“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

December 30, 2012

Kerinduan terubat.

Penghujung bulan disember.

Banyak cerita telah aku kumpul. Ke sana ke mari seperti cacing kepanasan.
Kawan lama telah aku jejak kasih. Puas mencium dan berpelukan sesama sendiri.

Study week sepatutnya dihabiskan dengan buku sampai lebam.
Namun sebaliknya bagiku, menghabiskan masa bersama my bestfriends.

Lama tidak ketemu, pasti kerinduan bersarang di hati.
Pasti akan ada madah jiwang diselitkan. Mohon tahan anak tekak supaya tidak termuntah.

Dari UPSI ke KL sudah menjadi akrab. Jalan train dan jalan tar sudah berkawan baik dengan aku. Penempatan ditetapkan menuju ke rumah sahabat tercinta, Sofea. Layanan baik oleh keluarga's sofea. Malahan dihantar sampai ke UPSI oleh Mail, buah hati's sofea dan sofea.

Hari pertama dipenuhi dengan gelak tawa dan kegilaan masing-masing,
menuju ke TS, Pavilion dan seangkatan tempat famous orang hot.

Kami merancang bahawa tidak mahu tengok wayang.
BUANG MASA. Maka, selaku YDPA aku mengajak mereka berkaraoke.
Semua menyanyi gaya ala-ala artis katakauu.

Kali ini entry aku bertemakan "Sahabat".
Aku mengenali mereka sebelum aku berpindah ke Johor Bahru.
Pada yang belum mengetahui, dahulunya aku menetap di Kuala Lumpur.
Walaupun raga terpisah jauh, persahabatan masih berkekalan.



Aku yang berbaju biru dan kain biru wajib menyerlah daripada mereka. Datin uolls~ *kipas-kipas kain* *flip bawal*. Pertemuan yang dirancang last minute begitu menjadi. Mampu dicoret dalam kenangan untuk diingati. Mampu mencemburui rakan yang lain. HikHik *gelak setan*

Bersama si kecik molek, Wawa. Adik kepada Nadhira. Selaku photographer yang handal dan seharusnya dialah yang paling comel di kalangan kakak-kakak. Aku rasa dah gaya ibu bersama anak. Cuma kekurangan bapa sahaja. Mohon putera raja melamar aku sekarang via berangan.


Pasti akan merindui secebis kenangan bertarikh 26.12.2012 bersama mereka tersayang. Barangkali ayat begini sangat jiwang, tapi apa aku kisah. *korek hidung*

Bersama Nadhira Zulikmal. Tahukah anda, kami berkawan dari darjah 6 sehingga sekarang. Dahulunya dia seorang pendiam. Dan... sekarang pun masih begitu.  Aku sahaja yang masih kepoh-kepoh macam dulu. *tiup-tiup kuku* I love you, besty :)

Bersama Sofea. Aku memanggil dengan gelaran "pya". Minah tahi lalat. Aku berkawan dengan gadis ini ketika darjah 5. Dan.. masih bertahan sampai sekarang. Alhamdulilah.

Kami berdua memang terkenal dengan mulut bising 24hours tanpa henti. Yakni, apabila Sofea Atiqah bergabung dengan Norhidayu maka porak peranda semuanya. EXTRAORDINARY kata mama. I love you, besty.

Bersama Nazratul Ain. Aku mengenali gadis ini ketika aku sekelas dengannya di Tingkatan 2. Seorang yang simple. Dan.. makin tembam. Tapi masih comel. Kami ada kumpulan "The Wannababes". I love you, besty.

Apahal aku buat muka macam mak jemah jual gossip. *kunyah sirih*


Disini terlahirnya memori. Gambar menjadi bukti untuk dikenang. Rindu kini terubat setelah sekian lama tidak ketemu. Bukan mudah untuk merancang dan berkumpul semuanya. Akhirnya, aku dapat bersua dengan mereka yang tersayang. :*

Waa. Ayu. Ain. Syufy. Pya

Mencintai gambar ini selamanya. Love uolls, bestfriend :)
Ada masa dan panjang umur, ketemu lagi.

xoxo.

December 23, 2012

Ramalanmu tidak benar.




"Aku baca horoskop dekat majalah *****, tertulis kata aku akan mengalami putus cinta. Dan.. sekarang aku sedang mengalaminya" kata jemah kepada anakpapajoe.

