-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

February 25, 2012

malam bergemerlipan di paris.



AN EVENING IN PARIS - ANNUAL DINNER FOUNDATION OF LAW-

pakai baju lawa-lawa pastu letak make up kasi cun mengalahkan artis.

pakai tudung lilit sana sini dah macam hana tajimoto dan ada yang tercekik ketika nak makan.

pakai baju sampai beratus-ratus ringgit semata nak nampah gah catwalk di red carpet.

pakai kasut high heels lepastu tergolek sana sini dan terlentang macam nak berenang.

pakai baju cekci cekci memang cantik kali pertama dipandang kali dua nampak lain macam.

-karenah budak asasi LAW-

seperti biasa, rutin harian saya adalah gelak berdekah-dekah sampai keluar kahak.
tersimpul mati aku gelakkan mereka yang omeyy semasa buat persembahan.
KAHKAH.

semua pelajar gila gila ohsem berjalan atas red carpet ala ala grammy award gitu.
catwalk berbagai. flip hair flip shawl flip apa yang boleh di'flip'.
rasa macam dikelilingi oleh artis antarabangsa. cantik-cantik belaka :) so jelly.

jangan ditanya tentang aku ?
aku olwez simple. olwez rockers. olwez chill. olwez merah hitam (favourite colour)

hai saya norhidayu. saya tak comel. saya macho. saya teringin nak ada six pack hoho.
last minute baru mengelabah 'sardin' nak cari baju apa. pakai apa. kasut apa. lipstik warna apa. aku malas nak beria-ria sangat dan perhabiskan duit nak buat kahwin semata-mata nak ke annual dinner. sebab aku hanyalah orang miskin di shah alam.
(perkataan 'kahwin' tu sila abaikan kalau rasa annoying)
mak ayah takda di sekeliling aku buat aku rasa semput selalu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. =oo=

bila berakhirnya kehangatan annual dinner,
hati aku terus straight teringat pada cuti. ya ya cuti habis semester 2. cuti sempena habis asasi.

"woit yuyu brutal ! final exam belum habis lagi ada hati nak cuti segala "
 -monolog dalaman-

Alkisah bermula,
bermakna tamat sesi bersuka ria berhua hua sampai tak ingat dunia.
kembali fokus pada pelajaran LAW yang bikin aku nak melalak sekuat hati.
*hentak-hentak kepala*
terngangek aku bila ditanya pasal benda yang tiada kaitan dengan jiwa aku.
hallooo ! law bukan minat aku. itu dulu sekarang tidak.

"padan muka kau yuyu ! siapa suruh ambil LAW !" -monolog dalaman lagi-

Kenangan semalam memang meruntun jiwa aku. sungguh aku maksudkan ia.
persembahan dan pergaulan antara pelajar dah macam satu family.
makanan pun lazat sehingga perut sudah memenuhi tank yang sepatutnya.

keseleraan aku makin berbuak-buak bila tengok makanan yang ohsem :)
my dearest classmate.
ASASI LAW !
saya akan merindui semuanyaaa~ (muah kiri muah kanan)

bila diimbaskan kembali,
aku rasa macam berat hati nak melangkah pergi serta mengusung bagasi aku  (gaya ayat macam tersingkir dalam Akademi Fantasia je) untuk meninggalkan uitm, meninggalkan classmates yang oh oh ohsem, meninggalkan roomates yang makin gila dan rakan seperjuangan.

Mengapa perpisahan yang kau pinta~ (tetiba)

Aku akan merindui setiap detik yang berlaku di UiTM Shah Alam.
even sebesar zarah pun aku akan kenang sampai bila-bila terutama kenangan bersama clasmates aku. class yang paling AWESOME pernah aku temui.

ehhh ehh rasanya tidak lengkap entri saya kalau takda gambar yang ohsem lagi weird.
moh lah kita tengok gambar ohsem saya dan my babes :)


kanan : bersama mira (kawan kepada iza)
kiri : roomate yang ke-2. iza nama diberi. yang berlakon cerita ombak rindu tu. ok tipu.

ini crazy roomate saya : awa mata sepet. yuyu mata besar.
inilah bubu kesayangan hamba. bekas roomate dulu. jangan curi dia ! sayang bubu :*
tangga hotel concrode. ohsem. yang merah tu comel okbai ;p
bersama classmate yang comel. dean list gitu aww aww.

kami yang awesome  :*
akan merindui kalian. *muka serius*
pasti akan merindui sweet memories with them. rindu lagi rindu lagi rindu lagi okbai. Assalamualaikum.

February 10, 2012

apabila ia berlaku.


Aku seorang perempuan.
Maka semestinya hati aku lembut seperti kapas.
Salah percaturan maka ia akan berdarah tak bersembuh dan penawar sukar dicari. 

aku hanya jadi diri sendiri. tak perlu menjadi orang lain sebab orang lain belum tentu sempurna :)

bila bercinta.
pahit rasa manis, masin rasa manis. semuanya manis-manis belaka. boleh dikatakan taik kucing pun rasa coklat eh eh apani tak senonohlah kau ni perempuan. senang cerita, yang indah itu semuanya terserah pada cinta.

bila terluka.
kalau boleh nak beritahu satu dunia yang kau sedang mengalami proses patah hati. pastu pastu semua orang pergi cari kau dan lemparkan persoalan yang bertubi-tubi kenapa mengapa siapa bagaimana. hah itu tersangat membosankan persoalan itu. Lalu, tanpa memikirkan lebih mendalam kau rela memaafkan kesalahannya dan menerimanya kembali walaupun pedih menusuk jiwa. sayang kata kauuuuu~

bila kecewa.
bercelaru kepala hotak. semua benda tak kena. semua benda jadi kalut. semua benda rasa macam malang. bagai sudah jatuh ditimpa tangga. terasa dunia serba serbi berserabut. rasa dunia terhenti seketika apabila hati luluh dikecewakan. <---ayat tersangat over.

