“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

December 21, 2014

Sepatu



Sesekali aku berasa cemburu nak arwah
dengan spesies perempuan yang cantik gila nak mampus
bila menyarungkan sepatu versi high heels atau wedges
bersama kain ala ala pwincess omputih.

Dan paling menambahkan tahap kecemburuan,
apabila perempuan masih berjalan dengan baik ketika memakai kasut high heels
sekaligus membuatkan mereka kelihatan ayu gitu. (bukan ayu raudhah ok)

Jangan dibilang aku untuk menyarungkannya,
pastinya automatik berjalan gaya robot atau raksasa. (mak mentua tengok terus reject kawkaw)
Itu belum dikira lagi berapa juta kali terlentang terkangkang.
Dan pastinya perjalanan yang sepatutnya diambil 10minit,
akan aku ambil masa 1jam untuk sampai dek kerana kasut high heel yang membunuh tu.

Harap-harap bakal suami akan memahami aku yang-tak-gemar-kasut-tinggi,
semoga kita bersanding di atas pelamin memakai kasut sneakers atau boot ya? (Muah ciked)




December 10, 2014

Malu?


Malu;
bila kau ada ilmu seciput, tapi lagak serupa miliki PhD

Tak tahu malu;
Ilmunya sedikit, tapi berkata sebesar alam.

Memalukan;
Bila dibidas, terus mengelabah cari jawapan.

Sangat memalukan;
Bila pura-pura pandai menjawab, rupanya jawapan jauh menyimpang.

Manusia--
malu bila dianggap tidak tahu apa-apa
malu jika dicop bodoh tuli
lalu mereka memilih untuk melemparkan aksara yang lagaknya konon hebat
berguguran aksara di laman sosial membidas pihak itu pihak ini
semuanya mempertahankan diri menggunakan perisai kata berbisa.

Ah !

Tidak tahu apa-apa, lihat dan dengar sahaja.
Tidak tahu apa-apa, lebih baik diam.

November 29, 2014

Lemah


Perempuan itu lemah,
dan laki-laki tahu tentang itu
tapi mereka tak mempedulikannya
mereka seperti buta tuli.

Sebanyak mana engkau belajar seni pertahankan diri
taekwando, silat, karate, dan segala mak nenek ninja
yang menguatkan engkau,
cuma fizikal cuma luaran sahaja
tapi bahagian dalam
bahagian hati...... ah rapuh gila.

Ah,,
lagaklah serupa jantan sekalipun
tukarlah pakaian seperti lelaki
pasaklah ego tinggi manapun
kasar dan mencarutlah konon ramai akan gerun
itu tak pernah menghapuskan pernyataan ini

"Perempuan itu kaum yang lemah"

Dan, para laki-laki
seharusnya mempertahankan
dan melindungi
bukan menjadikan perempuan
mangsa kerakusan kalian
terutama hal hati.



October 31, 2014

Oktober, tak semanis dulu.


Untuk penghabisan oktober--
aku mahu buat konklusi sedikit.

Ya, oktober kali ini adalah oktober terburuk.

*tumbukmeja*

Untuk menikmati kegembiraan di hari jadi seperti selalu telah menjadi hal paling malang.
Segala angan-angan telah dibantutkan dengan begitu pantas.
Kerna kau telah diperukkan di dalam hutan untuk Kem BTN.
Segala mak nenek laman sosial tidak dapat buka.
Bukan sahaja line internet tak dapat diconnect,
malahan line maxis durjana juga tak mahu berbakti pada aku ketika itu.
Jadi berterbanganlah free call yang selalu aku nikmati di oktober yang lalu.

Yang paling sadis,
Segala wish dari laman sosial whatsapp-wechat-twitter-facebook (acah hot sikit)
dari rakan-rakan terpaksa ditunda reply ke hari penghabisan kem.
Jadi kau hanya bisa menatap skrin handphone tanpa sebarang coverage.
Perasaan ketika itu? STRESS bercampur gaul dengan SEDIH.

Ya, oktober kali ini tak semanis dulu.

20/10-
Hari jadi yang tak indah.

October 29, 2014

Tolong simpankan ya?



Tuhan--
saat aku tak punya cinta ini,
saat aku sedang mengejar cita-citaku ini,
saat aku berusaha menunaikan hasrat orang tuaku,
mohon-- tolong simpankan aku,
seorang lelaki,
yang baik dari segi hatinya,
yang mampu mencintai kekurangan aku.

Dan bila tiba seru itu,
dan bila tiba jodohku,
kau pertemukanlah
aku dan si dia
dengan cara yang halal
dengan cinta yang kekal.
--Moga sampai ke syurga-MU.

Kekurangan itu.



"Apa kekurangan kamu?"

"Aku tak suka berkongsi masalah dengan orang lain"


Untuk apa aku perlu kongsi masalah dengan orang lain
dan pada akhirnya mereka cuma berlakon mendengar segala luahanku
mereka berpura-pura prihatin pada aku
lalu mencanang pada semua tentang kecelaan aku.

Dan pada bila aku memberi kepercayaan pada seseorang
dengan harapan yang mereka mampu memikul dengan baik
lalu dengan perlahan-lahan
mereka menikam dan membunuh kepercayaan aku.

Jadi, biarlah masalah yang himpap aku ini
masalah yang datang tak diundang ini
aku telan dan hadam sendiri.

Selagi kudrat aku masih bernyawa,
selagi anggota badanku masih sempurna,
selagi daya ingatan ku masih bisa beroperasi dengan baik,
aku akan selesaikan masalah itu sendiri,

dan buat apa aku perlu gentar?
--Aku masih ada Tuhan aku.

September 24, 2014

Realiti dunia tak adil


Aku jenis yang suka memerhati
pusing kiri kanan
gelak ketawa masam mencuka
aku hadam setiap watak.

Dan, pada suatu masa kau akan rasa
eh dunia ni dah makin tak adil.
tidak adil tidak adil bagikuuuuuu~
kau akan rasa fed up dengan isi dunia yang entah pape.

Keutamaan diberi pada manusia
yang berwajah cantik
harta bersepah
dan punya nama yang dikenali manusia.

Kau bodoh tapi kau ada pakej menarik,
kau diterima dan disukai.
Kau tak cantik dan bodoh,
di'reject' mentah-mentah.
Kau pandai dan tak cantik,
hm masih dipertimbangkan.
Kau kaya dan cantik,
lagi diterima siap dijunjung dipuji sampai kembang bontot bila dipuji.
Kau famous tapi tak cantik,
orang masih puji kau cantik.

Habis orang yang biasa-biasa macam aku?
Haruslah dipandang sepi.

Ya, realiti dunia tak adil.

September 12, 2014

Tak punya apa-apa


Engkau wajib tahu;
aku tak punya apa-apa yang menarik untuk dibanggakan
aku tak punya rupa yang menawan untuk kau tatap setiap masa
aku tak punya harta yang bisa berikan kau segalanya

cuma kalau-kalau kau tak pentingkan itu semua;
akan aku beri sekeping hatiku secara percuma
dan jikalau harta kepunyaanku yang satu itu
retak
terluka
berdarah teruk

pulanglah segera padaku
dan aku maafkan kau.

cuma, jangan sesekali kembali lagi
lalu meminta hati ini.




July 9, 2014

Tak cantik

Tak cantik--


Kau tak perlu lagi jadi tatapan

Kau tak perlu show off wajah

untuk raih berjuta like

untuk raih berjuta followers
Bila kau post apa-apa
Semua buat bodoh tuli

Semua dok kata belakang
Bila kau post gambar selfie
Orang kata "Tak lawa takpayah nak selfie doh"

Silap haribulan selfie kau dibuat 9GAG.



Sebab kau tak cantik--



Dan gegadis yang cantik,

mula berkata sinis ;--

"Eh aku lagi cantik"

Mula perlekehkan yang tak cantik

setiap inci dikritik yang tak cantik

oh lupa, orang cantik itu --kan malaikat.



MULUT PUAKA

PERANGAI CELAKA,

MUKA CANTIK MASIH ORANG SUKA.

Yang suka itu pun semuanya otak tak centre.

sebab pandang pada wajah semata-mata.



