“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

January 3, 2012

2012 datang. 2011 pergi.



2011 BYE BYE :(

2012 HAI HAI :)

saya wanita kuat. i am superwoman. dont ever try to fight with me. because i always win.

apabila 2011 melabuhkan tirai maka 2012 tanpa segan silu mendabik dada bahawa giliran dia untuk mengambil alih takhta. Maka tiada lagi kedengaran sahut-sahutan panggilan nama 2011. hanya tinggal kenangan *Saleem* ia sudah berlalu got to go.

2011 terlalu banyak kenangan pahit suka duka tawar masin semua perasa dalam hidup aku. dibenci disuka disayang dicaci diaib di di di dirindu rindu serindunya ehem ehem itu menjadi sebahagian hidup seorang insan muka rockers hati kapas seperti aku. nak disenaraikan satu persatu ouhh no no no no. tangan aku tidak berdaya menahan nafsu godaan blog malah urat tangan aku dijamin akan tersimpul mati dan tak berjumpa jalan keluar gara-gara menaip terlalu panjang.

seperti biasa wishlist dalam genggaman semestinya panjang siap boleh dimasukkan dalam Book Of Records "karangan paling panjang" ya sudah pasti ia tidak cukup satu kertas tapi jarang sekali ditunaikan wishlist itu. kerana kealpaan dalam duniawi membuatkan aku mengabaikan wishlist yang beria-ria disenaraikan pada awal tahun dan akhirnya tidak tercapai dan kecundang di tengah jalan. ia sangat menyentuh batin aku. ya menjerit batinku. tahniah buat aku. tahniah juga buat anda yang seperti saya :)

Wishlist yang tak pernah lekang dalam hati aku adalah ingin menjadi terbaik buat semua orang terutama agama , bangsa dan negara turut untuk keluarga tersayang , Achik dan kawan-kawan . Memaafkan semua orang sebelum tidur adalah petua awet muda aku. try cuba anda pasti tertawan (ayat tersangat hodoh).

Wishlist yang lain tak perlu kot nak digempar gempurkan like a crazy frog dan diletakkan di blog yang berblink blink, membuatkan orang termuntah hijau berhari-hari gara-gara tengok ayat yang langsung tidak berilmiah dan langsung tidak ada pengajaran walaupun sekelumit kuman. cukuplah sekadar diri kita sahaja yang tahu apa yang kita azamkan. itu lebih bagus :) jangan jadi debu berterbangan di tiup angin dan sekadar di pinggiran sahaja. lagipun, kang tak tercapai di akalku buat malu sahaja kuikui ;p

Oleh itu, saya ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, pernah tercalarkan hati sesiapa , pernah tertumbuk muka sesiapa, pernah tersepak dengan sengaja. pernah terampas pakwe sesiapa haha ayat kennot go masa bila pula aku rampas pakwe orang haha itu bukan aku. ai bukan mcm memey or fasha nak sandar tu. harap dimaafkan saya dong ya bapak ibu ibu semua yang ada di sini :)

mata gua hm sembab. gara gara tidur lambat.  pergh ayunya saya haha. aum aum.

#hm. saya sudah habis cuti mid term. saya sudah berada di Shah Alam. saya sudah mula rindu merindu. ia amat menyakitkan jiwa kerana berbalas dengan kerinduan yang amat mendalam gurlp. ai hate dis feeling sho much. me rindu Mak Ayah me rindu Kak Long Wan me rindu Achik hm. okbai.

No comments: