“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

December 28, 2011

jangan cari pasal.ini amaran.

senyuman kali ini tidak ikhlas kerana panahan sakit hati berjangkit di mulut.

Aku Update Lagi.

Kali ini isu aku agak mencabar kepala hotak aku ni meskipun tak sehandal seperti otak orang lain namun aku mencuba sedaya upaya. Malaysia Boleh ! *tetiba*
Tidak mengapa demi blog yang aku cintai, aku kena berpenat lelah mengkorek idea sedalam lautan antratika untuk memantapkan lagi isu ni .Tatap blog aku sampai keluar biji mata serta lihat setiap bait bait ayat yang dipertontonkan.

Indah bukan kalau bercinta berkasih sayang terasa dunia kita yang punya kan kan ? *angguk-angguk kepala*
Namun ia akan bertukar menjadi tahi atau nanah (ayat lebih mulia daripada tahi) apabila manusia yang suka merosakkan perhubungan orang datang berlenggang-lenggang bawa cinta lalu mengoda kekasih kita dengan pelbagai muslihat dan beribu alasan agar jatuh di tangannya. Lahanat digelarkan untuk spesies sebegitu . Aku alami mungkin anda turut pernah alami . Haihh kita senasib >.<

Tapi kita sebagai pencinta jangan mudah melatah. tenang semampu seboleh yang mungkin. jangan memaki hamun perempuan yang merampas itu dan juga kekasih kita. Sebagai insan yang pernah belajar Alif Ba Ta , kita disarankan untuk bersabar ya sabar itu separuh daripada iman .

Yang tak pernah alami bisa sahaja memberi nasihat atau ayat lebih gempak iaitu tazkirah berjelar-jelar cukup 350 patah perkataan dan membuat konklusi yang merepek meraban yang bikin otak karat. Tapi bila dah terjadi depan mata , mulalah mengelabah sardin hati ini bagai tergetar-getar nak tercabut usus terasa dunia seakan gelap gelita <--- ayat tersangat over haha okbai ;p

Nak salahkah siapa ini ? pasangan kita ke ? perempuan itu ?  aiyok taktahu aku pun pening tolong lah tolong lah T.T bergelumut masalah terperap dalam otak aku seketika. Tapi aku lain daripada lain, sabar pilihan kedua. kau dah buat hati aku sakit , 20kali aku akan buat kau rasa apa yang aku rasa. ayat tersangat gerun terbajet gangster ibarat kak long JB. Aku bukan jenis yang duduk diam , menangis melalak berhingusan, tunggu dan berdoa supaya keadaan baik-baik sahaja dong. NO NO NO THAT IS NOT ME ! Tapi aku juga bukan orang yang suka memaki hamun semua orang itu sawan namanya bukan normal lah gamaknya.

bak kata orang yang banyak makan garam daripada aku "kalau lelaki tak melayan ,perempuan itu tak akan galak" Ya aku mengetahui bahawa wanita bersepah-sepah di dunia ini dan lelaki makin lama makin pupus mata meliar tengok awek cun lalu-lalang pewitt pewitt nak nombor disebabkan itu lelaki ramai kawan perempuan. Ooo itu yang aku tak dapat terima kenyataan. kennot kennot kennot ! kau buat hal , maka celaka menanti sabar eh sayang bala menunggu kau. Gurlp ! terasa kerdil dalam dunia ini berbanding wanita lawa perghh *mainkan lagu kisah dongeng by Stacy*

Akhirnya aku dapat konklusinya YEAHH. Soal hati jangan dibuat main wahai kalian. salah percaturan maka busuk berbangkai jadinya. Oleh itu, semuanya ini untuk menguji sebenarnya. pilihan yang mana yang akan aku tempuh aku yang kena hadapinya sendiri. aku kena bertanya pada iman dan juga hati. InsyaAllah ada jawapannya :) May Allah Bless Me. Assalamualaikum.

lihat mataku . jangan kata aku pakai contact lens pula . mata aku original besar.

#MEET MY DARLING YESTERDAY. YAHOO.COM ! ;p

December 24, 2011

aku ada benda nak cakap.sila click.




"blog aku bukan blog bapak kau:". - kata kata pujangga si blogger- okbai.




Kali ini aku nak mengkritik *sambil buat gaya Adlin Aman Ramlie*
Ya statement aku kali ini berani mati nak kritik manusia disekeliling perghh habis lah kau yuyu lepasni orang remove pastu block kau. makin berkurang friendlist kau aiyokk taktahu . Go ahead ! tanpa Facebook , me boleh hidup me boleh kahwin me boleh sayang Achik haha *tetiba* booo mark ;p

Selama ini aku berdiam membisu tanpa sebarang kata memekakkan telinga bila orang cot cet cot cet sana sini . Kini biarlah aku berdiri berhujah mempertahankan bahasa ibunda yang aku cintai selama ini . Ini kerana belajar undang-undang membuatkan aku menjadi berdisplin sekarang ini (takda kena mengena)

Gigirl : Q TaYUnK kO tAnGAt TaNgaT.
Boboy : Q PoWn tayAnG kO , bAbY .

1st comment : 
Bedah Gigi Karat : Perhhh rajin gila awak tekan Caps Lock . Tahniah anda baru memenangi anugerah facebooker paling rajin tekan capslock . Tahniah sekali lagi *mata ke atas tangan ke bahu muka buat kiut*

Gigirl : awakkkk niewwww comeyyyy cangatttttttttt. nakkk tenallll bolehhhh ?
Boboy : hah gila ke ni ? -,-'

2nd comment : 
Janda Braces : Bertapa sakitnya mata dan hati ini apabila melihat comment seumpama itu . Ternyata keyboard mereka rosak kerana tertekan banyak kali . Kasihannnnnnnnnnn ~ ;p

Gigirl : hai cyg..cyg awk tat tite x penah pudar..tite rse tite nk tawin dgn awk..awk tomeii tangat2..cyg awk..
Boboy : hai lover..tite pown cyg awk jugk..windu tat awk..bile tite nk jmpe?..

3rd comment :
Limah Tertipu : ternyata kanak-kanak bawah umur 5tahun juga bermain facebook . dunia semakin maju . waalawey ! =.= *tepuk dahi sambil mata buat juling*

Gigirl : saya sayang awak A.
Boboy : saya turut begitu ,Y. Kasih dan sayang saya hanya padamu *LotsOfLove*

4rd comment :
Norhidayu Yuyu : Bahasa jiwa bangsa :) 14333 LIKE THIS :)

NOTAKAKIKUKUAKU
biar orang kata ayat kita macam skema. biar orang kata kita ibarat lurus bendul . tulis seketul ketul ayat dan ayat sepatah sepatah terasa macam nak patah jari tulis ayat penuh . tapi tapi tak salah nak buat shortform tapi biarlah semua orang faham ok anak anak sekalian. bukan buat semua orang rasa pening nak termuntah dan geli gelimat selama 20hari 20malam dan terpaksa cari kamus bahasa apa yang kau pakai ehh ehh apahal kau ni sawan ke tulis kecik besau kecik besau ;p

aku minta maaf andai ada sesiapa terasa dengan post aku kali ini dan rasa macam ek eleh minah ni macam bagus nak kritik orang wadehel talk to my tapak tangan lol . halooo ini luahan hati aku jadi aku berhak mengupas apa sahaja tajuk sesuka hati aku . please faham TQ.
muka tanpa make up . itulah aku di class.

#hai. saya sudah mendarat di Johor Bahru semalam :) Jusco Tebrau dan City Square tunggu lah ketibaan saya di sana . tak sabau nak tengok wayang haha okbai

December 18, 2011

Got To Go :)

hacuuum ! hacuummm ! -..-


Maaf, kadar kesihatan saya tidak menentu kali ini . Cuaca di Shah Alam membuatkan saya kurang sihat kurang selesa kurang bersemangat . Adakala hujan membasahi bumi .Adakala panas terik hingga membakar kulit. Adakala salji turun mencurah-curah ok tipu ;p hm Terasa macam nak cabut hidung ini gara-gara selesema dan bersin acap kali menghantui diri . Kerana kau selesema , aku terpaksa beli berkotak-kotak tisu untuk mengelap kau wahai hingus ! aku benci kau , selesema hm .

Kali ini entry paling ringkassssssss gila saya ciptakan dan gambar sendiri tidak dipamerkan jua. Ini kerana kemalasan meng-update di saat sedang sakit merasuk diri ini . Oleh itu, tiada lagi karangan esei bahasa melayu 360patahperkataan disematkan di sini ^_^ #sambil buat muka bangga#


Johor Bahru , i coming home !
  