Perempuan cantik--

wajah cantik bukan tiket untuk perlekehkan orang lain

bersyukurlah sebelum Tuhan
tarik nikmat engkau

dalam sekelip mata.






May 23, 2014

Jarak jauh


Cinta jarak jauh?

*korek hidung*

*calit bawah meja*

"Kau tak rasa ke dia ada spare orang lain?"

"Weh tak akan lah dia tak terpikat dekat mana-mana awek yang lagi cun melecun
daripada kau yang tak berapa nak cun ni"

"Carilah yang dekat-dekat. Boleh lah selalu dating"

"Alaa sekejap je dia setia. Lepas ni confirm dia berubah hati"

Bertubi-tubi soalan berlegar-legar di rumah minda
menjahanamkan sekeping hati.

Kau lihat di luar sana,
berapa sahaja cinta jarak jauh berjaya diakhiri dengan perkahwinan?
Kau boleh bilang dengan jari kaki.
Tak cukup? boleh guna kaki aku.

Manusia sangat licik. Lebih gemar bermain dengan perasaan.
Kau sangka dia setia, rupanya dialah kekasih paling durjana.

Check handphone? Tak diberi. Siap ada password.
Call? Sekejap sahaja. Tak sempat nak bernafas panjang.
Jumpa? Jarang sekali.
Perkataan sayang? Lagi kelaut.
Janji-janji? Hancur lebur.

Hati-hati--
sebab terlalu percaya, kau sengsara
sebab terlalu sayang, kau merana.

Cinta jarak jauh lebih manis
jika masing-masing memandu kesetiaan
ke mana sahaja jalan yang dituju.



May 4, 2014

Kalau kita dah halal



"Kalau kita sudah halal, kan bagus"

Kalau kita dah halal,
kita boleh berpimpin tangan
sambil kau merangkul pinggangku
aku sandar di bahu bidangmu
dan kita berbalasan senyuman nakal
kita boleh buat apa sahaja yang kita suka
saat itu, dosa tidak lagi melekat.

Kalau kita dah halal,
kita boleh keluar sehingga larut malam
kita boleh lepak kedai mamak tengok bola
kita boleh nonton wayang cerita romantik
tak perlu dirisau lagi oleh ibu bapa
kerna kau ada, sebagai penyelamat aku.

Kalau kita dah halal,
kita tidak perlu lagi menghadap rindu
yang menjajah setiap malam-malam kita.
yang meratah setiap malam-malam kita.

kerna, kita sudah pun menjadi halal.

Tapi, satu hari nanti. In shaa Allah.
Aku tunggu arjuna tanpa nama-ku.


April 30, 2014

Kembali pada Tuhan


Saat duka itu--
aku cari peneman
untuk aku luahkan setiap yang tersirat
aku cari peneman
untuk aku bongkarkan segala lara
aku cari peneman
untuk mendengar segala rintihan yang bermaharajalela penuh celaka
agar aku tenang kembali
agar aku bisa senyum tidak lagi plastik.
tapi
aku tak ketemui.
manusia terlalu sibuk dengan hal duniawi
mereka tidak punya masa untuk aku.

"Ah, tidak mengapa. Aku faham"

Akhirnya,
aku tersedar.
Aku masih punya Tuhan
Dia barangkali tidak mengatakan iya
seperti manusia.
Dia barangkali tidak membalas responku
seperti manusia.
tapi
Dia maha mendengar
segala rintihan aku.

Terima kasih, Tuhan.


April 25, 2014

Bukan Perempuan Kegemaran.



Aku bukan perempuan kegemaran
persis gadis-gadis lain,
berwajah putih gebu bedak tebal 15inci
bercontact lens warna warni
berlipstik merah
berkasut tumit tinggi stiletto merah 4inci,
Aku cuma gadis biasa-biasa
berkasut flat
bermata besar hitam ciptaan Tuhan
berseluar jeans lusuh
dan berbaju cap ayam.

Aku bukan perempuan kegemaran
yang wajahnya sentiasa menjadi kegilaan
dilambung segala puji-pujian
dijadikan model di keratan majalah
dikenali di celah mana-mana,
Aku cuma gadis biasa-biasa
yang tidak dikenali sesiapa
apabila terserempak di tepi jalan, tiada yang menyapa
kerna aku lebih terbiasa
dihalimunankan.

