“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

May 14, 2011

♥ TIME TO WAR ! ♥

hey hey peeps .
sekian lama saya tak tulis blog saya yang agak bajet CANTIK . padahal , macam cikai sajje blog saya .  
*ayat mintak simpati . HOHO >< penampar kang ! 
wahh . bermulalah  perasaan rindu bersawang-sawang dekat hati ini . yelaa . semalam baru terniat nak tulis blog , tuptup blog tak boleh SIGN IN . WATAFAK ! 
ape lagi , para blogger semua dok marah marah benggang benggang sakit hati siap tulis dekat status FACEBOOK . termasuk saya .
tetapi saya still belagak chill sebab saya tahu lama-lama blog akan baik balik . (;
*padahal , aku dah memaki hamun bende alah tu tak boleh bukak sampai rasa nk BAKOR je  . 
SABOR JELAH =.=
  haha . okayy . sekarang kan , asal buka facebook dan chat , mesti semua dok kata , "dapat smbung belajar dekat mana?" . WAHH ! korang sangat prihatin dekat saya . terasa terharu . T_T 
sesiapa boleh pinjamkan bahu untuk saya . nak lap hingus saya . 
*eeuuww . weyh AYU ! tolong senonoh sikit . nanti ada orang tak suka dekat kau . 
haha . tak suka saya ? .
ok . thanks (; do i care ! 
back to story , sekarang , biar cek kata dekat hangpa semua semua secara rasmi dan bersurat hitam putih . yelaa . semua sibuk dok kata cakap pasal masuk UNIVERSITI , FORM 6 dan MATRIK . 
terutama budak lepasan SPM . dan saya pun rasa tergedik dan terhegeh-hegeh nak tulis tentang tawaran yang saya dapat .  
*bukan nak bangga dan aku memang selalu ketinggalan dan ditinggalkan tentang cerita hot post ini . 
cepat gelakkan aku . (: HAHA .
mula-mula kot berdebar-debar kot nak taip IC kot , kot-kot tak dapat course yang kita nak kot . kang tak pasal-pasal menangis tak berlagu saya ini kot .  
*yelaa . aku kan sekarang kuat touching sebab dah ada orang sudi pujuk . hoho :)) 
besh besh ! nak touching hari-hari pun boleh !  
MUKA NAMPAK LEGEND , TAPI HATI KIUT . 
ehh . itu aku lah tuh . credit to JAMBU MAHARAJA LAWAK . (:  
KORANG ! KORANG ! 
saya dapat tawaran ASASI UNDANG-UNDANG ! 




wow ! wow ! budak kepoh kepoh ini nak jadi lawyer . ini semua sebab mulut 24hours bergerak tanpa henti . ia akan automatik berhenti ketika tidur . hihi . memang suka lah kan dapat undang-undang . 
terjerit-jerit terlompat-lompat saya dapat tawaran yang saya nak sangat sangat . 
hanya Allah sahaja tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatiku . 
 



tapi kan awak , saya dapat dekat UITM SHAH ALAM . jauh dari tempat tinggal :( 
tak dapat jumpa awak awak awak dan awak . nanti saya rindu macam mana . nanti saya mengigau panggil nama awak macam mana . >,< nih yang saya nak melalak nih . tapi takpe lah derr . 
demi masa depan , saya teruskan perjalanan meskipun penuh dengan dugaan juga . 
CAYALAH anakpapajoe ! gua tabik sama lu . 
*perhhh . ayat aku penuh keinsafan nak belajar betul-betul .
boooo dekat budak nama NORHIDAYU cepat ! 
KAHKAH . :D 
kepada encik MATRIK , 
saya mintak maaf kerana tak pilih awak . awak bagi saya dekat NEGERI SEMBILAN kenapa . salah awak jugak . bukan ape , saya takut sangat dengan awak .  cikgu saya pun cakap better pilih asasi . sebab asasi macam matrik jugak . aiyooo tambi . same rupenye . cuma asasi tak ketat peraturannya . kahkah :D
1 tahun jugak .  sebijik serupa sekepala dengan matrik . 
kepada puan PLKN , 
saya mintak maaf jugak . sebab saya tak pergi rembau , negeri sembilan . sebab saya nak masuk U lah awak . kalau saya pergi sana , dahlah 3bulan . tak boleh nak contact dengan siapa-siapa . saya takboleh hidup tanpa HANDPHONE ! . lagi satu , nanti kan muka saya makin hodoh . GELAP macam negro ! :( 
negro lagi lawa daripada saya kot . nanti tiada siapa nak ngorat saya dah . 
*SADIS . ayat aku macam bajet good-good jer . sila abaikan ok . HAHA . 
korang , kali ini entry saya pendek kan kan kan ! 
angguklah cepat . kalau tak , kita clash . haha . takde kena mengena . abaikan jugak ! :P 
akhirnya berjaya hasilkan entry yang pendek . selalunya entry saya panjang berjelar-jelar sampai cukup 350 patah perkataan . siap boleh hantar dekat cikgu ibarat macam karangan SPM . choiii . 
TAHNIAH kepada saya sebab dah kurangkan idea untuk tulis post kali in . yeayyy . ok .
*saya macam syok sendiri jerr nih . kbye ! touching lah . :P








NOTAKAKI :  saya nak wish goodluck pada mereka mereka yang akan sambung belajar , samade dapat  UNIVERSITI or MATRIK . kepada yang tak dapat , jangan putus asa iye sahabat sahabat tersayang , mungkin rezeki anda lambat lagi kot . insyaALLAH (: 




♥ cik yuyu a.k.a budak kepoh kepoh ♥








May 7, 2011

♥ Malu² tapi mahu ! ♥


AKU SUKA DIA , mak !
AKU SAYANG DIA , mak ! 
yang sedang-sedang sahaja . yang penting , dia setia . 
yok yok ! GOYANG-GOYANG ! .
mai kita layan lagu iwan dan berdangdut dulu . 
sebelum kalian dihidangkan dengan tazkirah panjang lebar berjelar macam tebal kamus dewan . 
*okayy . aku memang suka tipu kalian :) .
dalam ini cerita , saya tulis entry ini sekadar apa yang terlintas di benak fikiran saya . 
malah , saya tidak backup siapa-siapa . mahupun perempuan , ataupun lelaki .
*padahal mestilah aku backup perempuan , dah kata aku ini berjantina perempuan (monolog dalaman) . 
SILA jangan nak marah-marah saya dan sound-sound saya sesuka hati ! . 
Please Beg Up Your Mind . 
report dekat papajoe kang baru tahu . takut tak takut tak ? . 
okayy . saya memang anak bapak . So What ! . hehe . 
sila kawal emosi anda ea bapak-bapak ibu ibu semua yang ada di sini .
WAH WAH ! 
entry kali ini saya tiba-tiba jejiwang seyh . kalian suka lah tuh kalau bab cinta-cinta , jiwang-jiwang . gatai ehh kalian . rotan kang ! ok . sebenarnya , kita same sahaja  :)) saya ROCK jiwang . sepp sepp ! . 
berbalik kepada tajuk geli-geli saya  
"HATIKU SUDAH BERPAUT"
waka waka ehh ehh . waalawey ! .
tentang LOVE lagi . ok . kalau tak suka dengan post saya , dengan segala hormat dan duka duki cita , 
sila tekan [X] berwarna merah . kerjasama anda amat saya galakkan . HAHA . 


