“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

December 1, 2013

Pejam Celik Pejam Celik


pejam
celik
pejam
celik (ulang sehingga lebam)

hampir berlalu usia setahun 2013.
2014 menanti penuh eksaited.

Minggu akhir menjelang final exam,

kau tak perlu impikan yang indah-indah
kau tak perlu nak berangan di siang hari lagi
kerna malapetaka besar akan menghimpap
ya assignment dan final project sedang menanti untuk dilunaskan.

maka had kegembiraanku terbantut.
segala hajat untuk berjalan-jalan cari jodoh turut dihapuskan
serius dalam melakukan kerja perlu diselitkan
agar tercapai matlamat untuk perhabiskan segala mak nenek assignment.

Kali ini paper examku bertindak dengan jinak,
meskipun ada dua paper satu hari telah mematikan separuh kegembiraanku
tidak mengapalah asalkan aku habis awal exam dan balik rumah dengan riang.

Johor Bharu, kau tunggu aku.
Aku tak sabar nak cium bumi negeri johor itu.
Aku tak sabar nak perhabiskan duit mak ayah. (derhaka punya anak)
Sumpah rindu gila yang tak dapat dibendung lagi.

Tidak sabar mahu perhabiskan sem 3 jazah yang maha stress ini.
TAK SABARRRRRRRRRRRRRRR !

November 28, 2013

Rimas.


Perempuan && Pengotor;

Hal yang acapkali berlaku pada aku,
aku pendam.
aku bebel sorang.
aku geram berbuak-buak.
akhirnya, aku sendiri yang terseksa.

Memang dicipta Tuhan
aku jenis yang tak boleh tengok kotor sikit.
aku jenis tak boleh kena habuk sikit.
tapi apakan daya itulah aku.

Pernah aku dengar istilah karut,
perempuan bermuka cantik selalu dicop pembersih,
sedangkan perempuan muka pecah rumah dicop agak kurang pembersih.

Itu semua istilah tahi yang memback up orang cantik,
sedangkan yang tidak cantik sepertiku tidak dikenali dengan seeloknya.

Hina semuanya.

Wajah manusia tak mencerminkan siapa diri dia sebenar,
Berkulit putih terus dicop pembersih
Berkulit hitam terus dicop pengotor.
Ahh ini semua permainan mata manusia
yang telah dikaburi dengan kecantikan luaran sahaja..

Lelaki sering tewas dengan kecantikan perempuan
sehingga terlupa dan terbabas
mahu selidik tentang peribadi dan dalamannya BUKAN pakaian dalaman.

Kita tak akan benar-benar kenal perangai seseorang itu,
melainkan kita tinggal sebumbung dengan si polan tu.
Dari situ,
kita akan kenal kecelakaan perangai nakhorom dia.
kita akan kenal perangai yang menyakitkan hati.
kita akan kenal orang yang pura-pura berlakon di luar
dan di dalam rumah perangai syaitan ditonjolkan.

Apa guna muka cantik tapi pengotor mengalahkan beruk?????
Apa guna muka cantik bergaya di luar tapi di rumah sarat dengan kotoran????

RIMAS.

November 21, 2013

Penat


Masa sudah tiba
aku tolak tepi hal perasaan aku.
Aku ikat mati perasaan ini.
Ini kali lah. TAKBIR.

Sebenarnya,

aku penat.
aku hentikan langkahku.

Penat menghadap
zarah-zarah luka yang bersisik tanpa bunyi.

Penat melayan perasaan yang penuh awan pelangi
tapi realitinya serupa hujan berduet dengan ribut.

Cuba sesekali
kau datang tanya pada aku,
kau suka aku tak?
kau rindu aku tak?
kau sayang aku tak?

Mesti aku kata 'tak'.

sebab saat yang ku dambakan ayat itu
telah buat aku tak larat menunggu.

Barangkali aku penat gila nak mati.

Kau bikin hatiku sia-sia.
--itu andaianku.

November 10, 2013

Halimunan


"Kenapa engkau harus hadir dalam hidup aku?"
-Persoalan yang tidak punyai jawapan.

Kalau tuhan berikan aku kuasa sakti,
aku mahu sahaja halimunankan kau.

Lenyap.
Senyap.
Bisu.
Sepi.

Agar kau
hilang terus dari pandangan mataku.
Agar kau
hapus terus dari setiap hari-hariku.
Agar kau
tidak lagi menganggu setiap malam-malamku.

Kalau aku benar-benar diberi Tuhan kuasa itu,
hari ini juga
aku mahu halimunankan kau
sebagaimana kau telah menghalimunankan aku.
Ibarat aku
tidak bernyawa di hadapan kau.
Ibarat aku
hanya boneka perhiasan di hadapan kau.


Lihat kau,

Dengar suara kau,

Semua hal-hal berkaitan kau,

aku mulai benci.
aku mulai naik jijik.
aku mulai meluat hingga infiniti.

Apakah kau tidak rasa
yang kau sedang seksa perasaanku?

Atau kau sedang bersorak gembira
atas penyeksaan hati ini?



November 6, 2013

Kawan itu.......


Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "adik beradik"?

Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "keluarga"?

Bagaimana aku mahu cari
kawan yang aku panggil "soulmate"?

Sedikit banyak kau dapat cuit dari pengalaman kau,

kawan yang lama kenal
tak semestinya berbuahkan percaya yang kukuh,

kawan yang baru kenal
tak semestinya melahirkan perasaan ragu-ragu itu perlu.

Manusia--

sekejap berubah.
sekejap baik persis malaikat.
sekejap serupa jahanam.

Aku bukannya kawan yang baik,
yang bisa janjikan persahabatan kita seenak yang lain,
yang bisa berikan kau kepercayaan yang terunggul,
tapi sekurangnya aku tidak seperti kau.

Sekadar kau perlu tahu

aku paling pantang !

jika kau menikam belakang aku.
jika kau khianati aku,
jika kau mengata belakang aku,

ketemu aku,

hadapi aku,

terus terang padaku,

kita bincang satu persatu
apa kurang bagiku
apa kurang bagimu,

kita habis di situ.

dan kembali
bersahabat seperti dulu.

Aku sentiasa terbuka untuk itu.

---Itu pun kalau kau mahu.

Manis


"Manislah !"

"Laa apa yang manisnya?"

"Senyuman kau itu, manis sangat"

"#$^%^&%&^ wei sengal, ingatkan apa benda !"


Senyuman kau itu,
bikin hati aku cair.
bikin hati aku dup dap dup dap.
Bimbang juga aku
jikalau terkena penyakit kencing manis
akibat jangkitan senyuman manis kau itu.

Senyuman kau itu,
cukup-cukuplah buat aku insomnia.
tidak lena tidur malam aku
gara-gara senyuman kau.

Senyuman kau itu,
bisa cerahkan hari-hari aku yang muram.
bisa hilangkan kekusutan masalahku seketika.
bisa berikan aku ilham untuk membuat puisi.

Magis apa kau guna
sehingga aku tergoda
sehingga aku meracau
sehingga aku hilang arah
hanya dengan senyuman kau.

Izinkan aku bingkaikan senyuman kau
agar bisa ku tatap sepuasnya
sebelum tidur indahku.

Senyumlah selalu wahai laki fantasiku.



November 4, 2013

Jauh


Kali ini,

aku biarkan handphone tidak bernyawa.
aku biarkan chat fb offline berpanjangan
aku biarkan semua tentangku tidak dinampak oleh kau.

Senyap.
Sepi.
Bisu.

Kali ini,

aku jauhkan diri dari kau.
aku diamkan diri dari kau.
aku sepikan diri dari kau.

Aku cuba berdiri tanpa kau di sisi.
Aku cuba bersendiri tanpa kau menemani.

Aku bukan kejam.
Aku bukan jahat.

Sekadar
aku mahu lihat
kesungguhan kau merindukan aku.
aku mahu lihat
sejauh mana kau buntukan aku.
aku mahu lihat
sejauh mana kau mengingati perempuan tak menarik ini.

Tapi lama-kelamaan
aku yang rindukan kau.

Sengal.

October 22, 2013

Perempuan Tak Menarik



Perempuan tak menarik ini,

akan beri sokongan padu di saat kau jatuh tersungkur.
akan beri kau kata-kata semangat di saat kau dihimpap kecelakaan.
yang akan lap peluh kau saat kau penat mengharungi duri hidup.

Perempuan tak menarik ini,

yang sentiasa setia pada cinta.
Meskipun perangai jahanam kau muncul secara tiba-tiba
sekaligus menyambar hatiku lalu terluka pedih.

Perempuan tak menarik ini,

terlalu takut dengan bayangan sendiri.
Melihat perempuan lain berdiri segak menarik.
Dan lihat pada diri? Tak menarik langsung.
Kadangkala, tidak layak jika dilambungkan dengan kata pujian
yang tidak sesuai untuk didapatkan.

Perempuan tak menarik ini,

mungkin tidak secantik untuk kau letak di wallpaper hanphonemu
atau di bingkai kamarmu sebagai peneman sebelum tidur,
namun aku pasti aku bisa bagi terbaik dalam
setiap perhubungan yang ada.

Perempuan tak menarik ini,

masih mencari sang pujangga setia
menemani setiap cela hina pada diri ini.
Yang tak jemu menadah telinga demi mendengar keluhan si mulut bontot ayam.
Yang sentiasa sabar dengan perangai buas mengalahkan jantan.
Yang tak pernah menyesal selama mengenali perempuan tak menarik ini.
Yang sentiasa menjaga hati dan menjaga maruah si perempuan ini.

Perempuan tak menarik ini,

kelakuannya agak kasar namun hatinya lembut.
mukanya kerek namun masih tersimpan keayuannya.
perwatakannya garang seperti harimau namun manjanya bertempat.

Aku--
perempuan tak menarik itu.




October 21, 2013

Hadiah bermakna


20/10,
Genap umurku 20tahun.
Umur bukan penghalang bagi aku untuk kelihatan muda dan bergetah.
Umur bukan penghalang bagi aku untuk kelihatan gila-gila.

"Tingkatan berapa sekarang?"
"Sekolah mana? Berapa SPM dapat?"
"Badan kecil ingatkan budak sekolah lagi"

Hadiah untuk umur duapuluhan ini aku anggap ia bermakna,
meskipun bukan kereta lamborghini merah yang aku dapat
mahupun iphone 5 70buah,

namun aku rasa ia sangat bermakna.

Hadiah kali ini,
aku dapat abang ipar baru sempena kakak aku baru kahwin tempoh hari.
Sekaligus merangkap abang aku. Oleh kerana, aku memang tiada abang. Jadi perasaan gembira sangat berlipat lipat serupa lemak selepas makan lembu korban.
Tapi bila dah dapat abang dalam keluarga aku, aku rasa macam tambah satu lagi hero dalam hidup aku. Senang nak minta duit poket lepasni. Haha.

Hadiah kali ini,
aku diraikan dengan kasih sayang mak ayah.
Dulunya aku tak dapat nak sambut duduk rumah lepak berhuahua,
kali ini dapat peluk cium salam mereka.

Hadiah kali ini,
aku jumpa dengan teman yang aku sayang.
Makan sana sini hingga terlentang bila kenyang, dilayan serupa puteri.
Disambut satu hari tersebut sehingga masa mencemburui kita.

Terima kasih kepada mereka yang wish.
Aku amat hargai sangat
Meskipun aku bukanlah retis yang perlu diingat tarikh lahirnya.
Meskipun aku bukanlah diva mahupun artis pujaan kalian.

Terima kasih Tuhan
pinjamkan aku manusia yang hebat dalam hidup aku.

October 16, 2013

Memerhati.

*sign in twitter*

Aktiviti di kala kebosanan.

Aku..
merenung tajam ke skrin laptop.
*terbeliakkan biji mata*

Melihat scroll timeline bergerak sendiri
Melihat telatah manusia bercekerama.
Melihat watak hamba Allah.

Aku memerhati jauh.

Ragam manusia durjana.
Berkata tajam seperti dia berkuasa.
Menindas dan mencantas perasaan orang lain.
Dalam erti kata lain "BASH".

Aku memerhati lebih terperinci.

Ada yang tweet mengenai kesedihan.
Pasal cinta. Pasal sahabat. Pasal naluri. Pasal hati.
Barangkali, manik-manik jernih berguguran dari bola matanya.
Sejuta simpati aku kalungkan.

Aku memerhati lagi dan lagi.

Manusia dinihari,
berpusu-pusu mahu dirinya terkenal di duniawi.
berpenat lelah untuk menaikkan diri masing-masing.
Siapa famous, diangkat dan dijulang.
Siapa tak famous, ditendang ke tepi dan terlentang.
Siapa famous, ramai followers bertandang.
Siapa tak famous, followers satu dua tiga ketul.

dan,

Aku lebih selesa memerhati
Aku juga selesa menjadi sederhana
sambil dipeluk sang bahagia.

Buat apa popular jika
hidup kau sengsara??

















October 15, 2013

Bahagia itu.



Bahagia itu,
aku cuba luahkan melalui beribu aksara
pelbagai aksara dicoret atas kertas
agar hati bisa lega menahan bunga-bunga bahagia,
aku juga lebarkan aksara melalui puisi indah.
dan,
aku luahkan sambil menyanyi lagu berkaitan hati.

Fail.

Masih belum terluah.

Bahagia itu,
aku cerita pada rakan kentut wangi aku.
aku cerita pada mak sporting aku.
aku cerita dari A-Z.

Namun,

Masih tak terluah.
masih ada yang bersisa dalam hati ini.

Bahagia itu,
bila kau dapat terima kekurangan cela hinanya
dan dia juga menerima kecelakaan perangai kau
tanpa mengungkit
tanpa mengata belakang
tanpa mengeluh panjang.

Bahagia itu,
cuma satu jalan penyelesaiannya
cuma satu jalan agar bisa dilepaskan luahan itu,
adalah kamu.

Ya, kamu bahagiaku.

October 2, 2013

Sibuk



Masa berlalu

cepat

laju

deras

mulut seiring bergerak laju.
barangkali penangan bontot ayam di pasar malam.
Sedap tidak terkata.

Aku lihat diri,

jika aku terlalu sibuk,
aku akan lupakan kalian.
kau lalu sebelah pun aku tak akan perasan.
kau pakai baju warna striking pun aku tak hairan.
kau ada tahi lalat baru pun aku tak peduli.
kau mesej pun aku lupa nak balas.
kau bertukar wajah pun aku tak nampak.

Entah.

Aku rasa hidup aku padat.
Padat dengan hal dunia.
Padat dengan masalah tahi.
Padat dengan karenah manusia lahanat.

Sedangkan untuk merindui kamu pun
aku tidak punyai masa.





September 3, 2013

Last Seen On


Whatsapp-Wechat- KakaoTalk- Line-
Tapi tetap menjadi pujaan hati masih 'WHATSAPP'.

Siapa yang ada smartphone, gerenti install Whatsapp.
Bahana pakai whatsapp punyai impak yang cukup kuat.
Hanya hati yang cekal mampu bertahan. Cewah.

"LAST SEEN ON............."   <--- malapetaka besar.

Aku paling pantang tengok "LAST SEEN ON......."
Dari ada mood terus bertukar menjadi singa betina yang kelaparan.
Dek kerana, orang yang kita whatsapp,

tak balas tapi baca;

dan....masih "ONLINE".