23 Disember saya akan terbang ke Johor bahru sekali lagi yeayyy . sukanya hati ini bagai pelangi memancar di muka perghh gua eksaited berlipat kali ganda ni . nak buat itu nak buat ini . nak jumpa ini nak jumpa itu . nak makan itu nak makan ini . nak dating sana nak dating sini hehe opsss :$

Sempena cuti mid-term ini saya diberi cuti selama seminggu oleh UITM tercinta untuk merehatkan minda dan badan di rumah .Tidak sabau rasanya nak bergolek atas katil sendiri dan excited berbuku-buku di hati ini nak jumpa family dan yang tersayang yang jauh dari mata tapi dekat di hati. Namun , cuti kali ini agak terasa wadehel kerana saya masih ditemani oleh buku Law serta Assignment jua . Maka percutian saya kali ini hanyalah tiruan semata-mata . ia tidak indah yang disangkakan :(


 "i'm coming home , i'm coming home tell the world i'm coming home"
#sambil petik gitar#

To YOU : Wait for me , darling 


#TO FLU : I HATE YOU VERY MUCH -..-

December 11, 2011

Sabar Selagi Mampu , Tak Sabar Sila Masuk Kubur :)

   

setelah beberapa hari tidak menimbulkan diri mengupdate blog maka saya memikul masuk dengan post yang baru . suka tak suka tak ? hahadoii sila takap cuke nanti titew tamau post entry agiww (perhh ayat gedik macam nak kena lempang beribu kali) k cukup .

hati ini benar merindui blog tersayang meskipun telah daku tinggalkan hanya beberapa hari ke Port Dickson bersama family , maka terhasil lah lagu Cinta Blogger by Norhidayu Juhari ok perasan gila nak jadi penyanyi nak lawan Najwa Latif leteww ;p



aku angkat status ini sebagai tajuk debat aku pada hari ini . kencang tidak isu ini seperti berita banjir yang melanda Uitm Shah Alam dari keratan akhbar metro . EHH dont worry gua terselamat dari banjir itu . gua sihat gua walafiat gua tidak sakit k cukup .

ehem ada yang terasa tak dengan status aku . ya ya pasti ada terasa *sambil senyum selebarnya. mesti terluka parah hati itu ya itu sangat bagus . ini ayat gua bikin jangan sesiapa curi . mahu ini ayat kasi tahu sama gua . gua baik hati via blackberry .

Aku malas nak menuding jari meskipun nak berdendam malah nak baling asid dekat muka dia apatah lagi nak toreh muka dengan penyodok , itu bukan aku ok . Ya aku kena bersabar selagi terdaya Ya aku kena berlumba menjadi orang penyabar Ya aku kena berfikiran positif meskipun negatif merobek hati aku .

Makin lama membesar makin terdapat banyak manusia FAKER bertukar menjadi baik menjadi bersifat malaikat di hadapan aku , dan belakang aku berubah sekelip mata dialah permaisuri atau raja manusia bertopengkan syaitan . SubhanaAllah . Maka terdapatlah pembenci yang sedang tersenyum melihat aku terjatuh . Hari ini hari kau , esok lusa hari aku . kau tunggu :)

Hati aku bagaikan menari-nari bercha-cha tatkala satu masalah sudah selesai pergi berlalu dibawa deras ombak tapi sayang seribu kali sayang , ia tetap tak akan selesai selagi manusia berhati busuk hidup di dunia ini demi melihat aku terkapai-kapai dalam ketewasan dunia perhh ayat kencang ya itu untuk kau wahai berhati kurang cantik .

Biarlah muka tak cantik/handsome tapi hati cun melecun .

Biarlah kita tiada harta berjuta-juta tapi hati lawa .

Biarlah kita kurang berilmu tapi hati putih melepak .

Biarlah muka hitam sehitam arang tapi hati suci murni .

Senang cerita , jadilah insan biasa yang berhati wangi :)

Alaaaaa rindunya dekat kau , rasyad sayang . bila nak ketemu :(

#Terima kasih Selangor kerana bagi cuti pada hari esok maka tiada class oleh itu keseronokkan bertubi-tubi di hati ini wikiki haha ;p