“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

October 30, 2011

Aku tak mengerti :/


*erkk alhamdulilah*

Makan nasi dua pinggan , nasi bukan sebarang nasi . Nasi dagang untuk orang berdagang . Bila perut kenyang mata jadi layu . Bila mata layu , katil tempat beradu . Maka lemak berketul akan menjadi berbola di tepi badan aku akhirnya ia akan membuat aku bertambah seksi dan seksa :)

Fuhh nikmatnya dunia bila cuti semester . Bersenang lenang seperti dunia beta yang empunya . sedar aku sedar dunia cepat berlalu . kecut jantung bila tengok dunia berlalu sepantas mungkin . dulu ibarat kura-kura kini ibarat arnab berlari mengalahkan kura-kura . pagi aku bergerak ke tandas , sampai tandas dah petang ok gua tipu je jangan percaya.

Entry gua bukan tentang kemenangan Negeri Sembilan mengalahkan Terengganu Tapi entry gua kali ini Serious Sangat Sangat Serious ! Maka anda perlu membuat muka serius seperti saya (:

bertapa seriusnya muka gua :O

 Ternyata dunia penuh dengan pelbagai ragam manusia . Rambut Sama Hitam , Hati Lain-lain . Kekeliruan menusuk dalam benak fikiran aku . Akhirnya , aku dapat huraikan jenis apakah manusia seperti itu . Adakah dikau turut seperti mereka ? .

Apakah yang engkau mahu ketika engkau mempunyai BLOG ?

Aku : Aku bukan nak cari followers terlalu banyak sampai bermillion tapi aku nak memantapkan penulisan aku di dunia berblogging . Mana tahu aku dapat menjadi novelist satu hari nanti (:

Kawan : Alaaa followers aku sikit lah . Tak boleh jadi ni . Ayu ! Followers kau berapa ? Haha aku lagi banyak dari kau :p

Apakah yang engkau cari ketika BerFacebook ?

Aku : Jomlah kita berkawan . Kawan biar beribu , berkasih biar satu . Jangan risau , gua tak sombong punya . Lu respect gua , gua respect Lu ok peace (:

Kawan : Alamak . kenapa sikit je orang Like Picture dan Status aku ? haihh Ayu apahal ramai sangat like kau punya picture . tak acik lah kau ni :/ Menyampah !

Apakah perasaan engkau jika Friends dalam Fb/Twitter melebihi  ?


Aku : Aku rasa happy sebab dapat kawan yang terlalu ramai . Mana tahu persahabatan yang dibina di Muka Buku atau Twitter mampu berkekalan hingga akhirnya .

Kawan : Aku nak kalahkan si blogger tu . Aku nak kalahkan si cantik tu si hitam tu si gedik tu si kacak tu haha . Aku ada dua account ternyata aku hotsentap (: Kau ada ?

Sungguh aku tak fahami manusia apakah seperti itu . Kesimpulannya , mereka hanya mahukan populariti berbanding apa yang aku inginkan. Ternyata apa yang kita inginkan jauh berbeza dengan semua orang . Ayat dalam dialog tu benar-benar berlaku . Maaf ~ aku bukan seperti itu yang mengejarkan serta meraih publisiti . Itu bukan Aku !



Yang Serius , 

October 14, 2011

AKU CEMBURU TAPI TAK BUTA.


Aku Cemburu ? !
haha gelak dulu ok cukup . Jangan nak tuduh sembarangan lah pokcik mokcik sekalian . hati gua kalis cemburu hati gua keras hati gua simen hati gua macam batu . Tak lapuk dek dengan cemburu ini semua . Bangga jadi aku :> perhh statement sekali aku kupas akan membuahkan kata-kata yang dusta .


Siapa cakap aku gangster tapi tak cemburu ? Jangan berkata-kata sebelum engkau selami hatinya dulu . Alahai biasa latuh perempuan sikit-sikit nak cemburu . Menyampah pun ada tapi sebab sayang , aku sabar jelah hahadoi . Jangan menuding jari 100% kepada perempuan sahaja . Lelaki pun patut tengok muka kau dekat cermin dulu sebelum melemparkan kata-kata itu kepada kaum hawa . alamak teremosional pulok kuikui :p Kemungkinan perempuan dan lelaki lebih kurang perangainya . Kini cemburu menjadi kuasa atas segalanya . Tepuk dada tanya selera :)

Cemburu Cemburu Cemburu =,=


Lelaki mesti mengeluh panjang kalau dapat perempuan yang cemburu . Pandang perempuan lain dekat Cafe , dia cemburu . Pandang makcik jual nasi lemak pun , dia cemburu . Senyum sorang sorang tengok model dalam iklan pinggan mangkuk pun , dia cemburu . Pandang perempuan seksi pakai swimming suit , dia cemburu . Senang cerita semuanya dia cemburu -___- Cop cop bukan perempuan je akan cemburu , lelaki pun akan turut cemburu kalau perempuan buat sebaliknya haha padan muka :P

"kalau gua nampak Boyfriend gua kenyit kenyit mata , senyum senyum atau pandang pandang dengan perempuan seksi , memang gua tumbuk mata Boyfriend gua sampai lebam" kata Ayu kepada rakan-rakannya . (:

Semua orang dok kata Cemburu itu Tanda Sayang .
Ok aku terima semua itu kerna ia tanda sayang . Tapi kalau cemburu menyebabkan jiwa kita terseksa . itu masih sayang kah ? .  itu bukan sayang namanya tapi menyusahkan jiwa raga adolah . Ya ya aku harus akui cemburu itu boleh tapi janganlah cemburu buta sangat ok .


Kebanyakkan dari kita masih dibelenggu perasaan cemburu buta . pastu pastu bergaduh bergusti berperang kali ke-20 . Akhirnya , putus cinta atau cerai bertalak talak . Mulalah hidup tak terurus tak berarah ada yang nak bunuh diri toreh tangan ada yang ikat leher guna tali gantung dekat kipas segala lah . Tak tidur malam fikirkan perasaan cemburu itu . Bak kata orang "Tidur tak lena , mandi tak basah , makan tak kenyang". Watlek Watpeace :D


Sebenarnya perasaan cemburu , prasangka dan syak itu semuanya kerja syaitan .


Cinta itu Tuhan yang beri , matlamatnya pun untuk Tuhan .


Jadi kesimpulannya , dalam bercinta jangan sesekali lupa Tuhan . InsyaAllah :D
#fulamak gaya aku bercakap dah macam Ustazah Norhidayu ehemehehem bangga sekejap :P

Sebenonya , cemburu buta tanpa usul periksa akan membuatkan pasangan kita terseksa merana . Kepada pasangan bercintan cintun , pasangan kita sebenarnya cemburu kerana dia risau pasal kita . Yolah takut main kayu tiga kaa , takut curang kaa . Wahlal , perasaan cemburu itu boleh tapi jangan buta ok haha :P Kesimpulannya , aku juga seorang cemburu .okbye !

"Jealously is sentiment which is born in love and which is produced by the fear that the loved person prefers someone else"

October 7, 2011

M I S S I N G

Hari ini ,




Mengapakah ? ..


Kenapakah ? ..


Apakah ? ..


yang menyebabkan hati gua menjadi sayu sebak sedih seperti disaluti dengan rasa kerinduan yang menebal dan ia terpendam dalam hati gua ini secara tetiba .


Pelbagai soalan telah menyirap dalam kepala hotak gua terasa seperti ada beban batu kecil yang telah menghimpap fikiran gua . 


Terasa sesak nak bernafas serta batuk gua terbantut seketika kerana mencari apakah punca gua bersedih dan berduka.


Puas gua mengali mencari sedalam lautan apakah yang cuba gua rindui
apa yang ingin gua rindui .


Perasaan rindu itu datang secara tiba-tiba dan gua tidak minta perasaan sebegini ><


mungkin ...


gua rindu dekat sekolah gua SMK Sri Rahmat


mungkin ..


gua rindu dekat kawan baik gua , Sofea Atiqah and Nadhira Zulikmal


mungkin ..


gua rindu dekat rakan-rakan lama gua di SMK Sungai Besi


mungkin ..


gua rindu dekat Achik gua


mungkin ..


gua rindu nak menyampaikan sajak or nyanyian di atas pentas sekolah


mungkin ..


gua rindu nak main kejar-kejar melompat bergumbira masa zaman sekolah


mungkin ..


gua rindu nak belajar duduk sebelah Atira Kamaruzzaman


mungkin ..


gua rindu nak BERPHOTOGRAPHY dengan team sidang redaksi


mungkin ..


gua rindu nak berbaju sekolah yang membuatkan gua agak omeyy


mungkin ..


gua rindu nak gelak berhuahua dengan rakan-rakan


mungkin ..


gua rindu nak menatap wajah guru guru gua


ternyata ..


gua rindu dengan kenangan dulu iaitu kenangan di sekolah .


Namun masa tidak mungkin berputar balik .


Kini gua patut sedari bahawa gua sudah di alam Universiti .


gua sudah dewasa dan bukan lagi zaman kanak kanak hingusan .


gua bukan lagi di alam persekolahan . gua patut sedar dari lamunan tu !


Sumpah gua rindu . gua rindu semuanya ! :(


Gua sebak lihat gambar dengan rakan-rakan gua .

Harap mereka semua berjaya dalam hidup diaorang .


I MISS YOU ALL

Jom tatap gambar zaman persekolahan gua !


ini masa gua dengan LALA group buat persembahan nyanyian .


ini team sidang redaksi gua . gua yang center yang omeyy tu haha k perasan gile :P

ini gua punya classmate 5bestari 1 (2010) bersama Puan Azizah Termizi
 barisan kedua dari kiri yang ketiga tu gua yang buat peace tu .
ternyata gua nampak omeyy lagi k bye :D


#terasa seperti mimpi kerana entry kali ini sangat pendek :D

tidak ada lagi karangan SPM macam dolu dolu :)



COUNTDOWN : 13 hari lagi menjelang 20 oktober 2011

August 29, 2011

♥ MERDEKA RAYA ♥




hye hye i'm mrs elmo haha . Salam 1 Malaysia :)
tanggal tigapuluhsatubulanlapanlimapuluhtujuh MERDEKA MERDEKA MERDEKA tetaplah merdeka :D Selamat Hari Kemerdekaan ke -54 MALAYSIA . tanah tumpahnya darahku . perjuangan atuk nenek moyang kita amat bersemadi di hati kita . sanggup berjuang ke titisan darah terakhir demi negara tercinta . sebagai rakyat malaysia , kita perlu wajib mesti menyimpan semangat patriotik di setiap hati masing masing . saya sayang malaysia !
wahhhhhhh wahhhhhhhhh .
sudah lama tuan hamba tak update blog cikai ini . ada orang rindu tak nak baca blog saya ? . HAH TAKDE ! okfine fine fine ~.~ nak touching lah macam nih . okgedikgilasaya :DD hampir sepurnama kurun lamanyaa blog tuan hamba tertunggak . yelah yelah , orang lain update blog sehari sampai 2 , 3 kali . mereka semua memang dilahirkan rajin :) tak macam saya . lagi lagi rajin daripada mereka hoho . memang terbaik lah wok . janganlah kalian harapkan anakpapajoe nak update blog setiap hari . memang dasar pemalas lah kan nak menjahanamkan tangan untuk tulis entry blog . dah kena paksa baru terhegeh-hegeh nak update . MAAFKAN saya si penunggu gua . =.=' aiyoyo minachik . dah bersawang , dah berhabuk , dah berdaki blog tuan hamba . fuhhh fuhh . tiup sat sesawang dalam blog nih . dan dan tuan hamba sudah perkemas kini blog tuan hamba suka .suki . duka . duki yang makin lama makin uzur makin lama makin bosan =.=' 
#ok . saya mula nak buat cerita sedih ! sila abaikan . :)
 tudiahhh tudiahh saya dah pasang lagu raya dekat blog suka tak suka tak ? .
raya ohh yeah by YUNA !

Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna ku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya
Ku jatuh cinta di hari raya


suara yuna memang sedap sebijik macam suara saya haha :P okperasangilerrr .
Perhatian Perhatian orang-orang kampung .
ATTENTION PLEASE !
saya ingin buat pengumuman penting . saya sebagai seorang pelajar UiTM berasa teruja dan bangga kerana saya telah mendarat ke Johor Bahru pada hari khamis yang lalu :) terima kasih tak terhingga kepada pihak UiTM kerna memberi cuti yang sangatsangatsangat panjang kepada kami meskipun HANYA SEMINGGU haha aku sahaja bold word tuh :P . pejam celik pejam celik , bulan ramdhan kini kian berlabuhkan tirainya . lagi satu hari sahaja kita nak raya ! yeayyyy . nak makan lemang nak makan ketupat nak makan kuih nak makan lontong nak makan makan dan makan sampai pengsan haha . OK jangan hairan kalau ramai yang makin gemuk lepas raya haha :DD termasuk anakpapajoe . takut makin seksi lepas nih gara-gara lemak berketul-ketul tang sana tang situ haiyoyo . seksi seksa seksi seksa GRR . ehem ehem , excited nak tunggu encik syawal kembali . selamat tinggal bulan ramadhan al-mubarak :( . jika ada umur panjang , kita jumpa tahun depan insyaALLah . pengalaman bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan adalah sesuatu yang indah plus plus menyeksa batinku erkkk :/ . kerana kerana kerana MAGGI adalah menu makanan wajib kami . danotakpunmakinlembab :( tapi tapi tapi itulah makanan paling senang ringkas dan disukai ramai . #ahaha dah macam promoter maggi GRR .  
Akhirnya , dugaan onak dan duri di bulan ramadhan dapat saya tempuhi dengan tabah dan sabar . cayalah anakpapajoe ! :) dan saya tak sabar nak balik kampung di Perak dan Melaka . pasti suasana akan lebih meriah kalau ada saya haha :P okperasanlagi . perjalanan jauh tak kurasa , rasa hati ku melonjak sama . lalala~tak sabar nak pakai baju raya yang malatoppp tara ku cap cap .  tak sabar nak main mercun main letup letup sampai kena rumah tok imam haha itu kisah lama lupakan lupakan . :) moral value , takmahu main mercun meriam ke mariam ke dan yang berbahayakan nyawa . nanti tiada siapa nak sayang saya kalau awak tkde . okgediksss ! :P abaikan abaikan . jadi awak main jelah bunga api atau pop pop itu k haha :P pada yang memandu , sila bawa dengan cermat . biar lambat asalkan selamat OKAYY ! :) kalau duit raya terlebih-lebih tuh , pandai-pandailah post dekat rumah saya taww haha oktaktahumalupunyabudak GRR . Oleh itu , saya ayuanakpapajoe selaku pemilik blog cikai ini ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Maafkan maafkan maafkan saya :D seandainya saya ada salah dan silap terhadap kalian terutama rakan-rakan di SMKSungai Besi , sahabat di SMKSri Rahmat , kawan-kawan di Uitm Shah Alam dan dan pada yang mengenali saya samada di Facebook , Myspace , di kawasan rumah lama dan rumah baru dan dan dan sesiapa sahaja yang mengenali budak agak kepoh nih . maafkan saya jika saya ada terlanjur kata , terkasar bahasa , tertanya tak tentu hala , tersasul yang tak sengaja , terpukul dekat mana-mana , terpekik dekat telinga , terhantuk di kepala , terpinjam harta benda , termoody tak semena-mena , tergurau melebihi batas , TERmacam-macam lagi yang kena mengena  .  MAAF MAAF MAAF ~ HAHA . semoga dimaafkan kesalahan saya :) sedangkan Nabi Muhamad ampunkan umat apetah lagi kita hanya manusia biasa (: semua ayat saya bermula dengan TER . nampak sangat aku ini banyak dosa secara sengaja haha . AMPUNKAN DOSAKU , YA ALLAH :'( semua manusia pernah melakukan kesilapan , termasuk juga saya insan kerdil hina yang banyak kekurangan :( ok ayat simpati leteeww haha . lepas nihlepas nih , kita berbaik balik okayy :) takmahu gaduh-gaduh bermasam muka bersmackdown sana sini mengumpat mengutuk dari belakang tarik tarik rambut berebut rebut makanan . kita sayang awak semua :p marilah kita hilangkan sengketa di antara kita :D kita bina ukhuwah yang utuh agar keharmonian silaturahim terjalin di antara kita .