Automatik,
berdetik dalam minda
fikir pasal yang bukan-bukan dan bersangka syaitan;

"Dia whatsapp orang lain ke?"
"Dia tak sayang aku ke?"
"Dia dah lupakan aku ke?"
"Dia benci aku ke?"
"Ke dia menggatal dengan orang lain?"

Masa itu,
emosi bercelaru pada kondisi berbahaya
malahan telah dipenggal-penggal dengan pelbagaian;

Sakit hati,
Geram,
Marah,
Dikumpul menjadi satu adunan,
gara-gara WHATSAPP.

--Jahanam perasaan kalau hari-hari macam gini.





Setia



Kalau nak angkat isu setia, 
aku lah raja setia.

Kalau kahwin pun, kau masih kena setia dengan suami.
Bukan boleh kahwin 4 pun. Hak alah.

Perempuan atau lelaki,
ada yang setia, ada yang tidak.
Jangan nak main campak tuduhan membabi buta.

Kau cuba tumbangkan aku dengan kata-kata manis gula kau,
sikit aku tak kecundang kerna aku setia.
Tapi mulut orang sekeliling buat aku rasa cuak,
"kalau jauh tak bermakna curang, kalau dekat tak bermakna setia"

Oii macha. Seram gila dengar.

Aku jenis yang tak kisah, siapa perempuan kau dulu,
siapa sebelum kau mengenali aku, siapa yang membahagiakan kau dulu,
aku tak ambil port. aku tak kisah.
Cuma aku akan lebih kisah andai ada "seseorang" ketika kau bersama aku.

Kalau, manusia terdahulu atau manusia lain masuk dalam hidup bahagia aku,
aku tak berdiam. aku tak beri peluang.
kau pasti aku sembur dengan kata-kata lahanat.
kau automatik masuk dalam blacklist hidup aku. PASTI.

Boleh tak jangan kacau bahagia aku?
Kau mati pun aku tak kisah.

August 23, 2013

Lelaki Masa Depan.


Buat tatapan lelaki masa depan,
aku coretkan untuk kau,
baca-fahami-dalami-lakukan.


Hai lelaki masa depan,

Kini,
kau dan aku berkongsi satu rasa,
apa ku pinta hanyalah;
setialah denganku.
kukuhkan imanmu,
kumpullah duitmu,
masuklah meminangku.

dan,
sarungkan cincin saiz 9 ke jari manisku.


Hai lelaki masa depan;

Kini,
kau dan aku dalam bahtera bahagia,
izinkan aku menjadi perempuan kegemaranmu
--selamanya.
izinkan aku menjadi perempuan kesukaan ibubapamu
--selamanya.

Hai lelaki masa depan;

Jadilah diri sendiri.
Nak kentut ke, sedawa ke, terpulanglah.
Janji-- kau jaga hatiku, kau jaga maruahku.

Hai lelaki masa depan;

sayangilah diriku.
terimalah ku seadanya.
setialah denganku.
--Sampai bila-bila.


Kerna, aku jua perempuan masa depanmu.


Bahagia, tak perlu diungkap dengan beribu aksara. sekadar cukup ada kau-----
Instagram : @norhidayuyuyu











August 16, 2013

Ego.



Aku raja ego,

Perempuan seperti aku,
yang jarang mengotakan kata manis,
antara cinta, kasih dan rindu agak payah diungkapkan,
yang pasti aku tak layak disayangi begitu keras.

Aku bukan seperti yang lain,
menepek gambar cinta di setiap ruang laman sosial.
menulis tentang cinta hati di setiap ruang yang ada.

Aku terlalu ego;

Maafkan aku,
kadangkala sikap egoku menggunung,
merobek satu persatu hati yang kau jaga itu.

Maafkan aku,
melontarkan kata-kata tahi sehingga menyakiti hati kamu,
Akulah pisau yang berani melukakan hatimu di setiap nafasmu.
Akulah pisau yang paling kejam dalam abad ini.

Maafkan aku,
tak pernah menghargai kehadiranmu. 
Mungkin satu hari engkau melangkah pergi,
baru aku kenal apa itu hargai.
baru aku kenal apa itu kehilangan.

Tapi
aku tak akan benar perkara itu berlaku.

Aku lelah tanpa kau. 
Aku ingin kau di sini, di sisiku sampai mati.


Maafkan aku, kerna egoku.






July 26, 2013

Gayat.


Asal kata gayat,
dibilang pengecut lembik bapok.
Kalau lelaki yang kata gayat, dibilang pengecut takda telur. Lol.

Sesekali aku gayat juga, berdiri di atas titian yang terpaling tinggi.
Berada di atas titi sekangkang kera. Seram shit.

Khuatir ditiup angin kencang lalu aku jatuh berkecai.
Khuatir ditolak orang yang hati busuk serupa bangkai.
Bukan satu bangkai, tapi beribu bangkai datang menjahanamkan.

Fikir,
kenapa manusia susah nak lihat aku tenang berenang bersama lautan bahagia.
Jijiknya sehingga sanggup melontarkan perasaan dengki meluap-luap ke laut aku.

Kali ini, aku tercedera.
Esok lusa dan hari seterusnya, giliran kau tiba.

Aku akan hilang gayat,
jika ada sokongan dan semangat padu dibelakang aku.
Bukan suara manis di hadapan, namun di belakang doakan aku jatuh terjerumus.

Titi ibarat hidup.
Dugaan tuhan beri tak pernah putus menyerpa.
Dielak sini, datang lagi. Dilepas sini, haa datang lagi.
Haaa dugaan ni suka sangat dekat aku.

Haihhh.

Kadang mengeluh panjang,
dugaan masih tak berhenti menerkam. Sakit juga nak hadapi seseorang.
Kali ini, dugaan datang membaham setiap hari. Sedikit tak beri kasihan.

Bisik hati "Sabar,,Tuhan suka orang yang sabar"

Moga tuhan tak jemu beri aku pelangi,
setelah beri aku hujan petir ribut berpanjangan.









July 11, 2013

Ramadhan 2013.


Bismillahirrahmanirrahim.




Ramadhan kali ini,
aku anggap ianya sebagai ramadhan terakhir.
Khuatir takut umur tidak panjang untuk bisa berbakti pada Tuhan pada tahun hadapan.
Moga ramadhan kali ini penuh bermakna buat aku dan kalian.

Ramadhan kali ini,
aku harus kawal pemakanan yang menimbulkan lemak ternakan sendiri serta pembaziran.

Entah kenapa Bazaar Ramadhan acapkali memanggil-manggil, seakan menyeru membeli makanan serupa nak buat kenduri kahwin, namun yang makan hanyalah lima manusia sahaja. Nafsu makan sebelum berbuka puasa bermaharajalela memuncak-muncak. Beli itu beli ini, selera tahap dewa. Natijahnya selepas berbuka, nah pembaziran berleluasa. Membazir saudara syaitan laknatullah.

Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Ramadhan kali ini,
Lakukan beribadah sepenuhnya. solat terawih, mengaji, solat tahajud agar dapat kaut pahala dan tidak menyesal dikemudian hari. Semoga aku bisa mati dalam keadaan tenang dan tersenyum. Sekali sekala perlu panjatkan rasa bersyukur masih hidup bernyawa pada ramadhan 2013. Jaga hati, Jaga solat, Jaga aurat dan Jaga iman.

Ramadhan kali ini,
benar-benar membawa aku dekat padaMU,
di setiap lorong hatiku akan aku penuhkan dengan namaMU.

Semoga Tuhan terima ibadahku dan ibadah kalian sepanjang sebulan ramadhan ini.
In shaa Allah.




*Akhirnya, selesai download kesemua lagu raya dan dibuat ringtone tenenene. tak sabau beno gamaknya nak raya. Hooreyyy.













July 2, 2013

Yang Ketiga.


Indah..

Permulaan berkasih dianggap semanis gula.
Kentut yang dihembus tetap berbau harum semerbak.

Dalam syok bercinta,
pasti ada yang menyelit. bawa segala mak nenek datang ke mari. 
katanya bukan mengemis cinta. sekadar berkawan rapat abadi. puihh.
Taktik yang digunakan sebagai 'kawan sahaja' dek lapuk dek zaman.
Aku bukan budak kecil yang berhingusan percaya setiap apa yang dikata..

Manusia, indah khabar dari rupa.
buat baik padanya, rupanya terselit adegan syaitan bertopeng manusia.
melaga-laga hubungan yang kukuh tersedia ada. 
sekeji binatang haram 'itu', keji lagi manusia berperangai begini.

kalau bunuh itu halal, dah lama aku bunuh manusia yang mengkhianat aku.

Jika hubungan aku masih terselit manusia ketiga,
aku bukan berat sebelah. aku bukan jenis backup manusia yang lama aku kenal.
dua-dua aku lambung sampai bersuara.
dua-dua aku hentak sampai berkata benar.
Biar adil. Biar saksama.

Bagi aku, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
perempuan tak mengedik, lelaki tak akan galak.

Secara konklusinya, 
mana-mana manusia yang cuba menjadi orang ketiga, fikir sebelum terlambat. Jangan silapharibulan kau pula terkena badi bila ada orang sailang kau punya kekasih hati. Time tu baru kau nak emosi meroyan tak tentu arah. 

Saat itu, 
aku hanya melihat kerapuhan hubungan kau sambil bertepuk tangan dan bersorak ria. 
Hukum kifarah Allah berbalik pada engkau.

Maaf, aku bukan manusia berjiwakan dendam.
Usik hidup aku, sekaligus kau terlibat dalam percaturan hidup aku.

Awas.


June 20, 2013

Cela aku.




masih tersenyum dengan cela yang bersisa dalam diri.


Jika nak dibilang kecelaan aku, banyak.
Jika nak dibilang cacat kurang aku, banyak.
Jika nak dibilang dosa yang aku kumpul, banyak.

Cela, pastinya manusia ada. 
Cuma perasan atau tidak, itu hak manusia.

Jika mahunya manusia yang sempurna-tiada dosa-tiada cela, sudah pasti kau tak akan ketemu sampai mati. Ya sampai mati. Sudah diciptakan tuhan, manusia itu tidak akan ada yang sempurna. Nobody's perfect !

Aku syukur.

Aku masih diberi manusia yang terima setiap cela hina yang aku ada.
Aku masih diberi pinjam Tuhan manusia yang sabar dengan karenah buas aku.
Aku masih punyai manusia yang kuat hargai aku tanpa jemu.

Perangai manusia tak semuanya memuaskan. Banyak cela-degil-buas.
Celaka mana perangai seseorang itu, namun pasti akan ada yang mengerti walaupun sakit nak fahami. Pada awalnya barangkali pedih nak mengerti, tapi demi sayang kau akan hadapi ranjau berduri lautan berapi tentang cela orang tersayang. 

Aku tak mengemis supaya manusia terus lekat menyayangi aku dengan setiap cela yang aku ada. Tidak. Aku ulang 'Tidak'. Aku tak memaksa tapi mereka yang merela dan terus hargai. Syukur tak terhingga.

Family tersayang, kawan tersayang, yang tersayang,
Meskipun tidak ramai tapi yang kurang itu menguatkan lagi kasih yang ada.
Moga kalian terus kekal dalam palung hati aku selamanya.

Tuhan, 
terima kasih beri manusia-manusia yang hebat-sabar-tabah untuk aku.







June 11, 2013

Sisa pahit





Slurpp. *sambil-hirup-kopi*

Kali ini,
kopi yang aku minum semakin pahit-pekat.
Kurang manis tak seperti selalu.
Selalunya akan aku teguk sehingga ke licin.

Tapi, kali ini aku tak habiskan. Membazir siot.
Aku biarkan sisa air yang berbaki dalam cawan.

Pahit.

Ada manusia, nak kita je yang dok jaga hati dia 24 jam.
Takut-takut dicuit sedikit, melalak berpanjangan.
Ada manusia, yang jaga hati kita sebab bersebab.
Sebab dia nak minta kita tolong something atau ada sorok something daripada kita.

Intipatinya, aku tak suka istilah "Aku tipu kau sebab nak jaga hati kau"
Deyy macha. Deyy minachi. Istilah itu zaman tok kaduk pun tak guna.
Apakah berat dan susah untuk berterus terang?

Menurut kamus akta aku,
menipu sebab nak jaga hati aku adalah salah di sisi undang-undang aku.
Seksyen berapa aku buat, kau harus patuh dan jangan sesekali langgar dengan belagak.

Janganlah kerana nak men'jaga hati', kepercayaan yang diberi hancur berkecai.
Aku tak sanggup lagi nak kutip balik segala sisa-sisa kepercayaan yang dah berkecai berulangkali akibat daripada perbohongan. Sekali dua, boleh dimaafkan. Kalau berulangkali, kau sendiri fahamlah.

Benar kata orang, manusia sekarang tak boleh nak dipercayai secara totalnya.
Sedangkan orang yang kenal rapat bak kata tidur sebantal setilam seselimut pun boleh berbuat tahi. Apatah lagi orang yang baru sahaja kenal.

Pahitnya menjadi sisa manusia sebegini.
Dunia dah tak selamat.












May 24, 2013

Sakit seketika.


Kondisi jiwa aku boleh diletakkan dalam tahap hampir kritikal.
Haduyaii.

Sedang mahasiswa lain bergomolan dengan cuti terlentang di atas katil.
Aku? Masih terpaku di hadapan skrin laptop.
Seteguk dua nescafe agar mata terbeliak sepanjang malam.
Namun, kecundang juga di atas medan katil sendiri.

Konklusinya, assignment terbengkalai.

Demi masa depan degree semester 2, aku lunaskan dengan penuh bertakwa.
Aku leraikan satu persatu assignment yang sedang memuncak.
Bahkan assignment-assignment tersebut bagaikan sahabat karib sehidup semati.

Tahinya.
Belum disiapkan lagi assignment itu, nyah kau terus diupload assignment seterusnya.
Ditambahkan lagi dengan kecomelan final project. *tunjal-dahi-sendiri*

Awal bulan June, bakal berlaku cetusan peperangan dengan kertas dan pena.
Perit diselitkan lagi apabila paper final exam tidak ada cuti mahupun sehari.
Kecelakaan apa yang berlaku ini?

Kok gimana seyh mahu study ya ibuk bapak sekalian. Enggak bisa gini dong.
Pokoknya, enggak tidur malam gue nanti.


Siapa cari gaduh dengan gua, gua rembat pakai bola bowling.
Apa macam? Takut tak? 
Hm.

Doakan yang baik-baik untuk aku.
Maafkan jika terkasar bahasa dan terguris hati sesiapa. (macam raya pula)



May 18, 2013

Manusia Plastik.


Manusia plastik merata-rata di dunia.
Bersepah-sepah. Kiri kanan ada sahaja manusia yang mem'plastik'kan diri.

Plastik. Plastik. Plastik.


Pertama-

Ada si polan yang di hadapan aku, lagaknya serupa malaikat. Suci tanpa debu.
Keprihatinannya menghalangi sangka buruk aku pada si polan.

Mukanya sebiji lambaian dari kaabah. Pijak semut sumpah tak mati.
Aku terpedaya dengan setiap gerak geri tulusnya.

Bila belakang aku, mula mengarangkan cerita keburukan aku.
Lagaknya serupa menempah neraka awal-awal. Eh.

Tidak cukup dengan 360 patah perkataan.
Diselitkan lagi memek muka acah-acah comel yang begitu dashyat.

Soalannya :
Agak-agaknya berapa tebal plastik yang dipakai? (5mark)
*berfikir-sejenak*


Kedua-

Aku juga seorang plastik.

Dihadapan manusia yang lain,
akulah manusia paling bahagia-gembira-tiada masalah.
Dihadapan manusia yang lain,
akulah manusia yang penuh dengan gelak-tawa. Melawak tak tentu masa.

Dalam hati aku? Diam-bisu-lagaktenang.

Aku seorang penipu.

Bila ditanya "Kau ada masalah ke, Ayu?"
Lantas, aku menjawab dengan penuh perit namun terselit garisan senyuman
"Tidak. Aku okay lah " *masih-sempat-korek-hidung*

Aku bangga menjadi plastik.
Aku bahagia menjadi penipu.
Demi membuat semua tidak khuatir tentangku.

Bagi aku, apa sahaja masalah yang membikin hati aku meraung,
biar dipendam sampai mati.
Bagi aku, apa sahaja masalah yang aku hadapi,
tidak perlu dijadikan bahan untuk diceritakan pada public.

Tidaklah aku kepingin menjadi pemes,
gara-gara cerita peribadiku.
gara-gara cerita cintaku.
gara-gara cerita realitiku.



Selagi Tuhanku ada, 
aku tak akan tercela dan aku senang cerita pada-NYA.







May 13, 2013

Fikir Macam Bagus.



Kesalahan orang lain,
Nampak.

Kesalahan sendiri,
Buat-buat tak nampak.

Aku pernah alami. 
Setiap inci yang aku lakukan, dititipberatkan. Lalu suara sumbang mula berkata-kata enak.
Katanya aku salah. Katanya aku ini tidak betul. Katanya aku buat silap.

Tidak cukup dengan itu, kesalahan aku digempar gempurkan. Dihebohkan.
Kesalahan diri sendiri ? senyap-bisu-butakan mata.

Bila dikatakan dia punyai kesalahan, berteriak menegak kebenaran. Tidak mengaku kalah.
Kesalahannya tidak diakui, terus dilempar kepada yang tidak mengerti.

Hebat permainan dia. Sangat hebat.

Aku bisa ditegur. Aku juga masih boleh hadam nasihat orang.
Meskipun aku rasa 'hek eleh sibuk je nak tegur aku. Macam bagus je".
Tapi aku terima dengan hati terbuka walaupun perit. Serius.

Cuma..

Seperkara yang paling jijik benar-benar beri tamparan hebat padaku,
apabila seseorang yang menegur kesalahan aku dengan cara bercakap dan berteriak di depan khalayak ramai. Semua orang tertumpu pada kita. Perasaan ketika itu? FIKIR.

Ditambahkan pula,
dibubuh perisa bersama nada kasar yang kuat bersertakan sebiji nak cari gaduh.

Masih tak cukup lagi, apabila ditokok tambahkan keburukan yang aku sendiri tidak lakukan.
Sungguh keji permainan manusia.

Sabar.

Perwatakan luaran tidak akan pernah sama dengan dalaman.
Bicaranya mungkin tampak kasar tapi hatinya ternyata lembut seumpama kapas.






April 13, 2013

Complain itu ini.



Satu perkataan yang yakin semua tahu.
Tak tahu? tengok kamus oxford yang tebal.
Buat apa beli mahal tapi tak guna. *cakap-dengan-cermin*

Bila si polan kata,: "Aku ni jenis tak lawa. Dahlah gemok hitam comel #Eh. Tiada siapa nak"
Maka aku balas :"Bersyukur masih tak cacat, gemok".

Bila si polan kata : "Aku ni tak ada boyprengg. ForeverAlone"
Maka aku balas : "Allah, family dan kawan ada. Alone tu masa dalam kubur"

Bila si polan kata:
"Aku ni tak pandai. Tak boleh nak faham apa yang lecturer ajar" *sambil-bertweet-berwhatsapp-berWeChat dalam class*
Maka aku balas : "Berusaha selagi termampu. Tapi make sure campak handphone dalam lubang jamban dulu, Haha" 

Bila si polan kata "Aku ni miskin. Makan nasi sekali je. Lauk ikan keli sambal+ayam percik+daging kunyit+ketam hm tu je aku makan :("
Maka aku balas "Ah puasa lah. Tapi jangan membazir. Itu amalan syaitan lah syaitan."

Dulu, aku juga suka complain
Ya, kategori spesies tak reti bersyukur.
Banyak kali kena sound dengan mak. Cair tahi telinga namun insaf selamanya.

Kalau lauk tak sedap dan tak kena dengan tekak, mulut cepat cepat buat jahat.
mulut cepat cepat tambahkan dosa. Aduhai.
Kata "Eeee tak sedaplah. Tak pandai masaklah. Masin siot. Pheww"

Bila buka almari terutama nak keluar jalan, automatik kata :
"Alahaii tak ada baju nak pakai. Hm acano ni nak keluar. Hm" Padahal berlambak gila.
Sampai 2,3 almari penuh sampai tak muat muatan. *korek hidung*

Kalau manusia miskin, satu tahun berapa helai je ada baju.
Mungkin satu, mungkin tidak berbaju. Mungkin pakai cawat sahaja.
Makanan mereka ciput je. Ibarat sekeping roti canai dikongsi 7orang.
Tapi... mereka bersyukur. Yang kita? *tunjal dahi masing-masing*

Cuba campakkan kita ke negara yang miskin tu,
Mahu melalak meraung kita dibuatnya.
Silap haribulan, gantung diri dekat kipas.

Cop.

Muka bersyukur gaya Kak Ton.


Sekarang,
masa untuk berubah.
Berubah dari mulut puaka ke mulut sedikit suci.
Belajar bersyukur sentiasa. Nawaitu biar ikhlas.
Sampai bila nak sentiasa kekal dalam pekung jahiliah kan?

Fikir.





April 7, 2013

Spekulasi songsang.


Percaya padaku, ini bukan kakiku. 


Ketika aku terkurung sepi dalam kotak sendiri.

Lantas,

Aku mendengar ngomong manusia durjana.
Keluarkan kata-kata ikut suka hati. Tepes segala penjagaan hati.

Mengagungkan tempat belajarnya dan menghina tempat belajar orang lain.
Mengangkat martabat level educationnya dan mengkeji orang lain.
Motif yang sedang dilakukan? *korek hidung penuh nikmat*

Dahulu aku belajar asasi di UITM, sekarang aku belajar degree di UPSI.
Namun aku tidak sekecoh tahap dewa macam si beberapa polan yang lain. Tettt.

"Aku belajar di UITM, kau setakat belajar dekat U*** tu bukannya bagus. Low standard. Ha 
Ha Ha"- (Si polan,2013)

"Setakat course seni, kulinari dan bahasa melayu tu kau nak belagak takpayah lah. Lupakan. Nenek aku pun boleh masuk course tu. Ha ha ha" - (Si polan, 2013)

Makcik Joyah : Engkau tengok anak si leman kepala kemek tu, bedah. Dia ambil asasi/matrik. Jimat masa bedah oii. Anak kau tu ambil diploma JE. Bila nak degreenya? Eee tak pandai plan masa depan lah anak kau ni bedah. *sambil tenyeh sirih*
Makcik Bedah : Tak kisah lah joyah. Janji anak aku ada semangat nak belajar ! Pffftt. Anak kau bila lagi nak masuk U? *muka-kerek*
Makcik Joyah : Hm... Anak aku.... anak aku... hm...Alaa... alaaa dia fail spm. *melalak*
Makcik Bedah : Haaaaaa. Mengata anak aku lagi, anak dia lagi teruk macam mangkuk hanyun. Hukum kifarah Allah. Ish ish. *monolog-dalaman*

Di ceruk mana engkau belajar,
di pelusuk gunung ganang ke, di celah amazon ke,
di celah ketiak ke #eh,
di pendalaman gua ke, di kampung orang asli ke,
apa course yang engkau miliki, apa course yang engkau ceburi,
intipatinya adalah : ILMU (knowledge).

Jika si polan itu belajar di tempat swasta,
tanggapan engkau ,dia makhluk bodoh dan hanya pergunakan wang sahaja.

Jika si polan itu belajar di tempat kerajaan,
tanggapan engkau, dia makhluk bijaksana bijaksini.

Jika si polan itu belajar di peringkat diploma/form6 selepas SPM,
tanggapan engkau, dia manusia kurang pandai kerana belajar masa yang agak lama..

Jika si polan itu belajar di peringkat asasi/matrik selepas SPM,
tanggapan engkau, dia manusia bijak gila gila gila.

Spekulasi menarik tapi kurang cerdik.
Tanggapan yang hanya memandai-mandai.

Jangan nak dibanggakan dengan universiti dan course masing-masing.
Hentikan kata-kata yang bakal menikam hati manusia lain.
Tahanlah lisan masing-masing daripada memuntahkan pendapat yang songsang.

Jangan nak bandingkan kepandaian kita dengan orang lain. Jangan sesekali mengkeji ketidakpandaian orang lain.  Bila-bila masa, Allah akan tarik nikmat itu.

Bersyukur masih bisa belajar dengan tenang. Bersyukur masih punya peluang untuk melangkah ke lembah kejayaan. Syukur padamu, Ilahi.

"DI MANA-MANA PUN KITA BELAJAR, YANG MENJADI TUNJANG UTAMA ADALAH NAWAITU DAN KEIKHLASAN. BUKAN PADA TEMPAT BELAJAR."

#Entry penuh berfalsafah bukan berfalsampah. Aku tak percaya adakah ini aku. Haha.
Btw, I'm engineer to be. Trust me. :)


March 31, 2013

Jaga tepi kain sendiri.


Jaga tepi kain sendiri !

Jaga tepi kain sendiri !

Jaga tepi kain sendiri !

*teriak-kuat-kuat*

Aku tidak usik secebis kainmu maka jangan sesekali kau terus menerus raba aku.
Maknanya aku tidak usik hidupmu maka jangan kau terus masuk dan musnahkan hidup aku.
Ngerti kamu? *angguk-angguk-kepala*

Aku hairan.

Aku pelik.

kenapa masih yang suka menjadi pembaca berita bergerak menceritakan keburukan orang?
kenapa masih wujud lagi manusia spesies Mami Jarum?
Apakah engkau cukup sempurna? *tunjal-dahi*

"Engkau nak tahu tak senah, si bedah tu keluar malam sampai pagi. Entah-entah buat projek dengan si polan tu. Apa nak jadi dengan budak sekarang ni" *sambil-tenyeh-sirih*

Haihh.

Mereka lebih suka menghukum daripada bertanya.
Mereka lebih suka buat konklusi sendiri daripada bertanya.
Mereka lebih suka kumpul dosa daripada hindari dosa.

Satu lagi kes,

Ada manusia yang suka menceritakan tentang si polan tersebut,
tapi diubahkan cerita agar menjadi sensasi supaya menutup kebaikan si polan dan mempamerkan keburukan si polan. Gelaran lahanat diberikan buat insan sebegitu.

Aku benci manusia yang ubah cerita daripada cerita yang asal.
Supaya apa? Supaya cerita kau lebih menarik dan kebaboooom.
Dan para pendengar yang lain mendengar dan terus bermati-matian percaya.

Ada jenis manusia yang suka mencari kesalahan orang dan kelemahan orang,
sedangkan kekurangan diri sendiri tak nampak. Kasihan.

"Eee dah lah hitam pastu penggotor, siapa je suka dekat minah tu"-kata bedah sambil mengumpat si kiah kepada senah.

(Padahal sedang sibuk mengumpat orang, gigi si bedah masih terselit tahi gigi yang berzaman-zaman dan bulu hidung si bedah terkeluar begitu panjang) Eeeuu.

"Aku tidak buntu keprihatinan kalian jikalau kalian cuba menjahanamkan hidup aku"
Fikir.

Fikir.

Fikir.

       "Jikalau engkau membuka aib orang dalam dunia ini, 
        maka Allah akan membuka aibmu di akhirat nanti"

#Jadilah manusia yang berperangai elok,
bukan hanya tahu menceritakan keburukan orang. Dosa.

*notetomyself*


March 21, 2013

Kunyah hati.


Memerhati.

Aku memerhati beberapa si polan.

Punya cinta, tapi masih menagih pada yang lain.
Aku tak faham.
Masih tak faham.
Dan... akan terus tak faham.

Apakah hebat menduakan cinta?
Apakah hebat permainkan perasaan orang?
Apakah hebat merosakkan hubungan orang?
Dengan cara sedemikian apakah kau layak digelar pelakon terhebat?
Tepukan gemuruh aku berikan. Dasar hebat tahi kucing.

Jijik.

Cinta jarak jauh memeritkan barangkali. Menikam-nikam jiwa.
Sorang setia tahap-nak-mati, sorang lagi menggedik cari pengganti.

Bila ditanya, sudahkah ada cinta?
Dibalas dengan penuh bersahaja, "belum, aku belum punya kecintaan. Siapalah mahu diriku~".
Ingin diludah kata-katanya. Ingin disepak kemaluannya.
Tapi nasib bukan milikku.

Bila ditanya "kenapa curang? kenapa cari yang lain?".
Dibalas dengan riak "Dia tak pandai layan aku. Dia tak prihatin dekat aku. Dia tak manja. Dia hodoh-gila. Dia kasar-gila dan seangkatan ayat-ayat hina".

Dulu dipuji, sekarang dikeji.
Hina.

Aku kasihan pada mereka yang setia dan percaya pada kekasihnya.
Tapi pasangannya bermaharajalela memijak malahan melenyek hatinya.
Di hadapan, katanya sayang gila. Di belakang, katanya tidak cinta lagi.
Dasar talam bermuka-muka. *jeling-kerek*

Pesan pada hati,
                     "Jangan sesekali permainkan perasaan orang".
Percayalah. Hukum kifarah Allah kuat.
Bila-bila masa akan terpantul balik pada kita. Beware.

Mencari yang setia bukan mudah.
Belajarlah untuk setia walaupun banyak godaan.


                "WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK"

March 10, 2013

Penyakit dengki.


Dengki manusia adalah penyakit yang berjangkit seantero dunia.
Dikategorikan prejudis busuk dan keji hati manusia.

Bila pangkat tinggi, bila dipuji ramai manusia, bila dijadikan pelajar terbaik, rata-ratanya ramai yang kepoh nyotnyetnyotnyet berpakat dengan syaitan lalu operasi menghitamkan hati masing-masing turut bermula.

Yang paling aku kurang senang apabila orang pandang aku atas bawah.
Rasa macam "eh apahal pandang pandang. Macam aku tak pakai baju pula. Oh lupa. Biasalah diva yang lalu kan sebab tu semua pandang" *flip bawal* (ayat sedapkan hati)

Satu benda yang aku pegang sampai mati, "biar orang buat kita, tapi kita jangan buat orang lain"
Nasihat pada hati "Jangan sesekali berdendam".

Nawaitu baik disalahertikan. Menuding jari seolah diri berada di landasan yang suci.
Dengki manusia terus berleluasa. Keji. 

Berdesing telinga mendengar jeritan sakit yang menusuk terus ke gegendang.
Apakah hebat menjadi popular dan gah di mata manusia?
*korek hidung*
Apakah seperti diva jika nama kau sering kali menjadi sebutan mulut manusia?
*korek hidung lagi*

"Kau nak tahu tak joyah, si anakpapajoe tu gewdik gilersss nak mati. Kau nak tahu tak joyah, dia tu perasan hot. Eeeuuwww." *sambil tenyeh sirih*

Jika kau benar mahu popular,
pergilah dan bawa terus ke kubur.
Biarlah aku dikenali hanya seketul dua ketul manusia tapi menghargaiku begitu kuat.


