“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

September 21, 2012

Rindu tak terhenti.

Salam didahulukan. Rindu terhadap blog akhirnya dapat dileraikan. Bukan mukadimmah berhias ingin disampaikan. cukup pengubat rindu di kala kesepian. entah kenapa hati ini begitu rindu. rindu bersarang di seluruh hati. melengkapi jiwa berteman lagu sedih.

Satu hari...
Dua hari...
Tiga hari....
dihitung dengan jari. namun harus ku pasrah kini, ia sudah tiga minggu lebih berlalu pergi. Sememangnya aku rindu pada seluruh penghuni rumah Johor Bahruku. Harap mereka sejahtera. Harap mereka dilindungi oleh Allah. Harap mereka tahu yang aku teramat rindu.



"Siapa suka berjauhan dengan keluarga ?"
*geleng-geleng kepala*

Bertapa susah hidup bila berjauhan. Berdikari cari makan sendiri. Berjalan kaki berteduh di bawah pokok akibat terik matahari. Tiada kereta. Tiada motor. Hanya bas menjadi sasaran utama. Kasihan.

Acapkali niat ingin terbang ke selatan, tapi fikir berjuta kali untuk membuat keputusan. Fikirkan masa. Fikirkan wang. Fikirkan rindu. Fikirkan keselamatan. Bila difikirkan macam-macam, justeru masalah terus menghimpap. Keji.

Rindu aku masih boleh dikawal. tidaklah aku menangis meraung meminta ayah mak datang segera. tidak juga aku bunuh diri kerana rindu pada mereka setengah mati. otakku masih waras. mindaku masih cergas.

Hidup di sini bukanlah tidak hebat. tapi jauh hebat berada di rumah sendiri. cukup segalanya. di sini, aku terpaksa teroka sendiri. ibarat perantau. jika sesat jalan, aku cari jalan keluar sendiri. perlukan gps tapi tak membantu langsung. Hina. Tak perlu diperkatakan lagi, di sini jauh perjalanannya. Luas pemandangannya. Sakit kaki kuku ku berjalan. Menderita.

pemandangan dari tingkap bilik. sangat teruja.

Bertemankan kesejukkan dari gunung buat malam hariku menjadi sayu.
Tambahkan lagi lagu-lagu sedih dalam jiwa. Cedih.
Rindu Mak. Rindu Ayah. Rindu Kak Long. Rindu Adik.

"Jika perasaan rindu ini benar-benar mengujiku, maka perasaan rindu ini benar-benar membuatku mengenali erti hargai dan kasih sayang yang abadi"- AnakPapaJoe-


Rindu ini membunuhkuuuuuuuuuu~ T.T

*INFO TAMBAHAN*
"Aku belajar di UPSI iaiti Universiti Pendidikan. Tapi aku bukan bakal cikgu. Course aku bukan pendidikan maka apabila tamat belajar, aku digelar Engineer bukan Cikgu. :) InsyaAllah."

*MASIH BELAJAR UNTUK MENDAKI TANGGA KEJAYAAN*

September 9, 2012

Minggu Suai Kenal.

Berakhir sudah kepenatan tidak tidur nyenyak. Berakhir sudah kekelamkabutan kerana mengejar masa. Berakhir sudah berebut bas dengan para pelajar yang lain sehingga terpijak kain dan kasut orang hehe. Berakhir sudah bangun pagi seawal jam 5. Berakhir sudah Orientasi MSK (Minggu Suai Kenal) 2012/2013.

sebelum nak mendaftar, haruslah bergambar. muka haruslah suci berseri-seri. cukuplah eyeliner sebagai penyeri.
Permulaan berada di UPSI, hati berkata "besar gila tempat ni woii". Hasrat ingin berjalan kaki ke kampus agar dapat menguruskan badan serta meletupkan lemak harus dilupakan. Yakni belum sampai ke destinasinya, yang pasti tumit lutut dan kuku kakiku merekah hingga tiada serupa kaki. Yang harus kalian tahu rumah saya menghadap depan gunung yang diselaputi awan serta berhadapan dengan rumah pengetua. Sila cemburu buta sekarang.


ini alamat rumah saya. rasa nak datang raya, mai lah. tapi air kosong sahaja disediakan. kahkah.

barisan si gedik terhormat. yang harus kalian pasrah, aku paling tercomel. silakan bunuh diri dengan pernyataan saya.

Gambar tak berapa elok sebab orang yang tangkap gambar itu sedang mengalami penyakit parkinson haha booo DQ :P



Bilangan pelajar UPSI hampir mencecah 1700 lebih. 
Pelbagai course. Pelbagai negeri. Pelbagai karenah.
kad matrik di atas adalah kepunyaan saya dan kad matrik di bahagian bawah kepunyaan roomate saya. Kami Bakal Engineer :) *kenyit-kenyit mata* InsyaAllah.


Tidak banyak gambar yang ditangkap ketika MSK dijalankan. Acapkali tertidur ketika penceramah membentangkan hujahnya. Bukan tidak mahu dengar Bukan tidak mahu jadi pelajar berjaya tapi mata automatik tertutup. Salahkan mata sendiri.

*ZzZzZz* *bunyi dengkur*

Lagipun, berada di dewan yang bisa memuatkan 50lori muatan besar serta bertemankan aircond yang sejuk seperti berada di dalam salji perghh perghh jangan lepaskan peluang sesaat ini. Maka, haruslah tidur senyenyaknya hihi.

10hb September bermula lah class seperti pelajar degree yang normal. Bermula lah aktiviti sebagai pelajar Suluh Budiman. Bermula lah penempatan tetap di Tanjung Malim. Bermula lah menjadi rakyat Perak yang sejati. Kita Bako Je *goyangkan tangan*

Maka, tiada lagi bangun lewat. Tiada lagi online sampai lewat malam. Tiada lagi bergayut sampai terlelap. Tiada lagi berjalan-jalan sampai tersesat.

Semoga aku dapat menjadi pelajar Engineer yang bergaya-gaya dan berjaya di UPSI eceh. Amin~
Doakan saya berjaya ya sahabat-sahabatku :)
Salam rindu. Salam 1 Malaysia dan Assalamualaikum.