terimalah kad raya saya yang comel lagi cikai :) cantik tak cantik tak ? . ofcourselah cantik . haha . #puji diri sendiri nampak .grr .  ikhlas dari lubuk hati saya untuk awak semua (;


salam lebaran daripada Norhidayu Juhari :)








July 23, 2011

♥ I MISS YOU :( ♥

hye peeps :)
eyhh waley waley eyh waley .
 saya ada post baru nih ! suka tak suka tak ? . ape ?! TAK ! takpelah awak . kalau tak suka tuh , takpayah nak usha-usha dah blog saya . ape kata awak tekan jelah [X] warna merah dekat tepi tuh yang sebelah restore down and minimize tuh . close tab blog Suka Suki Duka Duki saya cecepat ataupun terus jelah SHUT DOWN laptop hang pa semua . kbye ! TOUCHING sesaat . :PP
*gedik pulak aku nak merajuk majuk nih . CHOII . =.='
 GRR . eyhh eyhh . kali ini kan post saya terhangat di pasaran sebab saya punya post paling pendek serta padat ! . sebab kalian bukan suka pon baca post yang lebih 350words kan .
dah agak dah ! hee . dah tahu sangat dah korang macam mana . :PP
ouhh ye . lagi satu cek nak ceritain dekat hang pa semua . dah makin ramai iye yang jadi PENCOPYPASTE saya . pewitttt . wahai PENCOPYPASTE tersayangg . sesuka awak sahaja ciplak apa yang ada dekat blog saya yang cikai ini . dah tiada idea ke pinky , end end woii woii . Ape Pon Tak Boleh~ disebabkan sekarang bulan Syaaban , saya halalkan apa yang awak ambil dari saya . baik kan saya ? .
ok terima kasih ckp saya baik :))
*saya memang suka perasan ! jangan lah marah . tak comel kalau marah-marah kan ? . =.=
ByTheWay , saya malas nak aibkan orang sana sini . tak baik lahkan , berdosa besar kak timah oii . lain kali awak nak pape , saya boleh tolong ajar ataupun mintak kebenaran saya dulu ok . tapi kalau awak awak buat lagi , memang SIAP GUA KEJE KAN LU ! . WA KERAT LU JADI 18 ! .  takut tak takut tak ? . okbagus . =) takmahu buat lagi iye . nanti mak marah :)) huhu .
back to title saya ,
entry ini khas untuk awak awak awak awak .
kalau awak baca post ini , mesti awak senyum tak perlu kata apa-apa . =)
mesti awak akan sayang saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat dan mesti awak terus kahwin dengan saya lepas nih . hantar kereta ferrari sebagai hantaran kahwin . perhh perhh . euuuu~ .
*ok. ayat saya sungguh geli-geli ~.~
sejak dua menjak ini , saya selalu disawan penyakit . nak tahu penyakit hape . penyakit yang memang susah sungguh nak diubati iaitu penyakit rindu . saya tak suka lah nak merindu rinduan segala nih . RIMAS ! .



 tapi apakan daya . perasaan itu datang secara tetiba .
tidak ku pinta lahir ku dunia . tidak ku pinta perasaan begini . haha .
dalah saya tengah sakit tekak tahap suara sumbang mambang , pastu diserang pulak dengan sawan rindu . hhaihhh .
Aku Rindu Setengah Mati kepadamu ~.~ 
banyak-banyak perasaan , saya tak suka perasaan RINDU .
ibarat tidur tak lena , makan tak kenyang , mandi tak basah .
 memang bertambah pengotorlah sang perindu . hoho . tapi saya TAK ! .
korangg nih , kalau saya cakap saya rindu sahaja , mesti fikir pasal Boyfriend . aiyoyo tambi . takkan dekat boyfriend sahaja kita perlu rindu rindu sayang menyayang cinta dikenang puncak kasih berpanjangan . tudiahhhhh kan dah ternyanyi lagu sayang-menyayang by Ogy Ahmad Daud and Jamal Abdillah .
dekat kawan-kawan , keluarga tercinta , sanak-saudara .
mereka itulahh yang patut dan perlu kita rindu maaaa .
*ayat nak lari daripada topik . oktipu . :P 





wa rindu dekat lu lahhhhhh ! itu pun tak faham kaa ? . bila nak jumpa nih weii .
wa rindu nak wrestling dengan lu . wa rindu nak main gitar dengan lu . wa rindu nak lawan siapa makan paling banyak . wa rindu nak debate dengan lu  . wa rindu nak gediks dengan lu . wa rindu nak buli lu . yeayyy ! yeayy ! saya memang jahat dekat awak semua  .
sebab awak baik . siapa suruh awak baik sangat . erkk :/ huarhhhh .
Rindu Serindu Rindunya namun egkau tak mengerti .
Pilu sepilu pilunya , namun engkau tak peduli .
Mahu semahu mahunya namun apa daya , orang dah benci . 
*ok lagu tuh sangat sedih . menusuk kalbu dan jiwa raga saya :( ehh . awak jangan lah benci saya tahu ? . nanti tiada siapa nak kawan saya . tiada siapa nak bagi saya semangat .  tiada siapa nak bagi rindu rindu nih . mak aiii . pasai apa cek letak ayat sedih-sedih nih . eeee . #change mood .
sebenarnya sahaja feeling lebih-lebih padahal takde pape pun sekadar nak memenatkan tangan biaq kasik lenguh taip bende alah nih  ,
*ok . saya tipu lagi :P 
 honestly , saya rindu awak awak awak awak awak dan awak semua .
saya rindu kawan-kawan dan kenangan terindah di Smk Sungai Besi dan Smk Sri Rahmat .
saya rindu awok semua ! . kalian semua terbaik dekat hati saya ! .
saya harap awak awak tak lupakan saya walaupun sesaat seminit sejam sehari setahun dan selama-lamanya  . kenang daku dalam doamu . sebab awak awak sentiasa dalam kotak fikiran saya .
saya tak boleh keluarkan awak awak dalam fikiran saya sebab awak terlalu istimewa kasih dan sayangmu terpacar seikhlas tiada batasan terus membara .
ok . stop menyanyi NORHIDAYU JUHARI ! .
suara dalah macam katak bawah tempurung . ada hati nak nyanyi segala . entah-entah katak lagi sedap daripada suara egkau . (monolog dalaman) kihkih :D
 *saya sedar siapa saya . suara dalah tak sedap . kalau masuk pertandingan mesti JUARA !
ehhh ehh . type error lah pulak :PP
for awak awak awak awak dan awak . :
Nobody Can Replace You in My Heart .
You're one in million .
eyceceh . jiwang pulak mak , nokss . WA SAYANG LU ! .
LU itu korang lahhh .
 jangan buat taktahu iye . kang saya majuk , saya mogok saya takmahu update blog selama setahun .
 *ok. saya gedik lagi ! macam korang peminat setia blog saya pulak kan ? . memang tak lah kan . ok ayat mintak simpati . cepat lempang manja manja dekat saya ! PEREMPUAN sahaja boleh lempang manja . lelaki not allow ! :PP . nanti papajoe marah . sambil pegang senapang baru tahu . haha .
waduh waduhhh .  
masa untuk mendarat semula ke Uitm Shah Alam pada hari Ahad  . erkk ;/
 sekejapnyaaaaaaa cuti semester . DATO' SAHOL , bagilahhh kami cuti lagi seminggu . pleaseeeee . :DD huarhhhhh . RINDU mak ayah :(( RINDU akak adik :(( RINDU kereta :(( RINDU Johor Bahru :((
klahh awak awak awak tersayang . saya nak sambung melalak nih . hehe . chawwww !
kbye .