bila gembira.
tudiahhh tudiahhh kalau boleh nak senyum sampai ke telinga. kaulah bintang kaulah laksana bulan kaulah cinta mati sampai akhirat sampai syurga, neraka kennot haha gerenti ayat kembang kempis wajib disampaikan. lepas tu, kalau tang ber'sms' gerenti pages sampai 3,4,5 dah macam karangan ringkas SPM. Almaklum hati sedang berbunga-bunga katakan. sampai orang bilang kita makin lama makin gila dok tersengih-sengih. seperti dunia ini aku yang punya.

bila putus.
memaki hamun dan mengutuk-kutuk adalah perkara harus serta wajibun selepas bergaduh. kesalahan lalu diungkit. kesalahan sekarang dijadikan bukti kukuh. dulu partner. sekarang musuh. dah tiada istilah cinta kau sampai mati poeba and eva eva eva tapi sekarang hey hey hey aku tak percaya cinta dan kau boleh got to go.  janji tinggal janji. ia terbang dihembus angin. tapi akhirnya kau akan bercinta lagi. ini kerana manusia tak boleh dipisahkan dengan perasaan sayang. inilah dinamakan manusia.



Secara konklusinya,
bercintalah pada mereka yang sudi. :) hargai cinta yang ada. kerana cinta itu suci. namun kesucian cinta itu sangat sukar diselami terutama pada orang yang tak pandai menghargai.

tunjukkan kau seorang yang selalu bahagia walaupun kau telah disakiti -yuyu-

#Aku sedang mengalami pengubatan luka di hati. InsyaAllah ia akan kembali pulih seperti sedia kala. :) Assalamualaikum.


February 3, 2012

Eliminator selamanya.

hai saya Norhidayu.
kenangan kau dan aku akan melekat di hatiku agar ia sentiasa bersemadi selamanya :)

Salam 1 Malaysia. Salam UiTM Di hatiku.

cerita hari itu pastinya cerita realiti dan sudah tentu cerita gembira. *senyum selebar mungkin :D*

TAJUK : Hari Kecemerlangan Asasi (HAKA)
TEMPAT : UiTM Shah Alam. 
TARIKH : 27 - 29 JANUARI 2012. 

mood pada ketika itu cukup memenatkan. cukup menghiburkan. cukup mencabar kelenaan tidur panjang aku. Kesimpulannya, acara ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang demokrasi dari mana-mana pihak. Aktiviti yang dianjurkan ialah debat bahasa melayu, debate bahasa inggeris, bola baling (perempuan) dan futsal (lelaki).

Disebabkan keaktifan membuak-buak dalam jiwa serta sanubari si gadis brutal seperti aku. Maka aku telah terpilih memasuki debat Bahasa Melayu dan handball bagi mewakili class LWA02E. class paling ohsem.

Aktiviti pertama ;-

Pertandingan debat bahasa melayu cukup sengit dan sangat menakutkan jiwa raga. mereka semua hebat-hebat belaka. sekali mereka berhujah lalu sistem otak aku mula terhenti seketika dek kerana terkesima dengan kegagahan mereka berhujah. bergegaq lutut dibuatnya. dup dap dup dap jantung sebelum berhujah dan nak membidas apa yang diperkatakan oleh pihak lawan. hm izin lalu yang di pertua.

barisan kerajaan with Azlan. Huda and aku.
muka gerenti berkerut-kerut memikirkan isu yang perlu diterapkan dalam usul. rasa nak bergoncang seluruh otak. Almaklum, sejak duduk UiTM dah jarang nak baca suratkhabar haha kantoi sudah.

khusyuk mencari maklumat untuk usul yang dibentangkan.
Akhirnya ...... ia sempurna dan berjaya meskipun tidak dapat menjadi juara :)

Aktiviti kedua :-
Acara kedua pada waktu petang iaitu Handball. tanpa disangka tanpa diduga ! kami juara kami johan kami menang yeayyy. bertapa hebatnya players handball group aku. Sebagai kapten yang tak bertauliah dan langsung tak membimbing ini gara-gara kerana kesibukan menghantui setiap lorong hari-hari aku. Oleh yang demikian, aku cukup berbangga akan kejayaan anak buah-buah aku. Tanpa aku, mereka mampu berdiri teguh sehingga digelar Juara. *flip pashmina* Tahniah my team, ELIMINATOR !

my classmate ELIMINATOR yang tersangat awesome.
dan pada keesokan harinya, majlis penyampaian hadiah berlangsung :

menunggu ketibaan bus free haha with classmates yang cantik comel comot.

aku berbaju merah berantai love. itu rantai sangat berharga bagiku. 
hm aku memang suka pandang tak puas hati terutama orang yang cuba rampas kebahagian aku ! *gangster*

bersama myra again. player handal lagi mandal

hai hai saya naik atas pentas *lambai-lambai tangan gaya missworld*

 hai tengoklah jersi saya YUYU nombor 7. ehem nombor feveret ehem. nombor ex bf saya si David Beckham nombor 7 juga haha comel kan ? *angkat kening*

 inilah jersi roomates kesayangan saya. Namun sayang seribu kali sayang, mereka semua tertewas dengan group saya HAHA *gelak belagak*

#itu sahaja untuk kali ini. Maaf kerana kekurangan idea sentiasa menyepit di minda si comel ini haha perasan gila ;p hm untuk kesekian kalinya, hati saya luluh kerana dia. saya telah dikecewakan. Allah sedang menguji saya. hm tabahkan hati aku. Sesungguhnya hati aku seperti kapas hm. okbai :(