“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

August 5, 2012

nostalgia idaman.



"sahaja aku berpuasa pada bulan ramadhan kerana Allah Taala".

siapa yang selalu terlajak tak sahur.
siapa yang selalu masa tengahari rasa haus semacam.
siapa yang selalu terliur bila nonmuslim tayang makanan sambil buat muka bangga.
siapa yang selalu diuji kesabaran masa berpuasa apatah lagi kena marah kena maki hamun.
siapa yang selalu berazam puasa penuh tapi kecundang dan ia tetap kecundang.
ya udahlah dugaan masa berpuasa bagaikan kencang beribut taufan.
Maka, bersabarlah sayang :)

bila puasa tinggal dua minggu, hati berasa eksaited laju laju laju. nekad nak baju raya satu almari, kasut satu guni, tudung satu lori, ohhh aku tipu lagi. tidak mampu kudrat ku memiliki semua itu. oleh itu haruslah tepek smiley sedih ":(" agar menunjukkan simpati lalu ada orang yang sudi membeliku baju raya nanti. *jeling-jeling*

Hari raya semua bagai nak gila, Bila puasa semua buat-buat lupa. Berpakaian semua harus sepadan, tapi puasa tak cukup sebulan *cough* oh itu bukan lah diriku ;p Berbicara isu raya, haruslah lagu raya sebagai penguat suasana di bulan puasa.

pejam celik pejam celik sudah hampir ke penghujungnya. *usap-usap dada* *lega*
cuba awak ke shopping mall yang berdekatan, gerenti lagu raya menjadi carta utama di setiap kedai agar menambahkan semangat untuk perhabiskan duit demi beraya.

Sudah duahari waktu tidur malamku tidak lena maka tidak sempat diulit mimpi indah bersama putera raja akibat mendownload lagu raya demi semangat kerayaaan aku. Ternyata lagu raya zaman lama tetap terbaik dan menjadi kegemaran di hati anak muda seperti daku.

Persoalkan siapa penyanyinya itu tidak penting, yang harus dijadikan notis penting ialah lirik yang menusuk kalbu. boleh dikatakan lagu zaman sekarang hampir tenggelam apabila cuba dibandingkan dengan lagu raya zaman nostalgia.

Lagu kegemaran aku apabila raya menjelma adalah seperti berikut :

1) Aishah-Pulanglah. - Suara memukau tidak siapa dapat melawan Aishah. Apabila didengar waktu malam, pastinya hati sayu sayu kedengaran. Lama kelamaan airmata turut menitis eceh. *kesat airmata* *tipu lagi*

2) Jalil Hamid-Raya - Lagu ni sangat happening. COOL GILA WOW. Rasa macam nak berjoget cha cha bila dengar lagu ni. Takda sedih takda duka. Watlek watpeace :D

3) Sanisah Huri-Bersabarlah sayang - Lagu ini sedih. *Amaran* Buat jiwa yang lembut, haruslah menyediakan tisu apabila mendengar lagu sedemikian.

4) Awie dan Ziana Zain-Halaman Asmara - Ayat "asmara" itu tidak kena dengan lagu berkaitan raya. Namun bila didengar secara mendalam, ternyata lagu ni memberi seribu makna.

5) Siti NurHaliza-Sesuci Lebaran - Lagu penyanyi no.1 haruslah menjadi selera rakyat Malaysia. Sekali dengar pasti nak lagi *promote iklan gituww*

6) Senario-Seminggu berhari raya & Puasa dan Raya- Aku lebih minat ke arah lagu yang berunsur kelakar seperti itu. Dengar lagu ni gerenti ewah ewah joget goyang pinggul. *sambil joget zapin*

Sebenarnya banyak lagi lagu raya yang seronok beronok ronok antaranya Suasana di hari raya, Menjelang Hari Raya, Air mata syawal, Zapin Aidilfitri, Dendang Perantau, Ku Pohon Restu Ayah Bonda dan sebagainya. Maka ayuh kita mendownload lagu mulai sekarang sementara menunggu bulan puasa hampir tamat. *gaya promoter kedai*

pamerkan senyuman meskipun penat hadapi segalanya.
Oleh itu aku kehabisan tenaga minda untuk menaip ayat seterusnya. Oleh itu, Kbye. Oleh itu, Selamat Berpuasa. Oleh itu, sila lempang muka aku. Oleh itu, Assalamualaikum :D