“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

June 24, 2012

Tataplah entriku.

Taraaaaaaaa. Hi Dunia.
*lambai-lambai sambil flying kiss* *gedik teruk*

selamat pagi.. terima kasih pampers.. auchak auchak.. sayang mama sayang papa. berdiri ..yeayy. (promote iklan pampers. ya persetankan juga.)

nak bergua lu tapi rasa macam kerek cekodok basi. gangster taik kucing katanya. *angkat kening* nak bersaya awak rasa macam hehe hihi haha sopan bebenau. *sipu-sipu malu* jadi kesimpulannya, aku kau jadi pilihannya.

seperti yang dijanjikan di entri lalu, aku ingin tonjolkan gambar photoshoot di Kota Iskandar. Tataplah. Photographer dia adalah hmm biarlah rahsia. nanti nama naik di blog aku, dia minta duit poket. eceh. :*

Mungkin kelembapan aku mengupdate entri membuatkan kalian muak serta jemu melihat entri lapuk. Barangkali entri pasal berita mengenai blog aku dipamerkan di majalah remaja hampir buat kalian muntah bertubi-tubi. Ya udahlah, jangan persalahkan blogku tapi salahkan diriku kerana terlalu sibuk menguruskan masa depan bersama duit. ehem. ayat berbau kencang.

tanpa berbekalkan idea yang banyak.
tanpa bertemankan ayat yang rapuh.
tanpa bersama lagu sedih.
tanpa membazir waktu.
tanpa berlagu jiwa retak.
tanpamu aku lah yang rindu tanpa dirimu hilang lah manjaku. lalala.
eh okay ayat gila terserap dalam entri.

*malas delete* *teruskan menaip*

maka selaku anak Malaysia yang berjiwa seni, ingin persembahkan satu persatu gambar di tempat yang cantik. ah jakunnya saya bila tengok Kota Iskandar.
*julingkan mata*

SubhanaAllah~ cantik sungguh tempatnya tidak terkata. kelu lidah dibuatnya. alangkah indah kahwin di sana bersama anak raja sambil pakai gaun putih seret lantai tudiaaahh kemain melalut. *tepuk dahi*


belum sempat berposing. apa semua ini. habis kodak ;p

buat muka comel meskipun rupamu tidak ku kenal tetapi lobang hidungmu menjadi tatapanku.
lihatlah model itu. muka ala ala tak cukup tidur.

engkau senyum buat ramai jatuh kepadamu. bukan jatuh cinta tapi jatuh pengsan.


lihatlah diriku. tak perlu membenci. tapi sayangilah aku. noktah.

secara jujurnya, aku mencintai kepingan gambar ini. rasa macam aw model ini sungguh aw aw aw gedik teruk.
*bunuh diri*

#Jiwa meracau. Mata mula bersinar. Tangan mula gatal. Perut rasa nak makan macam-macam. Itu tanda-tanda akhir mahukan gaji. hoho. Assalamualaikum. :)