“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

January 21, 2012

pergi dan tinggalkan aku.

*pasal hati berkait rapat dengan sahabat*



ya ya setiap kali update gerenti pasal hati. bosan baca ? ada aku kisah ;/

penat nak jaga hati orang. nak cakap kena berlapik. nak cakap kena susun ayat satu persatu.
yelah takut terasa. takut terguris. takut makan hati. takut dibenci. takut dicop mulut macam longkang.

dan aku ? biarkan ia terseksa pergh menjerit batin aku.

Saat senang,
carilah orang lain dan tinggalkan aku terkapai-kapai dan tenggelam dalam masalah.

Saat susah,
merayu-rayu dan berlinangan air mata ibarat akulah penyelamat kau di dunia dan akhirat ;/

tersangat bodoh diperlakukan sebegitu rupa. hm.

Aku manusia. Aku ada hati. Aku ada perasaan. Aku juga pernah menangis.

Kau cuba jentik hati aku, pasti akan menangis.

Ternyata sahabat zaman sekarang susah nak dicari. susah nak ditemui. susah nak difahami.

Saat kita kehausan menagih kasih sayang seorang sahabat,
ia pergi ia tinggalkan ia berjalan tanpa menoleh.

Saat kita dibelenggu kemewahan dan kegembiraan,
ia datang ia menghampiri dengan senyuman dan melupakan perkara yang menyakitkan itu.

dan sekarang,

aku tak perlukan sahabat yang tahu menjatuhkan aku.
aku tak perlukan sahabat yang mencari aku ketika dalam kesusahan sahaja.
aku tak perlukan sahabat yang menikam aku dari belakang.
aku tak perlukan sahabat yang berwajah manusia namun berhati syaitan.
aku tak perlukan sahabat yang tidak ikhlas dalam persahabatan.

ia perit ia sakit ia bernanah.

Tolong fahami. Tolong mengerti. hati aku sedih bila kau berubah, Sahabat.

I MISS THE OLD YOU :(

#saya sudah berada di Johor Bahru sempena cuti raya cina. GONG XI FA CAI. okbai.

No comments: