“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

December 21, 2014

Sepatu



Sesekali aku berasa cemburu nak arwah
dengan spesies perempuan yang cantik gila nak mampus
bila menyarungkan sepatu versi high heels atau wedges
bersama kain ala ala pwincess omputih.

Dan paling menambahkan tahap kecemburuan,
apabila perempuan masih berjalan dengan baik ketika memakai kasut high heels
sekaligus membuatkan mereka kelihatan ayu gitu. (bukan ayu raudhah ok)

Jangan dibilang aku untuk menyarungkannya,
pastinya automatik berjalan gaya robot atau raksasa. (mak mentua tengok terus reject kawkaw)
Itu belum dikira lagi berapa juta kali terlentang terkangkang.
Dan pastinya perjalanan yang sepatutnya diambil 10minit,
akan aku ambil masa 1jam untuk sampai dek kerana kasut high heel yang membunuh tu.

Harap-harap bakal suami akan memahami aku yang-tak-gemar-kasut-tinggi,
semoga kita bersanding di atas pelamin memakai kasut sneakers atau boot ya? (Muah ciked)




2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

kena praktis tu... sehari praktis setengah jam... tengok kat internet kat youtube ada ajar cemanalah nak stabil atas kasut tinggi... cuba lah

AYU JOE said...

In shaa Allah . Terima kasih atas sokongan padu tu yeah.