“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

June 2, 2012

Berita tergempar. Wajib Baca.



Alkisahhhhh..


Tayibbbb....


Alkisah maka tersebut alkisah..


Tayibbb....


Sang kancil datang beramai-ramai menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun..


Mana Firaun pakai sultan...


Entah..


DENGAR SINI ORANG-ORANG KAMPUNG ! 

Aku kembali ke dunia alam maya sambil pikul berita sensasi.
*sambil kembangkan hidung* 
Tajuk di atas perlu lah memberi suspen kepada pembaca. 
Jeng. Jeng. Jeng.

Namun berita seumpama ini tidak sesuai dibaca buat mereka yang menghidap paru-paru dengki atau hati busuk atau penyakit mulut laser. 

Untuk makluman rakan-rakan, makcik sebelah rumah mahupun makcik cleaner, 
blog saya telah dipamerkan di majalah remaja edisi JUN 2012. 
*sambil lambai-lambai gaya miss world*

Selepas mendapat tahu informasi, automatik kembang bontot serta kembang hidung harus berlaku. Namun kekembangan ini tidaklah dinamakan riak. Ini dinamakan perasaan terharu berlipat kali ganda.*angkat-angkat kening ala The Rock*

Aku tubuhkan blog ini sekadar mengisi masa lapang. Bukan kerana mengejar famous. Sila jangan bawa wartawan melodi untuk serbu saya serta tanya soalan bertubi-tubi kepada saya. OH NOOOOO KOMEN. *tutup guna tangan dekat kamera* Bukan juga kerana untuk menjadi Maria Elena. Mahupun menjadi Nasir Bilal Khan *tetiba* 

Terima kasih khas buat REMAJA,
sudi mempamerkan blog cikai saya serta bagi markah fuyoo fuyoo kemain tinggi. *pengsan* Nampak gayanya aku kena beli setiap bulan majalah remaja. Tanda sayang cinta suka rindu aku pada remaja. cewah *ayat bodek* hihi.

Cover page Jun 2012. Siti Saleha, awak lagi molek bila bertudung.

nampak tak blog AYUANAKPAPAJOE ? *pengsan 20hari 20malam*


Petikan ayat dari majalah remaja :

"Pemilik blog yang mempunyai latar warna hitam merah ini merupakan seorang gadis yang menggunakan tagline "Muka Rockers Hati Kapas". Bait-bait ayat di dalam blog ini agak selamba dan mudah difahami. Ia banyak bercerita tentang kehidupan pemilik blog itu sendiri. Penulisannya bersahaja membuatkan pembaca tersenyum apabila membacanya. Blog ini sesuai dibaca pada masa lapang"



MUKA ROCKERS HATI KAPAS ADALAH SAYA :)

Sejak kebelakangan ini, blog sering diabaikan dan terbiar macam blog berhantu akibat alasan yang kukuh iaitu mencari nafkah untuk diri sendiri. Semoga dikemudian hari aku selaku pemilik blog akan merajinkan diri untuk update entri walaupun diri ini dilanda ribut petir meskipun dilanda ombak rindu aumm. 

Assalamualaikum :)