“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

April 25, 2011

♥ RANKING TOP DI HATI PEREMPUAN ! ♥


Ini entry khas aku buat untuk mereka yang baru mengenali apa itu CINTA.
cehceh . *macam aku ini pakar bab cinta pulak kan . bedal sahaja lah :)) 
untuk makluman wahai kaum ADAM ,
perempuan memang jenis agak cerewet bab memilih lelaki sebagai kekasih . 
tak percaya ? . suka hati kau lah !
contoh ayat yang selalu aku dengar dan kadang-kadang aku sendiri menyebutnya . 
"ee . tak handsome lah ! 
ee . gemuk lahh ! 
ee . gigi berkarat lahh !
 ee . kedekut taik hidung masin lahh" ! . 
macam-macam ragam perempuan ini TERMASUK AKU ! . 

Oleh itu, 
mari kita selidik dan mengkaji personaliti yang macam mana menjadi pilihan hati perempuan.


-KEHANDSOMEAN-

Siapa yang tak nak lelaki yang kacak lagi bergaya kan ??. 
kalau bagi FREE pun , siapa tak nak kan. 
*siapa setuju sila angkat tangan macam awok . :D .
mari kita cuci-cuci mata tengok gambar jejaka pilihan perempuan sekarang . 

memang berdupdapdupdap jantung tengok muka jejaka ini . 
woahh ! woah ! hangat-hangat sensasi .

(kiri : JUN MATSUMOTO , actor paling saya minat . pelakon dalam cerita METEOR GARDEN . 
kanan ; takan tak kenal kot . faizal tahir ! SUPERMAN . lagunyeee memang superduperBEST lah WOK ! ) 

kiri : SHAHEIZY SAM yang rock , alaaa~ yang menang BINTANG PALING POPULAR . maallaaatop ! .
kanan : ZIZAN , artis yg paling saya minat . walaupun hidungmu besar , tetapi lubang hidung tetap menjadi pujaan hatiku .

 
(kiri : REMY ISHAK , pelakon lelaki terbaik . jejaka malaya . muka lelaki TULEN . 
kanan : FAHRIN AHMAD . jejaka yang berbadan ketul-ketul . 6pack uhh ! . )

 (kanan : wow wow ! badan sasa berSIX PACK ! HRITHIK ROSHAN . pelakon hindustan . dia memang kacak ! . 
kiri : KIM HYUN JOONG . waalawey ! suke suke . comel :))

ENOUGH ! ENOUGH !
itu sahaja gambar artis yang boleh ditunjukkan . kalau nak letak banyak-banyak , 
takut tak cukup page entry ini . HAHA .
tetapi kan WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG !
bukan lah lelaki itu mesti kena HANDSOME giler ! .
cukuplah sekadar sedap mata memandang . 
kalau kacak sangat nanti , ada pulak yang kebas. merana perempuan nanti . 
takut nanti ada juga berlaku perang dunia ke-20 ! 
kebaamm BOOM .   
tetapi kebanyakkan lelaki yang kacak sekarang , kerap dikatakan GAY .  
OuhhmyPRADA ! .. 
dan sekarang dekat bukit bintang , KL dan jalan susur , JOHOR berkeliaran MAK NYAH di tepi jalan sedang mencari mangsa-mangsa . ape kejadah semua ini ! ! .

 (gambar hiasan : ashraf muslim jadi MAK NYAH dalam sebuah filem . nampak tip top gitu . 
tapi geli saya tengok . eeuuww ~)



-AGAMA-
Pilih lelaki kerana agamanya. kerana dia yang akan membimbing keluarganya ke jalan kebenaran bila sudah kahwin nanti . sebab dengan ada agama sahaja dapat membezakan yang jahat dan yang baik .

tetapi perbezaan agama tak jadi masalah kalau nak jadi pasangan . 
mana lah tahu , dapat hidayah dia nak masuk agama ISLAM , bertambah umat kita . 
alhamdulilah ! :)
*insan yang cemerlang datangnya dari akal , hati yang tenang ,
jiwa yang mantap . renung-renungkan dan selamat beramal . :)


-AKHLAK-
ini salah satu faktor penting . sebab akhlak mencerminkan siapa diri kita sebenar . 
kalau setakat depan mak ayah tunjuk baik  , belakang macam hantu . lebih baik takpayah jadi kekasih ! .
pada lelaki sekarang yang tak berapa nak BAIK perangainya , 
lebih baik berubah ! gerenti tiada perempuan sudi dekat dengan awak kalau perangai macam SYAITAN . haihh ~.~jadi lelaki tua lah nanti . :P



-ILMU-

kalau ngak penuh ilmu didada , ngak sampei ke terusan suezz . 
*pak salam erwin joko anuar yang cakap .
okayy . sudah terang lagi bersuluh , ilmu memang penting . 
terutama bagi lelaki yang bakal jadi ketua keluarga . 
takkan lah nak berharap dekat bini 24hours dalam semua perkara . 
dahlah bini yang kena masak , beranak , cuci segalanya , takkan semua nak kena bergantung dekat bini .
ini sudah MELAMPAU ! .
kalau seseorang itu tiada ilmu , macam mana dia nak ajar anak-anaknya tentang agama islam . 
Pada lelaki , mulai sekarang , 
rajin-rajinlah pergi ke surau atau masjid dan menuntut ilmu tentang perkara baik . :)


 

-HARTA-

kalau cerita pasal harta ,
terbayang aku dengan DATO' yang berpangkat tinggi , bermisai tebal , berbaju batik ataupun berbaju kot . 
*bukan terbayang datuk K okayy*

kalau kahwin dengan orang tua yang ada status DATO' , gerenti cerah masa depan . 
minta apa sahaja gerenti dapat . 
"ABANG , nak FERRARI MERAH ! . "
"ABANG , nak RUMAH BANGLO 20tingkat ! . "

HALLOO ! . 
aku bukan spesies matrealistik a.k.a pisau cukur. jaga-jaga sikit mulut nyah oi . 

Kaum ADAM , 
anda mestilah mempunyai harta sebelum mengatal atau nak masuk meminang anak dara orang . 
tak kan lah nak kahwin , masih nak BERHUTANG ! .
tak pasal-pasal , malam pertama kahwin , ALONG datang tuntut wang dan baling cat merah . 
Lagi banyak laki itu punyai harta , lagi ramai wanita CUN MELECUN datang tau.  
Almaklumlah , perempuan kan ada 9 nafsu . macam-macam benda perempuan nak beli :))                        


 

-KETURUNAN-

Sudah semestinyalah dari baka yang BAIK-BAIK . 
apabila kita pilih pasangan dari keturunan yang baik , 
maka keluarga yang dibina pun akan menjadi harmoni dan aman damai . 
takkan kita mahu kahwin dengan keturunan yang penuh dengan soSIAL dan ada rekod jenayah . 
orang dulu-dulu kata , 
BAPAK BOREK ANAK RINTIK . 
ataupun 
BAPA KENCING BERDIRI , ANAK KENCING BERLARI . 
CUCU KENCING LARI BERGANTI-GANTI . 
hahaha . *tak senonoh punya ayat . astagar >,<



CIRI-CIRI LAIN YANG MENJADI PILIHAN HATI PEREMPUAN :

-LELAKI YANG TIDAK MEROKOK-



lelaki selalu cakap merokok itu melambangkan KEMACHOAN mereka . 
poodah deyh TAMBI ! . 
bila dah dapat penyakit , hilang kemachoan kalian itu .
kesan merokok lebih banyak impak negatif . 
kebanyakkan lelaki yang hisap rokok punyai bibir yang HITAM . eeuuww ~.~
HATE SMOKER ! . 
nak tahu tak , beli rokok setiap hari itukan membazir . membazir itu saudara syaitan . 
ee . saudara dengan syaitan . minta simpang uhh ! . 
then , bila kahwin nanti , gerenti umur tak panjang . isteri pun jadi JANDA. tinggalkan anak-anak . 
sedih bangat ! =.= 
Menurut kajian , penyedut asap rokok lebih berbahaya dari perokok . ishhh . takkan lah kamu kamu dan kamu nak biarkan orang sekeliling kamu mati awal . INSAFLAH . 
berhenti merokok ! . kalau kamu tak merokok pun , kamu tetap MACHO lah ! :)) 


-LELAKI YANG ROMANTIK-

wow ! i like romantic GUYS .   

tapi bukan yang 24jam pandai bermain kata-kata . kadang-kadang berbahaya lelaki yang romantic sangat ini . kot kot PLAYBOY ke ? . mana lah tahu kan kan . tiba-tiba dapat tahu aweksss berderet-deret . gara-gara termakan dengan kata-kata si pujangga . tapi kan tak suka lelaki yang macam TUNGGUL KAYU .

bila jawab sepatah , dia jawab sepatah . benci sungguh ! =,=


-LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB-

memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki sangat berat , 
tambah-tambah kalau anak sulung .
perlu mengutamakan ibu bapa daripada kekasih. Lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga bererti dia amat penyayang . meskipun dia sanggup bersusah payah demi keluarga . SO SWEET ! =,=

-LELAKI YANG MENJAGA KEBERSIHAN-

Lelaki itu tak perlu memakai barang yang BRANDED kalau tak pandai menjaga kebersihan . 
buat malu sahaja kalau pakai serabai-serabai bila keluar bersama-sama .
setakat duit poket penuh sampai poket seluar terlondeh terlalu banyak sangat duit
tetapi tak jaga kebersihan, memang takkan ada perempuan nak dekat ! 
pandang pun tak nak agaknya lah . 
kalau yang sudi dekat itu pun sebab DUIT . bukan sebab diri anda.  


 

"Annazofatun minal iman"~ kebersihan itu daripada iman .


  
NOTAKAKI : pada lelaki , apa lagi yang ditunggu kan kan ? . cepat-cepat berubah ! . persiapkan diri dengan segalanya . pada perempuan . any suggestion lagi ? perempuan mahu lelaki yang terbaik sebagai partnernya .  -LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK -








April 1, 2011

♥ KAU CURANG ! ♥


ANTI LELAKI CURANG

gambar di atas ibarat sudah terang lagi bersuluh bahawa ranking lelaki CURANG 
semakin tinggi dari semasa ke semasa berbanding perempuan .
hasil sumber daripada FACEBOOK (questions)


