-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

January 23, 2012

Amaran si hati kapas.

hai. saya Norhidayu Juhari.
Adakala senyum dan tawa tidak bererti ia sama dengan di dalam hati :) 
be strong no matter what happen. (Y)



Kali ini bukan pasal kemenangan MU lawan Arsenal. hoho saya selaku peminat MU. 
saya berasa gembira sedikit. Glory Glory Manchester United haha ok terexcited pula ;/

Kali ini post aku berunsur gangster. 
Maka penggunaan "gua lu" perlu disematkan di dalam blog ini.
Maaf, saya takda via blackbewwwwy. Almaklum, masih setia dengan hp yang lama :)

ehem.
gua seorang perempuan bukan pondan mahupun tomboi, 
namun kadang kala genetik kelakian itu tersuntik pada gua secara tiba-tiba ouch. 
ia membuatkan gua menjadi gagah, tough dan perubahan secara mendadak sangat ketara.
ya ya gagah untuk melindungi hati semua orang bukan gagah tang lain. haipp haipp ! 
ia untuk hati orang yang gua sayang sayang sayang. *flip shawl*

Gua tak kisah watlek watpeace seandainya Lu nak sakitkan hati Gua. oh dipersilakan malah dialu-alukan sama sekali malah tiada bantahan. Tapi kennot kennot if yu ollzzz nak rembat atau pukul hati orang yang gua sayang. *ini amaran si kenit*

bukan mudah untuk disayangi, bukan mudah nak dikasihi, bukan mudah nak dirindui.
tambahan lagi untuk hati kapas seperti aku. dimarah dimaki dihamun, muka tetap selamba badak. tapi bila dah meletup, kau dan kau akan ternganga :O Apa macam ? Mahu langsi lagi kaa haihh.

Amaran ini gua khaskan untuk kalian dan kalian. 
sementara hidup biarlah gua berkhidmat untuk mereka yang gua sayang. 
bila gua sudah tiada nanti, biarlah gua terus diingati oleh mereka #ok ayat sadis haha okbai.

gua sayang mereka apa adanya. mereka adalah terbaik di hati gua.
Family gua, Achik gua, dan sahabat gua oh oh kalian sangat Awesome.
ok gua sebak tetiba gua jadi touching T.T.
perghh perghh apa ni muka brutal tapi kuat touching. ah shadap kau peah ! *tetiba*

*tetiba kan gua lupa apa yang gua nak ditulis haha okay lah itu je yang dapat ditulis HAHAHAHAHA (evil laugh) ;P

#Happy Birthday Achik Sayang ehem. Alaaaaaaaa esok balik Shah Alam. oh tidak gua malas nak jejak Shah Alam. tolonglah faham. hati gua berat haihh. rindu lagi rindu lagi rindu lagi lah gila haha okbai.


Yang bajet gangster,

   

January 21, 2012

pergi dan tinggalkan aku.

*pasal hati berkait rapat dengan sahabat*



ya ya setiap kali update gerenti pasal hati. bosan baca ? ada aku kisah ;/

penat nak jaga hati orang. nak cakap kena berlapik. nak cakap kena susun ayat satu persatu.
yelah takut terasa. takut terguris. takut makan hati. takut dibenci. takut dicop mulut macam longkang.

dan aku ? biarkan ia terseksa pergh menjerit batin aku.

Saat senang,
carilah orang lain dan tinggalkan aku terkapai-kapai dan tenggelam dalam masalah.

Saat susah,
merayu-rayu dan berlinangan air mata ibarat akulah penyelamat kau di dunia dan akhirat ;/

tersangat bodoh diperlakukan sebegitu rupa. hm.

Aku manusia. Aku ada hati. Aku ada perasaan. Aku juga pernah menangis.

Kau cuba jentik hati aku, pasti akan menangis.

Ternyata sahabat zaman sekarang susah nak dicari. susah nak ditemui. susah nak difahami.

Saat kita kehausan menagih kasih sayang seorang sahabat,
ia pergi ia tinggalkan ia berjalan tanpa menoleh.

Saat kita dibelenggu kemewahan dan kegembiraan,
ia datang ia menghampiri dengan senyuman dan melupakan perkara yang menyakitkan itu.

dan sekarang,

aku tak perlukan sahabat yang tahu menjatuhkan aku.
aku tak perlukan sahabat yang mencari aku ketika dalam kesusahan sahaja.
aku tak perlukan sahabat yang menikam aku dari belakang.
aku tak perlukan sahabat yang berwajah manusia namun berhati syaitan.
aku tak perlukan sahabat yang tidak ikhlas dalam persahabatan.

ia perit ia sakit ia bernanah.

Tolong fahami. Tolong mengerti. hati aku sedih bila kau berubah, Sahabat.

I MISS THE OLD YOU :(

#saya sudah berada di Johor Bahru sempena cuti raya cina. GONG XI FA CAI. okbai.

January 14, 2012

ini tidak adil tidak adil bagiku.

hai Januari :")

bermulalah hari-hari di dalam Januari. satu persatu serupa tahi.
semua berkait rapat dengan keadaan aku di Universiti malah ia tidak pernah lari dari Hati.

Hati seakan mati bila perasaan menjadi kelam kabut.
Taufan melanda guruh berdentum tidak mampu lagi dikawal.

tahun 2012 sedikit pun tidak memberi secebis kebahagian pada permulaannya.
belum lalui sudah aku tafsir sendiri. ternyata sangat mencabar hidup ini.