Tapi aku yakin pada Tuhan,
akan ada satu masa kelak
sang arjuna yang benar-benar menyayangi aku
hadir dalam hidupku

lalu mengatakan;

"Aku Cinta Padamu, Perempuan Kegemaranku"


-Aku benar-benar tunggu saat itu



April 15, 2014

Sado ke tak?


Mata gua makin nakal
Pemikiran gua makin liar tertumpu pada badan abang sado.
Gua impikan juga lelaki badan ala-ala The Rock
apabila gua dah tak larat berjalan
akan ada yang mendukung sebijik princess omputih
apabila gua memerlukan khidmat bantal ketika ketiadaan bantal
akan ada yang mendakap penuh erat dengan berbekal enam kotak di perut.

Bila gua fikir-fikir,
lelaki berbadan sado tapi hati serupa bangkai buat apa.
lelaki berbadan sado tapi tak boleh buat gua bahagia nak buat apa.

Bila gua fikir-fikir,
bila lelaki gua berbadan sado, pasti perempuan lain menggedik menatap
dan meratah gambarnya hingga seantero dunia.
maka kecemburuan tahap syaitan aku akan membara.

Bila gua fikir-fikir,
bila lelaki gua berbadan sado akan habiskan masa di gym
dan gua akan terabai keseorangan serupa janda mati laki 20 kali.

Jadi, gua cancel abang sado.
Gua pilih laki maskulin.

Yang penting, bukan macam Remy Ishak. (Bangla Malaysia)


April 1, 2014

Lelaki-lelaki


"Lelaki perlu dihargai juga"

Aku benar-benar kagum dengan jiwa kental lelaki;
diasak bertubi-tubi
dimaki dikeji nista berulangkali
diseksa bertalu-talu
masih kekal menjadi lelaki sejati.

Cuma wanita jarang menghargai
lelaki yang masih menjadi lelaki
untuk perempuan yang dia sayang.

Cuma wanita jarang tempatkan diri mereka
di posisi lelaki,
dalam hati lelaki,
dalam perasaan lelaki.

Sebab perempuan
sering-gemar-obses memikirkan perasaan sendiri
hingga lempiaskan segala jijik pada lelaki.

Kasihan pada lelaki-lelaki.
Menjadi pendengar segala maki durjana mulut wanita
masih kekal membisu;
sedikit tak bersuara;
tahan barannya;
mencampak egonya;
demi perempuan kesayangan.

Moga-moga nanti lelaki-lelaki diluar sana
akan dihadirkan Tuhan,
perempuan yang benar-benar menghargai kalian.


Takut



Kalau-kalau aku sayang gila babi dekat kau,
tiba-tiba kau selingkuh di belakangku;
aku jadi sedih.

Kalau-kalau aku sayang sepenuh hati pada kau,
tiba-tiba kau hilang dan pergi;
aku jadi sedih.

Aku takut nak sayang sesiapa begitu mendalam.

Sebab;
Aku takut kehilangan
orang-orang yang kusayang.

March 28, 2014

Persetankan



Dari sudut mata manusia
aku ini berbeza-beza
yang jelik katanya
yang kasar katanya
yang gila otaknya
yang ayu katanya

Dari sudut mata manusia
mereka gemar berspekulasi
mereka gemar bermain lidah
andaiannya berwarna warni
pelbagai perencah tokok tambah
menyedapkan lagi cerita
mengenai aku
mengenai hidupku

Persetankan---
hidup aku bukan ditakdirkan pada kata-kata durjanamu,
hidup aku bukan ditulis dengan kata-kata kejimu.
dan, engkau bukan Tuhan.

Aku malas,
nak ambil pusing dengan manusia
yang membenciku
yang tidak henti-henti sakitiku
yang pura-pura mulia di depanku

Dua perkataan;
PERGI MATI.










March 22, 2014

Mimpi manis



Pada malam itu,
aku sengaja merebahkan diri
pada waktu yang masih muda
agar mempercepatkan proses lenaku,
Di atas kamar empuk,
automatik minda berlari-lari penuh angan.
membikin aku meronta-ronta idamkan mimpi manis.

