“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

October 30, 2011

Aku tak mengerti :/


*erkk alhamdulilah*

Makan nasi dua pinggan , nasi bukan sebarang nasi . Nasi dagang untuk orang berdagang . Bila perut kenyang mata jadi layu . Bila mata layu , katil tempat beradu . Maka lemak berketul akan menjadi berbola di tepi badan aku akhirnya ia akan membuat aku bertambah seksi dan seksa :)

Fuhh nikmatnya dunia bila cuti semester . Bersenang lenang seperti dunia beta yang empunya . sedar aku sedar dunia cepat berlalu . kecut jantung bila tengok dunia berlalu sepantas mungkin . dulu ibarat kura-kura kini ibarat arnab berlari mengalahkan kura-kura . pagi aku bergerak ke tandas , sampai tandas dah petang ok gua tipu je jangan percaya.

Entry gua bukan tentang kemenangan Negeri Sembilan mengalahkan Terengganu Tapi entry gua kali ini Serious Sangat Sangat Serious ! Maka anda perlu membuat muka serius seperti saya (:

bertapa seriusnya muka gua :O

 Ternyata dunia penuh dengan pelbagai ragam manusia . Rambut Sama Hitam , Hati Lain-lain . Kekeliruan menusuk dalam benak fikiran aku . Akhirnya , aku dapat huraikan jenis apakah manusia seperti itu . Adakah dikau turut seperti mereka ? .

Apakah yang engkau mahu ketika engkau mempunyai BLOG ?

Aku : Aku bukan nak cari followers terlalu banyak sampai bermillion tapi aku nak memantapkan penulisan aku di dunia berblogging . Mana tahu aku dapat menjadi novelist satu hari nanti (:

Kawan : Alaaa followers aku sikit lah . Tak boleh jadi ni . Ayu ! Followers kau berapa ? Haha aku lagi banyak dari kau :p

Apakah yang engkau cari ketika BerFacebook ?

Aku : Jomlah kita berkawan . Kawan biar beribu , berkasih biar satu . Jangan risau , gua tak sombong punya . Lu respect gua , gua respect Lu ok peace (:

Kawan : Alamak . kenapa sikit je orang Like Picture dan Status aku ? haihh Ayu apahal ramai sangat like kau punya picture . tak acik lah kau ni :/ Menyampah !

Apakah perasaan engkau jika Friends dalam Fb/Twitter melebihi  ?


Aku : Aku rasa happy sebab dapat kawan yang terlalu ramai . Mana tahu persahabatan yang dibina di Muka Buku atau Twitter mampu berkekalan hingga akhirnya .

Kawan : Aku nak kalahkan si blogger tu . Aku nak kalahkan si cantik tu si hitam tu si gedik tu si kacak tu haha . Aku ada dua account ternyata aku hotsentap (: Kau ada ?

Sungguh aku tak fahami manusia apakah seperti itu . Kesimpulannya , mereka hanya mahukan populariti berbanding apa yang aku inginkan. Ternyata apa yang kita inginkan jauh berbeza dengan semua orang . Ayat dalam dialog tu benar-benar berlaku . Maaf ~ aku bukan seperti itu yang mengejarkan serta meraih publisiti . Itu bukan Aku !



Yang Serius , 

October 14, 2011

AKU CEMBURU TAPI TAK BUTA.


Aku Cemburu ? !
haha gelak dulu ok cukup . Jangan nak tuduh sembarangan lah pokcik mokcik sekalian . hati gua kalis cemburu hati gua keras hati gua simen hati gua macam batu . Tak lapuk dek dengan cemburu ini semua . Bangga jadi aku :> perhh statement sekali aku kupas akan membuahkan kata-kata yang dusta .


Siapa cakap aku gangster tapi tak cemburu ? Jangan berkata-kata sebelum engkau selami hatinya dulu . Alahai biasa latuh perempuan sikit-sikit nak cemburu . Menyampah pun ada tapi sebab sayang , aku sabar jelah hahadoi . Jangan menuding jari 100% kepada perempuan sahaja . Lelaki pun patut tengok muka kau dekat cermin dulu sebelum melemparkan kata-kata itu kepada kaum hawa . alamak teremosional pulok kuikui :p Kemungkinan perempuan dan lelaki lebih kurang perangainya . Kini cemburu menjadi kuasa atas segalanya . Tepuk dada tanya selera :)

Cemburu Cemburu Cemburu =,=


Lelaki mesti mengeluh panjang kalau dapat perempuan yang cemburu . Pandang perempuan lain dekat Cafe , dia cemburu . Pandang makcik jual nasi lemak pun , dia cemburu . Senyum sorang sorang tengok model dalam iklan pinggan mangkuk pun , dia cemburu . Pandang perempuan seksi pakai swimming suit , dia cemburu . Senang cerita semuanya dia cemburu -___- Cop cop bukan perempuan je akan cemburu , lelaki pun akan turut cemburu kalau perempuan buat sebaliknya haha padan muka :P

"kalau gua nampak Boyfriend gua kenyit kenyit mata , senyum senyum atau pandang pandang dengan perempuan seksi , memang gua tumbuk mata Boyfriend gua sampai lebam" kata Ayu kepada rakan-rakannya . (:

Semua orang dok kata Cemburu itu Tanda Sayang .
Ok aku terima semua itu kerna ia tanda sayang . Tapi kalau cemburu menyebabkan jiwa kita terseksa . itu masih sayang kah ? .  itu bukan sayang namanya tapi menyusahkan jiwa raga adolah . Ya ya aku harus akui cemburu itu boleh tapi janganlah cemburu buta sangat ok .


