya lah yang paling bising dan duapuluhempatjam bercakap tak henti-henti dan boleh memecahkan gegendang telinga orang yang sebilik dengan saya . padan muka ! wakaka :DD saya memang banyak bercakap , dah macam mak nenek si bongkok tiga siang malam asyik terjaga mencari cucu di mana sahaja , 
nenekku kahwin dengan anak raja .
*aiyoo . ternyanyi pulak . merdukan suara saya kan kan ? . sila angguk ! . okfine . suara saya tak merdu macam awak . touching satu saat . haha . ok . aku memang gedik . TQ ! :P
korang nak tahu tak , lama-lama tuh kan ternampak lah kegilaan roomatekuh . nama-nama kesayangan saya yang berkongsi sebilik serta berkongsi masalah suka suki dan duka duki , 
berkongsi katil dan bantal , berkongsi kasih sayang .
*haha . yang perkataan katil dan bantal sila abaikan . :D
mereka yang bertuah sebilik dengan saya adelah . jengg jengg jengg .....


RIFAH IZZATI . .
si tembam lagi comel . 
NUR FATIHAH ... 
si budak surau .... 
NADIA AMIRA ... 
si ratu gelek .
I LOVE YOU MY GIRLS !
mereka tersangatlah beruntung sebab dapat sebilik dengan saya . 
setiap hari dapat kasih sayang dan belaian jiwa . 
erkk . 
CHOII =.= hehe . 
hah , STUDY LAW ? ! . 
okayy lah . subject yang agak mencabar jiwa dan sanubariku . 
yang membuatkan saya rasa nak hantuk kepala dekat dinding supaya sedar bahawa saya sudah berada di sini dan tidak akan berputus asa dan ini bukan jalan terakhir
tapi ini adelah permulaan bagi hidup saya agar terus maju .
*cehceh . ayat saya sangat bermotivasi . cayalah norhidayu ! :P
walaupun ramai yang cuba menjatuhkan semangat saya untuk belajar dalam jurusan pilihan saya . 
thanks pada mereka yang still tak puas hati dengan saya . good job bebeh ! 
teruskan dengan ketidakpuasaan anda :))
siapa orang tuh ? . No Comment . 
*cehh . macam jawapan artis pulak kan . bajet nak jadi artis konon . poodahhh deyh tambi . :P 

oklah , setakat ini sahaja yang boleh saya coretkan untuk kalian . idea makin lama makin hilang terbang melayang-layang akibat gelak terlalu kuat . HAHAHA . lagipun , otak pun dah tak dapat nak fikir lagi , tangan pun dah makin lenguh , mulut pun dah penat membebel . akhir kata , saya doakan kawan-kawan saya dan pembaca blogger berjaya dan mencapai kejayaan masing-masing . InsyaALLAH .




♥ cik yuyu a.k.a budak kepoh kepoh