Dalam mimpi manis itu;
ada
engkau
dan
aku.

Kita saling berpandangan mata
seakan lagu mohabbatein menjadi background music,.
Kau sebagai Shah Rukh khan
dan aku sebagai Aishwarya Rai;

Kita tidak berbicara walau sepatah pun,
Kita saling berbalas-balasan senyuman
Ya, senyuman kau yang ku gila-kan-nak-mati itu.
Semakin lama kita bertentangan mata,
semakin nakal reaksi senyuman kita.


Dan,,
Alarm celaka membantutkan mimpi manisku.

Oh Tuhan,
ku mahu lagi nikmat itu.





March 20, 2014

Bukan pilihanmu


Aku sedang belajar
mengali alasan-alasan munasabah
agar aku bisa mengenali kau begitu akrab
agar aku bisa dijadikan teman suka duka kau
Aku tak tahu celah mana hatiku tertarik begitu pantas
pada jantan spesies kau. pada cara kau layaniku.

Ironinya, cemburu itu terlalu makin membuak-buak gediknya
tatkala perempuan-perempuan lain mesra dengan kau.

Aku tahu aku bukan pilihan kau,
Aku tahu aku bukan yang terbaik,
jika dibandingkan aku dengan para gadis lain
pastinya aku orang pertama yang akan tewas dan angkat panji putih.

Eh ! aku sebenarnya perlu sedar diri;
aku bagaikan gagak hitam yang hodoh
kau bagaikan merak tampan disukai ramai

Seandainya paras rupa tidak kau lihat,
seandainya kecelaanku tidak kau hiraukan,
Izinkan aku menjadi manusia yang dapat membahagiakan kau selalu?

Kerna aku pasti tentang itu.






March 10, 2014

Kembalilah, MH370.


MH370,
seluruh rakyat menanti kepulanganmu
walau bagaimana kondisi kau
kami hanya mahu satu;
--PULANGLAH.

Doa-doa dipohon,
tak pernah jemu,
Tuhan jangan hampakan kami,
mereka masih ada anak
mereka masih ada isteri
mereka masih ada keluarga
yang menanti siang malam
yang tidak lena tidurnya
yang tidak kenyang makannya
demi menunggu kepulangan yang tersayang.

Tuhanku,
Jika benar mereka masih hidup,
kembalikanlah mereka ke pangkuan keluarga.
Jika benar mereka sudah tiada,
tunjukkanlah di mana mayat dan kuburnya.

Pulanglah, MH370.
Kami menanti setiap hari
bersama doa-doa yang mengiringi.

#PRAYFORMH370





March 9, 2014

Hati penat


Pernah kau rasa apa yang aku rasa?
Di satu saat,
kau rasa hati kau terlalu penat
kau rasa hati kau terlalu sakit
untuk lalui hari-hari mendatang.

Apabila kau mengharapkan bunga
yang disiram dan dijaga rapi itu tumbuh dengan mekar
tapi harapan kau terbantut dek perbuatan manusia durjana.

Tiba masanya aku berhenti
mematikan langkah
menghapuskan perasaan
yang sedang bermaharajalela
menapak dalam palung hati.
Aku terlalu banyak derhaka pada hati
Aku terlalu banyak perdajalkan hati

Sudahlah, hati aku penat
mengharungi hal-hal celaka.

Izinkan aku berehat untuk jangka masa yang panjang
Aku juga ingin bahagia seperti yang lain.

February 24, 2014

Aku faham kau.




Rata-ratanya semua bisa berbicara

"Ya, aku faham kau"

Kata-kata seumpama itu
ibarat memenggalkan perasaanku
ibarat memijak hati kecil ku

Kata-kata seumpama itu
tak layak dihembuskan
tak layak diluahkan
bila mana kau sendiri tak merasai
perit menjadi aku
susah menjadi aku
sakit menjadi aku

Cuba kau sarung kasut hidupku
Cuba kau sarung pakaian hidupku,
kau lalui semuanya berkaitan aku,
saat dan ketika itu,
kau benar-benar layak mengatakan "Aku faham kau" kepadaku.

Jika tidak,
lebih baik kau diam dan berlalu pergi.


February 20, 2014

Keakuanku


Aku
memakukan diri
di hadapan cermin
berjam-jam
menatap tepat bebola mata
membelek wajah diri
namun keluhan yang didengari

Aku
selalu berharap
bila ku bangkit dari tidur
bila ku merenung matahari pagi
wajahku bertukar jelita
seperti gadis-gadis lain

Aku
seringkali menjahanamkan hati sendiri
seringkali derhaka pada jiwa
seringkali membandingkan diri
dengan gadis-gadis lain
sehingga aku terasa cela.

Aku
perlu mengenali syukur
perlu belajar hargai
meskipun dicela dan dihina
aku masih punyai Tuhan.




February 16, 2014

Sebenarnya rindu


Kalau kita selalu bertengkar,
bila masa kita nak tanya khabar.
Kalau kita selalu bertengkar,
bila masa kita nak rindu-rindu.
Kalau kita selalu bertengkar,
bila masa kita nak cakap hal masa depan kita.

Ego menyelebungi diri
prasangka jahat mula membisik
hal remeh temeh dipertaruhkan
hal seciput diperbesarkan
mulalah tuduh menuduh
siapa salah siapa benar.
masing-masing tak mengalah.

haihh.

Sebenarnya kita ini terlalu rindu
untuk bersua muka,
Sebenarnya kita ini terlalu rindu
untuk gelak sama-sama
Sebenarnya kita ini terlalu rindu
pada kita yang manis.

Dan sebenarnya,
kita terlalu rindu untuk bersayang-sayang seperti dulu.

February 15, 2014

Biasalah perempuan


Biasalah perempuan,
hal yang seciput pun nak dibesar-besarkan.
hal yang sebesar zarah pun nak diungkitkan.
apatah lagi hal yang remeh temeh pun nak difikirkan.
Nyah kau tidur terus tak lena, mandi terus tak basah.

Biasalah perempuan,
kalau sensitifnya kadang sampai meluat sampai pening kepala.
baru cakap sikit dah bertakung airmata.
baru cakap sikit sentap sampai 2354284 hari.
bukan minta simpati tapi itu semula jadi.

Biasalah perempuan,
suka pada kecantikan.
bukan nak show off pakaian yang ada atau jenis kosmetik yang dipakai.
sekadar mahu kelihatan confident di hadapan khalayak ramai.

Biasalah perempuan,
memang suka bercakap.
benda yang tahun lepas punya hal pun nak diceritakan.
bukan sebab dia bebal cakap perkara yang sama.
sebab itu jenis dia. nak buat lagu mana lagi dah.

Biasalah perempuan,
lagaknya serupa gangster.
muka kerek ditampalkan acah-acah samseng jalanan.
katanya bernada kasar.
cuba dijentik hatinya lalu berguguran airmata.

Biasalah perempuan,
lelaki kenalah faham ya.

February 14, 2014

Engkau


Sepasang matamu
Segumpal hatimu
Senyuman manismu
membuat aku tenggelam lemas ke dasar paling dalam
merembat segala kesunyian diri
menyentuh hati yang sepi

Engkau;
Jangan tinggal ku lama-lama
Jangan pergi tanpa berita
hati ku terlalu suka
pada semua hal-hal kaitan kau.

Engkau;
teruslah kekal denganku
sampai tua
sampai mati.

Janji?

January 11, 2014

Perbandingan.




Setiap kali memerhati
manusia-manusia di sekeliling
aku lebih tertarik memandang
rupa seseorang daripada wataknya.

Dan,
aku lihat diri aku.
aku lihat dirinya balik
Dari atas ke bawah.
"Dia cantik, dia putih, dia slim, dia pandai, kenapa aku tak seperti dia?"
*kesat hingus*

Aku tak faham diri aku,
dan aku juga tak pinta jadi begini;
Apakah perasaan ini perempuan lain turut merasakan?
Atau hanya aku yang sedikit pelik?

