“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

May 19, 2012

Aku punya cerita

telah ku nyanyikan kau lagu rindu~ lalala~

Bercakap diri sendiri di cermin bukan tandanya kita gila tapi tandanya kita cuba yakinkan diri sendiri. kau puji diri kau di cermin wahlal wajah kau tidak lah persis maria elena.

Sekali sekala cuba engkau tengok otot di badan engkau. Meskipun tidak berketul dan bersix pack. Namun, badan itulah untuk hadapi hari akan datang.

Dan cuba rasa dengupan jantung engkau. Berdenyut laju dupdapdupdap. lalu hati ini juga yang akan terus tabah hadapi hari yang penuh berliku.

Assalamualaikum pembuka bicara. eceh ayat penuh kesopanan dan kesusilaan. ehem. *cough+kahak*

BE STRONG SKILLS FOR LIFE.

Seperti biasa. gambar syok sendiri harus ada melekat di entri.#PerkaraBiasa 
Tak suka ? Ya udahlah. lain kali aku letak gambar Datuk K okay. ah persetankan sahaja.

Aku ada cerita. Dan sebenarnya dah basi. 
Kalau makan, sudah tentu sakit perut. lalu cirit birit.

Dan sebenarnya aku rindu. oh oh ~*yuna*

Dan sebenarnya aku sahaja nak update entri. Sekadar menyatakan aku masih hidup di alam maya ini. *sambil lambai-lambai* cewah. ayat macam pemes je kau ni yuyu.

Semenjak bergelar seorang pekerja, 
lantas facebook , twitter dan blog ditinggalkan terabai serabai kbai. Kasihan aku lihat penuh dengan kulat. 

Menunggu ketibaan ijazah bulan September, haruslah menikmati hari sakit badan sakit bontot sakit tumit sakit hati lalu sakit jiwa iaitu berkerja dari pagi sampai ke malam.

Selaku anak Malaysia, saya tidak boleh mengundi lagi bulan JUN ini. *eh apasal lari topik pula*

Selaku rakyat Malaysia, lemak di bahagian bontot makin menjadi-jadi. Saya nak sedekah pada sesiapa yang sudi *ah apahal aku asyik lari topik ni je* ah malas nak delete. hihi.

Selaku peminat Manchester United, saya tabah hadapi ketidakmenangan MU untuk tahun ni. 
Tahun depan kemenangan milik kita. #Glory Glory MU.

Selaku pekerja, tidak sabar menunggu gaji meskipun belum lagi cukup bulan. $$$

Selaku hamba Allah, marilah sokong Save For Palestin :D

Selaku manusia, terus sabar akan pembenci yang membenci. 

Maaf atas kelewatan entri untuk bulan ini.
Entri menyusul akan datang tentang photoshoot saya di tempat yang cantik.
Salam sayang buat lelaki kacak. <--ayat gatal kemain yuyu ni. haha. 

Salam 1Malaysia. :)


#Tak sabar nak puasa. Tak sabar nak raya. Tak sabar nak sambung degree.




May 6, 2012

secebis memori

hari terakhir haruslah bergambar. meskipun dengan signboard itu tehee.

Hari-hari aku rindu. *belek-belek gambar*

Aku cuba hentikan keluhan. Setiap hari rasa nak lari dalam bilik, kurungkan diri dan duduk di hujung penjuru bilik lalu menangis. Tapi itu bukan aku.

*apasal ayat aku sedikit dramatis.*

*korek hidung*

Setahun bersama. Mungkin macam sekejap. Tapi hakikatnya lama wooo.
Tolong faham perasan aku apabila aku mengatakan ayat "woo".
Maknanya, nak lalui satu saat pun engkau akan rasa ..

keperitan.

kesengsaraan.

kesakitan.

Menghadap assignment dan test setiap minggu yang tak pernah jemu mengodai.

Malam examnya pasti tak tidur. Seteguk air nescafe kadangkala dua tiga gelas sekali minum agar tidak terlelap ketika study. Balik dari exam, yang pastinya tidur tak ingat dunia. qa'da tidur akibat tak tidur seharian. Hebat bukan penangan student asasi undang-undang.

Itulah kehidupan pelajar Universiti.

Untuk memuatkan cerita aku, lalu aku dipertemukan dengan 32 manusia yang hebat belaka.
*angkat-angkat kening*
LWA01E itulah nama class aku sem pertama. LWA02E untuk semester kedua.

