-ROCK ON YOUR OWN STYLE, DANCE YOUR OWN BEAT-


My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

April 25, 2011

♥ RANKING TOP DI HATI PEREMPUAN ! ♥


Ini entry khas aku buat untuk mereka yang baru mengenali apa itu CINTA.
cehceh . *macam aku ini pakar bab cinta pulak kan . bedal sahaja lah :)) 
untuk makluman wahai kaum ADAM ,
perempuan memang jenis agak cerewet bab memilih lelaki sebagai kekasih . 
tak percaya ? . suka hati kau lah !
contoh ayat yang selalu aku dengar dan kadang-kadang aku sendiri menyebutnya . 
"ee . tak handsome lah ! 
ee . gemuk lahh ! 
ee . gigi berkarat lahh !
 ee . kedekut taik hidung masin lahh" ! . 
macam-macam ragam perempuan ini TERMASUK AKU ! . 

Oleh itu, 
mari kita selidik dan mengkaji personaliti yang macam mana menjadi pilihan hati perempuan.


-KEHANDSOMEAN-

Siapa yang tak nak lelaki yang kacak lagi bergaya kan ??. 
kalau bagi FREE pun , siapa tak nak kan. 
*siapa setuju sila angkat tangan macam awok . :D .
mari kita cuci-cuci mata tengok gambar jejaka pilihan perempuan sekarang . 

memang berdupdapdupdap jantung tengok muka jejaka ini . 
woahh ! woah ! hangat-hangat sensasi .

(kiri : JUN MATSUMOTO , actor paling saya minat . pelakon dalam cerita METEOR GARDEN . 
kanan ; takan tak kenal kot . faizal tahir ! SUPERMAN . lagunyeee memang superduperBEST lah WOK ! ) 

kiri : SHAHEIZY SAM yang rock , alaaa~ yang menang BINTANG PALING POPULAR . maallaaatop ! .
kanan : ZIZAN , artis yg paling saya minat . walaupun hidungmu besar , tetapi lubang hidung tetap menjadi pujaan hatiku .

 
(kiri : REMY ISHAK , pelakon lelaki terbaik . jejaka malaya . muka lelaki TULEN . 
kanan : FAHRIN AHMAD . jejaka yang berbadan ketul-ketul . 6pack uhh ! . )

 (kanan : wow wow ! badan sasa berSIX PACK ! HRITHIK ROSHAN . pelakon hindustan . dia memang kacak ! . 
kiri : KIM HYUN JOONG . waalawey ! suke suke . comel :))

ENOUGH ! ENOUGH !
itu sahaja gambar artis yang boleh ditunjukkan . kalau nak letak banyak-banyak , 
takut tak cukup page entry ini . HAHA .
tetapi kan WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG !
bukan lah lelaki itu mesti kena HANDSOME giler ! .
cukuplah sekadar sedap mata memandang . 
kalau kacak sangat nanti , ada pulak yang kebas. merana perempuan nanti . 
takut nanti ada juga berlaku perang dunia ke-20 ! 
kebaamm BOOM .   
tetapi kebanyakkan lelaki yang kacak sekarang , kerap dikatakan GAY .  
OuhhmyPRADA ! .. 
dan sekarang dekat bukit bintang , KL dan jalan susur , JOHOR berkeliaran MAK NYAH di tepi jalan sedang mencari mangsa-mangsa . ape kejadah semua ini ! ! .

 (gambar hiasan : ashraf muslim jadi MAK NYAH dalam sebuah filem . nampak tip top gitu . 
tapi geli saya tengok . eeuuww ~)



-AGAMA-
Pilih lelaki kerana agamanya. kerana dia yang akan membimbing keluarganya ke jalan kebenaran bila sudah kahwin nanti . sebab dengan ada agama sahaja dapat membezakan yang jahat dan yang baik .

tetapi perbezaan agama tak jadi masalah kalau nak jadi pasangan . 
mana lah tahu , dapat hidayah dia nak masuk agama ISLAM , bertambah umat kita . 
alhamdulilah ! :)
*insan yang cemerlang datangnya dari akal , hati yang tenang ,
jiwa yang mantap . renung-renungkan dan selamat beramal . :)