psst . entry ini akan buat lelaki lelaki macam terasa nak meringankan kaki dan nak sepak saya laju²
ouhh tidakk ! JANGAN ! JANGAN !  
saya belum kahwin lagi *tiada kena mengena .
sila buka seluas-luasnya mata anda , minda anda dan pemikiran anda .
meskipun saya tahu ramai pembaca saya lebih ramai perempuan berbanding lelaki . 
*ade ke yang nak baca entry blog cikai aku nih ? T__T
disebabkan itu saya nak menangkan PEREMPUAN ! . 
YEAHHH ! hidup perempuan . 
AHAHAHA
ouhh jangan salah sangka terhadap insan selemah dan sebaik seperti saya . 
*cepat menyampah dengan statement aku ! . 
ia hanya gurauan semata-mata . 
tiada kena mengena dengan orang masih bernyawa atau yang telah pass away . 
secara jujurnya ,
post ini macam saya menyalahkan 99% dan menuding jari kepada LELAKI !
. ok . padan muka LELAKI !  
HAHAHA*gelak jahat . 
baru-baru ini , kawan-kawan saya sedang mengalami perang dunia ke-20 dengan en.boyfriend mereka . 
dushh ! dushh ! dah abis dok restling antara satu sama lain , 
akhirnyaa bercerai TALAK 20 a.k.a CLASH .
*kenapa mesti 20 ? . sebab saya lahir 20 oktober . HAHA . 
sahaja promote tarikh lahir . c(; 
OK ! ini bukan bermakna saya ini busybody atau menjaga kain atau seluar kawan-kawan saya .
cuma saya PRIHATIN terhadap kawan-kawan .
*sila bangga dapat kawan seperti saya . 
WINK WINK . 
macam biasa mestilah saya turut sedih dan simpati bila kawan saya telah dicurangkan oleh boyfriend mereka
*ada ke perkataan dicurangkan dalam kamus bahasa melayu ? . 
hentam jelaa LABU .
KITE BAKO ! KITE BAKO !
*tetibe .
tetapi kan tak semua kan lelaki kan curang kan , 
kadang² kan kawan-kawan perempuan saya kan punn kan curang jugak kan tetapi kan curang SIKIT kan . 
*sila tampar² manja dekat muka saya . 
kerana gile KAN KAN ? okbaii . 
then , sila lihat perkataan yang diBOLD itu dengan teliti . 
ternyata perempuan agak good good seperti budak kepoh kepoh . 
saya tak tahu kenapa mesti salah seorang daripada pasangan perlu curang ? .
adakah dia pikir dia terlalu HANDSOME atau CANTIK untuk
mencurangkan kekasih dia ? . 
*tepuk dada tanya selera .
bukankah dulu decide nak bina relationship sesama dan kenapa perlu berakhir dengan tragis CURANG
ouhhmyGUCCI ! -__-
 maybe mereka pikir mereka berasa BANGGA atau GAH bila dengan perempuan/lelaki lain dan 
sebab itu mereka CURANG ! dan terus CURANG ! dan terus CURANG ! . 
ternyata pemikiran agak kebudak-budakan seperti budak hingusan . 
ehh ehh . tetapi tak semua lelaki JAHAT , 
tetapi secara jujurnya , 
saya nampak lelaki lebih kecenderung untuk CURANG kepada cik girlfriend 
*pernyataan berani mati aku .
mintak ampun yaa jika LELAKI terasa benggang dengan statement aku . 
huhu T__T 
maafkan kami maafkan kami si bujang lapuk~ lalala . 
yelaa . dulu masa first couple dalam 1 bulan , 2 bulan , janji berbagai-bagai .
ibarat tinggi segunung kota kinabalu . seluas lautan antratika .
perhhh ! boleh cair dengan kata-kata lelaki .
lelaki memang suka suki membuat janji entah pape pape dekat perempuan . 
contoh ayat mereka :
"i takkan curang dekat you . i JANJI dengan you ! 
you setia dengan i , i akan setia dengan you . "

pooo dahh deyh TAMBI ! 
semuanya hanya sandiwara belaka ! 
BENCI ! BENCI ! 
*apesal aku emo semacam ini? . haihh ~
ouhh tidakk .
saya tak alami situasi curang-mencurangi nih OK . . 
saya hanya ingin membela nasib mereka yang telah dicurang . 
para hadirin dihormati sekalian , 
dalam perhubungan ,
semua bergantung kepada diri masing-masing untuk menilai sejauh mana kesetiaan dalam diri .  -__-
kejujuran dan kesetiaan amat digalakkan dalam membina perhubungan .
terima kelemahan pasangan lebih baik daripada menghina atau tidak menghargai. 
kerana tidak semua manusia tampak sempurna KAN ? . 
*cepat ANGGUK ! haha .

KALAU TAK SUKA , KATA TAK SUKA . 
TAK PERLU NAK CURANG-CURANG ! 
*dah macam gaya pakar cinta pulak aku nih~
HAHA . :)


NOTAKAKI : jangan cuba untuk curang atau menggunakan tipu muslihat untuk berlaku curang yaa kawan-kawan !
kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua .



♥ cik yuyu a.k.a budak kepoh kepoh