Setahun dengan mereka. Banyak sangat kenangan manis. Tidak sabar mahu ceritain kepada anak-anak apabila sudah punyai anak hasil perkahwinan dengan anak raja. #Eh.
*sawan saya sudah mari. persetankan*

Dalam class, yang pastinya aku mencintai Nurul Ziehan. ore kelate. Masalah dia akan serap dalam otak aku. Masalah aku akan serap otak dia. Dalam class, kami sering berwebcam. Bila markah huru hara, mula kami mengelabah sardin. #PerkaraBiasa.

Tidak lupa juga buat Syafiqah Ainaa. Yang sering bersama denganku menuju ke class.
Ya, terima kasih sahabat pinjamkan kegembiraan untuk setahun.

sayang ainaa dan zie :*
Yang keduanya, kekasih hati yang bernama Siti Zhafirah. Selalu buat bising dan acap kali ditegur kerana kelancangan berkata-kata. Namun, Dialah tempat aku lepaskan kentut, lepaskan sedawa, lepaskan kemarahan dan segalanya. Dia sahabat baik aku dari awal MDS sampai sekarang. :*

Di mana kan ku cari ganti ~ *mainkan lagu P.Ramlee*

"Kami The Hotters"- sayang fyra tembam lebih :*
Buat teman yang lain, tidak juga ketinggalan untuk bertakhta di hati ini. Selamat segalanya dari semua segi. Terutama dari aspek pelajaran mahupun cinta. Semoga berjaya akhirnya teman-teman ,MY ELIMINATORS.

i'm diva diapit oleh 3jejaka dan 3gadis. *lambai-lambai tangan*
sayang persahabatan kita semua :*

bersama emon kesayangan. 
#Rindu adik saya yang sudah pergi ke Mersing sempena PLKN. Berkhidmat demi Negara. Baik-baik ya adikku sayang. Kakakmu yang comel ini merinduimu. :)

May 1, 2012

Baik Punyerrrr~

ini aku masa kecik. eh apasal muka aku macam omputih. ni camera pentipu ! hihi.

HAI MAY :) *lambai-lambai tangan*

Eh cepat bebenau masa berlalu meninggalkan kita. sedar tak sedar, sudah sepurnama aku perhabiskan cuti asasi dengan begitu sahaja. Like a Boss *sambil silang kaki*

Ehem. 
Assalamualaikum wahai penduduk seantero dunia.

Pokoknya, baru kali ini gue bisa untuk mencoretkan kisah hidup gue. Hal ini kerana, setiap masa gue dihimpit dengan kesibukkan bertubi-tubi. ya bisa aja gue katakan gue tergolong dalam kategori "busywomen" ehem.

Akarnya, aku pun enggak tahu kok kenapa sih secara tiba-tiba aku ngomong dalam bahasa indon ya bapak-bapak ibuk-ibuk.

Yang benar aku baru sahaja mengetahui keputusan final exam yang sedang heboh di laman sosial. update status tidak pernah lekang. ada yang siap beritahu pointer dapat berapa. persetankan itu.

Mulanya khabar di hati cuak nyata turut beribu sesalan. Namun, ku panjatkan doa terhadap ILAHI. Mahu tak mahu, terpaksa jua aku buka email untuk tahu keputusannya.

"Ya Allah, Alhamdulilah" 


Akhirnya, aku berjaya dapat result yang baik punyer. *gaya dafi aww*

Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal itu yang diutamakan.

THERE IS A WILL, THERE IS A WAY.

Pasal kerja, persetankan sahaja. hati tak tenang berkerja di situ.

Didengki manusia yang tidak pernah kenal erti kepuasan. apa masalah yang aku bikin sampai aku di dengki dan di benci. dari zaman sekolah hingga ke sekarang tak pernah sudah. mungkin wajahku ala ala persis mutiara haha *gelak terbalik terbahak hakhak*. hm sabar jelah yu oii :)

muka inesen jangan disangka tenang selalu. kadangkala baranya lebih hebat dari api aumm.
#hai ! background and header baru sempena bulan mei. aww. simple macam aku. aku suka sebab hasil usaha sendiri lagipun tak sarat. no blink-blink no glitter yang bisa bikin seksa mata sendiri. *puji diri sendiri* hihi biaq pi lah. bye.