“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

October 22, 2013

Perempuan Tak Menarik



Perempuan tak menarik ini,

akan beri sokongan padu di saat kau jatuh tersungkur.
akan beri kau kata-kata semangat di saat kau dihimpap kecelakaan.
yang akan lap peluh kau saat kau penat mengharungi duri hidup.

Perempuan tak menarik ini,

yang sentiasa setia pada cinta.
Meskipun perangai jahanam kau muncul secara tiba-tiba
sekaligus menyambar hatiku lalu terluka pedih.

Perempuan tak menarik ini,

terlalu takut dengan bayangan sendiri.
Melihat perempuan lain berdiri segak menarik.
Dan lihat pada diri? Tak menarik langsung.
Kadangkala, tidak layak jika dilambungkan dengan kata pujian
yang tidak sesuai untuk didapatkan.

Perempuan tak menarik ini,

mungkin tidak secantik untuk kau letak di wallpaper hanphonemu
atau di bingkai kamarmu sebagai peneman sebelum tidur,
namun aku pasti aku bisa bagi terbaik dalam
setiap perhubungan yang ada.

Perempuan tak menarik ini,

masih mencari sang pujangga setia
menemani setiap cela hina pada diri ini.
Yang tak jemu menadah telinga demi mendengar keluhan si mulut bontot ayam.
Yang sentiasa sabar dengan perangai buas mengalahkan jantan.
Yang tak pernah menyesal selama mengenali perempuan tak menarik ini.
Yang sentiasa menjaga hati dan menjaga maruah si perempuan ini.

Perempuan tak menarik ini,

kelakuannya agak kasar namun hatinya lembut.
mukanya kerek namun masih tersimpan keayuannya.
perwatakannya garang seperti harimau namun manjanya bertempat.

Aku--
perempuan tak menarik itu.




October 21, 2013

Hadiah bermakna


20/10,
Genap umurku 20tahun.
Umur bukan penghalang bagi aku untuk kelihatan muda dan bergetah.
Umur bukan penghalang bagi aku untuk kelihatan gila-gila.

"Tingkatan berapa sekarang?"
"Sekolah mana? Berapa SPM dapat?"
"Badan kecil ingatkan budak sekolah lagi"

Hadiah untuk umur duapuluhan ini aku anggap ia bermakna,
meskipun bukan kereta lamborghini merah yang aku dapat
mahupun iphone 5 70buah,

namun aku rasa ia sangat bermakna.

Hadiah kali ini,
aku dapat abang ipar baru sempena kakak aku baru kahwin tempoh hari.
Sekaligus merangkap abang aku. Oleh kerana, aku memang tiada abang. Jadi perasaan gembira sangat berlipat lipat serupa lemak selepas makan lembu korban.
Tapi bila dah dapat abang dalam keluarga aku, aku rasa macam tambah satu lagi hero dalam hidup aku. Senang nak minta duit poket lepasni. Haha.

Hadiah kali ini,
aku diraikan dengan kasih sayang mak ayah.
Dulunya aku tak dapat nak sambut duduk rumah lepak berhuahua,
kali ini dapat peluk cium salam mereka.

Hadiah kali ini,
aku jumpa dengan teman yang aku sayang.
Makan sana sini hingga terlentang bila kenyang, dilayan serupa puteri.
Disambut satu hari tersebut sehingga masa mencemburui kita.

Terima kasih kepada mereka yang wish.
Aku amat hargai sangat
Meskipun aku bukanlah retis yang perlu diingat tarikh lahirnya.
Meskipun aku bukanlah diva mahupun artis pujaan kalian.

Terima kasih Tuhan
pinjamkan aku manusia yang hebat dalam hidup aku.

October 16, 2013

Memerhati.

*sign in twitter*

Aktiviti di kala kebosanan.

Aku..
merenung tajam ke skrin laptop.
*terbeliakkan biji mata*

Melihat scroll timeline bergerak sendiri
Melihat telatah manusia bercekerama.
Melihat watak hamba Allah.

Aku memerhati jauh.

Ragam manusia durjana.
Berkata tajam seperti dia berkuasa.
Menindas dan mencantas perasaan orang lain.
Dalam erti kata lain "BASH".

Aku memerhati lebih terperinci.

Ada yang tweet mengenai kesedihan.
Pasal cinta. Pasal sahabat. Pasal naluri. Pasal hati.
Barangkali, manik-manik jernih berguguran dari bola matanya.
Sejuta simpati aku kalungkan.

Aku memerhati lagi dan lagi.

Manusia dinihari,
berpusu-pusu mahu dirinya terkenal di duniawi.
berpenat lelah untuk menaikkan diri masing-masing.
Siapa famous, diangkat dan dijulang.
Siapa tak famous, ditendang ke tepi dan terlentang.
Siapa famous, ramai followers bertandang.
Siapa tak famous, followers satu dua tiga ketul.

dan,

Aku lebih selesa memerhati
Aku juga selesa menjadi sederhana
sambil dipeluk sang bahagia.

Buat apa popular jika
hidup kau sengsara??

















October 15, 2013

Bahagia itu.



Bahagia itu,
aku cuba luahkan melalui beribu aksara
pelbagai aksara dicoret atas kertas
agar hati bisa lega menahan bunga-bunga bahagia,
aku juga lebarkan aksara melalui puisi indah.
dan,
aku luahkan sambil menyanyi lagu berkaitan hati.

Fail.

Masih belum terluah.

Bahagia itu,
aku cerita pada rakan kentut wangi aku.
aku cerita pada mak sporting aku.
aku cerita dari A-Z.

Namun,

Masih tak terluah.
masih ada yang bersisa dalam hati ini.

Bahagia itu,
bila kau dapat terima kekurangan cela hinanya
dan dia juga menerima kecelakaan perangai kau
tanpa mengungkit
tanpa mengata belakang
tanpa mengeluh panjang.

Bahagia itu,
cuma satu jalan penyelesaiannya
cuma satu jalan agar bisa dilepaskan luahan itu,
adalah kamu.

Ya, kamu bahagiaku.

October 2, 2013

Sibuk



Masa berlalu

cepat

laju

deras

mulut seiring bergerak laju.
barangkali penangan bontot ayam di pasar malam.
Sedap tidak terkata.

Aku lihat diri,

jika aku terlalu sibuk,
aku akan lupakan kalian.
kau lalu sebelah pun aku tak akan perasan.
kau pakai baju warna striking pun aku tak hairan.
kau ada tahi lalat baru pun aku tak peduli.
kau mesej pun aku lupa nak balas.
kau bertukar wajah pun aku tak nampak.

Entah.

Aku rasa hidup aku padat.
Padat dengan hal dunia.
Padat dengan masalah tahi.
Padat dengan karenah manusia lahanat.

Sedangkan untuk merindui kamu pun
aku tidak punyai masa.