“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

August 29, 2011

♥ MERDEKA RAYA ♥




hye hye i'm mrs elmo haha . Salam 1 Malaysia :)
tanggal tigapuluhsatubulanlapanlimapuluhtujuh MERDEKA MERDEKA MERDEKA tetaplah merdeka :D Selamat Hari Kemerdekaan ke -54 MALAYSIA . tanah tumpahnya darahku . perjuangan atuk nenek moyang kita amat bersemadi di hati kita . sanggup berjuang ke titisan darah terakhir demi negara tercinta . sebagai rakyat malaysia , kita perlu wajib mesti menyimpan semangat patriotik di setiap hati masing masing . saya sayang malaysia !
wahhhhhhh wahhhhhhhhh .
sudah lama tuan hamba tak update blog cikai ini . ada orang rindu tak nak baca blog saya ? . HAH TAKDE ! okfine fine fine ~.~ nak touching lah macam nih . okgedikgilasaya :DD hampir sepurnama kurun lamanyaa blog tuan hamba tertunggak . yelah yelah , orang lain update blog sehari sampai 2 , 3 kali . mereka semua memang dilahirkan rajin :) tak macam saya . lagi lagi rajin daripada mereka hoho . memang terbaik lah wok . janganlah kalian harapkan anakpapajoe nak update blog setiap hari . memang dasar pemalas lah kan nak menjahanamkan tangan untuk tulis entry blog . dah kena paksa baru terhegeh-hegeh nak update . MAAFKAN saya si penunggu gua . =.=' aiyoyo minachik . dah bersawang , dah berhabuk , dah berdaki blog tuan hamba . fuhhh fuhh . tiup sat sesawang dalam blog nih . dan dan tuan hamba sudah perkemas kini blog tuan hamba suka .suki . duka . duki yang makin lama makin uzur makin lama makin bosan =.=' 
#ok . saya mula nak buat cerita sedih ! sila abaikan . :)
 tudiahhh tudiahh saya dah pasang lagu raya dekat blog suka tak suka tak ? .
raya ohh yeah by YUNA !

Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna ku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya
Ku jatuh cinta di hari raya


suara yuna memang sedap sebijik macam suara saya haha :P okperasangilerrr .
Perhatian Perhatian orang-orang kampung .
ATTENTION PLEASE !
saya ingin buat pengumuman penting . saya sebagai seorang pelajar UiTM berasa teruja dan bangga kerana saya telah mendarat ke Johor Bahru pada hari khamis yang lalu :) terima kasih tak terhingga kepada pihak UiTM kerna memberi cuti yang sangatsangatsangat panjang kepada kami meskipun HANYA SEMINGGU haha aku sahaja bold word tuh :P . pejam celik pejam celik , bulan ramdhan kini kian berlabuhkan tirainya . lagi satu hari sahaja kita nak raya ! yeayyyy . nak makan lemang nak makan ketupat nak makan kuih nak makan lontong nak makan makan dan makan sampai pengsan haha . OK jangan hairan kalau ramai yang makin gemuk lepas raya haha :DD termasuk anakpapajoe . takut makin seksi lepas nih gara-gara lemak berketul-ketul tang sana tang situ haiyoyo . seksi seksa seksi seksa GRR . ehem ehem , excited nak tunggu encik syawal kembali . selamat tinggal bulan ramadhan al-mubarak :( . jika ada umur panjang , kita jumpa tahun depan insyaALLah . pengalaman bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan adalah sesuatu yang indah plus plus menyeksa batinku erkkk :/ . kerana kerana kerana MAGGI adalah menu makanan wajib kami . danotakpunmakinlembab :( tapi tapi tapi itulah makanan paling senang ringkas dan disukai ramai . #ahaha dah macam promoter maggi GRR .  
Akhirnya , dugaan onak dan duri di bulan ramadhan dapat saya tempuhi dengan tabah dan sabar . cayalah anakpapajoe ! :) dan saya tak sabar nak balik kampung di Perak dan Melaka . pasti suasana akan lebih meriah kalau ada saya haha :P okperasanlagi . perjalanan jauh tak kurasa , rasa hati ku melonjak sama . lalala~tak sabar nak pakai baju raya yang malatoppp tara ku cap cap .  tak sabar nak main mercun main letup letup sampai kena rumah tok imam haha itu kisah lama lupakan lupakan . :) moral value , takmahu main mercun meriam ke mariam ke dan yang berbahayakan nyawa . nanti tiada siapa nak sayang saya kalau awak tkde . okgediksss ! :P abaikan abaikan . jadi awak main jelah bunga api atau pop pop itu k haha :P pada yang memandu , sila bawa dengan cermat . biar lambat asalkan selamat OKAYY ! :) kalau duit raya terlebih-lebih tuh , pandai-pandailah post dekat rumah saya taww haha oktaktahumalupunyabudak GRR . Oleh itu , saya ayuanakpapajoe selaku pemilik blog cikai ini ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Maafkan maafkan maafkan saya :D seandainya saya ada salah dan silap terhadap kalian terutama rakan-rakan di SMKSungai Besi , sahabat di SMKSri Rahmat , kawan-kawan di Uitm Shah Alam dan dan pada yang mengenali saya samada di Facebook , Myspace , di kawasan rumah lama dan rumah baru dan dan dan sesiapa sahaja yang mengenali budak agak kepoh nih . maafkan saya jika saya ada terlanjur kata , terkasar bahasa , tertanya tak tentu hala , tersasul yang tak sengaja , terpukul dekat mana-mana , terpekik dekat telinga , terhantuk di kepala , terpinjam harta benda , termoody tak semena-mena , tergurau melebihi batas , TERmacam-macam lagi yang kena mengena  .  MAAF MAAF MAAF ~ HAHA . semoga dimaafkan kesalahan saya :) sedangkan Nabi Muhamad ampunkan umat apetah lagi kita hanya manusia biasa (: semua ayat saya bermula dengan TER . nampak sangat aku ini banyak dosa secara sengaja haha . AMPUNKAN DOSAKU , YA ALLAH :'( semua manusia pernah melakukan kesilapan , termasuk juga saya insan kerdil hina yang banyak kekurangan :( ok ayat simpati leteeww haha . lepas nihlepas nih , kita berbaik balik okayy :) takmahu gaduh-gaduh bermasam muka bersmackdown sana sini mengumpat mengutuk dari belakang tarik tarik rambut berebut rebut makanan . kita sayang awak semua :p marilah kita hilangkan sengketa di antara kita :D kita bina ukhuwah yang utuh agar keharmonian silaturahim terjalin di antara kita .


terimalah kad raya saya yang comel lagi cikai :) cantik tak cantik tak ? . ofcourselah cantik . haha . #puji diri sendiri nampak .grr .  ikhlas dari lubuk hati saya untuk awak semua (;


salam lebaran daripada Norhidayu Juhari :)