![]() |
sebelum nak mendaftar, haruslah bergambar. muka haruslah suci berseri-seri. cukuplah eyeliner sebagai penyeri. |
![]() |
ini alamat rumah saya. rasa nak datang raya, mai lah. tapi air kosong sahaja disediakan. kahkah. |
![]() |
barisan si gedik terhormat. yang harus kalian pasrah, aku paling tercomel. silakan bunuh diri dengan pernyataan saya. |
![]() |
kad matrik di atas adalah kepunyaan saya dan kad matrik di bahagian bawah kepunyaan roomate saya. Kami Bakal Engineer :) *kenyit-kenyit mata* InsyaAllah. |
Tidak banyak gambar yang ditangkap ketika MSK dijalankan. Acapkali tertidur ketika penceramah membentangkan hujahnya. Bukan tidak mahu dengar Bukan tidak mahu jadi pelajar berjaya tapi mata automatik tertutup. Salahkan mata sendiri.
*ZzZzZz* *bunyi dengkur*
Lagipun, berada di dewan yang bisa memuatkan 50lori muatan besar serta bertemankan aircond yang sejuk seperti berada di dalam salji perghh perghh jangan lepaskan peluang sesaat ini. Maka, haruslah tidur senyenyaknya hihi.
10hb September bermula lah class seperti pelajar degree yang normal. Bermula lah aktiviti sebagai pelajar Suluh Budiman. Bermula lah penempatan tetap di Tanjung Malim. Bermula lah menjadi rakyat Perak yang sejati. Kita Bako Je *goyangkan tangan*
Maka, tiada lagi bangun lewat. Tiada lagi online sampai lewat malam. Tiada lagi bergayut sampai terlelap. Tiada lagi berjalan-jalan sampai tersesat.
![]() |
Semoga aku dapat menjadi pelajar Engineer yang bergaya-gaya dan berjaya di UPSI eceh. Amin~ |
Salam rindu. Salam 1 Malaysia dan Assalamualaikum.