-AKHLAK-
ini salah satu faktor penting . sebab akhlak mencerminkan siapa diri kita sebenar . 
kalau setakat depan mak ayah tunjuk baik  , belakang macam hantu . lebih baik takpayah jadi kekasih ! .
pada lelaki sekarang yang tak berapa nak BAIK perangainya , 
lebih baik berubah ! gerenti tiada perempuan sudi dekat dengan awak kalau perangai macam SYAITAN . haihh ~.~jadi lelaki tua lah nanti . :P



-ILMU-

kalau ngak penuh ilmu didada , ngak sampei ke terusan suezz . 
*pak salam erwin joko anuar yang cakap .
okayy . sudah terang lagi bersuluh , ilmu memang penting . 
terutama bagi lelaki yang bakal jadi ketua keluarga . 
takkan lah nak berharap dekat bini 24hours dalam semua perkara . 
dahlah bini yang kena masak , beranak , cuci segalanya , takkan semua nak kena bergantung dekat bini .
ini sudah MELAMPAU ! .
kalau seseorang itu tiada ilmu , macam mana dia nak ajar anak-anaknya tentang agama islam . 
Pada lelaki , mulai sekarang , 
rajin-rajinlah pergi ke surau atau masjid dan menuntut ilmu tentang perkara baik . :)


 

-HARTA-

kalau cerita pasal harta ,
terbayang aku dengan DATO' yang berpangkat tinggi , bermisai tebal , berbaju batik ataupun berbaju kot . 
*bukan terbayang datuk K okayy*

kalau kahwin dengan orang tua yang ada status DATO' , gerenti cerah masa depan . 
minta apa sahaja gerenti dapat . 
"ABANG , nak FERRARI MERAH ! . "
"ABANG , nak RUMAH BANGLO 20tingkat ! . "

HALLOO ! . 
aku bukan spesies matrealistik a.k.a pisau cukur. jaga-jaga sikit mulut nyah oi . 

Kaum ADAM , 
anda mestilah mempunyai harta sebelum mengatal atau nak masuk meminang anak dara orang . 
tak kan lah nak kahwin , masih nak BERHUTANG ! .
tak pasal-pasal , malam pertama kahwin , ALONG datang tuntut wang dan baling cat merah . 
Lagi banyak laki itu punyai harta , lagi ramai wanita CUN MELECUN datang tau.  
Almaklumlah , perempuan kan ada 9 nafsu . macam-macam benda perempuan nak beli :))                        


 

-KETURUNAN-

Sudah semestinyalah dari baka yang BAIK-BAIK . 
apabila kita pilih pasangan dari keturunan yang baik , 
maka keluarga yang dibina pun akan menjadi harmoni dan aman damai . 
takkan kita mahu kahwin dengan keturunan yang penuh dengan soSIAL dan ada rekod jenayah . 
orang dulu-dulu kata , 
BAPAK BOREK ANAK RINTIK . 
ataupun 
BAPA KENCING BERDIRI , ANAK KENCING BERLARI . 
CUCU KENCING LARI BERGANTI-GANTI . 
hahaha . *tak senonoh punya ayat . astagar >,<



CIRI-CIRI LAIN YANG MENJADI PILIHAN HATI PEREMPUAN :

-LELAKI YANG TIDAK MEROKOK-



lelaki selalu cakap merokok itu melambangkan KEMACHOAN mereka . 
poodah deyh TAMBI ! . 
bila dah dapat penyakit , hilang kemachoan kalian itu .
kesan merokok lebih banyak impak negatif . 
kebanyakkan lelaki yang hisap rokok punyai bibir yang HITAM . eeuuww ~.~
HATE SMOKER ! . 
nak tahu tak , beli rokok setiap hari itukan membazir . membazir itu saudara syaitan . 
ee . saudara dengan syaitan . minta simpang uhh ! . 
then , bila kahwin nanti , gerenti umur tak panjang . isteri pun jadi JANDA. tinggalkan anak-anak . 
sedih bangat ! =.= 
Menurut kajian , penyedut asap rokok lebih berbahaya dari perokok . ishhh . takkan lah kamu kamu dan kamu nak biarkan orang sekeliling kamu mati awal . INSAFLAH . 
berhenti merokok ! . kalau kamu tak merokok pun , kamu tetap MACHO lah ! :)) 


