“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

September 14, 2015

Sambar hati


Pernah sekali aku suruh kau melangkah pergi
Pernah sekali aku suruh kau berambus dan berlari jauh
Pernah sekali aku suruh kau cari wanita yang lagi menarik
Kau masih degil nak mati
Kau tak mahu berganjak pergi

Aku bilang aku ini teruk gila
Aku bilang aku ini perempuan celaka yang antagonis
Aku bilang aku banyak kekurangannya
Aku bilang aku ini tidak cantik untuk ditatapkan

Katanya tidak mahu
Katanya dia tetap mahu aku
Katanya dia mahu cinta aku

Aku masih dengan ego tinggi melangitku.

KAU MASIH TIDAK MAHU PERGI.

Katanya padaku; "Kalau dah sayang gila dekat seseorang, nak pandang orang lain pun macam tak ada perasaan"

Hm.


September 11, 2015

Kalau orang dah tak suka


Penangan pembenci memang boleh tahan hebatnya. Barangkali tahap benci mungkin sampai ke lubang cacing. Dari segala segi perwatakan kau, kau post gambar di instagram, kau tweet, senang cerita kau minum air pun dia tetap tak suka. Dengar nama kau pun dia dah jijik. Aku nak rumuskan yang semua benda yang kau buat, DIA TAK SUKA.

Yang cukup aku tak faham apabila pembenci membenci/tak menyukai seseorang tetapi dia follow orang yang dia tak suka. Motif? Adakah untuk kau lihat sejauh mana kehidupan dia? Kalau hidup dia tak bahagia, kau nak tweet lah kata "padan muka". Kalau hidup dia tengah bahagia, kau nak santau guna ilmu hitam ke. Gitu?

Paling dasyat bila ada orang sanggup buat fake account semata-mata nak follow kita nak tengok apa yang kita buat. Ya tuhan motif sangat buat benda kejadah itu semua. Akhirnya terkantoi sendiri.

Aku bukan senang nak membenci orang membabi buta. Paling busuk aku tak suka orang pun aku cuma block. Paling baik sikit aku cuma unfollow/unfriend. Buat apa aku nak tatap gambar orang yang memberi kesan negatif dalam hidup aku? Buat apa aku nak tengok apa yang dia tweet kalau cuma dia banyak mengutuk/menyakiti aku?

Biarlah followers ciput sekalipun, ianya sangat tak menjejaskan kehidupan aku.
Semuanya duniawi semata-mata.