“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

April 21, 2012

lelah bukan asthma

muka penat aku cemgini lah rupanya. tapi budak ni menang. dia comel. aku jumpa aku bunuh dia haha.
Seminggu sudah berlalu, jadi manusia yang bermandikan keringat dan berpenat lelah itulah 

----> AKU <----

Gaya aku serupa macam janda anak 10orang yang tak sabar menanti gaji masuk.
Dek kerana nak bagi anak-anak yang sepuloh owang itu makan.

Namun, aku tidak lah berjanda. aku tidak lah beranak. "Gaya je".
tolonglah fahamm. -_- ai taknak masuk melodi lagi haha apa kes jah.

belum nak bernafas dengan enak, masa sudah berlari-lari dengan cepatnya.
Mata dah bersinar-sinar kerana gaji hampir masuk. Perghh excited !

KINI,

baru ku tahu bertapa kerja itu sangat memenatkan.

baru ku tahu bertapa seksa jiwa menghadap customer yang pelbagai perangai.

baru ku tahu bertapa susah nak cari duit.

dan..

baru ku tahu ertinya, sakitnya mencengkam dada. malam yang sesepi itu, membuka jalan selebar dunia. pewitt ! kan gua dah ternyanyi lagu AMUK yang rockers itu.

Ikutkan hati aku, hendak sahaja aku balun otak mereka yang bertindak sungguh liar.
membabi buta dan gelopoh tak sabar menunggu giliran. 

Sebagai cashier, memang niat di hati ingin sahaja aku suruh mereka scan barang mereka sendiri dan bungkus guna plastik sendiri yang tersedia ada itu.

Selaku wanita yang lemah, aku seharusnya duduk rileks sambil goyang kaki dan cuci mata lihat jejaka kacak lalu lalang. haha. (banyak cekadak kau)

Namun, peraturan tetap peraturan ! *ayat lawyer ehem*
Seharusnya budak baru belajar seperti aku perlu bertindak seolah-olah anak ayam yang baru menetas dari telur ibunya dan mahu belajar berjalan. *sambil muhasabah diri*

Papajoe pernah berkata pada aku,

"kita tak akan kenal erti hidup selagi kita belum alami kesusahan".

Ikutkan hati memang aku nak cabut baju kerja, kasut, dan lariiiiii balik rumah.
Jiwa memberontak setiap hari weii. Jiwa remaja katakan. Selalu cemgini.
Tapi dalam fikiran, harus ada tujuan yang jitu iaitu aku fikirkan :

DUIT ! DUIT ! DUIT ! $$$$$

Bak kata omputeh " No Money No Talk".

Tiada duit, Tiada shopping. :)

wajah excited lawannya untuk ke kerja.
eh eh tetiba rasa suci bersih baik mulia apabila pakai baju putih dan tudung putih. hihi.
#Menghitung hari demi hari menunggu ketibaan uang tersayang hadir ke dalam account bank. *sambil kembangkan hidung* hihi. Assalamualaikum :D



April 15, 2012

kalau sehari memang sakit.

merenung wajah kesayangan hamba yang jauh di mata namun di hati terlalu dekat bebeno.

kalau sehari tak datang masalah,
boleh tak ?

kata masalah : eh aku punya pasal lah ! yang engkau dok soksek apahal. ini baru dinamakan adventure sebagai manusia. :) banyak soal punya manusia -.-

kalau sehari tak ada orang nak sakitkan hati aku,
boleh tak ?

kata hati : dah memang nasib aku sebagai sekeping hati. mana boleh daku untuk melawan takdir dan ketentuan ilahi.

kalau sehari tak ada orang yang benci aku,
boleh tak ?

kata pembenci : You memang layak dibenci sebab you sangat #%#$@$$^* dan sebab itu ai tersangat lah jealous dan terus membenci You. Lagipun, hobi I memang suka membenci-benci orang. KATA KAU~

kalau sehari tak ada orang yang curi ayat aku buat macam abah dia punya ayat dan tiru segalanya tentang aku,
boleh tak ?