Aku tidak batak populariti dunia. Aku bahagia hidup sederhana.
Hidupku matiku bukan kau yang tentukan, Pendengki.
"Tanda adanya hasad dengki di dalam diri ialah apabila melihat orang lain dapat nikmat dan kejayaan, kita sakit hati dan tidak senang hati. Apabila kita melihat orang lain dalam kesusahan atau mendapat bencana, kita rasa senang hati."
Semoga dijauhkan aku dari perasaan sebegitu. Amin~ 

#Aku...sedang sibuk bersama dunia realiti. Pelajaran. Kerjaya. Hati. Rindu. Tuhan dan etc.




February 16, 2013

Kecintaan.

"Tuhan, tolong lembutkan hati dia. Untuk terimaku seadanya"- Ayu Amzah.
Di entry ini,
ingin ku coret apa yang tersirat di hati,
ingin ku membogelkan apa yang terpendam,
buat tatapan naluri.


Situasi 1.

Temah : Ayu, engkau dah ada buah hati? Siapa wei. *kunyah sirih*
Aku     : Well, haruslah ada. *muka kerek bercampur dengan riak lagi takbur*
Temah  : Siapa? Siapa? Tak bagitahu aku pun :( *muka acah-acah sedih*
Aku     : Namanya Juhari. *masih kekalkan muka kerek*
Temah : Macam kenal je nama tu. Dia belajar mana? Kau tak cite pun.
Aku  : Bapak aku lah. *gelak-jahat*
Temah  : &#%$*(*(^%!@#$%^& *malas layan*

Situasi 2.

Bedah : Ayu oi. dengar ceghita engkau dah ada buah hati. Citelah wei. *muka eksaited*
Aku    : Hm tak ada. Kawan lelaki adalah.
Bedah : Eleh kau tipu aku ni. Cakap lah cakap lah. *terkinja-kinja-gedik*
Aku : Tak ada lah. Kawan adalah. Haish.
Bedah : Tipu ! Tipu ! Tak akan lah orang macam kau takda boyprenggg.
Aku   : Aku cakap takda takda lah. Kau tak faham bahasa ke ! *tumbuk muka bedah*

Pelbagai soalan bertubi-tubi ditanyakan padaku.
Seperti deretan das tembakan dilakukan.

Jikalau aku ada sang kekasih, apakah dikau mahu hancurkan?
Jikalau aku tidak punya kecintaan, apakah dikau gelarkan aku buangan?

Bercinta atau tidak bagiku ia perkara sama sahaja. Ia tetap mapan bagiku.
Lebih selesa berkawan pada awalan. Kawan tidak akan pernah kenal erti putus.

Kenal hati budi masing-masing dahulu.

Kenal perangai masing-masing dahulu

Kenal keluarga masing-masing dahulu.

Dan... barulah berfikir langkah seterusnya.

Aku seringkali melihat kawan aku cinta-tahap-nak-mati pada kekasihnya,
Aku seringkali melihat kawan aku menangis teresak-esak kerana putus cinta,
Aku seringkali melihat kawan aku lemah tak berdaya setelah kekasihnya berpaling tadah.

Dan aku?*menggaru kepala*

Siapa kata cinta itu berbau tahi?
Sentiasa busuk dan geli untuk didekati.

Siapa kata cinta itu berbau harum?
Sentiasa ingin didekati dan dicium selalu.

Aku pernah mempunyai kecintaan.
Banyak dugaan berduri di selitkan ketika cinta bersemi.
Sakit terasa tiada siapa kisah. Pelbagai emosi dikombinasikan menjadi satu.
Mulalah orang ketiga menembusi tembok hubungan tersedia.

Aku pernah dikhianati, ditipu dan dirampas.
Dan aku juga pernah digelar perampas tanpa sebab munasabah.
Apakah enak diperlakukan begitu? Tepuk dada sendiri kuat-kuat.

Bila nak mencari kesetiaan manusia, apakah begitu payah untuk aku perolehi?
Masih adakah lagi lelaki yang setia dan jujur di luar sana?
Apakah sudah pupus? atau mati?

Umur 19 ontheway ke 20tahun,
Masa yang tepat untuk pencarian bakal suami sudah bermula dan bukan lagi mencari boyfriend yang cicai boncai a.k.a cap ayam. *jeling-jeling*

Kepada jejaka kacak dan beriman,
sila masuk meminang dengan segera. (promote diri) Ahaks *acah-acah manja*

"Buat bakal jodohku,

Aku tidak tahu engkau di mana dan siapakah engkau.
Aku tidak tahu dari mana asalmu. Aku tidak tahu macam mana rupamu.
Aku tidak tahu apa-apa tentangmu. Yang mengetahuimu adalah tuhanku, Allah.
Aku cuma mampu berdoa agar engkau selamat dan lindungi Allah.
Jika kita tidak dipertemukan di dunia. Aku berharap kita dipertemukan di syurga"


-Untuk awak-


Semoga Allah pelihara dan menjauhikan kita dari perasaan kekecewaan.



February 6, 2013

Hati kembali tenang.

Sebelum exam,
hati tak tenang.

Semasa exam,
hati tak tenang.

Tunggu result,
hati tak tenang.

Dapat result,
Ahh baru tenang. *usap dada*

ALHAMDULILAH.
Result semester 1 degree begitu baik kepada aku. Tidak termakbul hajatku untuk koma apabila melihat result. Harap result semester 1 kekal berganjak ke semester 2.

Course engineering adalah course yang agak susah nak dapat 4Flat. Kalau course masak memasak ke ekonomi rumah tangga ke seni ke, aku yakin dapat 4Flat.

Ku akui aku bukanlah pelajar rajin sampai sanggup minum 5, 6 packet nescafe supaya tak tidur demi untuk study sampai titisan darah yang terakhir. *korek hidung*

Ku akui aku bukanlah pelajar yang terawal hantar assignment apabila hari ini lecturer suruh buat, esok dah kena submit. Chilexx sudah. *tiup-tiup kuku*

Ku akui aku bukanlah pelajar yang sentiasa fokus dan duduk berhadapan dengan meja lecturer. Acapkali lecturer terbeliakkan biji mata apabila melihat aku bercakap. *tunjal dahi*

Aku akui bahawasanya aku adalah pelajar yang study last minute.
Esok exam, malam ini baru mengelabah sardin nak khatamkan buku. *geleng-geleng kepala*

Kendatipun pointer mencecah segala target yang diharapkan sekian lama dean list, tapi yang penting usaha yang dibekalkan sepanjang semester ini. Ilmu yang dipikul itu lebih inti pati daripada pointer semata-mata.
                             "ILMU BUKAN PADA POINTER"

AWAL SEMESTER :        "Ayu, kau mesti kena dapatkan 4FLAT. GO GO AYU"
PERTENGAHAN SEM :  "Takpa ayu. Boleh dapat 4Flat. Usaha lebih lagi"
SELEPAS EXAM :            "Alaa Lulus pun jadilah".

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! *until infinity*
Kepada adik-adik sekalian,
langkah efisien untuk berjaya adalah jangan jadi seperti akak ayu iaitu study last minute. Disarankan study dari awal semester dan kerap ulangkaji serta jangan banyak sangat tengok movie korea. Ini semuanya lagha. *cakap-gaya-bajet-dah-habis-sem-je*


Bukan mudah nak berjaya. Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal.


February 1, 2013

Wanita terunggul.

Mak..
Itulah gelaran yang aku panggil buat insan yang tabah.
Senyumannya mampu menyembunyi kedukaan yang aku sendiri tidak ketahui.