sekarang , ramai remaja boleh dikatakan sedang bercinta . 
pewittttt . pffttt . suka lah tuh dapat kongsi kasih sayang . ok ! don't try make me jealous .
sebab saya tak jealous pun . 
saya nak berkongsi kasih sayang dengan awak , awak dan awak kan kan ? . :P 
HALOO !
sedangkan budak kecik umur setengah jagung belum masak pun dah reti dok bercintan-cintun . 
masalah yang akan timbul , pelajaran ke mana , bercinta pun ke mana . 
bila sudah clash , meraung sekuat hati pastu terjun dari bangunan cubaan nak bunuh diri pastu cubaan untuk menoreh atau gores tangan dan kaki .
awak  fikir awak itu SUPERMAN ? . BATMAN ? . CICAKMAN ? . haiyooo tambi ! . 
orite orite . for yoursssss information ,
saya bukanlah pakar dalam percintaan ini . 
saya hanyalah insan biasa yang bergelar manusia yang banyak kekurangan .
*grrrr . ayat sadis aku mula muncul kembali . abaikan abaikan . :D 
umur saya pun baru 18tahun . bak kata orang , baru nak mengenali dunia .  
*padahal aku yang kata . lalala~ 
tetapi ada 2 , 3 orang manusia paling comel menyuruh saya buat post ini maka terlaksana lah post ini meskipun kekeringan idea untuk diluahkan .
demi kalian , saya POSTkan entry ini . walaupun tak seVOGUE entry orang lain . 
*okayy . aku tengah touching sebab entry dorang lagi best daripada aku . k bye ! . 
kalian yang menyuruh saya post entry ini , 
jangan lupa bagi saya FERRERO ROCHER tawwww .
*mengade-ngade pulak aku nih . cepuk baru tahu . hoho :D
Wahai Saudara dan Saudari , 
mari kita meneroka MENGAPA , BAGAIMANA , APA , SIAPA , KENAPA , 
lelaki malu untuk meluahkan perasaannya terhadap perempuan ! . 
jikalau anda telah TERSUKA atau MENYUKAI pada seseorang , lekas-lekas lah bagitahu ,
terutama KAUM ADAM yang tampan lagi kacak bergaya  .  
*bangga lah tuh aku puji kalian . kembang kempis sudah :P 
kang tak pasal-pasal perempuan itu disambar oleh orang lain kan dah ternganga melopong . 
Sebabnyaaa , 
kebanyakkan perempuan tidak akan memberitahu perasaannya kepada lelaki bahawa dia S U K A  lelaki itu tetapi dia akan tunggu sehingga lelaki itu untuk meluahkan perasaan kepadanya . sebab itu , ramai perempuan terpaksa pilih lelaki yang dahulu meluahkan sedangkan hati perempuan suka pada lelaki itu . 
alahai~ sedih pulak kalau macam ini . T__T
*mengade-mngadekan perempuan ini kan ! haha . 
yelaaa . tak pasal-pasal orang kata macam perigi cari timba pulak . aduish malu >.< 
tetapi jangan lah kalian belum kenal atau baru berkawan lagi , tupp tupp tiba-tiba dah kata
I LOVE YOU . 
kang ade makan penampar tak pasal-pasal . tak pun , ade jugak makan nasi guna straw . 
LELAKI , LELAKI , 
awak , perempuan hatinya sangat lembut sebenarnya , 
*ehem ehem . macam orang tengah tulis post ini . ok . aku memang perasan . okbai ~.~ 
jadi , lelaki kena pandai menggunakan ayat yang penuh dengan Bunga-Bunga Cinta . 
*dah macam tajuk lagu misha omar pulak . 
awak awak , janganlah cakap dengan nada yang kasar-kasar dekat perempuan . maki hamun tak tentu pasal . awak kena banyak bersabar . sebab perempuan walaupun luarannya nmpak kasar ,
tetapi hatinya tidak seperti luarannya . bahkan hatinya lembut .
HATI YANG SUCI SUKAR DI CARI . 
*iklan cuci baju TOP . kahkah :D 
ape ape ape ? ! .  MALU ? ! . 
sudah tertulis bahawa ~malu itukan perisai orang beriman ~
okay . sudah terlalu ramai lelaki malu malu untuk meluahkan perasaan .
sebab ape mereka malu ? . bukan tak pakai baju ok .
*tolong senonoh sikit . ini blog anakpapajoe . bukan blog 18sx . hoho . 
sebab mereka terasa diri mereka tidak cukup HANDSOME/KACAK .
kacak ke tak kacak ke , itu masalah kedua . yang penting perasaan kita . berterus terang itu penting . kot-kot perempuan yang anda minat pun suka dekat anda .  
bagaikan pucuk dicipta ulam mendatang .  
tetapi , , 
kebanyakkan mereka merasakan tak layak untuk mendapatkan gadis yang disukainya itu. ada sesetengah itu , sampai suruh kawan yang sampaikan yang dia suka dekat perempuan itu . 
punyalah pemalu teramat sangat . alahai ~.~
N E X T , 
sebab mereka tidak pernah ada pengalaman nak luahkan perasaan . 
yelaaa yelaaa .
dulu mak asyik suruh BELAJAR ! BELAJAR ! BELAJAR ! sahaja , 
bila tentang melamar perempuan untuk jadi isteri ,
otak terus jadi BLANK , sistem saraf jadi BEKU , lidah jadi KELU ,   
terasa dunia macam GELAP GELITA .  
hahaha XD   *gelak sopan
AFTER THAT , 
sebab mereka takut tidak boleh terima kenyataan jika cinta mereka ditolak . 
*mulalah FRUST menonggeng . pastu , nanti tertubuhnya kelab ANTI-PEREMPUAN , group BENCI perempuan bajet bagus , pastu berlakulah perkara maki hamun sesuka hati . macam-macam ada~ 
disebabkan itu , lelaki takut nak luahkan perasaan mereka dekat perempuan .
IN ADDITION , 
mereka takut selepas seseorang sudah tahu luahan perasaan hatinya , 
lalu orang yang dia suka akan menjauhkan diri daripadanya . tettt . Damn It ! . 
CONTOH : lost contact , tukar nombor baru . bila jumpa , sampai terpaksa main sorok-sorok dah macam budak kecik berhingusan semata-mata tak nak jumpa atau terserempak . pastu , pura-pura ada BF baru . 
dengan cara ini , orang yang menyukainya takkan ganggu lagi hidupnya .

kalau pergi ke kedai kain ,
jangan lupa singgah kedai bahulu,
kalau hati dah suka-menyukai antara satu sama lain ,
janganlah jadi malu-malu tapi mahu .
 *pantun ini direka dan dihentam oleh aku sendiri . cepat gelakkan aku . okbye ! . :(

setakat ini sahaja entry yang dapat saya tuliskan untuk hari ini . 
lega hati bila entry yang orang suruh telah dipostkan . sorry jika banyak kekurangan dalam post ini .
MAAF MAAF MAAF~ 
perkataan merepek meraban dalam post ini turut saya selitkan . 
jika tak berpuas hati dengan saya , 
tidak perlu beri kutukan . sila laporkan pada tok kadi . 
*HAHA . okayy . tiada kaitan dengan tidak kepuashatian anda . sila abaikan .
SENYUM , tak perlu kata apa-apa . ok chawww ! . :D




NOTAKAKI : entry ini bukan untuk memalukan kaum adam , malah ingin meneroka tentang perasaan lelaki . kepada lelaki , jangan tunggu lama-lama nanti merana . kalau hati dah suka , apa ditunggu lagi . LUAHKAN sahaja ! . kepada perempuan , berhati-hati pilih pasangan anda . :) SEKIAN .


♥ cik yuyu a.k.a budak kepoh kepoh