Jenis aku--
sering membandingkan orang lain
dengan diri sendiri
setiap inci dilihat penuh teliti
apa yang si polan itu ada, pasti aku tiada.
sehingga terasa diri berasa kerdil.
sehingga terasa rendahnya diri ini.
Seakan Tuhan benar-benar tidak adil padaku.

Cemburu
Stress
Sedih
emosi mula bergabung mengikut rentak
memperjahanamkan setiap rasa hati.
Situasi kalah menang dalam perbandingan
membikinkan hati tak tenang.

Ah persetankan semua.
Sekarang, sudah tiba masanya
aku buang jauh segala sikap ini.
Itu pun kalau boleh.

Comparison is the thief of joy.
Be Yourself.




January 5, 2014

Move on.





Sakit yang dialami,
bila perasaan kau perdajalkan diri kau
menyukai orang yang sudah berpunya.
Mengharap sampai ke sudah.

Move on.

Perit yang dialami
bila kau diam-diam tersuka
dan menyimpan perasaan
pada kekasih kawan kau.

Move on.

Pedih mencengkam
merobek hati
apabila kekasih kau berpaling tadah
menyukai seseorang
dalam senyap
dalam diam.

Move on.

Sedih yang dialami
apabila orang yang disukai
menolak mentah-mentah
cinta yang kau beri.

Move on.

Semua orang boleh cakap "Move on lah wei"
Balas aku "Diam. Kau tak rasa apa-apa !"
Yang dialami? Yang merasa?
Seksa nak mati
mahu melupakan hal-hal lahanat itu.
Bukan semudah. Bukan.

Ayuh;

Bangun

Kesat airmata

Senyum

Lari sekuat hati
Tinggalkan sisa-sisa luka

Dan, jangan sesekali toleh belakang.
Kau pasti tak terluka lagi.

Aku yakin itu.



January 3, 2014

Tak mempedulikan



Dalam waktu kau dijahanamkan,
berapa ramai manusia di sisi
duduk bersama
kesat airmata
hulurkan tangan
pinjamkan bahu?

Satu?
Dua?
Tiga?

Itu pun kalau ada.

Dalam waktu kau disampahkan,
berapa ramai manusia yang hilang
tinggal kau kesepian
tinggal kau menanggung perit
tinggal kau terkontang kanting?

Semua orang boleh gelarkan kau 'kawan',
baru jumpa tepi jalan terus kata kau 'kawan'
baru berchat di facebook terus kata kau 'kawan'
tapi makna kawan tak semua faham
tak semua khatam dengan mendalam.

Banyak manusia plastik berkeliaran
Banyak manusia berhati bangkai bersepah
mengambil kesempatan
kau kaya
kau terkenal
kau berjaya
datang menerpa lalu gelarkan kau 'kawan'.

Saat kau susah?
Saat kau buntu pertolongan?
Saat kau hauskan kasih seorang kawan?
Suara terus tak kedengaran
Kelibat tak pernah nampak.
Hilang dan terus lenyap.

Memang bangsat
kalau-kalau aku punya kawan
seperti itu.








January 2, 2014

Buku baru.


Merengkok nadiku
Sendu hatiku
bila mengenangkan kepahitan celaka tahun lepas.
saat disampahkan
saat dilukakan
saat dihina
saat dijahanamkan.

tapi Tuhan itu masih sayang,
dia tetap berikan aku kenangan manis.
Ya, manis sepertiku. (mohon jangan ada yang muntah)

Dua puluh satu empat;

selamat datang.
sudah datang menapak di bumi.

Hal-hal sial di tahun 2013 tak perlu ditangisi.
Meraung melalak tak guna lagi. Lekaslah kesat segala hingus dan airmata.
Yang lepas biarkan terus hanyut dibawa masa.

Jadi, azam bertingkek-tingkek perlu dipahatkan
terpulanglah di dinding atau dahi agar tak lupa untuk mengingatinya.

"Ah, azam tahun lepas pun belum tercapai. ini kan pula azam baru" *korek hidung*

2014;
Jangan jatuh saat dihimpap celaka bertubi-tubi
teruskanlah kuatkan hati agar tak tumbang kelak nanti.

Jadilah perempuan perkasa untuk selamanya.