“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

September 21, 2012

Rindu tak terhenti.

Salam didahulukan. Rindu terhadap blog akhirnya dapat dileraikan. Bukan mukadimmah berhias ingin disampaikan. cukup pengubat rindu di kala kesepian. entah kenapa hati ini begitu rindu. rindu bersarang di seluruh hati. melengkapi jiwa berteman lagu sedih.

Satu hari...
Dua hari...
Tiga hari....
dihitung dengan jari. namun harus ku pasrah kini, ia sudah tiga minggu lebih berlalu pergi. Sememangnya aku rindu pada seluruh penghuni rumah Johor Bahruku. Harap mereka sejahtera. Harap mereka dilindungi oleh Allah. Harap mereka tahu yang aku teramat rindu.



"Siapa suka berjauhan dengan keluarga ?"
*geleng-geleng kepala*

Bertapa susah hidup bila berjauhan. Berdikari cari makan sendiri. Berjalan kaki berteduh di bawah pokok akibat terik matahari. Tiada kereta. Tiada motor. Hanya bas menjadi sasaran utama. Kasihan.

Acapkali niat ingin terbang ke selatan, tapi fikir berjuta kali untuk membuat keputusan. Fikirkan masa. Fikirkan wang. Fikirkan rindu. Fikirkan keselamatan. Bila difikirkan macam-macam, justeru masalah terus menghimpap. Keji.

Rindu aku masih boleh dikawal. tidaklah aku menangis meraung meminta ayah mak datang segera. tidak juga aku bunuh diri kerana rindu pada mereka setengah mati. otakku masih waras. mindaku masih cergas.

Hidup di sini bukanlah tidak hebat. tapi jauh hebat berada di rumah sendiri. cukup segalanya. di sini, aku terpaksa teroka sendiri. ibarat perantau. jika sesat jalan, aku cari jalan keluar sendiri. perlukan gps tapi tak membantu langsung. Hina. Tak perlu diperkatakan lagi, di sini jauh perjalanannya. Luas pemandangannya. Sakit kaki kuku ku berjalan. Menderita.

pemandangan dari tingkap bilik. sangat teruja.

Bertemankan kesejukkan dari gunung buat malam hariku menjadi sayu.
Tambahkan lagi lagu-lagu sedih dalam jiwa. Cedih.
Rindu Mak. Rindu Ayah. Rindu Kak Long. Rindu Adik.

"Jika perasaan rindu ini benar-benar mengujiku, maka perasaan rindu ini benar-benar membuatku mengenali erti hargai dan kasih sayang yang abadi"- AnakPapaJoe-


Rindu ini membunuhkuuuuuuuuuu~ T.T

*INFO TAMBAHAN*
"Aku belajar di UPSI iaiti Universiti Pendidikan. Tapi aku bukan bakal cikgu. Course aku bukan pendidikan maka apabila tamat belajar, aku digelar Engineer bukan Cikgu. :) InsyaAllah."

*MASIH BELAJAR UNTUK MENDAKI TANGGA KEJAYAAN*