Kadang-kadang, aku tak tahu bila masa dia sedih. bila masa dia menangis.
Teguhnya hatinya. Tabahnya hatinya.

Sekiranya aku berada di rumah, pelbagai soalan diacuhkan kepada aku.

Sudah makan belum?
Dah solat belum?
Dah mandi belum?
Jaga kesihatan tu.
Belajar rajin-rajin.

Bila diimbas kembali,
Pagi-pagi mak aku sudah bangun untuk membuatkan sarapan untuk kami anak beranak.
Dah ketuk-ketuk kuali masak itu, masak ini.
Kemas rumah acapkali. Tak suka habuk menyelubungi rumah.
Tapi..
Langsung tidak pernah mengeluh atau mengungkit.

Adatlah menjadi seorang anak, seringkali mendengar leteran seorang mak.
Tapi kata-kata itu sebenarnya nasihat. Buat kita sedar dari kesilapan.

Bila berjauhan, kau akan rasa rindu sangat dengan mak.
Tak sengaja manik-manik jernih berguguran dari bola mata apabila memikirkan kerinduan.
Rindu teramat.

"Kalau angah dah jadi Mak nanti, angah akan tahu macam mana nak pikul tanggungjawab seorang Mak"- MAK.

Kadangkala aku berfikir.
Mampukah aku menjadi seorang insan yang tabah seperti Mak?
Mampukah aku menguruskan rumahtangga seperti Mak?
Mampukah aku berjimat belanja seperti Mak?
Mampukah aku membesarkan anak yang bagus dari segi agama dan pelajaran seperti Mak?
Mampukah aku menjadi isteri mithali dan ibu bertanggungjawab seperti Mak?

Manusia sempurna dan wanita tercantik dalam dunia ini adalah Mak.
Tiada tandingan. Tiada siapa yang bisa menggantikan.

Takut.
Demi Allah, aku takut kehilangannya.


Love you, Mak.


January 27, 2013

Percantuman perasaan.


Aku merenung ke luar daun jendela.

Melihat pohon dedaun menghijau.
Melihat awan mendung berarak.
Melihat telatah manusia.

Haihh.

Cuti semester tinggal beberapa ketul hari lagi.
Masa kesedapan berehat kini bakal berakhir.
Telah dirangkumkan semuanya peristiwa yang dialami.
Pelbagai perasaan diketemui. *usap dada*

Sakit hati.

Marah.

Sedih.

Gembira.

Mati mood.

Kecewa.



Seperkara yang harus diberi notis,
"Tidak aku menyukai manusia yang tidak tepati janji."

Bercakap lebat sehingga alpa bahawa kudrat tidak berdaya lagi.
Bercakap gempak seolah semua janji dapat dilaksanakan sehingga puas hati.
Mengapa ucap kata-kata janji sedangkan diri masih terkial-kial.
*tunjal dahi*

" Nah, mana janjimu? "-ucap si gadis kepada arjuna*

*menggaru kepala*- arjuna membisu.

"Mana janjimu?!"-tegas si gadis.

*masih menggaru kepala*- terdiam arjuna.

Jika berjanji sekadar ingin menyedapkan hati seseorang yang sedang tawar,
Jika berjanji sekadar ingin membuat seseorang gembira,
Jika berjanji sekadar ingin meleraikan pergaduhan,

TUNAIKAN JANJI ATAU LUPAKAN APA YANG INGIN DILAFAZKAN !

Berjanji bukan hanya pandai menggunakan gula-gula kata malahan ia harus ditunaikan.
Jangan jadi salah seorang dalam kalangan munafik.

"APABILA DIA BERJANJI, DIA MUNGKIRI".

"I janji I tak tinggalkan YOU. I janji okay. I sayangkan YOU sampai bila-bila. I janji yang I akan buat YOU......*sampai 350 patah perkataan*".-Contoh Janji Capati.

Natijahnya, janji kemana. cinta kemana. sayang kemana.
Yang tinggal, JANJI HAPRAK.

JANJI HARUS DITEPATI, BUKAN JANJI DICAPATI ! *muka gangsta*






January 20, 2013

Permainan Kata.


Rimas.

Lemas.

Seksa.

Siapa yang suka dimandikan dengan kata-kata manis,
namun setelah diselak dan diselusuri..
ternyata hanya permainan kata.

Ditipu.

Siapa yang suka ditemani manusia penipu.
pada awalnya menonjolkan manusia beradab malahan baik dari segi kata-kata..
hakikatnya terselindung berhati syaitan.

Di hadapan acah-acah tunjuk lagak baik.
Pijak semut sumpah tak mati.
Berwatak mulia seperti manusia suci tanpa dosa.
"Aku sentiasa ada dengan engkau waktu susah atau senang".
Hakikatnya diselimuti dengan penipuan semata-mata.

Sumpah seranah ditaburkan.
membuatkan aku hilang kawalan.
manusia suci pada awalan rupanya bertopengkan kebinatangan.

Tragis.

Pedih.

Aku cuba nasihati diri.
Jangan mudah percaya lagi.
Mungkin dengan semua orang.
Setiap bait ayat yang diberi. Membuat hati seakan mati.
Satu-persatu terhiris.

Tapi ia belum berakhir...
Hidup aku belum ternoktah.
Bangkit aku lagi. Bangkit.
Untuk memperjuangkan hati yang tersisa kini.
Tapi bukan untuk orang yang menipu.
Tapi bukan untuk orang yang tak hargai.
Tapi bukan untuk orang yang pandai bertabur janji.

SEPERTI KAU.






January 14, 2013

Permulaan langkah.



Setelah dikira dengan jari kaki,tangan serta helaian rambut aku, sedar aku sedar masa telah berlari pecut dan berakhir di garisan penamat. Kini garisan baru diukir bersama laluan yang baru berserta perjuangan baru.

TAHUN DUA RIBU DUA BELAS,
usah diingati lagi. usah dikenang lagi. Ia sudah basi. Ia sudah berkarat.
Tahun itu begitu banyak meragut pelbagai perasaan dan tenggelamkan perasaan aku ke dalam kancah dugaan berliku. Pahit untuk ditelan. Sakit untuk dikunyah.

TAHUN DUA RIBU TIGA BELAS, 
Tahun baru. Azam baru. Semangat baru. Cinta baru. Ehem.

Kumpul azam banyak-banyak bergunung-ganang pada awal tahun. Muatkan semuanya dalam nota agar menjadi peringatan. Tampal di dinding ,di cermin, di dahi dan semat dalam kepala hotak agar sentiasa bersemangat.

Pertengahan tahun, azam masih kekal cantik dan tidak berubah.
Bisik hati "Rileks lah wei.. banyak hari lagi, Ayu. Chillex" *sambil tiup-tiup kuku*

Penghujung tahun, azam masih tidak berusik.
Monolog hati "Takpa takpa. kita cuba tahun depan ye, Ayu".
Itulah AKU. *korek hidung*

Azam 2013, aku nak menjadi manusia baru. melupakan masa lalu. memandang masa kini dan masa depan. berharap jiwa semakin kental. dan... meneruskan azam lama yang tertunggak.
Berusaha menepis kesedihan dan menyelimuti diri dengan kegembiraan.

Buang sifat malas yang membuak-buak dalam jiwa.
Semat perasaan rajin (gila). *jeling-jeling*

Aku...
akan menghargai setiap manusia yang hadir dalam hidup aku.
Aku...akan cuba menjadi hamba Allah yang taat, anak yang solehah, kakak yang tegas, adik yang manja, kawan yang memahami dan saudara sesama islam yang menghormati satu sama lain.

In sha Allah :)


Aku Ayu tapi tidak Ayu kadangkala Ayu tapi selalunya tak Ayu. (ayat mabuk)