“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

November 28, 2013

Rimas.


Perempuan && Pengotor;

Hal yang acapkali berlaku pada aku,
aku pendam.
aku bebel sorang.
aku geram berbuak-buak.
akhirnya, aku sendiri yang terseksa.

Memang dicipta Tuhan
aku jenis yang tak boleh tengok kotor sikit.
aku jenis tak boleh kena habuk sikit.
tapi apakan daya itulah aku.

Pernah aku dengar istilah karut,
perempuan bermuka cantik selalu dicop pembersih,
sedangkan perempuan muka pecah rumah dicop agak kurang pembersih.

Itu semua istilah tahi yang memback up orang cantik,
sedangkan yang tidak cantik sepertiku tidak dikenali dengan seeloknya.

Hina semuanya.

Wajah manusia tak mencerminkan siapa diri dia sebenar,
Berkulit putih terus dicop pembersih
Berkulit hitam terus dicop pengotor.
Ahh ini semua permainan mata manusia
yang telah dikaburi dengan kecantikan luaran sahaja..

Lelaki sering tewas dengan kecantikan perempuan
sehingga terlupa dan terbabas
mahu selidik tentang peribadi dan dalamannya BUKAN pakaian dalaman.

Kita tak akan benar-benar kenal perangai seseorang itu,
melainkan kita tinggal sebumbung dengan si polan tu.
Dari situ,
kita akan kenal kecelakaan perangai nakhorom dia.
kita akan kenal perangai yang menyakitkan hati.
kita akan kenal orang yang pura-pura berlakon di luar
dan di dalam rumah perangai syaitan ditonjolkan.

Apa guna muka cantik tapi pengotor mengalahkan beruk?????
Apa guna muka cantik bergaya di luar tapi di rumah sarat dengan kotoran????

RIMAS.

November 21, 2013

Penat


Masa sudah tiba
aku tolak tepi hal perasaan aku.
Aku ikat mati perasaan ini.
Ini kali lah. TAKBIR.

Sebenarnya,

aku penat.
aku hentikan langkahku.

Penat menghadap
zarah-zarah luka yang bersisik tanpa bunyi.

Penat melayan perasaan yang penuh awan pelangi
tapi realitinya serupa hujan berduet dengan ribut.

Cuba sesekali
kau datang tanya pada aku,
kau suka aku tak?
kau rindu aku tak?
kau sayang aku tak?

Mesti aku kata 'tak'.

sebab saat yang ku dambakan ayat itu
telah buat aku tak larat menunggu.

Barangkali aku penat gila nak mati.

Kau bikin hatiku sia-sia.
--itu andaianku.

November 10, 2013

Halimunan


"Kenapa engkau harus hadir dalam hidup aku?"
-Persoalan yang tidak punyai jawapan.

Kalau tuhan berikan aku kuasa sakti,
aku mahu sahaja halimunankan kau.

Lenyap.
Senyap.
Bisu.
Sepi.

Agar kau
hilang terus dari pandangan mataku.
Agar kau
hapus terus dari setiap hari-hariku.
Agar kau
tidak lagi menganggu setiap malam-malamku.

Kalau aku benar-benar diberi Tuhan kuasa itu,
hari ini juga
aku mahu halimunankan kau
sebagaimana kau telah menghalimunankan aku.
Ibarat aku
tidak bernyawa di hadapan kau.
Ibarat aku
hanya boneka perhiasan di hadapan kau.


Lihat kau,

Dengar suara kau,

Semua hal-hal berkaitan kau,

aku mulai benci.
aku mulai naik jijik.
aku mulai meluat hingga infiniti.

Apakah kau tidak rasa
yang kau sedang seksa perasaanku?

Atau kau sedang bersorak gembira
atas penyeksaan hati ini?



November 6, 2013

Kawan itu.......


Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "adik beradik"?

Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "keluarga"?

Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "soulmate"?

Sedikit banyak kau dapat cuit dari pengalaman kau,

kawan yang lama kenal
tak semestinya berbuahkan percaya yang kukuh,

kawan yang baru kenal
tak semestinya melahirkan perasaan ragu-ragu itu perlu.

Manusia--

sekejap berubah.
sekejap baik persis malaikat.
sekejap serupa jahanam.

Aku bukannya kawan yang baik,
yang bisa janjikan persahabatan kita seenak yang lain,
yang bisa berikan kau kepercayaan yang terunggul,
tapi sekurangnya aku tidak seperti kau.

Sekadar kau perlu tahu

aku paling pantang !

jika kau menikam belakang aku.
jika kau khianati aku,
jika kau mengata belakang aku,

ketemu aku,

hadapi aku,

terus terang padaku,

kita bincang satu persatu
apa kurang bagiku
apa kurang bagimu,

kita habis di situ.

dan kembali
bersahabat seperti dulu.

Aku sentiasa terbuka untuk itu.

---Itu pun kalau kau mahu.

Manis


"Manislah !"

"Laa apa yang manisnya?"

"Senyuman kau itu, manis sangat"

"#$^%^&%&^ wei sengal, ingatkan apa benda !"


Senyuman kau itu,
bikin hati aku cair.
bikin hati aku dup dap dup dap.
Bimbang juga aku
jikalau terkena penyakit kencing manis
akibat jangkitan senyuman manis kau itu.

Senyuman kau itu,
cukup-cukuplah buat aku insomnia.
tidak lena tidur malam aku
gara-gara senyuman kau.

Senyuman kau itu,
bisa cerahkan hari-hari aku yang muram.
bisa hilangkan kekusutan masalahku seketika.
bisa berikan aku ilham untuk membuat puisi.

Magis apa kau guna
sehingga aku tergoda
sehingga aku meracau
sehingga aku hilang arah
hanya dengan senyuman kau.

Izinkan aku bingkaikan senyuman kau
agar bisa ku tatap sepuasnya
sebelum tidur indahku.

Senyumlah selalu wahai laki fantasiku.



November 4, 2013

Jauh


Kali ini,

aku biarkan handphone tidak bernyawa.
aku biarkan chat fb offline berpanjangan
aku biarkan semua tentangku tidak dinampak oleh kau.

Senyap.
Sepi.
Bisu.

Kali ini,

aku jauhkan diri dari kau.
aku diamkan diri dari kau.
aku sepikan diri dari kau.

Aku cuba berdiri tanpa kau di sisi.
Aku cuba bersendiri tanpa kau menemani.

Aku bukan kejam.
Aku bukan jahat.

Sekadar
aku mahu lihat
kesungguhan kau merindukan aku.
aku mahu lihat
sejauh mana kau buntukan aku.
aku mahu lihat
sejauh mana kau mengingati perempuan tak menarik ini.

Tapi lama-kelamaan
aku yang rindukan kau.

Sengal.