kata ayat : siapa suruh buat ayat macam sasterawan negeri. kan ada ramai kebas buat hak milik kekal. tak gituwww copy paste ? *tangan ke bahu mata pejam sambil keluar air liur basi*

kalau sehari tiada orang mengaibkan aku , mengutuk aku, mencaci aku dan seangkatan dengan ayat hina itu ,
boleh tak ?

kata pengutuk : itulah kerja kami secara part time. nak tambahkan dosa. boleh jadi fan club neraka. KATA KAU~

kalau sehari aku tak online facebook dan twitter,
boleh tak ?

kata aku : jangan risau ! saya tidak menggunakan sesen pun duit anda untuk membayar beruk band saya mahupun laptop saya. sila jaga tepi kain sendiri. itu pun kalau anda pakai kain. sila terasa cepat !

kalau sehari tak ada orang buat aku rindu teruk,
boleh tak ?

kata perindu : sebab hanya awak sahaja dalam ingatan saya. aumm aumm.

hai Achik, sesungguhnya aku amat merindui perutmu. haha k tipu. sesungguhnya aku amat merindui duitmu. ah lagi tipu. yang benar sesungguhnya aku amat merinduimu. :) sila rindu saya balik.

Actually everyone cewah gua berspeaking wei ehem. ai tiada idea untuk update kali ini.
Sumpah ! Ai tak tipu. Otak ai tepu dengan disaluti lemak ternakan buatan sendiri.
Ai update kali ini sahaja nak buat orang terasa. haha tipu lagi. x)


#Esok saya sudah mula berkerja. Cari nafkah untuk suami. hoho itu tipu sahaja. Cari nafkah untuk diri sendiri. Assalamualaikum. :)

April 9, 2012

bernafas dalam kebosanan

Assalamualaikum. tak jawab dosa kalau jawab sayang. :)

update kali ini aku ada tujuan dan niat yang kukuh.

"Sahaja aku update kali ini kerana niat nak buang kebosanan." -Amin-

terima kasih sebab menderita dengan perangai weirdo sengal aku. hihi.

ada dua mamat suruh update lagi. 
katanya "seronok tengok blog aku dan ayat aku". ini pasal kau dan kau, aku terpaksa update. ulang lagi "terpaksa". kalau tak, aku nak bagi blog aku berkulat sampai penghujung bulan mei. haha. *gelak tak ikhlas*

faham tak erti
B O S A N ? *angguk-angguk terpaksa*

BOSAN PERTAMA :
bila aku bangun pagi, aku terus hadap laptop leopard aku. log in facebook & twitter. dengan semangat yang jitu, aku pun scroll down dengan penuh bertenaga, mana lah tahu kot ada informasi yang aku terlepas. pastu, aku tekan home profile home profile sampai lebam jari comel aku.

Tapi tetap bosan menghantui daku. tambahan dengan perasaan HAMPA sebab orang sama yang update status banyak kali dan majoriti status mengenai angkat bakul sendiri. Aku jijik membacanya jadi tekadkan diri terus LOG OUT. 

BOSAN KEDUA :
bila aku bangun pagi-pagi,  aku tengok muka aku dekat cermin berulang-kali. tetap sama. tetap tak berubah. Lantas, aku cakap di hadapan cermin

"Kau sangat Cantik, Norhidayu Juhari". 

Kena confident dengan diri walaupun muka macam batu-bata. Chill sudah. haha.

Namun, aku hairan. puas aku berharap jadi secantik rupawan setiap hari, sekurang-kurangnya jadi macam "Maria Elena Zarul" pun kira okay lah hihi (perasan nak mati) tapi malangnya. aku tetap aku.

terima kasih sebab puji. lain kali puji lagi haha.

tengok bukti itu. aku tak tipu. muka aku dah berubah. bermakna aku bukan suka berangan macam pak jenin or pak kaduk. jyeahh. (over lagi)

BOSAN KETIGA :
bila aku baca novel Fiksyen 302 by Ramlee Awang Murshid, novel itu aku gemari sangat.

Tabik spring buatmu, Ramlee. Novelmu berkarisma. Imaginasimu tinggi.

