“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

May 4, 2014

Kalau kita dah halal



"Kalau kita sudah halal, kan bagus"

Kalau kita dah halal,
kita boleh berpimpin tangan
sambil kau merangkul pinggangku
aku sandar di bahu bidangmu
dan kita berbalasan senyuman nakal
kita boleh buat apa sahaja yang kita suka
saat itu, dosa tidak lagi melekat.

Kalau kita dah halal,
kita boleh keluar sehingga larut malam
kita boleh lepak kedai mamak tengok bola
kita boleh nonton wayang cerita romantik
tak perlu dirisau lagi oleh ibu bapa
kerna kau ada, sebagai penyelamat aku.

Kalau kita dah halal,
kita tidak perlu lagi menghadap rindu
yang menjajah setiap malam-malam kita.
yang meratah setiap malam-malam kita.

kerna, kita sudah pun menjadi halal.

Tapi, satu hari nanti. In shaa Allah.
Aku tunggu arjuna tanpa nama-ku.