“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

February 24, 2014

Aku faham kau.




Rata-ratanya semua bisa berbicara

"Ya, aku faham kau"

Kata-kata seumpama itu
ibarat memenggalkan perasaanku
ibarat memijak hati kecil ku

Kata-kata seumpama itu
tak layak dihembuskan
tak layak diluahkan
bila mana kau sendiri tak merasai
perit menjadi aku
susah menjadi aku
sakit menjadi aku

Cuba kau sarung kasut hidupku
Cuba kau sarung pakaian hidupku,
kau lalui semuanya berkaitan aku,
saat dan ketika itu,
kau benar-benar layak mengatakan "Aku faham kau" kepadaku.

Jika tidak,
lebih baik kau diam dan berlalu pergi.


February 20, 2014

Keakuanku


Aku
memakukan diri
di hadapan cermin
berjam-jam
menatap tepat bebola mata
membelek wajah diri
namun keluhan yang didengari

Aku
selalu berharap
bila ku bangkit dari tidur
bila ku merenung matahari pagi
wajahku bertukar jelita
seperti gadis-gadis lain

Aku
seringkali menjahanamkan hati sendiri
seringkali derhaka pada jiwa
seringkali membandingkan diri
dengan gadis-gadis lain
sehingga aku terasa cela.

Aku
perlu mengenali syukur
perlu belajar hargai
meskipun dicela dan dihina
aku masih punyai Tuhan.




February 16, 2014

Sebenarnya rindu


Kalau kita selalu bertengkar,
bila masa kita nak tanya khabar.
Kalau kita selalu bertengkar,
bila masa kita nak rindu-rindu.
Kalau kita selalu bertengkar,
bila masa kita nak cakap hal masa depan kita.

Ego menyelebungi diri
prasangka jahat mula membisik
hal remeh temeh dipertaruhkan
hal seciput diperbesarkan
mulalah tuduh menuduh
siapa salah siapa benar.
masing-masing tak mengalah.

haihh.

Sebenarnya kita ini terlalu rindu
untuk bersua muka,
Sebenarnya kita ini terlalu rindu
untuk gelak sama-sama
Sebenarnya kita ini terlalu rindu
pada kita yang manis.

Dan sebenarnya,
kita terlalu rindu untuk bersayang-sayang seperti dulu.

February 15, 2014

Biasalah perempuan


Biasalah perempuan,
hal yang seciput pun nak dibesar-besarkan.
hal yang sebesar zarah pun nak diungkitkan.
apatah lagi hal yang remeh temeh pun nak difikirkan.
Nyah kau tidur terus tak lena, mandi terus tak basah.

Biasalah perempuan,
kalau sensitifnya kadang sampai meluat sampai pening kepala.
baru cakap sikit dah bertakung airmata.
baru cakap sikit sentap sampai 2354284 hari.
bukan minta simpati tapi itu semula jadi.

Biasalah perempuan,
suka pada kecantikan.
bukan nak show off pakaian yang ada atau jenis kosmetik yang dipakai.
sekadar mahu kelihatan confident di hadapan khalayak ramai.

Biasalah perempuan,
memang suka bercakap.
benda yang tahun lepas punya hal pun nak diceritakan.
bukan sebab dia bebal cakap perkara yang sama.
sebab itu jenis dia. nak buat lagu mana lagi dah.

Biasalah perempuan,
lagaknya serupa gangster.
muka kerek ditampalkan acah-acah samseng jalanan.
katanya bernada kasar.
cuba dijentik hatinya lalu berguguran airmata.

Biasalah perempuan,
lelaki kenalah faham ya.

February 14, 2014

Engkau


Sepasang matamu
Segumpal hatimu
Senyuman manismu
membuat aku tenggelam lemas ke dasar paling dalam
merembat segala kesunyian diri
menyentuh hati yang sepi

Engkau;
Jangan tinggal ku lama-lama
Jangan pergi tanpa berita
hati ku terlalu suka
pada semua hal-hal kaitan kau.

Engkau;
teruslah kekal denganku
sampai tua
sampai mati.

Janji?