Dengan tidak sengaja aku terambil novel berlainan perasaan aku. bukan lagi thriller.
Tapi novel Cinta, ulang sekali lagi "NOVEL CINTA". tutptup mata aku rasa macam kena gam gajah apabila menghadap novel sebegitu. menguap berjuta kali wa cakap lu. silap haribulan, terkoyak tisu mulut aku. Mungkin jiwa aku tak seiring dan sejalan dengan novel itu.

Namun, dengan melawan arus godaan bosan yang bertubi-tubi, aku tetap paksa jiwa aku baca. Lastly, aku ambil jalan pintas untuk membaca permulaan dan penghujung cerita. haha.


dan,,


aku pun makin bosan hadap berjam-jam post ini dan mahu fikir apa nak ditaip lepas ini. ingin menyatakan di sini, aku kekurangan idea. Jadi aku buat keputusan untuk menamatkan entry ini dan terus tekan publish. SETTLE !


#Rasa nak termuntah menghadap laptop hari-hari. Inilah nasib seorang penganggur jual anggur. husihh.
Nak cari kerja ! Nak cari kerja !


April 5, 2012

situasiku

ku petik gitar akustik ini , dengan berharap dia mendengar. ewah.

Selamat datang April. Selamat tinggal March.
*lambai-lambai gaya miss world yang kalah teruk*

Seperti biasa, rutin harian aku di rumah adalah menghabiskan beras yang berkapit-kapit dan tidur bila mengantuk ataupun tidur bila-bila. eh suka hati kita lah nak tidur berapa lama, kau sibuk apahal. k emo pula minah ni. cowieee. hihi.

Baru beberapa hari duduk di rumah, aku terus mendapat tentangan hebat oleh bonda tercinta haha ayat nak klasik je puih. bonda menyuruh anakandanya berkerja. -dipaksa. dikerah. disuruh. dan ayat yang sinonim dengan maksud tadi.

Mak: "duduk dekat rumah terperuk dalam bilik. main gitar buruk. lepastu online. apa kata pergi cari kerja boleh belanja mak nanti.hihi"
Aku: "belum cukup nak qa'da tidur. hihi. lagipun,belum sampai seru nak berkerja. lek lu."
Mak: "$%#*&$^$@#!#(&%&" *malas layan*

Namun, disebabkan takmo takmo takmo jadi anak durhaka dan disumpah jadi batu lesum mahupun batu seremban, maka hasrat di hati kini automatik terbuku untuk mendapat duit titik peluh masin sendiri.

Oleh itu, selaku anak budiman yang sejati,
aku perlu membanting tulang dan perlu berpenat lelah demi beri sesuap nasi untuk anak-anak. (ok over)

muka budak ni gangster macam aku kecik dulu-dulu. dialah pewaris aku haha. 

Tujuan aku update blog kali in memang aku tiada tujuan yang jitu. sekadar suka suki duka duki. yang pasti, ayat tunggang-langgang mabuk minum todi selalu terjadi. Idea kali ini sekejap masuk sekejap keluar. lepastu terus beku. Idea kali ini suka main acah-acah. Idea kali ini hm entah lah, susah nak explain. k gedik gila.

Eh sebelum aku terlupa. Eh sebelum aku tamatkan post ini. Eh sebelum idea aku hilang. Eh Eh Eh Eh.

Ribuan terima kasih sedalam pantai desaru buatmu.

Ribuan terima kasih seluas laut danga bay buatmu, Achik.

Sebab bagi cokelat dekat kita. Sebab nak suruh kita gemuk dan bawa lemak ke hulur ke hilir. Sebab nak perhabiskan duit awak. Sebab kita memang kuat makan cokelat. Terima Kasih Daun Keladi, Lain kali Bagi Lagi Banyak *k tutup muka sambil lari 10km haha malu* ~.~

dalam masa sehari, aku bisa habiskan dua cokelat ini.

#Semakin lama berjauhan dengan yang tersayang, Semakin bersarang rindu di hati.
Hipotesis Accepted. One Mark. hoho. kbyee. :)