"Aku tak suka tahi lalat dekat bibir aku, buku rahsia tahi lalat mengatakan barangsiapa yang mempunyai tahi lalat di bibir, mereka tergolong dalam golongan orang yang tak pandai simpan rahsia dan orang spesies mulut bontot ayam. aku nak korek ! aku nak hilangkan ! *nangis*"kata senah kepada anakpapajoe.

Tahyul.

Aku seringkali ketemu buku yang bertema cuba menyimpang iman manusia.
Cepat tergoda dengan arus deras bisikan syaitan.
Berpandukan buku itu dapat menilik nasib kita? Rasa otak mereka di lutut.
Mohon berganding bahu denganku untuk ditunjal dahi mereka bertubi-tubi.
*muka gangster*

Lagi satu,
kebanyakkan cerita dan berita di Laman Sosial belum tentu itu sahih.
Ini tidak, belum ada bukti depan mata, terus bermati-matian menggangap ianya benar.
Belum dikaji dan diselidik, sudah mula menerjah dan menegakkan kebenaran yang belum tahu pangkal hujungnya. *geleng-geleng kepala*

Bahkan, aku cukup hairan apabila orang berlumba-lumba nak menjadi penyampai informasi sebelum menyelidik terdahulu. Mungkin mereka berbangga apabila menjadi orang pertama yang menyampaikan kepada rakyat jelata. Maybe Maybe Maybe.

Pencecet a.k.a Twitterrrr,
aku acapkali membaca tweet yang mengatakan si polan bin si polan mati tapi masih bernafas di alam realiti. Adakah si polan itu zombie? Maybe. *kunyah kuaci*
Terus-terusan memuntahkan cerita karuk, orang akan percaya lalu sebarkan hingga ke serata dunia. Maka akan menjadi satu fitnah jika cerita itu membabitkan aib seseorang.

Malahan, aku seringkali membaca tweet berunsur mengaibkan seseorang dan diri sendiri.
Contoh: Si polan telah menjual daranya kepada si polan's boyfriend. Lalu si polan turut berbangga. *makan popcorn berjemaah*

Dinihari,
manusia sekarang tidak pernah takut dengan fitnah malahan khurafat dan syirik mula menyelubungi hati manusia. Sekaligus, kata-kata merupakan senjata yang paling membunuh.

Langkah yang lebih selamat adalah berdiam.

Intijahnya, AWAS dengan kata-kata anda.


Terasa kali ini entry penuh berilmiah. :)
Assalamualaikum.

Saying that I'm bad, doesn't make you Good.



December 8, 2012

Be Yourself pleaseeeee.


Welcome Disember. Sila lah masuk dalam 2012. Jangan malu dan jangan segan. Buat macam rumah sendiri. Ahaks (gelak gedik)

Kali ini gambar bereffect white black. Terasa klasik gitu. Ghau Ghau bau dia.

Nama diberi Norhidayu. Boleh panggil ayu ok.
*buat muka sehabis comel* *hulur tangan*

Bila aku angkat isu ini sebagai tajuk entry. yang pastinya ramai yang akan cakap ek eleh ajet gileww minah ni konon acam dye ue suci murni letewww.
*menggoyangkan mulut mengikut intonasi*

Perlu ke aku mengambil kisah atas kata-kata mereka?
Perlu ke aku mempedulikan tohmahan mereka terhadap aku?
Perlu ke aku bersedih atas cacian mereka?
*korek hidung*

Ku akui ramai wanita yang cantik pada paras rupanya. Adakala cemburu menyelinap masuk ke dalam hati. Namun ku harus yakin, wajah cantik namun jika perangai tidak cantik bukankah itu lebih menjijikkan? *muhasabah diri*

Perempuan... acapkali hilang keyakinan diri bila berat meningkat. Hallo baru 2kg dah meroyan meraung tak tentu pasal. Bukan naik 100kg. *jeling kerek*

Perempuan...acapkali hilang keyakinan bila jerawat tumbuh dekat muka. Lalu operasi tweet pasal jerawat di twitter dijalankan. "Titew menci tangat tangat jerawat tite". Hallo jerawat itu seni wajah. Muka bersih tanpa jerawat itu bukankah macam tak normal? Fatwa sendiri.
*ayat nak sedapkan hati*

Perempuan...acapkali akan rasa tercabar apabila cuba dibandingkan dengan perempuan lain tambahan kalau perempuan itu lagi lawa daripadanya. "Kau nak tahu tak jenab, si anakpapajoe tu lagi comel dari si anakpapamaricano tu" *sambil kunyah sirih*

Aku jadi diri sendiri. Tak perlu nak kopipes jadi orang lain.
Bila kita cuba nak jadi si polan binti si polan tersebut,
kita akan rasa..

macam FREAK.

macam HIPOKRIT.

macam FAKE.

Satu benda yang perlu kita ingat, "Peduli kata orang !"
Misalnya nak pakai baju warna terang, almaklum takut dicop tiang traffic light atau dikritik oleh kengkawan, pedulikan sahaja dan terus memakai baju tersebut.

Manusia..
tak akan berhenti mengkritik sampai bila-bila.

Aku jenis suka memerhati.
Si polan (perempuan) itu kelihatan seperti wanita melayu terakhir apabila bercakap dengan sang pria dan membuat suara acah-acah manja. Lentok habis.
Namun disebalik itu, apabila bercakap dengan perempuan,
wataknya bertukar menjadi tidak keayuan. Nampak permainan dia?

Just Be Yourself.

muka acah acah serius. wa sailang siapa yang pailang.  *nada gangster kampung boy*

I WANT A BOY LOOK AT ME WHILE I'M SMILLING WITH MY FRIENDS AND DOING STUPID THINGS AND I WANT HIM TO THINK 
'DAMN I LOVE HER'.



Bulan disember akan berganding bahu bersama Januari untuk memecahkan otak aku. Yakni Final Exam bakal menyusur. Doakan kejayaan aku. :)

xoxo.




November 23, 2012

Pengkritik Dunia.


Bila berbicara tentang pengkritik. 
Bukan aku tujukan untuk pengkritik rancangan realiti. Terutamanya Adlin Aman Ramlie dan Azwan Ali. Mulut laser uollss. Amboi Amboi~ *tunjuk jari kelingking lalu digoyangkan* Ahaks.

Tapi aku khususkan buat pengkritik dunia. 
Yang berkata hebat lebat seolah-olah tidak pernah buat dosa. *jeling kerek*


Ramai sangat pengkritik dalam dunia kita. 
Ini tak kena. Itu tak kena.
Rasa macam nak lari keliling padang lepastu buat tawaf tujuh kali. Rasa nak toreh muka depa dengan pembaris. Rasa macam nak simbah air longkang dekat muka depa. *Emosional*

Seumpama..
Yang buruk dan kurang cantik itulah kita. 
Yang sempurna tanpa kekotoran degil itulah dia.

Kutuk? Aib? Hina?
Dah menjadi makanan manusia di setiap masa lapang.
Bila lapar, mengutuk.
Bila kenyang, mengutuk.

"Kau nak tahu tak joyah, si anakpapajoe tu bajet retis. si anakpapajoe tu bla bla bla"
*kata jemah kepada joyah sambil kunyah sirih*

Pengkritik dunia,
pandai berbicara dan pandai menghentam orang lain.
Dan...tidak pandai melaksanakan apa yang diperkatakan. 
Bukankah itu ibarat engkau hanya bercakap dengan cermin lalu terpantul pada diri sendiri?

Pokok pangkalnya, aku tidak mengerti apa yang mereka perolehi setelah mengaib, mengutuk, membuat fitnah dan pelbagai acara-acara keji. Adakah mereka dapat ferrero rocher seguni atau mereka dapat kereta ferrari sepuloh buah?  Tidak. Yang dapat hanyalah DOSA. 

Aku paling cukup pantang orang mengutuk paras rupa seseorang.
Eeeee hitam macam bontot kuali. Eee muka berjerawat. Eee pendek macam orang kerdil.
Eeeee tak berhabis. Entah bila nak sambung F pun aku tak tahu.

Bukankah setiap manusia itu dijadikan sempurna oleh penciptaNYA ?
*muhasabah diri*

Apabila orang hanya memandang paras rupa seseorang sebagai aset utama terutama dalam pencarian cinta nescaya ia tak akan kekal hubungan tersebut. Nak kahwin mesti nak yang cantik macam heliza helmi, putih gebu macam donut, tinggi macam zirafah. Hati? Tak ambil peduli. Bila-bila sahaja Allah akan tarik nikmat itu. 




"Peduli pada mereka yang menghina dan mengaib kita. Itu tandanya hidup kita lebih awesome dari mereka dan berikan mereka peluang untuk berbakti pada neraka. Kita hanya perlu berdoa agar pintu hati mereka terbuka untuk berubah"


"Orang-orang yang suka mengutuk tidak akan menjadi pemberi syafaat dan tidak pula menjadi saksi di hari kiamat." HR. Muslim.

Moral Value:  Jangan sesekali hina orang.

Aku...bukan nak jadi Ustazah.
Assalamualaikum.


November 15, 2012

Nyawaku Semangatku.

Assalamualaikum.

Cerita kali ini adalah cerita kelmarin.

Masih lagi hangat dan fresh.

Kelmarin adalah Hari Deepavali.

Aku tidak ke Batu Caves untuk menaiki tangga yang bisa memecahkan lemakku. apatah lagi mampu mengecilkan mataku yang besar mahupun hidungku.

Aku juga tidak memakai sari. 

Aku juga tidak memakai gelang kaki dan tangan serta tindik di hidung.

Sudah terang lagi bersuluh bahawasanya aku orang melayu. Meskipun wajahku persis hindustan maka janganlah menganggap diriku tiruan.

Aku juga sudah mengucapkan Happy Deepavali pada sahabat berbangsa indiaku.

Hari deepavali adalah Public Holiday. 
Wajib bersenang lenang dan harus menghentikan diri daripada melakukan assignment atau perkara-perkara yang berkaitan dengan buku mahupun pen dan sewaktu dengannya.

Oleh itu, masa sebegini amat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Bukan selalu aku dapat ketemu mereka. Hal ini kerana, siswazah perantau sepertiku memang seringkali terkena penyakit homesick. Maka wajib balik apabila cuti diberi.
WAJIBUN GHUNNAH.

Aktiviti pertama : Bowling Time.


Pelbagai warna bola. Tapi bola bersaiz 7 menjadi pujaan hati. Tidak mampu kudratku untuk memikul bola bersaiz 8,9 atau 10. Hal ini kerana takut balik rumah tidak berjari. Acano nak sarung cincin dijari manis. 

Itu dia Papajoe gua. Lagaknya tak ubah seperti hebat bermain boling. Katanya pada awal permainan, "Ahh tak pandailah ayah main boling. Ni game orang kaya. Ayah orang miskin".

Aku tidak mengerti adakah aku melakukan pembalingan bola atau berjoget dangdut sambil menayangkan pinggul. *berfikir sejenak*

Kakakku merenung nasibnya atas kekalahan yang acapkali menimpanya. Dek kerana, dia sedih mendapat adik yang hebat bermain boling. Kah Kah Kah *gelak belagak*


Tidak dinafikan, Aku menyayangi Kakakku meskipun aku..
Acapkali membulinya.
Acapkali menyakiti hatinya.
Acapkali berwrestling dengannya.
Dan... selalu menjadi kakak terbaik buat aku. Walaupun rasa macam geli-geli nak taip ayat sayang menyayangi ni tapi apakan daya, lumrah menjadi perempuan. mudah menyayangi.


INFO:
J-Juliana.
A-Ayu
M-Mak
A-Ayah
Jangan engkau menafikan ketangkasan diriku. Aku semestinya hebat meskipun kalah tapi aku naib johan di pusingan kedua. Kalah satu mata dengan papajoe. Mungkin berlainan jantina barangkali.

Aktiviti seterusnya : Karaoke Time.

Bergambar bersama mak yang rockers. Bab karaoke, bab joget, bab poco-poco, serah padanya. Serba serbi semuanya tahu. Bab masakan memang tiada siapa bisa lawan. Loveyou, Mak :*

Pelbagai lagu telah aku nyanyi. Lagu omputih Lagu dangdut Lagu lama. Dasar kaki karaoke haruslah membalun semua lagu yang ada. Suara sumbang atau tak itu lain kira. Tapi aku yakin apabila kalian mendengar suaraku, yang pastinya kalian pasti tidak dapat membezakan suaraku dengan ctnurhaliza. Via Berangan.

Gambar syok sendiri harus melekat di pengakhiran entri. Untuk tatapan di kala kerinduan.
Jangan salah sangka. Aku tidak mempunyai kembar. Gambar ini diedit agar nampak lagi gah lagi elegan dan lain-lain ayat yang power untuk dimuatkan. *flip tudung*

"Keluargaku nyawaku. Keluargaku semangatku"

Salam Maal Hijrah :)