-LELAKI YANG ROMANTIK-

wow ! i like romantic GUYS .   

tapi bukan yang 24jam pandai bermain kata-kata . kadang-kadang berbahaya lelaki yang romantic sangat ini . kot kot PLAYBOY ke ? . mana lah tahu kan kan . tiba-tiba dapat tahu aweksss berderet-deret . gara-gara termakan dengan kata-kata si pujangga . tapi kan tak suka lelaki yang macam TUNGGUL KAYU .

bila jawab sepatah , dia jawab sepatah . benci sungguh ! =,=


-LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB-

memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki sangat berat , 
tambah-tambah kalau anak sulung .
perlu mengutamakan ibu bapa daripada kekasih. Lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga bererti dia amat penyayang . meskipun dia sanggup bersusah payah demi keluarga . SO SWEET ! =,=

-LELAKI YANG MENJAGA KEBERSIHAN-

Lelaki itu tak perlu memakai barang yang BRANDED kalau tak pandai menjaga kebersihan . 
buat malu sahaja kalau pakai serabai-serabai bila keluar bersama-sama .
setakat duit poket penuh sampai poket seluar terlondeh terlalu banyak sangat duit
tetapi tak jaga kebersihan, memang takkan ada perempuan nak dekat ! 
pandang pun tak nak agaknya lah . 
kalau yang sudi dekat itu pun sebab DUIT . bukan sebab diri anda.  


 

"Annazofatun minal iman"~ kebersihan itu daripada iman .


  
NOTAKAKI : pada lelaki , apa lagi yang ditunggu kan kan ? . cepat-cepat berubah ! . persiapkan diri dengan segalanya . pada perempuan . any suggestion lagi ? perempuan mahu lelaki yang terbaik sebagai partnernya .  -LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK -








11 comments:

azie.iya said...

alamakkkk !!! taste kite same .... semua top guy tu sy pun minatt

♥AYU cik YUYU♥ said...

@azie.iya : HAHA . sepp sepp ! . mari kita carik laki mcm tuh . :))

farah wahedda said...

wwuuuuuuiiiii comelllll hehehhe macam saya lalallala

iemanizam said...

lagi ramai laki macam setan yang menjadi pilihan awek awek ni sekarang..hari hari pun leyh tgk..tapi sebabnye ialah dah tade laki yang baik..ahaha..sodeyh..

♥AYU cik YUYU♥ said...

farah waheeda : haha . yahhh ! comel sperti kamu <3 lalala~


iemanizam : betul ! SOKONG . sbb lelaki yg baik sudah smakin pupus . haihhh ~.~ mcm mne nk kahwin nnty . hoho =.=

achik said...

suke post blog yg nie..hehe..menarik...

iemanizan:btol2..aku sokong kau..
................................
mmg susah nk cari lelaki yg sempurna zaman sekarang...
kebanyakan lelaki zaman skrg ramai yg terjebak kedunia sosial yg melampau..
teruk2..so kene la pandai2 pilih wahai kaum HAWA...
hanya mata hati perempuan yg dapat mengenal seseorg lelaki tu cam nie...^_^

My Life Story said...

btol to ayu..haz setuju sgt dgn satement to..good job;)..terbaikk yaww!!!!hehe

♥AYU cik YUYU♥ said...

achik : hoho =.= betul lha tuhh ape yg diperkatakan .

haz : hehe . betul ! betul ! betul ! :))

.: anys :. ツ said...

KIM HYUN JOONG . auww auww . HAHA . tp asal letak ASHRAF MUSLIM version pondan ni ? ni yg marah ni . jatuh market pakwe saye . kahkahkah ;DD

♥AYU cik YUYU♥ said...

anys : HAHA . saje nk kasi gempaq ltk pic ashraf muslim . awak , ashraf muslim dah ade tunang dah . frust tak :))

the PHOTO_genik said...

i loikeee :) eh eh zizan lahh :DD <3 hehe