“jemari menari — memuntahkan aksara dan abjad untuk tatapan”
My photo
Perempuan yang sukar diprediksi.

February 10, 2012

apabila ia berlaku.


Aku seorang perempuan.
Maka semestinya hati aku lembut seperti kapas.
Salah percaturan maka ia akan berdarah tak bersembuh dan penawar sukar dicari. 

aku hanya jadi diri sendiri. tak perlu menjadi orang lain sebab orang lain belum tentu sempurna :)

bila bercinta.
pahit rasa manis, masin rasa manis. semuanya manis-manis belaka. boleh dikatakan taik kucing pun rasa coklat eh eh apani tak senonohlah kau ni perempuan. senang cerita, yang indah itu semuanya terserah pada cinta.

bila terluka.
kalau boleh nak beritahu satu dunia yang kau sedang mengalami proses patah hati. pastu pastu semua orang pergi cari kau dan lemparkan persoalan yang bertubi-tubi kenapa mengapa siapa bagaimana. hah itu tersangat membosankan persoalan itu. Lalu, tanpa memikirkan lebih mendalam kau rela memaafkan kesalahannya dan menerimanya kembali walaupun pedih menusuk jiwa. sayang kata kauuuuu~

bila kecewa.
bercelaru kepala hotak. semua benda tak kena. semua benda jadi kalut. semua benda rasa macam malang. bagai sudah jatuh ditimpa tangga. terasa dunia serba serbi berserabut. rasa dunia terhenti seketika apabila hati luluh dikecewakan. <---ayat tersangat over.

bila gembira.
tudiahhh tudiahhh kalau boleh nak senyum sampai ke telinga. kaulah bintang kaulah laksana bulan kaulah cinta mati sampai akhirat sampai syurga, neraka kennot haha gerenti ayat kembang kempis wajib disampaikan. lepas tu, kalau tang ber'sms' gerenti pages sampai 3,4,5 dah macam karangan ringkas SPM. Almaklum hati sedang berbunga-bunga katakan. sampai orang bilang kita makin lama makin gila dok tersengih-sengih. seperti dunia ini aku yang punya.

bila putus.
memaki hamun dan mengutuk-kutuk adalah perkara harus serta wajibun selepas bergaduh. kesalahan lalu diungkit. kesalahan sekarang dijadikan bukti kukuh. dulu partner. sekarang musuh. dah tiada istilah cinta kau sampai mati poeba and eva eva eva tapi sekarang hey hey hey aku tak percaya cinta dan kau boleh got to go.  janji tinggal janji. ia terbang dihembus angin. tapi akhirnya kau akan bercinta lagi. ini kerana manusia tak boleh dipisahkan dengan perasaan sayang. inilah dinamakan manusia.



Secara konklusinya,
bercintalah pada mereka yang sudi. :) hargai cinta yang ada. kerana cinta itu suci. namun kesucian cinta itu sangat sukar diselami terutama pada orang yang tak pandai menghargai.

tunjukkan kau seorang yang selalu bahagia walaupun kau telah disakiti -yuyu-

#Aku sedang mengalami pengubatan luka di hati. InsyaAllah ia akan kembali pulih seperti sedia kala. :) Assalamualaikum.


No comments: