“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

November 6, 2013

Kawan itu.......


Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "adik beradik"?

Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "keluarga"?

Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "soulmate"?

Sedikit banyak kau dapat cuit dari pengalaman kau,

kawan yang lama kenal
tak semestinya berbuahkan percaya yang kukuh,

kawan yang baru kenal
tak semestinya melahirkan perasaan ragu-ragu itu perlu.

Manusia--

sekejap berubah.
sekejap baik persis malaikat.
sekejap serupa jahanam.

Aku bukannya kawan yang baik,
yang bisa janjikan persahabatan kita seenak yang lain,
yang bisa berikan kau kepercayaan yang terunggul,
tapi sekurangnya aku tidak seperti kau.

Sekadar kau perlu tahu

aku paling pantang !

jika kau menikam belakang aku.
jika kau khianati aku,
jika kau mengata belakang aku,

ketemu aku,

hadapi aku,

terus terang padaku,

kita bincang satu persatu
apa kurang bagiku
apa kurang bagimu,

kita habis di situ.

dan kembali
bersahabat seperti dulu.

Aku sentiasa terbuka untuk itu.

---Itu pun kalau kau mahu.

Manis


"Manislah !"

"Laa apa yang manisnya?"

"Senyuman kau itu, manis sangat"

"#$^%^&%&^ wei sengal, ingatkan apa benda !"


Senyuman kau itu,
bikin hati aku cair.
bikin hati aku dup dap dup dap.
Bimbang juga aku
jikalau terkena penyakit kencing manis
akibat jangkitan senyuman manis kau itu.

Senyuman kau itu,
cukup-cukuplah buat aku insomnia.
tidak lena tidur malam aku
gara-gara senyuman kau.

Senyuman kau itu,
bisa cerahkan hari-hari aku yang muram.
bisa hilangkan kekusutan masalahku seketika.
bisa berikan aku ilham untuk membuat puisi.

Magis apa kau guna
sehingga aku tergoda
sehingga aku meracau
sehingga aku hilang arah
hanya dengan senyuman kau.

Izinkan aku bingkaikan senyuman kau
agar bisa ku tatap sepuasnya
sebelum tidur indahku.

Senyumlah selalu wahai laki fantasiku.



November 4, 2013

Jauh


Kali ini,

aku biarkan handphone tidak bernyawa.
aku biarkan chat fb offline berpanjangan
aku biarkan semua tentangku tidak dinampak oleh kau.

Senyap.
Sepi.
Bisu.

Kali ini,

aku jauhkan diri dari kau.
aku diamkan diri dari kau.
aku sepikan diri dari kau.

Aku cuba berdiri tanpa kau di sisi.
Aku cuba bersendiri tanpa kau menemani.

Aku bukan kejam.
Aku bukan jahat.

Sekadar
aku mahu lihat
kesungguhan kau merindukan aku.
aku mahu lihat
sejauh mana kau buntukan aku.
aku mahu lihat
sejauh mana kau mengingati perempuan tak menarik ini.

Tapi lama-kelamaan
aku yang rindukan kau.

Sengal.

October 22, 2013

Perempuan Tak Menarik



Perempuan tak menarik ini,

akan beri sokongan padu di saat kau jatuh tersungkur.
akan beri kau kata-kata semangat di saat kau dihimpap kecelakaan.
yang akan lap peluh kau saat kau penat mengharungi duri hidup.

Perempuan tak menarik ini,

yang sentiasa setia pada cinta.
Meskipun perangai jahanam kau muncul secara tiba-tiba
sekaligus menyambar hatiku lalu terluka pedih.

Perempuan tak menarik ini,

terlalu takut dengan bayangan sendiri.
Melihat perempuan lain berdiri segak menarik.
Dan lihat pada diri? Tak menarik langsung.
Kadangkala, tidak layak jika dilambungkan dengan kata pujian
yang tidak sesuai untuk didapatkan.

Perempuan tak menarik ini,

mungkin tidak secantik untuk kau letak di wallpaper hanphonemu
atau di bingkai kamarmu sebagai peneman sebelum tidur,
namun aku pasti aku bisa bagi terbaik dalam
setiap perhubungan yang ada.

Perempuan tak menarik ini,

masih mencari sang pujangga setia
menemani setiap cela hina pada diri ini.
Yang tak jemu menadah telinga demi mendengar keluhan si mulut bontot ayam.
Yang sentiasa sabar dengan perangai buas mengalahkan jantan.
Yang tak pernah menyesal selama mengenali perempuan tak menarik ini.
Yang sentiasa menjaga hati dan menjaga maruah si perempuan ini.

Perempuan tak menarik ini,

kelakuannya agak kasar namun hatinya lembut.
mukanya kerek namun masih tersimpan keayuannya.
perwatakannya garang seperti harimau namun manjanya bertempat.

Aku--
perempuan tak menarik itu.




October 21, 2013

Hadiah bermakna


20/10,
Genap umurku 20tahun.
Umur bukan penghalang bagi aku untuk kelihatan muda dan bergetah.
Umur bukan penghalang bagi aku untuk kelihatan gila-gila.

"Tingkatan berapa sekarang?"
"Sekolah mana? Berapa SPM dapat?"
"Badan kecil ingatkan budak sekolah lagi"

Hadiah untuk umur duapuluhan ini aku anggap ia bermakna,
meskipun bukan kereta lamborghini merah yang aku dapat
mahupun iphone 5 70buah,

namun aku rasa ia sangat bermakna.

Hadiah kali ini,
aku dapat abang ipar baru sempena kakak aku baru kahwin tempoh hari.
Sekaligus merangkap abang aku. Oleh kerana, aku memang tiada abang. Jadi perasaan gembira sangat berlipat lipat serupa lemak selepas makan lembu korban.
Tapi bila dah dapat abang dalam keluarga aku, aku rasa macam tambah satu lagi hero dalam hidup aku. Senang nak minta duit poket lepasni. Haha.

Hadiah kali ini,
aku diraikan dengan kasih sayang mak ayah.
Dulunya aku tak dapat nak sambut duduk rumah lepak berhuahua,
kali ini dapat peluk cium salam mereka.

Hadiah kali ini,
aku jumpa dengan teman yang aku sayang.
Makan sana sini hingga terlentang bila kenyang, dilayan serupa puteri.
Disambut satu hari tersebut sehingga masa mencemburui kita.

Terima kasih kepada mereka yang wish.
Aku amat hargai sangat
Meskipun aku bukanlah retis yang perlu diingat tarikh lahirnya.
Meskipun aku bukanlah diva mahupun artis pujaan kalian.

Terima kasih Tuhan
pinjamkan aku manusia yang hebat dalam hidup aku.