“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

February 25, 2012

malam bergemerlipan di paris.



AN EVENING IN PARIS - ANNUAL DINNER FOUNDATION OF LAW-

pakai baju lawa-lawa pastu letak make up kasi cun mengalahkan artis.

pakai tudung lilit sana sini dah macam hana tajimoto dan ada yang tercekik ketika nak makan.

pakai baju sampai beratus-ratus ringgit semata nak nampah gah catwalk di red carpet.

pakai kasut high heels lepastu tergolek sana sini dan terlentang macam nak berenang.

pakai baju cekci cekci memang cantik kali pertama dipandang kali dua nampak lain macam.

-karenah budak asasi LAW-

seperti biasa, rutin harian saya adalah gelak berdekah-dekah sampai keluar kahak.
tersimpul mati aku gelakkan mereka yang omeyy semasa buat persembahan.
KAHKAH.

semua pelajar gila gila ohsem berjalan atas red carpet ala ala grammy award gitu.
catwalk berbagai. flip hair flip shawl flip apa yang boleh di'flip'.
rasa macam dikelilingi oleh artis antarabangsa. cantik-cantik belaka :) so jelly.

jangan ditanya tentang aku ?
aku olwez simple. olwez rockers. olwez chill. olwez merah hitam (favourite colour)

hai saya norhidayu. saya tak comel. saya macho. saya teringin nak ada six pack hoho.
last minute baru mengelabah 'sardin' nak cari baju apa. pakai apa. kasut apa. lipstik warna apa. aku malas nak beria-ria sangat dan perhabiskan duit nak buat kahwin semata-mata nak ke annual dinner. sebab aku hanyalah orang miskin di shah alam.
(perkataan 'kahwin' tu sila abaikan kalau rasa annoying)
mak ayah takda di sekeliling aku buat aku rasa semput selalu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. =oo=

bila berakhirnya kehangatan annual dinner,
hati aku terus straight teringat pada cuti. ya ya cuti habis semester 2. cuti sempena habis asasi.

"woit yuyu brutal ! final exam belum habis lagi ada hati nak cuti segala "
 -monolog dalaman-

Alkisah bermula,
bermakna tamat sesi bersuka ria berhua hua sampai tak ingat dunia.
kembali fokus pada pelajaran LAW yang bikin aku nak melalak sekuat hati.
*hentak-hentak kepala*
terngangek aku bila ditanya pasal benda yang tiada kaitan dengan jiwa aku.
hallooo ! law bukan minat aku. itu dulu sekarang tidak.

"padan muka kau yuyu ! siapa suruh ambil LAW !" -monolog dalaman lagi-

Kenangan semalam memang meruntun jiwa aku. sungguh aku maksudkan ia.
persembahan dan pergaulan antara pelajar dah macam satu family.
makanan pun lazat sehingga perut sudah memenuhi tank yang sepatutnya.

keseleraan aku makin berbuak-buak bila tengok makanan yang ohsem :)
my dearest classmate.
ASASI LAW !
saya akan merindui semuanyaaa~ (muah kiri muah kanan)

bila diimbaskan kembali,
aku rasa macam berat hati nak melangkah pergi serta mengusung bagasi aku  (gaya ayat macam tersingkir dalam Akademi Fantasia je) untuk meninggalkan uitm, meninggalkan classmates yang oh oh ohsem, meninggalkan roomates yang makin gila dan rakan seperjuangan.

Mengapa perpisahan yang kau pinta~ (tetiba)

Aku akan merindui setiap detik yang berlaku di UiTM Shah Alam.
even sebesar zarah pun aku akan kenang sampai bila-bila terutama kenangan bersama clasmates aku. class yang paling AWESOME pernah aku temui.

ehhh ehh rasanya tidak lengkap entri saya kalau takda gambar yang ohsem lagi weird.
moh lah kita tengok gambar ohsem saya dan my babes :)


kanan : bersama mira (kawan kepada iza)
kiri : roomate yang ke-2. iza nama diberi. yang berlakon cerita ombak rindu tu. ok tipu.

ini crazy roomate saya : awa mata sepet. yuyu mata besar.
inilah bubu kesayangan hamba. bekas roomate dulu. jangan curi dia ! sayang bubu :*
tangga hotel concrode. ohsem. yang merah tu comel okbai ;p
bersama classmate yang comel. dean list gitu aww aww.

kami yang awesome  :*
akan merindui kalian. *muka serius*
pasti akan merindui sweet memories with them. rindu lagi rindu lagi rindu lagi okbai. Assalamualaikum.

No comments: