“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

May 23, 2014

Jarak jauh


Cinta jarak jauh?

*korek hidung*

*calit bawah meja*

"Kau tak rasa ke dia ada spare orang lain?"

"Weh tak akan lah dia tak terpikat dekat mana-mana awek yang lagi cun melecun
daripada kau yang tak berapa nak cun ni"

"Carilah yang dekat-dekat. Boleh lah selalu dating"

"Alaa sekejap je dia setia. Lepas ni confirm dia berubah hati"

Bertubi-tubi soalan berlegar-legar di rumah minda
menjahanamkan sekeping hati.

Kau lihat di luar sana,
berapa sahaja cinta jarak jauh berjaya diakhiri dengan perkahwinan?
Kau boleh bilang dengan jari kaki.
Tak cukup? boleh guna kaki aku.

Manusia sangat licik. Lebih gemar bermain dengan perasaan.
Kau sangka dia setia, rupanya dialah kekasih paling durjana.

Check handphone? Tak diberi. Siap ada password.
Call? Sekejap sahaja. Tak sempat nak bernafas panjang.
Jumpa? Jarang sekali.
Perkataan sayang? Lagi kelaut.
Janji-janji? Hancur lebur.

Hati-hati--
sebab terlalu percaya, kau sengsara
sebab terlalu sayang, kau merana.

Cinta jarak jauh lebih manis
jika masing-masing memandu kesetiaan
ke mana sahaja jalan yang dituju.



2 comments:

Ashyrah AH said...

assalamualaikum akak. akak percaya tak dengan cinta jarak jauh? hubungan jarak jauh ni akak rasa boleh bertahan ke?

AYU JOE said...

Waalaikumsalam Ashyrah. bergantung pada seseorang tu adik. Kalau hati kita setia, maka setialah kita akan dapat.