Ya Allah. kuatnya dugaanmu. hati ini lemah tidak berdaya memikul sarat sarat dugaan ini.
hari yang dilalui begitu suram ia tidak bercahaya ia kusam ia busuk serta hapak.

Ohh dunia seakan tidak adil. ia kejam. ia dengki. ia membenciku.

*Ayat tersangat over*

kemon lah anakpapajoe. be positive and smile :)
motivate orang lain padahal diri sendiri terasa down gila gila gila ibarat ditiup angin ombak rindu pastu ditambah pula dengan bala menghimpit jiwa perghh sangat awesome.

Tentang hati?
tak usah kau sebut lagi tak usah kau menganjing daku tak usah berpatah hati.
hati ini sentiasa merindui benar tidak bohong benar aku memaksudkannya.

yayaya rindu engkau setengah mati.
nak dibilang satu persatu bertapa seksanya perpisahan ini hm kian jauh kian hilang kasih antara kita eh eh itu lagu mawi world.  #k lari topik.


Secara puratanya,
Januari kali ini tidak begitu menarik tertarik kau memang menyakitkan hati. me benci Januari secara bulat suara *sambil hantuk hantuk kepala yeayy.

kerana Januari, hati aku sakit.
kerana Januari, hati aku bernanah.
kerana Januari, kita bertelingkah sehingga titisan airmata.
kerana Januari, result Muet keluar.
kerana Januari, assignment berlambak-lambak.
kerana Januari, test sana sini.
kerana Januari, rindu membuak-buak.
kerana Januari, dapat voucher RM200 :)
kerana Januari, birthday Achik.
kerana Januari, raya cina mali boleh balik Jaybee yuhuuu.

#saya update kali ini sangat kelam kelibut, ayat macam orang mabuk minum todi. ini gara gara kelajuan internet boleh dikategorikan dalam speed spesies kura-kura baru lepas bersalin. haha okbai.

January 3, 2012

2012 datang. 2011 pergi.



2011 BYE BYE :(

2012 HAI HAI :)

saya wanita kuat. i am superwoman. dont ever try to fight with me. because i always win.

apabila 2011 melabuhkan tirai maka 2012 tanpa segan silu mendabik dada bahawa giliran dia untuk mengambil alih takhta. Maka tiada lagi kedengaran sahut-sahutan panggilan nama 2011. hanya tinggal kenangan *Saleem* ia sudah berlalu got to go.

2011 terlalu banyak kenangan pahit suka duka tawar masin semua perasa dalam hidup aku. dibenci disuka disayang dicaci diaib di di di dirindu rindu serindunya ehem ehem itu menjadi sebahagian hidup seorang insan muka rockers hati kapas seperti aku. nak disenaraikan satu persatu ouhh no no no no. tangan aku tidak berdaya menahan nafsu godaan blog malah urat tangan aku dijamin akan tersimpul mati dan tak berjumpa jalan keluar gara-gara menaip terlalu panjang.

seperti biasa wishlist dalam genggaman semestinya panjang siap boleh dimasukkan dalam Book Of Records "karangan paling panjang" ya sudah pasti ia tidak cukup satu kertas tapi jarang sekali ditunaikan wishlist itu. kerana kealpaan dalam duniawi membuatkan aku mengabaikan wishlist yang beria-ria disenaraikan pada awal tahun dan akhirnya tidak tercapai dan kecundang di tengah jalan. ia sangat menyentuh batin aku. ya menjerit batinku. tahniah buat aku. tahniah juga buat anda yang seperti saya :)

Wishlist yang tak pernah lekang dalam hati aku adalah ingin menjadi terbaik buat semua orang terutama agama , bangsa dan negara turut untuk keluarga tersayang , Achik dan kawan-kawan . Memaafkan semua orang sebelum tidur adalah petua awet muda aku. try cuba anda pasti tertawan (ayat tersangat hodoh).

Wishlist yang lain tak perlu kot nak digempar gempurkan like a crazy frog dan diletakkan di blog yang berblink blink, membuatkan orang termuntah hijau berhari-hari gara-gara tengok ayat yang langsung tidak berilmiah dan langsung tidak ada pengajaran walaupun sekelumit kuman. cukuplah sekadar diri kita sahaja yang tahu apa yang kita azamkan. itu lebih bagus :) jangan jadi debu berterbangan di tiup angin dan sekadar di pinggiran sahaja. lagipun, kang tak tercapai di akalku buat malu sahaja kuikui ;p

Oleh itu, saya ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, pernah tercalarkan hati sesiapa , pernah tertumbuk muka sesiapa, pernah tersepak dengan sengaja. pernah terampas pakwe sesiapa haha ayat kennot go masa bila pula aku rampas pakwe orang haha itu bukan aku. ai bukan mcm memey or fasha nak sandar tu. harap dimaafkan saya dong ya bapak ibu ibu semua yang ada di sini :)

mata gua hm sembab. gara gara tidur lambat.  pergh ayunya saya haha. aum aum.

#hm. saya sudah habis cuti mid term. saya sudah berada di Shah Alam. saya sudah mula rindu merindu. ia amat menyakitkan jiwa kerana berbalas dengan kerinduan yang amat mendalam gurlp. ai hate dis feeling sho much. me rindu Mak Ayah me rindu Kak Long Wan me rindu Achik hm. okbai.