Kebanyakkan dari kita masih dibelenggu perasaan cemburu buta . pastu pastu bergaduh bergusti berperang kali ke-20 . Akhirnya , putus cinta atau cerai bertalak talak . Mulalah hidup tak terurus tak berarah ada yang nak bunuh diri toreh tangan ada yang ikat leher guna tali gantung dekat kipas segala lah . Tak tidur malam fikirkan perasaan cemburu itu . Bak kata orang "Tidur tak lena , mandi tak basah , makan tak kenyang". Watlek Watpeace :D


Sebenarnya perasaan cemburu , prasangka dan syak itu semuanya kerja syaitan .


Cinta itu Tuhan yang beri , matlamatnya pun untuk Tuhan .


Jadi kesimpulannya , dalam bercinta jangan sesekali lupa Tuhan . InsyaAllah :D
#fulamak gaya aku bercakap dah macam Ustazah Norhidayu ehemehehem bangga sekejap :P

Sebenonya , cemburu buta tanpa usul periksa akan membuatkan pasangan kita terseksa merana . Kepada pasangan bercintan cintun , pasangan kita sebenarnya cemburu kerana dia risau pasal kita . Yolah takut main kayu tiga kaa , takut curang kaa . Wahlal , perasaan cemburu itu boleh tapi jangan buta ok haha :P Kesimpulannya , aku juga seorang cemburu .okbye !

"Jealously is sentiment which is born in love and which is produced by the fear that the loved person prefers someone else"

October 7, 2011

M I S S I N G

Hari ini ,




Mengapakah ? ..


Kenapakah ? ..


Apakah ? ..


yang menyebabkan hati gua menjadi sayu sebak sedih seperti disaluti dengan rasa kerinduan yang menebal dan ia terpendam dalam hati gua ini secara tetiba .


Pelbagai soalan telah menyirap dalam kepala hotak gua terasa seperti ada beban batu kecil yang telah menghimpap fikiran gua . 


Terasa sesak nak bernafas serta batuk gua terbantut seketika kerana mencari apakah punca gua bersedih dan berduka.


Puas gua mengali mencari sedalam lautan apakah yang cuba gua rindui
apa yang ingin gua rindui .


Perasaan rindu itu datang secara tiba-tiba dan gua tidak minta perasaan sebegini ><


mungkin ...


gua rindu dekat sekolah gua SMK Sri Rahmat


mungkin ..


gua rindu dekat kawan baik gua , Sofea Atiqah and Nadhira Zulikmal


mungkin ..


gua rindu dekat rakan-rakan lama gua di SMK Sungai Besi


mungkin ..


gua rindu dekat Achik gua


mungkin ..


gua rindu nak menyampaikan sajak or nyanyian di atas pentas sekolah


mungkin ..


gua rindu nak main kejar-kejar melompat bergumbira masa zaman sekolah


mungkin ..


gua rindu nak belajar duduk sebelah Atira Kamaruzzaman


mungkin ..


gua rindu nak BERPHOTOGRAPHY dengan team sidang redaksi


mungkin ..


gua rindu nak berbaju sekolah yang membuatkan gua agak omeyy


mungkin ..


gua rindu nak gelak berhuahua dengan rakan-rakan


mungkin ..


gua rindu nak menatap wajah guru guru gua


ternyata ..


gua rindu dengan kenangan dulu iaitu kenangan di sekolah .


Namun masa tidak mungkin berputar balik .


Kini gua patut sedari bahawa gua sudah di alam Universiti .


gua sudah dewasa dan bukan lagi zaman kanak kanak hingusan .


gua bukan lagi di alam persekolahan . gua patut sedar dari lamunan tu !


Sumpah gua rindu . gua rindu semuanya ! :(


Gua sebak lihat gambar dengan rakan-rakan gua .

Harap mereka semua berjaya dalam hidup diaorang .


I MISS YOU ALL

Jom tatap gambar zaman persekolahan gua !


ini masa gua dengan LALA group buat persembahan nyanyian .


ini team sidang redaksi gua . gua yang center yang omeyy tu haha k perasan gile :P

ini gua punya classmate 5bestari 1 (2010) bersama Puan Azizah Termizi
 barisan kedua dari kiri yang ketiga tu gua yang buat peace tu .
ternyata gua nampak omeyy lagi k bye :D


#terasa seperti mimpi kerana entry kali ini sangat pendek :D

tidak ada lagi karangan SPM macam dolu dolu :)



COUNTDOWN : 13 hari lagi menjelang 20 oktober 2011