“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

July 24, 2012

Tentang Bulan.

Salam 1 Malaysia.
Salam tangan mak ayah.
Salam bulan ramadhan Al-Mubarak.
Salam Hari Kemerdekaan.
Salam terakhir ah tetiba.

Tajuk di atas bukan lah cerita tentang bulan yang kanak-kanak berlakon jadi mawi dan ina itu. rebut-rebut awek yang sorang itu lepastu gaduh nangis melalak. oh cengeng sungguh cerita kanak ribena. oh bukan bukan. Tetapi mengenai apa yang berlaku pada bulan August tahun ini.

Result UPU > Bulan Puasa > Hari Raya > Hari Merdeka.

Hari ini hari keempat kita berpuasa. Puasa penuh jarang sekali menjadi list dalam azam aku. Jadi para jejaka, jangan nak mengedik tanya soalan yang kurang cerdik itu. Contohnya : "puasa tak hari ni ? puasa penuh ke tahun ni ?". Harap mengerti dong.

Maka keperluan beraya dah bercatat dahulu dalam list nota kecilku. Bajet duit untuk raya telah disimpan sebagai bekalan ketika sarat memerlukan wang. Fikir raya dulu walaupun puasa belum mencecah 30hari. Harap anda jua seperti saya. HOHO. *gelak sakan*

Bekerja di bulan ramadhan begitu mencabar jiwa. Menghadap customer yang seumpama tidak berpuasa dan rata-ratanya ramai yang berperangai seperti rusa baru masuk bandar. Tidak mengerti bahawasanya kami sebagai pekerja sedang berpuasa. Sungguh menguji kesabaran minda dan fizikal.


Bak kata anakpapajoe  :
"nak dimarah, anak orang. nak dipukul, takut masuk lokap. maka sabar jolah". 

dear customers, tolong respect kami yang berpuasa ini. *sambil pegang sepanduk*
Oleh itu, bulan ramadhan adalah bulan syaitan diikat dan digantung maka berharap manusia berperangai syaitan tidak wujud di bulan ramadhan ini. Bukan apa. Cuma aku ingin kelihatan tenang dan gembira tanpa manusia berhati syaitan di sekeliling aku.

Tahun ini aku berpuasa sambil bekerja. Hebat bukan aku. *flip shawl* Cuma kadangkala rasa seperti mayat bergerak bila bekerja. Rasa lemah tak berdaya. Rasa oksigen dalam badan makin berkurang. Bibir kering rasa memerlukan CPR. ah tetiba. Tapi apakan daya, aku hanya mencari rezeki yang halal.

Seperti ramai yang tahu dan busybody ingin tahu, result UPU untuk degree telah keluar tanpa diduga. Oleh itu, aku cukup senang hati sambil bergaya-gaya goyang kepala kerana course LAW tidak menjadi kesakitan aku lagi. *lambai-lambai tangan*
inilah muka aku bila dapat tahu masa berbuka puasa hampir tiba. hohohohoho.

Maaf atas kelembapan aku mengupdate entry. Kesibukan mencari nafkah acap kali menghantui diri. Semata-mata demi nafkah untuk raya nanti. Nak beli baju 1 Lori katakan. haha.

Nota terakhir buat entry ini :
Bersederhanalah ketika berbuka puasa. Berhenti makan sebelum kenyang. Tingkatkan prestasi. Kurangkan kontroversi. Berhenti mengumpat orang lain. Assalamualaikum. Salam Ramadhan.