-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

September 11, 2015

Kalau orang dah tak suka


Penangan pembenci memang boleh tahan hebatnya. Barangkali tahap benci mungkin sampai ke lubang cacing. Dari segala segi perwatakan kau, kau post gambar di instagram, kau tweet, senang cerita kau minum air pun dia tetap tak suka. Dengar nama kau pun dia dah jijik. Aku nak rumuskan yang semua benda yang kau buat, DIA TAK SUKA.

Yang cukup aku tak faham apabila pembenci membenci/tak menyukai seseorang tetapi dia follow orang yang dia tak suka. Motif? Adakah untuk kau lihat sejauh mana kehidupan dia? Kalau hidup dia tak bahagia, kau nak tweet lah kata "padan muka". Kalau hidup dia tengah bahagia, kau nak santau guna ilmu hitam ke. Gitu?

Paling dasyat bila ada orang sanggup buat fake account semata-mata nak follow kita nak tengok apa yang kita buat. Ya tuhan motif sangat buat benda kejadah itu semua. Akhirnya terkantoi sendiri.

Aku bukan senang nak membenci orang membabi buta. Paling busuk aku tak suka orang pun aku cuma block. Paling baik sikit aku cuma unfollow/unfriend. Buat apa aku nak tatap gambar orang yang memberi kesan negatif dalam hidup aku? Buat apa aku nak tengok apa yang dia tweet kalau cuma dia banyak mengutuk/menyakiti aku?

Biarlah followers ciput sekalipun, ianya sangat tak menjejaskan kehidupan aku.
Semuanya duniawi semata-mata.

No comments: